Announcement

Collapse
No announcement yet.

[4/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [4/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Untuk jadi warga Malaysia, kita mesti sekolah yang sama - Dr.Mahathir

    KUALA LUMPUR — Bagi menjadi warga Malaysia, kita mesti belajar di sekolah yang sama, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    Katanya sekolah satu aliran adalah sistem pendidikan yang ideal yang diamalkan oleh negara lain di dunia.

    "Saya fikir ia adalah sistem yang ideal...tiada negara lain di dunia yang mempunyai sistem pendidikan tiga aliran...tiada...semua negara di dunia hanya mempunyai sekolah satu aliran iaitu berdasarkan bahasa mereka.

    "Kamu boleh mempunyai beberapa sekolah (aliran yang berlainan) tetapi untuk pendidikan umum ia mesti dari sekolah satu aliran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Irama Abad Ke-21 - Monolog Raja Shahriman di Galeri Petronas di sini hari ini. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    Ahli antropologi Claude Levi-Strauss mati

    04/11/2009 2:21am

    PARIS 4 Nov. - The Academie Francaise berkata, cendekiawan berpengaruh Perancis, Claude Levi-Strauss, yang dianggap sebagai bapa antropologi moden, mati pada usia 100 tahun.
    Beliau dikenali di seluruh dunia sebagai individu yang membentuk semula bidang antropologi, memperkenalkan konsep baru berkaitan corak kelakuan dan pemikiran, terutama mitos dalam masyarakat primitif dan moden.
    Sepanjang kariernya yang sepanjang enam dekad itu, dia telah menulis banyak bahan bacaan dan buku antropologi klasik termasuk ‘Tristes Tropiques’ (1955), ‘ The Savage Mind’ (1963) dan ‘The Raw and the Cooked’ (1964). - AP

    Comment


    • #3
      Alat sulit ditusuk berus gigi

      04/11/2009 9.57am

      MELAKA: Hasrat seorang pelajar perempuan untuk menjalani pemulihan selepas ditahan sementara di sebuah sekolah pemulihan akhlak di negeri ini bertukar igauan ngeri yang mungkin tidak dilupakan sehingga akhir hayatnya.

      Ini kerana, pelajar berkenaan bukan saja terpaksa melalui perbuatan buli melampau dipukul tiga rakan perempuan di asrama sekolah terbabit, malah lebih dahsyat kemaluannya dmasukkan berus gigi secara paksa.

      Tidak tahan dengan perbuatan kejam rakan seasramanya itu, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga kira-kira jam 9 malam pada Ahad lalu berhubung kejadian itu yang didakwa berlaku pada Oktober lalu.

      Hasil laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah melakukan siasatan.

      Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata hasil siasatan mendapati pelajar berusia 15 tahun itu ditahan di sekolah pemulihan akhlak berkenaan pada Oktober lalu atas arahan mahkamah selama dua tahun.

      “Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa antara lain dipukul pelajar perempuan terbabit serta kemaluannya juga didakwa dimasukkan objek secara paksa.

      “Berikutan itu, pihak polis menahan tiga pelajar perempuan berusia antara 14 hingga 16 tahun terbabit pada malam tadi (kelmarin) bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat mangsa.

      “Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan bagi perbuatan memasukkan objek ke dalam kemaluan tanpa kerelaan dan Seksyen 323 kanun sama kerana kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya semalam.

      Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Ahmad Wan Abas.

      Salehhudin berkata, mangsa sudah dihantar menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Melaka (HM) pada malam laporan dibuat.
      sigpic

      Comment


      • #4
        Eksekutif menggigil lelaki Bangladesh tunjuk kemaluan

        04/11/2009 10.32am

        PUCHONG: Seorang eksekutif wanita tergamam dan tidak mampu berkata-kata apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul di sisinya sebelum membuka seluar sambil menunjukkan kemaluan ke arah mangsa.

        Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 20-an menggigil ketakutan dalam kereta manakala lelaki dipercayai warga asing terbabit terus berdiri di sisi keretanya.

        Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam kelmarin, mangsa yang berusia 30-an memandu bersendirian sebelum mencari kawasan untuk meletak kereta di sebuah pusat membeli-belah di sini.

        Bagaimanapun, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba menghampiri cermin keretanya sebelum membuka zip seluar.

        Lelaki dipercayai warga Bangladesh terbabit melondehkan seluar sebelum menunjukkan kemaluannya ketika mangsa masih berada dalam kereta.

        Mangsa segera menghubungi suaminya menggunakan telefon bimbit sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran.

        Hasil laporan itu, polis menjalankan siasatan dan pemantauan di kawasan kejadian sebelum memberkas seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki terbabit gangguan seksual berkenaan.
        sigpic

        Comment


        • #5
          Wang ihsan ganti royalti minyak kepada Kelantan

          04/11/2009 10:58am

          KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan akan membayar wang ihsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan pimpinan Pas.
          Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat menegaskan, kerajaan negeri itu tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
          Kata beliau, wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri. - Utusan

          Comment


          • #6
            Bekas CEO Mied saman Samy Vellu

            04/11/2009 11:19am

            KUALA LUMPUR 4 Nov. - Bekas CEO Institut Pembangunan Pendidikan Maju (Mied), P. Chithirakala hari ini memfailkan saman di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil terhadap Datuk Seri S. Samy Vellu dan isteri serta akhbar Tamil Nesan atas dakwaan memfitnah berhubung insurans institut tersebut. - Utusan

            Comment


            • #7
              MCA diminta selesaikan kemelut dalaman

              04/11/2009 12:46pm

              KUALA LUMPUR 4 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta MCA supaya mewujudkan satu tempoh bertenang bagi membolehkan semua pemimpin kanannya duduk berbincang bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang dihadapi oleh parti itu sekarang.
              Beliau berkata, perbincangan itu harus melibatkan semua peringkat termasuk naib-naib presiden ketua wanita, dan ketua pemuda parti berkenaan.
              Bagaimanapun, katanya, Barisan Nasional (BN) tidak akan mengadakan mesyuarat dewan tertingginya bagi membincangkan secara khusus masalah dalaman yang dihadapi oleh MCA
              Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Akuakultur Asia Pasifik 2009 di sini hari ini. - Utusan

              Comment


              • #8
                Kaji longgar syarat kenderaan jalani pemeriksaan Puspakom

                04/11/2009 1:11pm

                KUALA LUMPUR 4 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pengangkutan telah diarahkan untuk menghantar laporan berhubung bantahan pelbagai pihak terhadap cadangan kerajaan untuk mewajibkan kenderaan yang berusia 15 tahun dan ke atas menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom).
                Beliau berkata, kerajaan bersedia melonggarkan syarat yang dikenakan itu sekiranya laporan yang dikemukakan kementerian tersebut membuktikan bantahan itu mempunyai alasan yang kukuh.
                Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Akuakultur Asia Pasifik 2009 di sini hari ini. - Utusan

                Comment


                • #9
                  Lori bertembung, dua pemandu maut

                  04/11/2009 2:01pm

                  IPOH 4 Nov. – Dua pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandu mereka bertembung di Kilometer 54, Jalan Ipoh-Cameron Highlands dekat Keramat Pulai di sini malam tadi.
                  Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai S. Rajenthrian, 44, dari Cameron Highlands dan Abdullah Yahya, 47, dari Kuala Kedah, Kedah. – Utusan.

                  Comment


                  • #10
                    Langgar anak perempuan demi maruah keluarga

                    04/11/2009 2:15pm

                    PHOENIX, Arizona 4 Nov. - Seorang pendatang tanpa izin warganegara Iraq dituduh menggelek anak perempuannya sehingga mati dengan alasan gadis itu terlalu `kebaratan’ dan beliau kini berhadapan dengan tuduhan membunuh, menurut polis Arizona semalam.
                    Faleh Hassan Almaleki, 48, dikatakan telah menggelek anak perempuannya, Noor Almaleki, 20, dan ibu teman lelakinya di tempat letak kereta dengan sebuah jip jenis Grand Cherokee pada 20 Oktober lalu.
                    Almaleki bagaimanapun telah mengaku dan berkata, ia merupakan satu cubaan pembunuhan yang terhormat kerana anak perempuannya itu telah memalukan beliau dan keluarganya, menurut pendakwa.
                    Beberapa saudaranya memberitahu media tempatan bahawa Almaleki, yang berhijrah bersama keluarganya dari Iraq ke Peoria, Illinois pada pertengahan 1990-an berang selepas anak perempuannya yang telah berkahwin dengan seorang lelaki di Iraq kembali ke Arizona untuk tinggal bersama teman lelaki dan ibu teman lelakinya, Amal Edan Khalaf, 43. - AFP

