Announcement

Collapse
No announcement yet.

Sazali masih bukti kehebatan

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Sazali masih bukti kehebatan

    JAGUH bina badan negara, Sazali Abdul Samad menambah koleksi kejuaraan dunianya apabila muncul juara kategori Bantamweight pada Kejohanan Bina Badan Persekutuan Bina Badan dan Sukan Tubuh Dunia (WBPF) kali pertama di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu semalam.

    Sazali mengetepikan empat pencabar utama, Alaa Hlail Mohsin (Iraq), Somkhit Sumelhowetchakun (Thailand), Nguyen Van Lam (Vietnam) dan Milef Ahmed Alghamdf (Arab Saudi).

    Beliau pernah memenangi gelaran Mr. Universe pada Kejohanan Dunia di Melaka (2000), Moscow (2004) dan Ostrava, Republik Czech (2006), semuanya dalam kategori Bantamweight, serta di Jeju Island, Korea Selatan (2007) bagi kategori Lightweight.

    Sementara itu, Buda Anak Ancang, yang membuat penampilan kali pertama menduduki tempat keempat kategori Flyweight dalam saingan melibatkan lima peserta.

    Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia, Kamaruzaman Kadir berkata kemenangan Sazali sudah diduga tetapi bagi Buda, ia jelas satu kejutan. "Pencapaian Buda sangat membanggakan kerana ini pertandingan pertama beliau dalam kategori itu. Pencapaian cemerlang ini adalah hasil kerja keras selama beberapa bulan," katanya.

    Kontinjen Malaysia seramai enam orang ke Kejohanan WBPF yang bermula 3 November itu diketuai Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, Datuk Wira Gan Boon Leong.

    Selain Sazali dan Buda, dua lagi atlet bina badan negara bersaing dalam kejohanan itu ialah Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah (Light Weight) dan Othman Yahya (Light Heavyweight).

  • #2
    power lagik ni..
    mesti dia buat power line nih..
    31 Dec 2009 genap 15000 posting di NG

    bila nak cecah 30k ni

    Comment


    • #3
      Originally posted by Ejal_Kronik View Post
      power lagik ni..
      mesti dia buat power line nih..
      lom ada pengganti tu..
      napa tak dpt title datuk gak sazali ni

      Comment


      • #4
        Originally posted by akay View Post
        lom ada pengganti tu..
        napa tak dpt title datuk gak sazali ni
        sukan tertentu kot dapat...
        sukan nih x femes kt Malaysia...
        menang ke kalah ke sapa peduli... :027:

        Comment


        • #5
          Originally posted by Ejal_Kronik View Post
          power lagik ni..
          mesti dia buat power line nih..
          aku rase dia patut join hypro la:005:

          bila la nak dpt body mcm hugh jackman ni:006:

          Comment


          • #6
            aku sebelum puasa aritu slalu gi gym energy fitness kt danau kota, setapak. sazali mmg regular customer kt situ training ari2 setiap ptg n malam. Sembang dgn dia mmg very the humble person n dia byk bg tips kt budak2 yg main gym kt situ. Tgk dia angkat dumbell 50kg slamber jer pastu tgk urat2 mcm nak tersembul keluar nak meletup:019:..hahaha..ngeri..
            .:Manchester United Fans:.

            Comment


            • #7
              Originally posted by wiraZ View Post
              aku sebelum puasa aritu slalu gi gym energy fitness kt danau kota, setapak. sazali mmg regular customer kt situ training ari2 setiap ptg n malam. Sembang dgn dia mmg very the humble person n dia byk bg tips kt budak2 yg main gym kt situ. Tgk dia angkat dumbell 50kg slamber jer pastu tgk urat2 mcm nak tersembul keluar nak meletup:019:..hahaha..ngeri..
              bdn ko cam dia gak ke?ngeri aku tgk body2 cam sazali ni:005:

              Comment


              • #8
                Originally posted by alonso14 View Post
                bdn ko cam dia gak ke?ngeri aku tgk body2 cam sazali ni:005:
                aku xleh masuk body builder sebab xtau nak masuk kategori ape..terlebih berat + 1 pack..hahahah
                .:Manchester United Fans:.

                Comment

                Working...
                X