Tips Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Di Malaysia terdapat pelbagai instrumen pelaburan seperti Tabung Haji, ASB, Unit Trust, Pelaburan Saham di Bursa Malaysia, Initial Public Offering (IPO), Future Crude Palm Oil (FCPO), Sukuk dan lain-lain.

Setiap daripada instrumen pelaburan ini mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. Kita sebagai pelabur perlu ambil tahu akan setiap instrumen pelaburan ini supaya boleh pilih yang sesuai dengan diri kita.

Sesuatu yang harus kita fahami, apabila kita membeli saham sesebuah syarikat, kita membeli pemilikan dalam bisnes. Selaku pemilik bisnes, kita dapat hadir mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk mengundi, memilih pengarah syarikat dan layak memperoleh dividen.

Kali ini Pak Teh akan berkongsi beberapa fakta ringkas tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia. Kenapa tak layan pasaran saham U.S (Dow Jones, Nasdaq, S&P 500)? Saham dekat Malaysia ni dah tahu semua ke? Belum kan…?

Sebelum tu nak ingatkan pelaburan saham ni ;

  • BUKAN Forex trading,
  • BUKAN ASB,BUKAN Unit Trust,
  • BUKAN MLM,
  • BUKAN skim gerenti untung.

Melabur di Bursa Malaysia ni hukumnya halal atau haram?

Jenis-jenis saham yang tidak patuh syariah adalah tidak sah dan tidak halal untuk dijual beli atau dimiliki untuk diurusniagakan. Tetapi sehingga November 2017, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah isytihar 686 saham syarikat dari 904 saham syarikat di Bursa Malaysia adalah patuh syariah.

Kita boleh tahu saham syarikat mana yang patuh syariah dengan mudah dalam “trading platform” sebab ada tanda bulat kecil di hujung nama setiap saham yang tersenarai.

Contoh seperti gambar di bawah:

Tips Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Majlis Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti akan membuat kawalan dan semakan yang ketat ke atas syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Tak perlu risau.

Nak Mula Melabur Saham?

1) Langkah pertama anda perlu memilih Syarikat Broker / Bank Pelaburan pilihan anda (CIMB Investment Bank Berhad, BIMB Securities Sdn Bhd, Malacca Securities Sdn Bhd…) untuk membuka akaun saham (CDS).

2) Pelaburan saham di Bursa Malaysia mudah diuruskan kerana transaksi dibuat secara online menggunakan Trading Platform. Username & password akaun ini akan diberikan oleh Bank Pelaburan / Syarikat Broker selepas anda membuka akaun CDS. Anda juga akan ‘diberi’ seorang remisier oleh Syarikat Broker untuk membantu anda semasa aktiviti jual beli saham nanti.

3) Jika tak faham cara menggunakan Trading Platform anda juga boleh bertanya kepada remisier anda tadi. Guna apps dari smartphone je sekarang, dah mudah.

4) Depositkan wang / modal anda ke dalam akaun trading. Nak mudah transfer duit guna online banking. Tutorial cara-cara membuat pindahan wang ini biasanya disediakan oleh Bank Pelaburan / Syarikat Broker.

5) Besarkah modal untuk mula melabur? Perlu ribu-ribu ke?

Modal untuk MULA melabur boleh serendah RM100-RM500. Sebab apa? Sebab minimum saham kena beli adalah 1 lot. Zaman sekarang 1 lot bersamaan dengan 100 unit sahaja. Sebab itu zaman sekarang orang cakap melabur saham dah bukan untuk orang kaya saja.

6) Macam mana nak buat duit dengan saham?

Ini bukan macam skim cepat kaya tunggu duit masuk bulan-bulan. Konsep asas buat untung adalah beli saham masa harga rendah dan jual semula pada harga lebih tinggi. Untung melabur saham tu kira macam mana?

7) Jual beli saham boleh dibuat sendiri secara online atau boleh menggunakan khidmat remisier (tetapi dengan brokerage fee yang lebih tinggi).

8) Setiap transaksi jual beli saham akan dikenakan 4 jenis fee.

9) Jika anda ingin jual beli sendiri, pastikan anda telah menguasai 2 ilmu ini iaitu Fundamental Analysis & Technical Analysis. Ini akan menjawab soalan “Saham apa nak beli?”“Bila nak beli saham?” dan “Bila nak jual saham?”.

10) Ada 2 Jenis Pelabur Saham : Mereka yang suka melabur dalam jangka masa panjang digelar Investor manakala yang suka melabur dalam jangka masa pendek gelaran seksi mereka adalah Trader.

11) Setiap daripada jenis pelabur ini mempunyai strategi pelaburan yang berbeza-beza. Strategi pelaburan investor amat berbeza dengan seorang trader.

12) Apabila anda menjadi seorang pedagang atau trader, anda perlu memantau saham syarikat dengan lebih kerap kerana trader biasanya akan membeli saham yang berisiko tinggi dan dalam jumlah (RM) / unit yang banyak. Maka ia memerlukan pemantauan yang lebih kerap kerana perbezaan RM0.05 akan memberi kesan (untung rugi) yang besar.

Investor pula lebih santai dan melihat keuntungan dalam jangka masa yang lebih panjang. Sesuai untuk mereka yang sibuk.

13) Jenis-jenis saham pula:

  • Penny stock (saham yang harganya < RM 1, bersifat spekulatif dan berisiko lebih tinggi)
  • Growth stock
  • Income stock
  • REIT

14) Nak beli saham apa?

Ada 676 saham patuh syariah seperti DUTCH LADY, AJINOMOTO, POS, NESTLE, PADINI, TENAGA NASIONAL, TOP GLOVE, MAH SING, MAXIS, TELEKOM, TAKAFUL MALAYSIA, BANK ISLAM, MY EG, DRB-HICOM dan sebagainya. Mesti kenal dengan syarikat-syarikat ni kan? Ini sekadar contoh saja.

15) Siapa yang boleh terlibat dalam pelaburan saham ni?

Semua orang yang sanggup belajar boleh terlibat, tak kira tua muda, suri rumah, kerja makan gaji atau bisnes sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *