Announcement

Collapse
No announcement yet.

[15/10/2009] : KOSMO | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [15/10/2009] : KOSMO | Berita2 Semasa

    Ejen khas ketagih seks - Guru menyamar Pegawai Khas Akta Sulit untuk cabul guru

    SEREMBAN - Macam-macam taktik jika sudah kemaruk seks.

    Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini sanggup mendakwa dirinya sebagai Pegawai Khas Akta Sulit dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencari mangsa pemuas nafsu.

    Suspek itu mendakwa tugas Pegawai Khas Akta Sulit KKM yang bekerja sebagai guru amat sulit kerana identiti mereka tidak boleh diketahui oleh sesiapa termasuk pengetua sekolah mahupun isteri sendiri.

    Sebagai pegawai khas, suspek mendakwa, dia dikehendaki mencari guru wanita di sekolah tersebut untuk dijadikan bahan kajian untuk mengetahui penyakit tertentu yang dihidapi guru yang menjadi bahan kajiannya.

    Cara suspek mengendalikan kajian pula sangat pelik apabila mangsa diwajibkan melalui tiga fasa kononnya bagi memenuhi kehendak kajian tersebut.

    Fasa pertama, mangsa dikehendaki menjawab beberapa soalan berkaitan saiz payu dara, saiz pinggang dan pinggul.

    Fasa kedua, mangsa kajian diperlukan untuk bercumbuan dengan suspek.

    Fasa ketiga, mangsa diminta melakukan 'ujian berat' melalui hubungan seks dengan suspek.

    Seorang guru sandaran di sebuah sekolah di sini, Hani, 24, mendakwa, dia nyaris diperkosa oleh guru lelaki itu di sebuah kelas di sekolah tersebut selepas terpedaya dengan jawatan Pegawai Khas Akta Sulit KKM.

  • #2
    Lebih 1.02 bilion manusia kebulur

    ROM - Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendedahkan bahawa jumlah penduduk dunia yang kebuluran kini memecah rekod baru iaitu 1.02 bilion orang.

    Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB dalam satu laporannya berkata, situasi itu berlaku kerana penurunan bantuan dan pelaburan dalam sektor pertanian lebih sedekad lalu.

    Ketua Pengarah FAO, Jacques Diouf memberitahu, jika trend itu berterusan, sasaran global bagi menurunkan separuh daripada jumlah penduduk yang kebuluran menjelang 2015 pasti gagal.

    "Dalam usaha memerangi kebuluran, tumpuan utama ialah menambah pengeluaran makanan dalam sektor pertanian namun apa yang berlaku adalah sebaliknya," kata beliau.

    FAO mendakwa, jumlah manusia kebuluran berjaya ditangani pada dekad 1980-an hingga awal 1990-an sebelum ia naik mendadak pada 1995 dan mencecah 1.02 bilion orang pada tahun ini.

    Comment

    Working...
    X