Bitcoin-ENG_468x60-1.gif   

Announcement

Collapse
No announcement yet.

Kenapa Perlu Makan Sayur Dan Buah?

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kenapa Perlu Makan Sayur Dan Buah?



    Sayur dan buah sering dianggap hidangan yang remeh dan sering dipinggirkan.

    Kesian jugak bila tengok kanak-kanak meminggirkan kumpulan makanan yang penting dalam kehidupan.

    Sebenarnya sayur-sayuran mengandungi sumber mineral dan vitamin yang banyak membantu dalam fungsi badan.

    Selain itu sayur-sayuran jugak tinggi dengan kandungan serat atau fiber.

    Semua khasiat ini akan menyebabkan kita bertambah sihat.





    Buah-buahan juga mempunyai kandungan yang hampir sama dengan sayur-sayuran.

    Cuma kebanyakan mengandungi glukosa dan fruktosa yang boleh mendatangkan masalah kepada kawalan gula kepada pesakit kencing manis.

    Jadi ambil buah dalam kuantiti yang mencukupi iaitu antara 2-3 hidangan sehari.

    Selain itu buah buahan mempunyai komponen penting iaitu antioksidan yang bertindak sebagai penghalang radikal bebas.

    Radikal bebas adalah agen pemusnah sel yang wujud secara semulajadi.

    Pengambilan antioksidan akan dapat membantu menghentikan aktiviti radikal bebas ini.

    Oleh itu amalan pemakanan yang cukup dengan kandungan buah dan sayur dapat mengekalkan kesihatan kita.



    Sumber : makananseimbang.com

Working...
X