                    Comment


                    • #11
                      Majalah Glamour namakan Rihanna 'Woman of the Year'

                      04/11/2009 2:15pm

                      LOS ANGELES 4 Nov. - Penyanyi pop Rihanna dinamakan sebagai ‘Woman of the Year’ oleh majalah Glamour semalam selepas insiden pergaduhan dengan teman lelakinya, Chris Brown disifatkan penyanyi wanita itu telah mengubah hidupnya dalam tempoh satu malam.
                      “Saya tidur sebagai Rihanna dan terjaga daripada tidur sebagai Britney Spears. Itu adalah peringkat kegilaan media yang berlaku keesokan harinya,’’ kata penyanyi berusia 21 tahun itu dalam wawancara pertamanya sejak serangan tersebut Februari lalu.
                      Penyanyi R&B itu memberitahu edisi Disember majalah Glamour, dia merasa sangat malu apabila gambarnya dengan kesan lebam dan berdarah di muka disebarkan kepada media, namun Rihanna mahu insiden itu dijadikan sebagai satu kesedaran kepada remaja perempuan tentang ‘rahsia besar’ hubungan yang mendatangkan keburukan.
                      Rihanna yang popular dengan lagu ‘Umbrella’ and ‘Disturbia’ berkata, kesan positif daripada insiden itu yang mendapat perhatian dunia adalah dia kini boleh bersuara mewakili remaja-remaja perempuan yang berdepan situasi sama. - Reuters

                      Comment


                      • #12
                        e-Kasih tentukan kelayakan pelajar terima bantuan

                        04/11/2009 2:47pm

                        KUALA LUMPUR 4 Nov. – Sistem e-Kasih akan tetap menjadi panduan utama kerajaan dalam menentukan seseorang pelajar sekolah itu layak menerima bantuan kewangan atau sebaliknya.

                        Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sistem yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara itu lebih adil apabila ia berjaya menghakis berlakunya ketirisan dalam kerajaan mengeluarkan wang untuk bantuan pelajar sekolah.
                        Katanya, ia terbukti berjaya apabila berdasarkan bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan hanya mengeluarkan wang sejumlah RM2.8 bilion berbanding RM3.6 bilion bagi 2009. - Utusan

                        Comment


                        • #13
                          Tindakan CUEPACS salah dari segi moral - Najib

                          04/11/2009 4:08pm

                          KUALA LUMPUR 4 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta bonus adalah salah daripada segi moral kerana keadaan ekonomi negara ketika ini belum pulih sepenuhnya. - Utusan

                          Comment


                          • #14
                            Mahkamah benarkan permohonan keluarga gali mayat Beng Hock

                            04/11/2009 4:20pm

                            SHAH ALAM 4 Nov. - Mahkamah Koroner Shah Alam membenarkan permohonan keluarga Teoh Beng Hock supaya mayat mendiang digali semula bagi membolehkan bedah siasat ke dua dibuat oleh pegawai perubatan yang dilantik.
                            Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan saksi inkues ke 30, Dr. Prontip Rojanasunam menghadiri sesi bedah siasat ke dua setelah kelayakan Ketua Pengarah Institut Forensik Kementerian Kehakiman Thailand itu didapati tidak termasuk dalam senarai 250 buah universiti yang diiktiraf oleh kerajaan mengikut Akta Perubatan. - Utusan

                            Comment


                            • #15
                              Tuanku Muhriz pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

                              04/11/2009 4:28pm

                              KUALA LUMPUR 4 Nov.— Mesyuarat ke-219 Majlis Raja-Raja bermula hari ini dengan dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Negara di sini.
                              Mesyuarat itu dihadiri semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri kecuali Kelantan, Pahang, Perak, Johor dan Terengganu.
                              Kelantan diwakili Pemangku Sultan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad, Perak oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan Johor diwakili Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail.
                              Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.
                              Mereka masing-masing diiringi menteri besar dan ketua menteri kecuali Negeri Sembilan yang diwakili Datuk Muhammad Razi Kail, yang dilantik sebagai penasihat sementara Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ini. - Bernama

                              Comment

                              Working...
                              X