INDIKATOR POLA GARTLEY

Strategi perdagangan pola Gartley menggunakan indikator
Gartley supaya anda memahami rasional sesetengah artikel yang diterbitkan oleh pasukan penganalisa kami.

Apakah itu pola Gartley?

Ia adalah pola yang berdasarkan kepada nisbah Fibonacci. Ia adalah pola kesinambungan atau penerusan yang terbentuk bila trend utama menyongsang buat sementara sebelum bergerak dalam arah asal. Ia mempunyai bentuk huruf “M” yang bahunya jatuh sedikit di sebelah kanan.

Pola Gartley bullish

Garisan yang menyambungkan puncak pola ini sejajar dengan nisbah/aras pengunduran Fibonacci yang tertentu. Garisan pola itu sendiri adalah jarak yang dilalui oleh harga (garisan ini dipanggil “kaki“). X-A adalah kaki terpanjang pola ini; ia adalah pergerakan harga menaik dari X ke A.

Kaki A-B pula menandakan perubahan harga dan anjakan Pengunduran Fibonacci 61.8% dari kaki X-A.

Kaki B-C biasanya tidak mencapai aras puncak A; pergerakan harga adalah dari 38.2% sehingga 88.6% pengunduran Fibonacci kaki A-B.

C-D adalah kaki terakhir pola Gartley, dan ia adalah yang paling penting kerana ia menunjukkan waktu anda harus mula membeli (selepas pola lengkap). Titik D adalah titik pengunduran Fibonacci 78.6% kaki X-A. Di titik ini, anda harus membeli atau menjual bergantung kepada kandil penyongsangan yang terbentuk.

Jika ada kandil penyongsangan bullish, letakkan pesanan tertunda buy stop sekurang-kurangnya 2 pips di atas maksimum kandil penyongsangan bullish, dan pasang renti rugi 2-5 pip di bawahnya. Untuk ambilan untung anda ada 2 pilihan – titik C atau A (dua swing tinggi sebelum ini).

Jika anda berhadapan dengan kandil penyongsangan bearish, letakkan pesanan tertunda sell stop sekurang-kurangnya 2 pip di bawah minimum kandil penyongsangan. Untuk ambilan untung, anda boleh gunakan sama ada C atau A (dua swing rendah sebelum ini).

Satu contoh carta sebenar, diambil dari artikel yang ditulis oleh Ivan Karamazov.

Pola Gartley bearish

Ia adalah bertentangan dengan homolog bullishnya. X-A adalah kaki terpanjang pola, tetapi kali ini harga bergerak ke bawah dari X ke A. Kaki A-B adalah pergerakan menaik harga yang berakhir di titik B (pengunduran Fibonacci paras 61.8% kaki X-A). Titik C pada kaki B-C boleh jadi pengunduran Fibonacci 38.2% atau 88.6% kaki terpanjang pola. Titik D pada kaki C-D adalah aras 78.5% pengunduran Fibonacci kaki X-A. Ia juga boleh jadi aras 127% atau 161.8% kaki B-C.

Satu contoh carta sebenar, diambil dari artikel yang ditulis oleh Ivan Karamazov.

Jika setup pola Gartley dibuat dengan betul, ia menyingkirkan risiko kehilangan ganjaran. Titik D pada pola Gartley menandakan titik kemasukan yang betul. Satu-satunya kesukaran yang dijangkakan dengan perkakas teknikal ini adalah ia tidak mudah dikuasai secara manual, kerana ia mengandungi beberapa komponen yang harus dibentuk untuk menjadikan pola ini berfungsi. Indikator MT4 Pola Gartley boleh membantu dalam hal ini, kerana ia menghapuskan keperluan untuk mencari pola Gartley secara manual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *