Announcement

Collapse
No announcement yet.

[23/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [23/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    'Saya tak lagi anggap dia anak'
    Oleh Sariha Mohd Ali dan Jalal Ali Abdul Rahim
    [email protected]

    KUALA LUMPUR: "Kelakuannya yang ketakutan sambil menunjukkan ke arah lelaki Sudan dan berkata 'takut-takut' masih terbayang dalam ingatan saya.

    "Apabila tahu satu-satunya cucu saya meninggal dunia, saya meraung dan hampir pengsan. Kini saya terlalu benci kepada anak saya dan tidak lagi menganggapnya sebagai anak," kata Amran Mohd Said, 49, datuk kepada Alia Aiman, 3, kanak-kanak yang mati dipercayai didera ibunya bersama teman lelaki warga Sudan, di Kondominium Reniville, Taman Puteri Batu 9, Cheras dekat sini, pada 12 Oktober lalu.

    Amran yang dihubungi berkata, Alia menyatakan perkara itu kepadanya ketika mengunjungi cucunya itu di rumah anak perempuannya bulan lalu.

    "Saya bertanya mengapa Alia berkelakuan begitu, namun anak saya berkata dia sekadar mahu mendidik cucu saya itu supaya menjadi budak baik.

    "Saya juga ada bertanya mengenai tanda merah pada badan dan benjol pada dahi Alia, tetapi anak saya memberitahu ia kerana terjatuh," katanya.

    Semalam, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakaruddin Che Mood, berkata ibu mangsa berusia 24 tahun dan bekerja sebagai setiausaha sebuah syarikat swasta di ibu negara menghantar Alia yang tidak sedarkan diri ke hospital dan mendakwa menemuinya lebam seluruh badan sebaik pulang bekerja.

    Bagaimanapun, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada organ dalamannya.



    Amran juga berkata, beliau terlalu kecewa dengan tindakan anaknya yang tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku terhadap Alia.

    "Lelaki Sudan itu pernah berbual dengan saya dan daripada perbualan itu saya dapati dia jenis lelaki yang kasar. Isteri saya juga pernah lihat orang Sudan itu merentap tangan anak saya (ibu mangsa) dengan kasar.

    "Saya juga bertanya kepada anak saya mengapa lelaki Sudan itu tinggal bersamanya, tetapi anak saya maklumkan lelaki itu menyewa bilik sebelah. Saya pernah beri kata dua kepadanya sama ada meminta lelaki Sudan itu keluar atau anak saya itu sendiri yang keluar," katanya.

    Amran juga berkata, beliau memang mempunyai rancangan mahu mengambil dan membela Alia.

    "Sebelum ini pun saya nak bela dia tetapi anak saya larang. Bagaimanapun, sebelum Aidilfitri lalu saya sempat menjaga cucu saya itu selama dua bulan," katanya sambil mengakui tujuan dia bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan adalah untuk memelihara cucu kesayangannya itu.

    Beliau berkata, jenazah Alia dikebumikan di Sungai Besi sehari selepas kematiannya.

    Mengenai bapa Alia, beliau hanya berkata: "Sehingga kini saya tidak dapat mengesannya."
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    apa la..budak2 tak salah pun nak bunuh2...tak pasal2..apa nak jadi la org skang ni..

    Comment


    • #3
      5 negara tolak wakil masyarakat madani di sidang Asean



      HUA HIN: Kerajaan Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina dan Singapura menolak kumpulan masyarakat madani dari negara masing-masing pada Sidang Kemuncak Asean ke-15, di sini.

      Debby Stothard, dari Rangkaian Alternatif Asean, berkata mereka dimaklumkan Kementerian Luar Thai pada 11 malam semalam bahawa pemimpin berkenaan tidak akan bertemu dengan lima wakil yang dicalonkan oleh kumpulan madani itu.

      "Beberapa kerajaan misalnya Singapura, malah menggantikan calon itu dengan wakil mereka sendiri," katanya ketika Sidang Kemuncak Asean ke-15 bermula di Dusit Thani Hotel di resort peranginan tepi laut di sini semalam.

      Beliau berkata baki lima wakil dari Brunei, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam diberitahu supaya menghadiri mesyuarat pada 7 pagi ini, lima jam sebelum mesyuarat tidak rasmi antara pemimpin dan kumpulan masyarakat madani itu dijadual berlangsung.

      Stothard berkata kumpulan madani itu juga kesal kerana wakil mereka tidak dibenarkan bercakap pada pertemuan 30 minit itu, sebaliknya hanya seorang ahli akademik dari Chulalongkorn University sahaja yang dibenarkan bercakap.

      "Kami masih berusaha mendapatkan lebih ramai orang untuk bercakap pada mesyuarat berkenaan," katanya.
      Wakil masyarakat madani yang ditolak itu ialah Khin Ohmar (Myanmar), Sister Crescencia L. Lucero (Filipina), Sinapan Samydorai (Singapura), Manichanh Philaphanh (Laos) dan Nay Vanda (Kemboja).

      Malaysia diwakili Moon Hui Tah, Penyelaras Kempen SUARAM, sebuah pertubuhan hak asasi manusia Malaysia.

      Dialog antara 10 pemimpin Asean dan kumpulan masyarakat madani ini diperkenalkan pada Sidang Kemuncak Asean ke-14 yang diadakan di sini, Februari lalu.

      Mesyuarat yang julung kali diadakan itu turut diselubungi kontroversi apabila pemimpin Myanmar dan Kemboja enggan bertemu wakil dari negara masing-masing.
      Antara perkara yang menjadi tumpuan pada Sidang Kemuncak ke-15 ialah pelancaran Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean mengenai Hak Asasi Manusia.

      Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dilantik sebagai wakil Malaysia dalam badan berkenaan. - Bernama

      Comment


      • #4
        RM100 juta untuk program Permata



        KUALA LUMPUR: Berikutan kejayaan Permata dalam mendidik 17,565 kanak-kanak, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi memperkasakan lagi progam yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang itu.

        Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat hari ini berkata peruntukan itu adalah bagi tujuan perlaksanaan programnya seperti berikut:

        * Permata Negara membabitkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebelum mencapai umur 5 tahun. Satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak.




        * Permata Seni membabitkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

        * Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang. Program ini akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika. Pengambilan kumpulan pertama akan dibuat pada 2011.

        * Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan Al-Quran. Program ini dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun.

        Selain itu, Permata akan turut melaksanakan program Perkasa Remaja untuk melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala sosial. Program yang dikendalikan oleh UKM ini akan membolehkan belia dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat dan negara.

        Program Permatadiperkenalkan di 457 pusat latihan sehingga ini. - Bernama

        Comment


        • #5
          6 maut serangan berani mati di Pakistan



          ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya enam maut, manakala sembilan lagi cedera dalam satu serangan berani mati di sebuah kem tentera di bandar Kamra, di sini, hari ini.

          Kejadian berlaku di 80 kilometer (km) barat Islamabad, berdekatan Kompleks Aeronautikal Pakistan (PAC).

          “Ia satu serangan berani mati yang mengorbankan enam orang, termasuk empat orang awam dan dua anggota Tentera Udara Pakistan (PAF),” kata ketua polis daerah, Fakhar Sultan. - AFP

          Comment


          • #6
            Lebih 3,000 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah



            MADINAH: Seramai 3,439 orang jemaah haji Malaysia selamat tiba di sini, setakat ini menerusi sembilan penerbangan sewa khas Tabung Haji.

            Seorang jurucakap Tabung Haji, berkata empat lagi pesawat dijangka mendarat di Terminal Haji Madinah hari ini yang membawa 1,600 lagi jemaah haji Malaysia.

            Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di sini, Selasa lalu dan mereka dijangka berada di Madinah selama lapan hari untuk menziarahi tempat bersejarah termasuk masjid dua kiblat dan Bukit Uhud sebelum berangkat ke Makkah bagi mengerjakan umrah dan haji.




            Bandar Madinah kini mula dibanjiri oleh ribuan jemaah haji terutama dari negara Asia tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia serta jemaah dari Turki, India dan Pakistan. - Bernama

            Comment


            • #7
              Polis tembak dua lelaki, terbabit kes culik pelajar



              JOHOR BAHRU: Polis menembak mati dua lelaki berumur 38 dan 35 tahun, awal pagi tadi, dekat Chaah, Segamat selepas mereka menculik seorang pelajar berusia 16.

              Polis menemui wang RM129,900, sepucuk pistol .38, tiga peluru hidup, tiga kelongsong, tiga bilah parang dari kereta dinaiki penculik.

              Pelajar yang diculik itu dibebaskan selepas keluarga mangsa membayar wang tebusan RM130,000.

              Comment


              • #8
                Reman dua kakitangan Jabatan Hutan Kedah disambung



                ALOR SETAR: Mahkamah Majistert di sini, hari ini menyambung reman lima hari lagi terhadap dua kakitangan Jabatan Perhutanan Kedah, termasuk seorang pegawai kanan jabatan itu sehingga 28 Oktober ini.

                Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Majistret, Wan Nor Fadilah Wan Ibrahim kira-kira jam 12.30 tengahari semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star, di sini.

                Manakala, dua renjer jabatan berkenaan dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin dan semalam.




                Selasa lalu, SPRM menahan empat kakitangan Jabatan Perhutanan Kedah, termasuk seorang pegawai kanan, berhubung siasatan kes rasuah membabitkan kelulusan kawasan balak di Hulu Muda, Kedah.

                Tiga lagi yang ditahan ialah seorang pegawai perhutanan daerah dan dua renjer hutan.

                Keempat-empat terbabit disiasat berhubung kes rasuah membabitkan wang tunai lebih RM100,000 untuk meluluskan kawasan pembalakan terbabit.

                Mereka ditahan reman di Mahkamah Majistret Alor Star Selasa lalu, untuk siasatan lanjut.

                Comment


                • #9
                  Peguam diperintah bela diri tuduhan guna surat kuasa wakil palsu



                  KUALA LUMPUR: Seorang peguam hari diperintah membela diri di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan menggunakan surat kuasa wakil palsu dan satu tuduhan memberi keterangan palsu dalam afidavit prosiding saman pemula membabitkan penjualan satu hartanah di Bangsar.

                  Hakim Rosenani Abdul Rahman memerintahkan S Kanawagi, 64, untuk membuat pembelaan terhadap kesemua pertuduhan setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

                  Katanya elemen utama untuk memanggil Kanawagi membela diri ialah tertuduh memang mengetahui bahawa surat kuasa wakil itu palsu dan dia sendiri yang mengarah disiapkan dokumen palsu itu.




                  Rosenani berkata untuk pertuduhan ketiga, Kanawagi sengaja memberi keterangan palsu dalam afidavit yang diikrarkannya pada 13 Februari 1995.

                  Beliau menetapkan 24 dan 25 November ini untuk Kanawagi membuat pembelaan.

                  Bagi pertuduhan pertama dan ketiga, Kanawagi dituduh secara curang telah menggunakan satu dokumen palsu "surat kuasa wakil" sebagai tulen dan mendaftarkannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Mei 1994 dan 7 Ogos 1993.

                  Bagi pertuduhan kedua, dia dengan sengaja memberikan keterangan palsu dengan membuat pernyataan palsu dalam afidavit yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur pada 13 Februari 1995.

                  Kanawagi diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin manakala Timbalan Pendakwa Raya S Devananthan mengendalikan pendakwaan.

                  Di mahkamah yang sama tetapi dikendali oleh Hakim Rozana Ali Yusoff, seorang bekas pegawai BSN Commercial Bank, R Arumugam, 59, diperintah membela diri terhadap tuduhan menerima rasuah RM5,000 daripada Kanawagi.

                  Rozana menetapkan 30 Oktober ini untuk Arumugam membela diri.

                  Arumugam, bekas pegawai polis di Bahagian Narkotik, Bukit Aman, didakwa menerima suapan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Kanawagi berhubung laporan polis berkaitan hartanah yang sama di Bangsar.

                  Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Abdullah Off Jalan Bangsar pada jam 6.30 petang 9 Mac 1999.

                  Arumugam diwakili peguam Gurbachan Singh manakala pendakwaan dijalankan oleh

                  Mohd Asnawi Abu Hanipah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Bernama

                  Comment


                  • #10
                    Bayi 4 bulan antara terselamat dalam kebakaran



                    KUALA TERENGGANU: Walaupun rumah kayu yang didiami sejak hampir 10 tahun lalu hangus dalam kebakaran di Kampung Losong Haji Mat Shafie di sini pagi tadi, seorang pengawal keselamatan masih boleh menarik nafas lega kerana sempat menyelamatkan bayinya yang baru berumur empat bulan yang sedang tidur.

                    Amizal Zakaria, 27, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, menyedari api membakar bahagian dapur rumahnya kira-kira pukul 10 pagi tadi, beliau terus mendapatkan anak bongsu daripada empat beradik yang tidur di ruang tamu rumahnya, dan membawanya keluar rumah dan diletakkan di tempat selamat.

                    Katanya, ketika cuba memasuki kembali rumah yang semakin marak dijilat api untuk menyelamatkan tiga lagi anak lelaki pasangan itu berumur antara tiga dan enam tahun, beliau ternampak isterinya, Wan Maisarah Wan Awang, 27, telah berjaya membawa keluar ketiga-tiga anak mereka.




                    "Walaupun rumah dan harta benda semuanya sudah hangus terbakar, saya dan isteri tetap bersyukur kerana anak-anak kami selamat dalam kejadian itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

                    Katanya, beliau tidak dapat memastikan punca sebenar kebakaran yang bermula di bahagian dapur rumah peninggalan arwah datuknya itu yang berlaku sebaik sahaja mereka selesai memasak sarapan pagi.

                    Katanya, berikutan kejadian itu beliau bercadang untuk menumpang di rumah saudaranya di Kampung Sungai Rengas, dekat sini.

                    Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamal Tan, ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.23 pagi dan pasukan yang dihantar berjaya mengawal api dalam masa tujuh minit dan mengelak daripada merebak ke beberapa rumah berdekatan.

                    "Semasa pasukan bomba bersama 13 anggota dan tiga jentera tiba di tempat kejadian, rumah berkenaan sudah runtuh dan musnah sama sekali," katanya.

                    Beliau berkata, setakat ini jumlah kerugian dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. - Bernama

                    Comment


                    • #11
                      7 maut, 8 cedera dalam 2 letupan bom di Pakistan



                      PESHAWAR: Polis berkata sebutir bom meletup di kawasan letak kereta sebuah restoran di bandar Peshawar, menyebabkan lapan orang cedera.

                      Restoran yang dilengkapi kolam renang dan kemudahan bersosial lain menjadi tempat rekreasi penduduk di bandar itu.

                      Pada sebelah pagi, seorang pengebom nekad menyerang pusat pemeriksaan berhampiran kompleks tentera udara di barat daya Pakistan menyebabkan tujuh orang terbunuh. - AP

                      Comment


                      • #12
                        Polis temui kanak-kanak dipercayai mangsa culik, rogol



                        KLANG: Polis menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dalam keadaan 'keliru' selepas dipercayai diculik serta dirogol di Jalan Meru, di sini, malam tadi.

                        Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata budak perempuan itu menyatakan dia tidak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya dan hanya menyedari dia berada dalam sebuah van bersama seorang lelaki.

                        Kanak-kanak itu dipercayai sedang berjalan dengan seorang sepupunya untuk ke kedai berdekatan rumah mereka di Sungai Pinang di sini malam tadi apabila dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.




                        "Lelaki terbabit mengumpan wang RM5 bagi memujuk mangsa mengikutnya. Kami menerima laporan daripada bapa mangsa kira-kira jam 9 malam dan menghebahkan kehilangannya kepada anggota bertugas di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.

                        Mohamad berkata sebaik menemui buak itu, polis terus membawa beliau bertemu keluarganya di Balai Polis Meru di sini.

                        Beliau berkata pada mulanya kes itu diklasifikasikan sebagai kes culik tetapi kemudian menjadi kes culik dan rogol selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan.

                        "Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini pagi tadi dan pemeriksaan awal menunjukkan dia telah dirogol," katanya.

                        Mohamad berkata kanak-kanak berkenaan masih dirawat di HTAR dan dia belum mampu memastikan identiti lelaki yang menculiknya. - Bernama

                        Comment


                        • #13
                          Rosmah hadiri forum wanita dalam kepimpinan di Dubai



                          DUBAI: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di sini malam ini bagi menyertai pemimpin wanita lain dari seluruh dunia menghadiri Forum Wanita dalam Kepimpinan.

                          Forum berkenaan akan dirasmikan oleh Princess Haya Bint Al Hussein, isteri Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, di hotel Burj Al Arab Ahad ini.

                          Rosmah juga dijadual menghadap Princess Haya.




                          Forum Wanita dalam Kepimpinan itu yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober, akan menghimpunkan 300 pemimpin wanita daripada sektor politik, akademik dan perniagaan.

                          Rosmah dijadual menyampaikan ucaptama pada forum itu Isnin ini, antara lain akan berkongsi pengalaman Malaysia dalam menggalakkan peranan wanita terutamanya berhubung kepimpinan.

                          Pemimpin wanita dari Timur dan Barat akan turut berkongsi pengalaman mereka dalam kepimpinan dan strategi bagi mendepani cabaran menerusi sesi bertajuk "Merapatkan Jurang".

                          Ketua Eksekutif Naseba, Sophie Le Ray, matlamat saya menjemput delegasi dari Malaysia ialah bagi membolehkan berlaku pertukaran kebudayaan, dengan mendapat perspektif dari sebuah negara Asia.

                          "Apabila anda melihat isteri Perdana Menteri Malaysia, dengan pencapaian dan pendidikan beliau serta segala-galanya, saya rasa adalah menarik untuk mendapatkan perspektif beliau selain tokoh wanita lain dalam delegasi itu," katanya.

                          Le Ray berkata, adalah penting untuk menangani salah tanggapan yang menyelubungi wanita di Asia atau Timur Tengah, termasuk dalam dunia perniagaan.

                          Aturcara Rosmah di Dubai termasuk lawatan ke Pusat Latihan Kanak-kanak dengan Keperluan Khas Al Noor serta menghadiri majlis sambutan Hari Raya dan Deepavali bersama masyarakat Malaysia yang tinggal di UAE.

                          Beliau akan diiringi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan selain isteri beberapa menteri dan pemimpin negeri serta para pegawai kerajaan yang lain. - Bernama

                          Comment


                          • #14
                            SMS elak suri rumah daripada ditipu penculik palsu



                            KUALA LUMPUR: Tindakan pantas seorang suri rumah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya bagi memastikan anak perempuannya selamat di sekolah, mengelakkannya daripada ditipu lelaki yang mendakwa menculik anaknya dan meminta wang tebusan.

                            Wanita berusia 37 tahun itu berkata beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali pada 10.30 pagi semalam yang mendakwa anak bongsunya berusia 10 tahun itu diculik ketika di sekolah di Seri Kembangan dekat sini dan meminta wang tebusan sebanyak RM30,000.

                            "Saya bagi tahu lelaki itu yang saya hanya ada RM3,000 dan lelaki itu memberitahu wang itu tidak mencukupi kerana mereka ada empat orang, lalu mengarahkan saya supaya mendapatkan wang selebihnya segera kerana nasib anak saya berada dalam tangan mereka.




                            "Pada masa sama saya terdengar suara kanak-kanak perempuan menangis. Ketika dibenar bercakap dengan kanak-kanak itu, dia (kanak-kanak itu) kata dia berasa amat takut kerana kedua-dua belah tangannya diikat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

                            Beliau berkata, ketika becakap dengan lelaki itu yang tidak membenarkannya menghentikan perbualan telefon kerana khuatir wanita itu menghubungi polis, beliau menggunakan satu lagi telefon bimbitnya untuk menghantar SMS meminta kakaknya memeriksa keselamatan anak perempuannya di sekolah.

                            Wanita itu berkata kakaknya kemudian memaklumkan bahawa anaknya berada dalam keadaan selamat di sekolah.

                            Beliau dan suaminya berumur 40 tahun kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan.

                            Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hiah Wah, pada sidang akhbar sama berkata sehingga kini terdapat 10 kes seumpama itu dilapor di sekitar Puchong dan Seri Kembangan sejak bulan lalu.

                            "Saya rasa ini adalah trend terbaru sindiket yang merancang penculikan palsu dengan memperdaya keluarga 'mangsa' bagi mendapatkan wang tebusan," katanya.

                            Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar, ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan menerima laporan itu daripada ibu bapa kanak-kanak berkenaan petang semalam.

                            Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak panik dan jangan mudah terpedaya dengan panggilan seumpama itu sebaliknya berhubung dengan pihak polis. - Bernama

                            Comment

                            Working...
                            X