Circuit Breaker Dalam Saham

Circuit Breaker ataupun ‘pemutus litar’ merupakan satu langkah yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia pada Mac 2002 dengan tujuan untuk menstabilkan ketidaktentuan pasaran dan memutuskan sama ada dagangan digantung sementara atau pun digantung sepenuhnya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pelabur.

Ia akan diaktifkan secara automatik apabila rekod KLCI merosot 10, 15 dan 20 peratus daripada paras ditutup pada hari sebelumnya. Rujuk jadual dibawah untuk penerangan lanjut:

Circuit Breaker Dalam Saham

Apakah aspek dagangan yang terkesan dengan Circuit Breaker?

Mekanisme Circuit Breaker hanya akan menghentikan dagangan buat sementara waktu apabila ia dicetuskan. Segala clearing, settlement dan operasi depository berfungsi secara normal.

Contohnya, jika Circuit Breaker dicetuskan pada 10:00 a.m., semua perdagangan dipadankan setakat 10:00 a.m. akan dijelaskan dan diselesaikan senormal menurut sistem penyelesaian T+3. Semua tempahan tidak sepadan yang dimasukkan sebelum 10:00 a.m. akan diteruskan untuk dipadankan selepas penyambungan dagangan.

Semasa penghentian dalam perdagangan, yang berikut dibenarkan sejajar dengan Peraturan Bursa Malaysia:

  1. Kemasukan pesanan had
  2. Pindaan kepada kontrak tetapi terhad kepada pelanggan kod-kod sahaja
  3. Pengurangan dalam kuantiti tempahan; dan
  4. Pembatalan atau pengeluaran tempahan

Rujukan: Bursa Malaysia

Berapa kalikah Circuit Breaker boleh diaktifkan dalam satu hari?

Terdapat empat (4) situasi yang membolehkan Circuit Breaker dicetuskan pada waktu siang berdasarkan indeks penutup FBMKLCI hari pasaran sebelumnya, iaitu satu kemerosotan:

  1. 10%, 15% dan 20%
  2. 10% dan 20%
  3. 15% dan 20%
  4. 20%

Maka, situasi menunjukkan bahawa FBMKLCI boleh merosot dalam:

  1. Satu cara mengejutkan seperti (a); atau
  2. secara tiba-tiba seperti (b) dari paras 10% hingga 20% memintas ke paras15%, (c) 15% hingga 20% memintas paras 10% dan (d) terus kepada 20% memintas10% dan tahap 15%

Tambahan kepada di atas , terdapat dua (2) lagi syarat-syarat bagi rangka kerja Circuit Breaker:

  1. Renti dagangan untuk setiap tahap pencetus hanya akan berlaku sekali sepanjang hari perdagangan.

    Misalnya, jika FBMKLCI hari yang sebelumnya berada di 1000 mata dan ia jatuh kepada 855 mata (melanggar 10% tahap pencetus), dagangan akan dihentikan selama sejam.

    Kemudiannya, jika FBMKLCI naik sekali lagi pada waktu siang kepada 1020 mata dan kemudian turun kepada 870, renti dagangan peringkat pertama (iaitu pada 10%) tidak akan dicetuskan kerana ia telah dicetuskan sebelum ini. Keadaan ini digunakan baagi semua empat (4) situasi yang tersebut di atas.

  2. Jika FBMKLCI melanggar satu tahap pencetus lebih tinggi (misalnya 15%) dengan melepasi tahap yang lebih rendah(misalnya 10%) , tahap pencetus yang lebih rendah tidak akan dicetuskan semasa hari dagangan.

    Keadaan menggambarkan contoh dalam (ii) di atas di mana FBMKLCI jatuh secara tiba-tiba kepada 15% memintas tahap pencetus 10% . Dalam keadaan ini, renti dagangan terhadap penurunan tahap 10% tidak akan dicetuskan langsung pada waktu siang.

Rujukan: Bursa Malaysia

Bagaimana Paras Pengaktifan Circuit Breaker Dikira?

Terdapat tiga (3) paras aktif Circuit Breaker yang berasaskan penurunan 10%, 15% dan 20% FBMKLCI daripada indeks penutupan hari pasaran sebelumnya. Contoh berikut menggambarkan bagaimana paras aktif itu dikira.

Contoh Senario:

Andaikan indeks penutupan FBMKLCI pada 30 Julai ialah 600 poin. Paras aktif Circuit Breaker pada 31 Julai akan dikira berdasarkan indeks penutupan 30 Julai dengan menggunakan paras peratusan yang ditentukan sebelumnya, iaitu 10%, 15% dan 20% bagi setiap paras aktif. Keputusan paras indeks yang diperoleh daripada kiraan akan menjadi paras aktif efektif pada hari tersebut (31 Julai).

Apabila FBMKLCI menurun akibat paras aktif masing-masing, dagangan pasaran saham akan dihentikan buat sementara.

Jadual 1: Andaikan indeks penutupan hari pasaran sebelumnya ialah 600 poin.

Circuit Breaker Dalam Saham
Oleh itu, sekiranya penurunan FBMKLCI di bawah indeks penutupan hari pasaran sebelumnya atau di bawah:Dalam contoh ini, paras pertama Circuit Breaker akan diaktifkan pada penurunan 10% daripada 60 poin dalam indeks penutupan FBMKLCI 600 poin. Bagi paras kedua Circuit Breaker (15%), penurunan akan menjadi 90 poin sementara bagi paras ketiga Circuit Breaker (20%), penurunan menjadi 120 poin.

  1. 540 poin – dagangan dihentikan selama satu (1) jam jika aktif pada atau sebelum 11.15 pagi atau 3.30 petang, atau sepanjang sesi dagangan jika aktif pada atau selepas 11.15 pagi atau 3.30 petang.
  2. 510 poin – dagangan dihentikan selama satu (1) jam jika aktif pada atau sebelum 11.15 pagi atau 3.30 petang, atau sepanjang sesi dagangan jika aktif pada atau sebelum 11.15 pagi atau 3.30 petang.
  3. 480 poin – dagangan dihentikan sepanjang hari.

Sejak circuit breaker diperkenalkan, sudah beberapa kali ia diaktifkan untuk pasaran KLCI. Apabila ini berlaku, pelabur sepatutnya mengambil tahu akan keadaan pasaran semasa agar dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih tepat selepas dagangan bersambung.

Rujukan: Bursa Malaysia

Apa Kita Boleh Buat Bila Circuit Breaker  Diaktifkan?

Bila Circuit Breaker dicetuskan, pertama sekali kena bawa bertenang dan kawal emosi masing-masing. Cari maklumat dan ambil tahu kenapa ianya berlaku. Adakah ianya sebab spekulasi atau panik yang melampau? Apa kata pakar-pakar pelaburan pula?

Bila dah tahu apa puncanya, boleh kita buat plan yang sewajarnya. Masa inilah kita tentukan nak Cut Loss, bagi mereka yang tak sempat nak cut loss; nak pergi bercuti bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pegangan; atau nak makan popcorn sambil tengok apa yang terjadi dan reaksi pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *