Announcement

Collapse
No announcement yet.

Detik duka Will Smith

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Detik duka Will Smith

    AKTOR, Will Smith membuka mulut mengenai kesengsaraan yang terpaksa ditanggung apabila perkahwinan pertamanya gagal di tengah jalan. Dia juga menyifatkan penceraian itu satu beban paling berat pernah ditanggung dalam hidupnya.

    Bintang filem The Independence Day itu telah berkahwin dengan kekasihnya Sheree Zampino pada tahun 1992 dan mereka mempunyai seorang anak bernama Trey. Mereka kemudian mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 1995.

    Sejak itu, Will Smith mengatakan dia lebih matang dalam sebuah perkahwinan dan kini berbahagia bersama aktres, Jada Pinkett Smith.

    Namun, akui Will perkahwinan pertamanya mampu diselamatkan jika dia lebih berusaha.

    "Perkahwinan pertama merupakan kedukaan dan kehilangan paling dahsyat dalam hidup saya. Saya yang menarik diri sedangkan saya boleh menyelamatkan perkahwinan itu.

    "Apabila saya berkahwin bersama Jada, saya bersumpah pada Tuhan, keluarga dan rakan, hanya kematian yang mampu memisahkan kami," katanya.

  • #2
    aku mmg minat will smith ni.. sejak dari fresh prince of bel air.. :048:

    Comment

    Working...
    X