Instagram – Perniagaan Kecil Yang Berjaya

Selain Facebook dan Blog, Instagram online adalah media sosial yang menjadi kegemaran orang ramai pada masa kini, bukan sahaja untuk bersosial tetapi untuk berbisnes.

Ada kira-kira 600 juta pengguna Instagram yang aktif pada masa kini. Jika nak dibandingkan, engagement di Instagram lebih aktif berbanding engagement di media sosial lain.

Ia 10 kali ganda lebih tinggi, Facebook dan 54 kali ganda lebih tinggi daripada Pinterest dan 84 kali ganda lebih tinggi daripada Twitter.Berikut adalah 5 bisnes kecil yang berjaya hanya dengan menggunakan Instagram dan strategi yang telah mereka gunakan.

Pura Vida Bracelets

Instagram - Perniagaan Kecil Yang Berjaya

Diasaskan di San Diego pada 5 tahun lepas oleh 2 orang lepasan graduan. Maksud Pura Vida adalah ‘Kehidupan Sejati’.

Prinsip atau motto bisnes mereka adalah bukan sekadar menekankan gaya hidup akan tetapi menggalakkan orang ramai untuk menghidupkan hidup anda dengan sepenuhnya dengan menghargai setiap satu darinya.

Bagi mengalakkan ‘follower’nya mengamalkan gaya hidup yang mereka sarankan, mereka mempromosikan gambar-gambar produk mereka di tempat-tempat yang menarik dan menenangkan.

Setiap gambar ada personaliti mereka sendiri dan membuatkan follower dapat bayangkan mereka sendiri menggunakan produk tersebut.

Walaupun bisnes anda kecil, anda boleh tunjukkan budaya bisnes anda, budaya produk atau servis anda dan wujudkan rasa positif dalam kalangan follower untuk turut serta.

CLUSE Watches

Instagram - Perniagaan Kecil Yang Berjaya

Bisnes ini beroperasi dari Amsterdam. Ia adalah perusahaan yang kecil dengan beberapa pembuat jam tangan yang mahir.

Dengan adanya Instagram, bisnes kecil-kecilan ini berjaya mendapatkan lebih kurang 690 follower dari seluruh dunia yang sering menempah jam dari mereka.

Strategi mereka adalah minta pelanggan mereka pakai jam yang mereka jual dan minta mereka upload gambar tersebut di Instagram mereka dengan meletakkan kredit kepada akaun Instagram bisnes mereka.

Strategi ini bukan sahaja bantu kembangkan bilangan follower merangkap pelanggan mereka akan tetapi ini menunjukkan yang bisnes anda adalah jenama yang mementingkan input produk dan jenama mereka.

Jadi minta follower untuk tag anda bagi gambar-gambar yang mereka post di media sosial mereka. Di akaun IG ada sendiri harus ada keseimbangan gambar yang anda upload dan gambar yang mereka upload.

Letterfolk

Letterfolk adalah perusahaan bisnes kecil yang diasaskan oleh pasangan suami isteri yang mereka papan tanda kraftangan.

Setiap papan tanda mereka didatangkan dengan satu set perkataan supaya pelanggan bolehubah mengikut kesesuaian personaliti dan kemahuan mereka.

Syarikat kecil yang terdiri oleh pasangan suami isteri ini berjaya mengumpul jumlah follower sebanyak 181 ribu hasil daripada kreativiti mereka.

Strategi mereka agak melucukan dan berjaya buatkan follower terikut-ikut untuk membuatnya. Dengan menggunakan papan mereka sendiri, mereka menginspirasikan orang lain untuk terusan melihat postingmereka di IG.

Follower mereka juga secara tidak lansung menyukainya dan selalu kongsikan post mereka di IG mereka sendiri.

Jika bisnes anda adalah perusahaan kecil, dan anda ingin menarik pelanggan anda dengan emosi, gunakan gambar-gambar yang akan membuatkan emosi mereka tertarik seperti Letterfolk.

Bien Cuit Bakery

Instagram - Perniagaan Kecil Yang Berjaya

Bien Cuit Bakery adalah perusahaan menjual bakeri seperti biskut dan roti. Terletak di New York, bisnes ini menggunakan instagam untuk tunjukkan yang bakeri mereka adalah bakeri luar biasa bukan yang biasa-biasa.

Kelebihan mereka adalah ramai penggemar-penggemar makanan di luar sana yang memang suka melihat gambar makanan apatah lagi jika disajikan dengan persembahan yang menarik.

Anda hanya perlu pastikan gambar anda menarik dan berkualiti. Anda tidak perlu bajet besar atau krew yang ramai untuk melakukannya. Dengan pendekatan yang sesuai anda pasti dapat menarik perhatian ramai pelanggan secara berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *