Jenis Emas, Ketulenan dan Kegunaannya

Info tentang emas iaitu jenis, ketulenan, kegunaan, kelebihan dan kekurangan setiap jenis emas sebagai panduan membeli emas dan promosi emas.

Emas mempunyai pelbagai jenis kualiti dan ketulenan yang berbeza berdasarkan kandungan emas, iaitu logam Aurum (Au) dalam sesuatu produk emas dan mempunyai kegunaan, kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Kualiti atau mutu emas berdasarkan karat atau nombor yang menunjukkan peratus kandungan emas. Semakin tinggi nombor karat, semakin tinggi peratus kandungan emas. Karat adalah perkataan Latin iaitu kerátion atau carato yang bermaksud Biji Kacang Carob yang mempunyai bijinya yang sama berat. Pengiraan standard, emas 24K atau emas 999.9 adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99% , iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. 24 Karat adalah ketulenan emas terbesar. Contoh pengiraan, emas 22 karat iaitu mengandungi 22/24 iaitu 0.916667 emas atau dikenali emas 916 atau emas 917 dimana emas 22K, emas 916 atau emas 917 adalah sama saja.

Emas adalah logam lengai yang paling selamat kerana ia tidak bertindakbalas dengan unsur lain yang menyebabkan emas sangat sesuai di gunakan sebagai emas perhiasan wanita. Setiap mutu emas mempunyai fungsi atau kegunaannya yang berbeza kerana sifat emas yang berbeza. Contohnya, emas 24K atau emas 999.9 yang mempunyai ketulenan 99.99% adalah emas yang sangat lembut kerana tiada campuran logam lain, jadi emas 24K ini digunakan sebagai jongkong emas sebagai pelaburan.  Karat emas lagi rendah adalah lagi kukuh kerana bercampur dengan logam lain yang membentuk aloi yang lebih kuat ikatan logamnya. Emas dijadikan perhiasan wanita sejak zaman berzaman untuk kelihatan cantik dan menawan serta melambangkan status kehidupan.

Setiap kualiti emas berbeza warna, kekerasan dan sifat fizikalnya. Emas yang bercampur dengan logam lain akan kelihatan lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan emas. Jadi, warna emas bukan kuning sahaja, emas juga boleh menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan kepadanya.

Emas boleh dibentuk dengan pelbagai bentuk dan pelbagai campuran logam oleh tukang emas bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya. Emas seberat 1 gram dapat ditempa untuk menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi. Oleh sebab itu emas juga digunakan dalam pembuatan barangan elektronik. Emas sebagai logam lengai yang tidak bertindakbalas dengan unsur atau logam lain adalah selamat kepada pemakai terutama tubuh manusia yang sentiasa mengeluarkan peluh atau orang yang mempunyai alergi kulit atau alahan terhadap logam. Jadi, pemilihan kualiti emas untuk perhiasan adalah penting dan perlu mengenali jenis emas, kualiti dan kegunaan emas.

JENIS, KUALITI, KEGUNAAN, KELEBIHAN DAN KEKURANGAN EMAS

Jenis Emas, Ketulenan dan Kegunaannya

1.Emas 24K atau emas 999 atau 999.9 atau emas sepuluh

  • Ketulenan emas 24K : Kandungan emas adalah 99.9%
  • Kegunaan emas 24K : Digunakan untuk pelaburan , barang perhiasan, barangan elektronik, dan peralatan perubatan.
  • Kelebihan emas 24K : Emas tulen dengan harga paling mahal dan sesuai untuk pelaburan
  • Kekurangan emas 24K  : Lembut tidak sesuai untuk perhiasan

2.Emas 22K atau emas 916 atau 917

  • Ketulenan emas 22K : Kandungan emas adalah 91.6% atau 22/24 dari bahagian emas.
  • Kegunaan emas 22K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas
  • Kelebihan emas 22K : Emas perhiasan paling tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
  • Kekurangan emas 22K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.

3.Emas 21K atau emas 875

  • Ketulenan emas 21K : Kandungan emas adalah 87.5%
  • Kegunaan emas 21K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas
  • Kelebihan emas 21K : Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
  • Kekurangan emas 21K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.

4.Emas 20K atau emas 833

  • Ketulenan emas 20K : Kandungan emas adalah 83.3%
  • Kegunaan emas 20K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas
  • Kelebihan emas 20K : Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
  • Kekurangan emas 20K :Barang kemas yang lembut jadi tidak sesuai dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.

5.Emas 14K atau emas 585

  • Ketulenan emas 14K : Kandungan emas adalah 58.5%
  • Kegunaan emas 14K :  Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna
  • Kelebihan emas 14K : Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
  • Kekurangan emas : Emas perhiasan yang boleh memberikan tindakbalas alergi atau ruam kerana lebih banyak logam dari emas dan tidak sesuai untuk pelaburan.  

6.Emas 10K atau emas 417

  • Ketulenan emas 10K : Kandungan emas adalah 41.7%
  • Kegunaan emas 10K : Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna
  • Kelebihan emas 10K : Emas perhiasan yang lebih keras, kukuh, lebih tahan lama, tidak calar atau bengkok dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
  • Kekurangan emas : Emas perhiasan yang boleh memberikan tindakbalas alergi atau ruam kerana lebih banyak logam dari emas. Standarad minima di namakan emas bagi Amerika adalah emas berketulenan 10K dan tidak sesuai untuk pelaburan.

7.Emas 9K atau emas 375 atau suasa

  • Ketulenan emas 9K : Kandungan emas adalah 37.5%
  • Kegunaan emas 9K : Dibuat cincin suasa untuk lelaki

Perubahan zaman dan cara hidup moden kini menyebabkan berlaku perubahan minat emas perhiasan wanita daripada barang kemas 22K atau 916 kekuningan tanpa permata kepada emas perhiasan yang lebih cantik, warna warni, mempunyai permata dan bentuk terkini iaitu emas 18K atau emas 10K. Emas 18K dan emas 10K adalah piawaian barang kemas antarabangsa iaitu emas perhiasan popular di negara-negara eropah yang mementingkan kecantikan dan keanggunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *