salam
nak tanya pasal pinewood ni ada sesapa dah buat loan n success ke.....
JImmo
Salam warga NoGold
Baru-baru ni ada satu event dipanggil 'Karnival Kewangan' bertempat di Sitiawan, Perak selama 2 minggu dianjurkan oleh 2 syarikat financial services i.e Pinewood Trading & Services S/B & BlueVision Sdn Bhd.
Apa yang ditawarkan adalah pinjaman peribadi dan perniagaan untuk public dengan amount loan yg boleh di apply adalah semaksimum mungkin bergantung kepada kelayakan e.g contoh dengan pendapatan kasar RM5k/sebulan boleh apply untuk RM150k. Dalam contoh ini, option untuk bayaran balik adalah macam ni:
i) 10 tahun @ RM2k/bulan
ii) 15 tahun @ RM1334/bulan
iii) 20 tahun @ RM1k/bulan
Saya kira2 kasar interest dia dalam 3-3.5% setahun.
Dan yang menariknya, sesiapa boleh apply dengan gaji minimum RM700 (kalau tak salah saya) dan walaupun ada masalah dengan Blacklist, CCRIS, CTOS etc. Walau bagaimanapun untk services kita akan dikenakan bayaran 10% daripada amount loan dan 2% dari 10% tersebut perlu dibayar cash/credit card semasa submit permohonan. Ada dokumen perjanjian yang perlu ditandatangani dan disahkan peguam untuk bayaran upfront ini.
2 company ni cakap mereka ada kerjasama dengan bank2 tempatan yang tertentu sahaja antaranya RHB Desa Sri Hartamas, CIMB Shah Alam & Bank Rakyat Jalan Ipoh dan Seri Iskandar.
Ada sesiapa pernah pergi talk dia di KL atau pernah dapat flyers dia?
salam
nak tanya pasal pinewood ni ada sesapa dah buat loan n success ke.....
JImmo
Patut hari ni aku tau result tapi sms/call ke hotline tak berjawab. Aku masih setia menanti jgn SCAM udah lebuh upfront aku. Tunggu update dari aku dengan kadar interest dan payment term yg bank boleh kasi.
Ikut auto-reply SMS dia 20th. Hari ni officer tu cakap kat aku bagi masa 1-2 minggu dari 20th. Result loan applications sedang diberitahu secara berperingkat. Tunggu ajerla. Agaknya aku sorang je member nogold yg amik ngan company ni kot.:21:
salam
company saya pon ada ambik dgn pinewood ni.....hari ni hari yang ke 35.
pinjam nak buat modal meniaga.....kalau sapa2 dah dapat tolong lah war2kan kat kite
brapa kena utk upfront....dengar seminar kat mana?....partner saya kata member dia dah dapat 1st loan under personal & company......tu yang risau gak....takut nanti bila time kite dah tak bole plak.....
Tadi dlm 1430H aku baru je call hotline dia ade plak orang angkat..dia cakp nk forward no hp aku ke department berkaitan, then suruh aku tunggu je panggilan dari depa..samapi ke sudah takde ape pun..jenuh berjanggut tunggu.
Ko dok area mana?Aku dengar seminar kat setiawan..awal bulan aug 08 aku submit application..upfront bayar 2% dari 10% x total loan.
Dalm bisnes card dapat dulu ini alamat opis dia:
Unit 3-1, Avenue 1, Ampang Avenue, 68000 Ampang, Selangor.
Tel/Fax: 03-41076354
Hotline: 016-3450427
MD: Muhammad Azlan Muhamad Ali
Ingat senang nk jenguk opis ni..senang sikit cerita.
Bookmarks