Sejarah Forex

Pernahkah anda terfikir bagaimana Sejarah Forex berevolusi sehingga menjadi seperti sekarang? Pengetahuan am ini akan meluaskan minda anda dan membolehkan anda melihat pasaran dari perspektif yang baru.

Untuk memahami bagaimana pasaran Forex berfungsi, pertama sekali kita harus mentakrifkan apakah itu “sistem monetari antarabangsa”.

Sistem monetari antarabangsa adalah set-set peraturan yang telah dipersetujui secara bersama oleh dunia yang menetapkan bagaimana hubungan antara matawang diatur di dalam ekonomi antarabangsa. Ia terdiri dari 6 bahagian, iaitu:

  • Sistem pembayaran antarabangsa
  • Mekanisme pewujudan dan penyelenggaraan kadar tukaran
  • Prosedur imbangan pembayaran antarabangsa
  • Terma-terma kebolehtukaran matawang
  • Mode operasi pasaran tukaran matawang asing dan emas
  • Hak dan tanggungjawab institusi antara kerajaan yang mengawal selia hubungan matawang.

Sehingga kurun ke-19, tiada sistem monetari yang formal untuk ekonomi utama dunia (di waktu itu ini merujuk kepada Eropah, Amerika, China dan India). Enam bahagian sistem yang disebutkan di atas, belum lagi wujud. Pembangunan sistem monetari antarabangsa yang rasmi bermula pada 1867. Tahun itu, persidangan monetari antarabangsa yang pertama telah diadakan di Paris.

Piawai Emas”

Emas memainkan peranan yang penting di dalam sistem monetari antarabangsa.

Empayar British, yang mana adalah salah satu ekonomi utama dunia waktu itu, telah menambat kadar tukaran pound dengan emas. Kerajaan telah bersetuju untuk membeli atau menjual satu auns emas pada kadar 4.247 pound sterling. Selepas itu, piawai emas telah digunakan di Amerika Syarikat ($20.67 bagi setiap auns emas), diikuti oleh negara-negara Eropah Barat dan Rusia pada 1897.

Kelebihan

– Kemeruwapan harga yang rendah.

– Inflasi yang rendah.

Kekurangan

– Kekangan untuk mempunyai dasar monetari nasional yang bebas.

– Korelasi yang rapat antara volum tunai dan produksi emas (deposit baru emas menjurus kepada inflasi, sementara kekurangan pengeluaran emas membawa kepada defisit tunai).

– Piawai emas berakhir di penghujung Perang Dunia Pertama kerana kerajaan-kerajaan memutuskan untuk mencetak lebih banyak tunai untuk membiayai perbelanjaan ketenteraan yang besar.

Antara dua Perang Dunia

Tempoh kedua dasar monetari antarabangsa bermula pada 1922 di Genoa, Itali. Negara-negara yang memenangi Perang Dunia Pertama mendapat kelebihan untuk matawang nasional mereka.

Sistem baru ini di dasarnya adalah emas dan matawang-matawang utama – milik AS, Perancis dan Britain – yang ditukar kepada emas. Matawang nasional menjadi perantaraan antarbangsa untuk rizab dan pembayaran. Ini membolehkan mereka mengatasi kekurangan piawai emas. Dalam masa yang sama, sistem monetari antarabangsa menjadi bergantung kepada keteguhan ekonomi negara-negara tersebut.

Kesetaraan dengan emas (gold parity) dikekalkan. Tukaran antara matawang dan emas boleh dilakukan secara langsung (bagi matawang AS, Perancis, dan Britain) dan juga menerusi matawang asing.”.

Kelebihan

– Matawang-matawang nasional digunakan sebagai instrumen rizab pembayaran antarabangsa. Kekangan yang terkait dengan piawai emas kini tidak lagi menjadi masalah.

– Rejim kadar tukaran yang terapung bebas dipulihkan.

– Kawalan selia kadar tukaran menjadi elemen baru sistem kewangan dunia dan ia diadakan menerusi persidangan dan mesyuarat antarabangsa.

Kekurangan

– Dasar monetari antarabangsa ini bergantung kepada ekonomi-ekonomi nasional.

– Sistem ini mencetus suasana untuk perang matawang dan devaluasi

Sistem Genoa runtuh disebabkan oleh The Great Depression pada 1929-1933. Mula-mula dolar AS merana teruk, kemudian krisis ini merebak ke ekonomi yang lain.

Sistem Bretton Woods

Episod penting seterusnya dalam sejarah dasar monetari antarabangsa bermula pada tahun 1944 di Bretton Woods.

Idea utama di sebalik sistem Bretton Woods terkandung di dalam dwi-bekalan wang kertas – secara dolar dan juga emas. Negara-negara menambat matawang nasional mereka kepada dolar AS. Dolar ditukar dengan emas pada kadar tetap $35 per auns.

Dolar AS menjadi matawang rizab dan rujukan utama. Negara-negara peserta perlu mengekalkan kadar tukaran matawang mereka kepada dolar di satu aras yang malar. Sisihan kadar tidak boleh lebih dari 1%. International Monetary Fund (IMF) ditubuhkan untuk mengawal sistem ini.

Kelebihan

– Di dalam era ini, ekonomi dunia berkembang dengan pesat.

– Inflasi adalah rendah.

– Kadar pengangguran menurun.

Kelemahan

– Produktiviti buruh di AS lebih rendah dari di Jepun dan Eropah. Ia menyebabkan peningkatan eksport Eropah dan Jepun ke Amerika Syarikat. Kesannya, terdapat amaun dolar yang banyak di Eropah Barat dan bank-bank telah melaburkan dolar ini di dalam sekuriti perbendaharaan AS. Hutang luar AS telah meningkat.

– Tambahan lagi, sesetengah bank pusat Eropah telah meminta untuk menukarkan dolar mereka kepada emas, jadi rizab emas AS mula menyusut. Penukaran dolar kepada emas secara rasminya dihentikan pada 1971.

Dolar telah diturunkan nilainya dua kali – pada 1971 dan 1973 – bila rizab emas AS semakin kontang. Lalu sistem ini pun mati.

Sistem Jamaica

Era ke-4 bermula pada 1976 di Kingston, Jamaica. Negara-negara dunia mendapat peluang untuk memilih sebarang sistem kadar tukaran yang mereka mahukan. Hubungkait matawang antara negara-negara adalah berdasarakn kepada kadar tukaran terapung. Kadar tukaran ditentukan oleh kuasa pasaran – bekalan dan permintaan.

Kemeruwapan kadar matawang bergantung kepada dua faktor:

1. Permintaan/bekalan matawang nasional di pasaran antarabangsa

2. Nisbah nilai benar, kuasa membeli matawang-matawang domestik di pasaran antarabangsa

Permintaan untuk matawang asing bergantung kepada import sesuatu negara, perbelanjaan pelancong dan bayaran luar. Saiz bekalan matawang asing ditentukan oleh volum eksport dan pinjaman yang diterima.

Bekalan dolar AS dan emas – aset rizab utama – tidak mampu untuk menyaingi pertumbuhan pantas perdagangan dan transaksi kewangan global. Justeru dari itu, aset rizab baru direka khusus dan diberi nama “Special Drawing Rights” (SDR, B. Melayu: “hak ambilan istimewa”). SDR adalah instrumen pembayaran antarabangsa dan rizab tiruan (aritificial reserve) yang dikeluarkan oleh International Monetary Fund. Special Drawing Rights dinilai berasaskan kepada bakul matawang (currencies basket). Bakul ini mengandungi dolar AS, euro, yen Jepun, pound sterling dan yuan China (sejak 2016). IMF menggunakan SDR untuk tujuan perakaunan dalaman. IMF mengagihkan SDR kepada negara-negara ahli dan ia disandarkan kepada kepercayaan dan kredit kerajaan-kerajaan.

Untuk merangkumkan artikel ini, kita boleh katakan bahawa Forex mempunyai sejarah yang panjang. Walaupun sesetengah saintis menganggap tukaran matawang bermula sejak dari era 17000-9000 SM, sistem monetari antarabangsa yang lebih kompleks wujud sejak 1867. Ada empat era utama di dalam sejarah Forex: “piawai emas”, “piawai tukaran emas”, “sistem Bretton Woods” dan “sistem Jamaica”. Kemajuan teknologi dan perluasan matawang digital boleh membawa keapda perubahan sistem ini tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *