Salam,
Mohon kawan-kawan semua supaya membuat posting ditempat yang sepatutnya, iaitu section yang telah ditetapkan. Mungkin ada yang konfius berkenaan section berikut:
1) Low Risk - section ini di moderatekan, maknanya tidak semua pos akan dipamerkan dan post hanya dipamerkan selepas mendapat kelulusan moderators. Section ini untuk peluang pelaburan yang sah dan dibenarkan, kebiasaannya dijalankan oleh institusi perbankkan di Malaysia.
2) Medium Risk - untuk peluang MLM/jualan langsung syarikat yang berdaftar dan mempunyai lesen AJL di Malaysia. Beberapa thread yang tidak berkaitan AJL ada yang dilepaskan dari moderation, tetapi di bawah pengawasan. Pembaca dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan skim-skim pelaburan berasaskan pertanian yang tumbuh bagai cendawan akhir-akhir ini kerana kebanyakan dari mereka tidak mempunyai lesen untuk mengambil deposit. Sila rujuk pihak berkaitan (BNM) untuk pengesahan.
3) Business Website - section ini paling mudah menjadi kekeliruan kerana didapati ramai members yang buat posting ke sini tidak baca description section. Sebarang bentuk web replikasi contoh:
www.domain.com/ref?=nickname
tidak dibenarkan kerana section ini sebenarnya memberi peluang untuk members membuat promosi business website mereka sendiri, bukan kepunyaan orang lain.
Selain itu kami meminta agar posting yang tidak berkenaan dengan mana-mana section agar tidak di postingkan secara sembarangan. Contohnya, posting berkenaan surat berantai, skim cepat kaya, HYIP adalah tidak dibenarkan langsung.
Secara umum, sedikit maklumat berkenaan perkara ini:
1. Surat Berantai
- kebiasaannya melibatkan deposit wang kepada akaun-akaun persendirian yang disusun secara berperingkat. Pembaca dinasihatkan tidak terpengaruh dengan nama-nama islamik yang digunakan, konsep sedekah, amal dsb yang cuba disalahgunakan.
2. Skim Cepat Kaya
- seperti namanya, kebanyakan program ini menawarkan pulangan segera ke atas pelaburan asal. Skim Cepat Kaya konventional (deposit, cari orang, kemudian untung) lebih senang dikenal pasti. Itu suatu ketika dulu. Tetapi perlu diingat penyangak Skim Cepat Kaya zaman sekarang sangat bijak dan mampu mengaburi modus operandi mereka dengan baik, pelbagai cerita-cerita yang tak masuk akal akan dibuat. Tips untuk mengenali mudah: tanya soalan
is it too good to be true? Kalau ya, kemungkinan besarnya ialah skim cepat kaya. Di saat-saat minda kita mula nak percaya tu, cuba pikir sekali lagi, mungkin cerita tu karut sahaja. Kebanyakannya karut.
3. HYIP
- yang ini tak perlu di perkenalkan lagi, kebanyakan pembaca di sini dah kenal HYIP melebihi kami sendiri. HYIP sangat besar impaknya. Salah satu lagenda HYIP/ponzi yang ada sekarang - sehinggakan ramai orang masih tak percaya program tu ponzi dan masih menyalahkan kerajaan kerana block program tu - itu lah hebatnya penangan HYIP lagenda berkenaan.
Jadi beginilah, minta kawan-kawan semua jangan pos kan thread berkenaan perkara di atas. Jom kita buat posting hanya berkenaan perkara yang dapat membantu orang lain, yang dapat menyumbang sesuatu yang baik kepada saudara-saudara lain.
Terima kasih.