Announcement

Collapse
No announcement yet.

[29/10/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [29/10/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Polis Perak nafi bersikap kasar
    28/10/2009 8:34pm

    IPOH 28 Okt. — Polis menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan anggota keselamatan melakukan kekasaran dan menghalang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

    Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, polis juga menolak dakwaan pembangkang yang mengatakan pasukan keselamatan bertindak kasar terhadap bekas speaker yang juga ADUN Tronoh, V.Sivakumar sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.

    "Anggota polis tidak menghalang mana-mana Yang Berhormat, cuma mereka perlu mengambil masa untuk memasuki dewan kerana kami sudah menerima arahan untuk memastikan tiada sebarang alat perakam dan pralatan media seperti kamera, video kamera dan komputer riba di bawa masuk ke dalam dewan,” katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    Somalia, syurga buat Al-Qaeda

    29/10/2009 10:04am

    LONDON 29 Okt. - Kumpulan pengganas, Al-Qaeda kini menggunakan bumi Somalia untuk melatih anggotanya, menyusun semula kumpulan dan merancang serangan, kata Perdana Menteri negara itu semalam, sambil memberi amaran bahawa perkembangan itu mula mengancam kestabilan serantau.
    “Somalia kini jelas menjadi syurga buat kumpulan terkutuk ini iaitu Al-Qaeda,” kata Omar Abdirashid Sharmarke dalam satu ucapannya di London.
    “Kami tidak dapat mengagak tentang kekuatan dan keanggotaan mereka di negara kami tetapi apa yang pasti, mereka memang wujud di Somalia, menjadikan negara kami medan untuk melatih dan merancang.
    ``Somalia diibaratkan lokasi ideal bagi mereka menyusun pasukan penyerang dan menggerakkannya.’’
    Kumpulan tersebut menguasai sebahagian besar selatan dan kawasan tengah Somalia dan menurut Omar, usaha menumpaskan mereka amat penting bukan sahaja untuk negaranya malah untuk kemakmuran dunia sejagat. - AFP

    Comment


    • #3
      Cubaan mengganggu pilihan raya Afghanistan tidak akan berhasil

      29/10/2009 10:04am

      WASHINGTON 29 Okt.- Hasrat kumpulan Taliban untuk mengkucar-kacirkan proses pilihan raya presiden Aghanistan yang akan datang tidak akan berhasil ekoran beberapa serangan yang dilakukan ke atas para petugas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Kabul, demikian menurut satu kenyataan White House.
      “Tidak kira di mana serangan berlaku, sama ada di Kabul atau di Pakistan, tentu sekali Presiden Barack Obama menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga sesiapa saja yang menjadi mangsa keganasan melampau,’’ kata jurucakap White House, Robert Gibbs.
      “Di Kabul ternyata ada cubaan oleh sesetengah pihak untuk menggugat kemahuan rakyat Afghanistan dalam memilih kerajaan baru mereka, namun kami percaya ia tidak akan berhasil.
      “Dan saya fikir, kejadian di Pakistan pula menggambarkan sejauh mana pihak pelampau mampu bertindak dan apakah bentuk ancaman yang berupaya mereka lakukan bukan sahaja terhadap Afghanistan malah kepada kerajaan Pakistan sendiri,’’ jelas Gibbs. - AFP

      Comment


      • #4
        Jambatan runtuh: Mayat mangsa kedua ditemui

        29/10/2009 10:11am

        KAMPAR 29 Okt. - Mayat mangsa kedua kejadian jambatan runtuh, M. Davadharsini, 11, dari Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Mambang Di Awan ditemui pada pukul 11 malam tadi.
        Polis serta pasukan mencari dan menyelamat masih menjalankan gerakan mengesan seorang lagi mangsa, V. Diryasree, 12, yang hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Selasa lalu. - Utusan

        Comment


        • #5
          Pelakon Emma Akma sah bercerai kali ketiga

          29/10/2009 10:36am

          KUALA LUMPUR 29 Okt. - Pelakon drama, Emma Akma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus sah bercerai kali ketiga dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur dekat sini hari ini.
          Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengesahkan perceraian Emma Akma selepas Mohd. Kamal Jaafar Sidek, 35, seorang editor akhbar tabloid melafazkan cerai dengan talak satu.
          Pasangan tersebut yang bernikah pada 1 Januari 2005 pernah dua kali bercerai namun merujuk semula pada Mac tahun ini. - Utusan

          Comment


          • #6
            Manohara perlu cari peguam paling lewat 5 November

            29/10/2009 10:43am

            KUALA LUMPUR 29 Okt. – Isteri Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra, Manohara Odelio Pinot perlu mencari peguam sebelum atau pada 5 November ini untuk mewakilinya.
            Jika tidak, Mahkamah Tinggi di sini akan membuat penghakiman ingkar berhubung tuntutan saman fitnah berjumlah RM105 juta yang difailkan oleh suaminya. – Utusan

            Comment


            • #7
              Mayat ketiga ditemui

              29/10/2009 12:08pm

              KAMPAR 29 Okt. - Mayat ketiga mangsa jambatan gantung runtuh, V. Diryasree, 12, ditemui berhampiran lombong Tronoh di Sungai Kinta pada pukul 10.45 pagi ini. - Utusan. - Utusan

              Comment


              • #8
                Kampung Kilim pemenang Anugerah Ilham Desa 2009

                29/10/2009 11:44am

                KOTA TINGGI 29 Okt. - Kampung Kilim, Langkawi diumumkan sebagai pemenang Anugerah Ilham Desa 2009 peringkat kebangsaan di Kampung Mawai Baru dekat sini hari ini.
                Dengan kemenangan itu, kampung berkenaan membawa pulang hadiah RM30,000. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Utusan

                Comment


                • #9
                  Bayar RM66 juta: Mahkamah benar permohonan MB Selangor

                  29/10/2009 12:09pm

                  KUALA LUMPUR 29 Okt. - Mahkamah Tinggi Dagang di sini hari ini membenarkan permohonan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi supaya beliau membayar RM66 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad.
                  Permohonan penangguhan itu dikemukakan Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor bagi menunggu perbicaraan penuh kes saman beliau terhadap bank berkenaan. - Utusan

                  Comment


                  • #10
                    Jambatan runtuh: Operasi cari mangsa dihentikan

                    29/10/2009 12:58pm

                    KAMPAR 29 Okt. – Operasi mencari dan menyelamat berikutan kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini Isnin lalu, ditamatkan hari ini ekoran penemuan mayat mangsa kedua dan ketiga pada malam tadi dan pagi ini.
                    Mayat mangsa kedua. M. Devatharsini, 11, ditemui oleh anggota Rela di Kampung Tanjung Tualang pada pukul 11.30 malam tadi.
                    Manakala mayat mangsa ketiga, V. Diryasree, 12, dijumpai di persimpangan Sungai Chenderiang, Tronoh Mines dekat Batu Gajah pada pukul 9.45 pagi ini.
                    Kelmarin, mayat mangsa pertama, N. Dina Deve, 11, dijumpai di jalan lama Kuala Dipang pada pukul 8.40 pagi.
                    Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh ketika ditemui hari ini mengesahkan pihaknya menghentikan operasi berikutan penemuan kesemua mereka yang hilang. - Utusan

                    Comment


                    • #11
                      Beri masa kepada MCA - Najib

                      29/10/2009 6:22pm

                      KUALA LUMPUR 29 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya memberikan sedikit masa kepada pemimpin MCA untuk menyelesaikan masalah dalaman parti.
                      ``Saya dah berjumpa pemimpin MCA, dan saya mahu mereka selesaikan masalah dalaman mereka. Jadi bagi mereka sedikit masa, kita akan lihatnya,’’ kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Inovasi Negara di sini hari ini. - Utusan

                      Comment


                      • #12
                        Kes syabu RM254 juta dipindah ke Mahkamah Tinggi Kuantan

                        29/10/2009 6:23pm

                        ROMPIN 29 Okt. - Mahkamah Majistret hari ini membenarkan kes seorang pemandu lori yang didakwa mengedar syabu seberat 753,359 gram di Kilometer 3 Jalan Cenderawasih di sini pada 2
                        Mei lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan untuk sebutan.
                        Pemandu lori terbabit, Lee Yong Toe, 48, dari Taman Iskandar, Johor Bahru, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 6.45
                        pagi bersama seorang lagi yang masih bebas.
                        Majistret Ema Shahriana Ali memutuskan demikian setelah mengambil kira hujah yang dikemukakan oleh peguam J. Kuldeep
                        Kumar bahawa kes berkenaan boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan. - Utusan

                        Comment


                        • #13
                          Kos landasan naik RM1.43b: PAC minta penjelasan

                          29/10/2009 6:24pm

                          KUALA LUMPUR 29 Okt. - Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) akan meminta Kementerian Pengangkutan memberi penjelasan berhubung peningkatan kos pembinaan landasan berkembar elektrik Rawang-Ipoh sehingga RM1.43 bilion.
                          Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata PAC perlu menyiasat projek bernilai RM6 bilion itu selepas Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendedahkan pengurusan yang lemah menjadi punca kos pembinaan projek itu meningkat.
                          Katanya, kementerian itu antara pihak terawal yang akan dipanggil PAC selain beberapa kontraktor dan syarikat milik kerajaan (GLC) yang terlibat untuk memberi penjelasan mengenainya. - Utusan

                          Comment


                          • #14
                            Pembalakan haram: SPRM siasat kontraktor

                            29/10/2009 6:24pm

                            TEMERLOH 29 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Temerloh sedang menyiasat seorang kontraktor yang disyaki menceroboh dan melakukan pembalakan haram di Pelangai, Bentong baru-baru ini.
                            Ketua SPRM cawangan Temerloh, Abdul Malek Yusof berkata, kontraktor berkenaan dipercayai
                            melakukan pembalakan haram bernilai kira-kira RM2 juta di kawasan hutan tersebut.
                            Menurut beliau, SPRM juga akan menjalankan siasatan terhadap pemilik-pemilik lesen balak
                            yang sah berhampiran lokasi pembalakan haram tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Utusan

                            Comment


                            • #15
                              ADUN Pelabuhan Klang keluar PKR

                              29/10/2009 6:26pm

                              KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta merta dan menjadi wakil bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). - Bernama

                              Comment

                              Working...
                              X