Ad
+ Reply to Thread
Page 1 of 6
1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 55

Thread: Menguasai Teknikal Analsis...

  1. Menguasai Teknikal Analsis...

    Reference point Parameter, RP - adalah suatu konsep yang menjadi asas kepada, hampir kesemua indicator yang pernah dicipta didunia!, apabila anda dapat menguasai konsep ini, mengunakan apa sahaja lagger&leading indicator tidak akan menjadi masalah kepada anda...

    apakah itu RP??

    apabila anda ingin membuat analisis keatas trading chart anda mesti mempunyai reference point, contohnya jika anda sedang mengkaji taburan penduduk yang tidak pernah mendengar forex dalam sebuah bandar, anda mesti membuat reference point permulaan kepada kajian anda. Anda tidak boleh meredah membabi buta membuat kajian. Jika tidak keputusan kajian anda akan tungang langang.Begitu juga dalam kajian chart, apabila anda sedang membuat kajian atau mengimplikasikan indicator, suatu reference point harga mesti dipilih sebagai permulaan dan akhiran yang boleh memberi keputusan kepada kajian/analisis anda...

    teknikal indicator adalah petunjuk atau tool dalam kajian anda, apabila melihat kepada MACD misalnya, anda sebenarnya sedang menganalisis purata divergence 14 candle/bar dari satu tempoh permulaan sehingga 14 bar terakhir, ini adalah RP dalam MACD. Apabila anda dapat mengusai 'RP' dalam sesuatu indicator maka mendapatkan RM 3,000 - RM 5,000 sebulan dari Forex bukan masalah....

    untuk mengunakan RP dalam trade teknikal anda sila google atau rujuk klfx.blogspot.com, seterusnya kita akan belajar lebih mendalam mengenai konsep dan rahsia yang tersebunyi disebalik teknikal analisis dalam thread ini.

    :wink:
    Last edited by forexdansaham; 29 May 2008 at 10:22 PM.
    BELAJAR FOREX: Sistem Long Term Profesional / Sistem Buruh / Sistem 100 pips sehari 0166290963 /0162036129 (En.Amri). KLFX.BLOGSPOT.COM
    EXTRA - ASAS BURSA MALAYSIA: Value Investing & Cara Bermain Saham Melalui M2U

  2. Rahsia RSI....

    RSI atau bahasa melayunya Indeks Kekuatan Relatif, yg maksudnya indeks/ukuran kekuatan trend secara relatif dalam satu jangkamasa (period). Contohnya jika anda meletakkan period 14, kesimpulannya bacaan RSI keatas chart anda ialah UKURAN KEKUATAN TREND SECARA RELATIF DALAM MASA 14 BAR/CANDLE,

    maknanya secara relatif, kita boleh mengetahui adakah harga sudah mencapai kemuncak trend dalam tempoh 14 hari samada bearish/bullish. Disini bar/candlestick 14 terdahulu adalah RP kepada kajian chart kita (lihat post RP diatas).

    new trader selalu membuat kesilapan dengan mengunakan RSI sebagai trend indicator,disini skop RP telah disalah gunakan, RP untuk RSI adalah untuk mengukur kekuatan trend sebagai prediction samada price akan reverse atau tidak. bukan untuk mengukur trend bullish atau bearish.



    default period untuk RSI ialah 14 wlaupun begitu period RP ini adalah untuk daily chart kerana RSI pada asalnya direka untuk mengukur chart saham bukan forex. Oleh itu apabila anda mula membuka chart 8H/4H/3H (sila google atau rujuk forexdansaham.blogspot.com mengapa anda harus melihat 8H chart utk forex), anda mesti mengubah period RSI anda kepada RP yang memberi makna kepada kajian analisis anda. 14Period daily chart adalah peralihan antara 2 minggu, mengapa 2 minggu? cari di google..fahamkan kemudian cari sebab yang sama untuk 8H chart. kemudian pilih period yang sesuai untuk chart tersebut.

