Announcement

Collapse
No announcement yet.

(02 Nov 2009) - AFTA - Siapa untung siapa rugi?

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • (02 Nov 2009) - AFTA - Siapa untung siapa rugi?

    AFTA - ASEAN Free Trade Area iaitu Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

    AFTA menggalak peluang pelaburan negara ASEAN melalui perdagangan bebas dengan menghapuskan sekatan tarif serta bukan tarif di kalangan anggota-anggota ASEAN.

    OK hari ini aku tidak mahu menghuraikan panjang lebar tentang AFTA. Aku harap anda semua yang memberikan input tentang perkara ini, mesti ada yang untung dan pasti ada yang rugi.

    Jadi persoalannya adakah perkara ini memberi impak kepada yang kaya atau membuatkan si miskin bertambah miskin.

    Renung-renungkan dan selamat memberi pendapat :045:


    I LOVE What I Do

  • #2
    afta ini pada pengguna ianya amat menguntungkan... kerana banyak barang-barang yang berkualiti boleh dibeli pada harga yang murah.. namun begitu dengan adanya AFTA maka banyak syarikat2 pengeluar tempatan akan mengalami kerugian... namun jika dilihat dari segi positif untuk mendapat persaingan yang sihat maka syarikat malaysia / tempatan perlu mengubah kualiti dalam pengeluaran.. contoh jika kereta toyota baik maka proton lebih baik baik dari toyota.. namun di Malaysia semangat patriotik kita tidak sama dengan negara lain.. contoh korea... kalau dia datang ke Malaysia dan menyewa kereta disini mereka akan mencari kereta negara mereka juga.. walaupun produk mereka tidaklah berapa baik tapi mereka berbangga dengan jenama mereka.. adakah rakyat malaysia begitu..?
    [CENTER]Kuasa BulkSMS 6 sen untuk Semua NetWork - 1SMSCafe-Internet SMS Termurah dan Terbaik di pasaran

    Comment


    • #3
      Mengikut syarat2 dalam AFTA, bagi menjadikan pruduk itu sebagai produk domestik sesuatu negara, perlulah mempunyai 40% kandungan dari tempatan. Jika syarat ini tidak dipertikaikan.. bermakna industri permotoran di Malaysia akan merudum.. kerana Malaysia adalah satu2nya negara yg mengeluarkan kereta sendiri dan 80% adalah dari tempatan. Manakala Thailand merupakan hub bagi pengeluaran kereta toyota dan jika mereka mampu menaikan sehingga 40% kandungan tempatan, maka Toyota boleh dianggap sebagai kereta nasional.. dan akan menjadi persaingan kuat bagi proton. Jika dibandingkan kualiti.. maka saya rasa ramai yg akan beli kereta toyota..

      Maka kerugian bagi pihak tertentu adalah keuntungan bagi pihak yg lain..
      Last edited by kruleznickzam; 02 Nov 2009, 06:25 PM.

      Comment

      Working...
      X