    :wink:
    BELAJAR FOREX: Sistem Long Term Profesional / Sistem Buruh / Sistem 100 pips sehari 0166290963 /0162036129 (En.Amri). KLFX.BLOGSPOT.COM
    EXTRA - ASAS BURSA MALAYSIA: Value Investing & Cara Bermain Saham Melalui M2U

  3. sedikit lagi mengenai parameter?

    mari kita ambil contoh satu kes di hospital...

    let say satu hari kita dapat seorang pesakit , satu kes yg rare..

    dia ada kidney failure, respiratori distress, heart problem,ict scan dan didapati bahagian pituitari ada semacam jisim (mungkin bloodcloth)

    jadi apa yg kita buat ??

    mungkin kita boleh buat biopsi , ambil sampel dan lakukan test, disebabkan sample diambil dari bahagian yang mengawal kadar oksigen ke otak so sampel hanya diambil sedikit sahaja.

    sample mungkin boleh dipotong 3 shj untuk mungkin 7- 8 test, kita tak banyak pilihan , lakukan test yang salah kita dah bazirkan sampel. takan nak ambil sample lagi , pesakit mungkin mati jika otak kekurangan oksigen lebih 8 saat..

    baik dimanakah parameter dalam kes ini?

    lihat beginilah sepatutnya anda sebagai trader profesional patut treat trading anda, apabila membuat keputusan anda harus tepat, praktikal, segera tapi berhati-hati. Jgn bazirkan masa untuk indicator yg menunjukkan result yg sama, jgn keliru untuk mengikut 2 keputusan indicator yg mempunyai 2 fungsi berlainan,...

    ramai newbie trader tersilap parameter untuk fundamental study iaitu data reading, actually parameter untuk fundamental adalah TIME/MASA,

    MASA adalah parameter perlu ditetapkan apabila anda membuat kajian fundamental, sepertimana price range adalah parameter untuk chart analisis.

    :wink:
    BELAJAR FOREX: Sistem Long Term Profesional / Sistem Buruh / Sistem 100 pips sehari 0166290963 /0162036129 (En.Amri). KLFX.BLOGSPOT.COM
    EXTRA - ASAS BURSA MALAYSIA: Value Investing & Cara Bermain Saham Melalui M2U

  4. Apakah ADX?

    ok ramai yang tak tau kegunaan ADX yg sebenar, cuba rujuk mt4 anda, buka insert indicator , cari Average Directional Movement Index dan insert.

    kegunaan ADX adalah untuk mennetukan samada trend telah terbentuk atau tidak, ia sangat berguna apabila anda tidak dapat mengenalpasti samada trend telah terbentuk atau tidak,

    cara mengunakannya, lihat gambarajah dibawah:



    di MT4 anda setelah menentukan RP untuk timeframe anda tentukan period untuk ADX, kemudian setkan level 25 dan 40. Apabila adx (line hijau) melepasi level 40 dan pada ketika itu DI+(line biru) lebih tinggi dari DI-(line merah) maka price sedang Bullish, apabila sebaliknya maka market sedang bearish.

    apabila adx(line hijau) lebih rendah dari 25 maka jauhi market sebab market mula correction.

    BELAJAR FOREX: Sistem Long Term Profesional / Sistem Buruh / Sistem 100 pips sehari 0166290963 /0162036129 (En.Amri). KLFX.BLOGSPOT.COM
    EXTRA - ASAS BURSA MALAYSIA: Value Investing & Cara Bermain Saham Melalui M2U

  5. menarik untuk dikongsi tapi x ramai yang berminat. tahniah bro..keep good work

  6. PSAR: Pengajian Stop Loss...

    saya tahu ramai trader yg baru, masih tercari cari bagaimanakah cara untuk meletakkan stop loss yang praktikal, atau dengan kata lain sekiranya ia terkena, maka price sememangnya akan bertukar trend samada keatas atau ke bawah. Jadi stop loss anda bukanlah sia sia...(sia-sia bermaksud kadang kadang lepas kena ia naik/turun sambung trend asal semula)

    PSAR yg dicipta oleh J. Wells Wilder bermaksud Parabolic "STOP AND REVERSE", saya rasa dari maksudnya anda sudah boleh mengagak kegunaan utama PSAR.

    cuba anda buka PSAR dalam chart metatrader, dan anda akan dapati ia berbentuk lengkungan dot dot.

    apa yg berlaku apabila trend bullish bermula , dot sar pertama akan terbentuk dibawah candle/bar, bagi setiap bar/candle seterusnya sar akan terbentuk dibawahnya sehinggalah dot sar berikutnya terbentuk diatasnya . Kini boleh dikatakan bahawa trend bearish pula sedang terbentuk.

    ini tidaklah bermakna anda boleh mengunakan sar sebagai cara menentukan trend!

    sepertimana namanya sar mengindikasikan point 'STOP' dan kemudian price akan 'REVERSE' bermakna apabila dalam trend bullish seperti cth yg saya maksudkan diatas, point/dot dot sar dibawah candle tersebut adalah point "stop loss" yg paling simple untuk diikuti.

    apabila price jatuh melangkau dot sar ini, maka price berkemungkinan besar akan beralih ke bearish...

    sila rujuk chart dibawah utk contoh,


    stop loss yg dinaik/atau diturunkan secara manual adalah manual trailing stop (alternatif kepada auto trailing stop)


    Semua indicator yang dibincangkan dalam thread ini boleh anda dapati secara default dalam metatrader anda semua...Saya harap ilmu yg anda dapati dalam thread ini berguna, saya harap anda dapat menyokong thread ini...

    :rolleyes:
    BELAJAR FOREX: Sistem Long Term Profesional / Sistem Buruh / Sistem 100 pips sehari 0166290963 /0162036129 (En.Amri). KLFX.BLOGSPOT.COM
    EXTRA - ASAS BURSA MALAYSIA: Value Investing & Cara Bermain Saham Melalui M2U

  7. thanks for the given info..its really good info la bro..aku pun xtau trailing pakai parabolic sar:biggrin:
    .:Manchester United Fans:.

  8. Quote Originally Posted by forexdansaham View Post
    saya tahu ramai trader yg baru, masih tercari cari bagaimanakah cara untuk meletakkan stop loss yang praktikal, atau dengan kata lain sekiranya ia terkena, maka price sememangnya akan bertukar trend samada keatas atau ke bawah. Jadi stop loss anda bukanlah sia sia...(sia-sia bermaksud kadang kadang lepas kena ia naik/turun sambung trend asal semula)

    PSAR yg dicipta oleh J. Wells Wilder bermaksud Parabolic "STOP AND REVERSE", saya rasa dari maksudnya anda sudah boleh mengagak kegunaan utama PSAR.

    cuba anda buka PSAR dalam chart metatrader, dan anda akan dapati ia berbentuk lengkungan dot dot.

    apa yg berlaku apabila trend bullish bermula , dot sar pertama akan terbentuk dibawah candle/bar, bagi setiap bar/candle seterusnya sar akan terbentuk dibawahnya sehinggalah dot sar berikutnya terbentuk diatasnya . Kini boleh dikatakan bahawa trend bearish pula sedang terbentuk.

    ini tidaklah bermakna anda boleh mengunakan sar sebagai cara menentukan trend!

    sepertimana namanya sar mengindikasikan point 'STOP' dan kemudian price akan 'REVERSE' bermakna apabila dalam trend bullish seperti cth yg saya maksudkan diatas, point/dot dot sar dibawah candle tersebut adalah point "stop loss" yg paling simple untuk diikuti.

    apabila price jatuh melangkau dot sar ini, maka price berkemungkinan besar akan beralih ke bearish...

    sila rujuk chart dibawah utk contoh,


    stop loss yg dinaik/atau diturunkan secara manual adalah manual trailing stop (alternatif kepada auto trailing stop)


    Semua indicator yang dibincangkan dalam thread ini boleh anda dapati secara default dalam metatrader anda semua...Saya harap ilmu yg anda dapati dalam thread ini berguna, saya harap anda dapat menyokong thread ini...

    :rolleyes:
    info nie memeang sangat berguna bro. especially untuk aku yang masih merangkak2 nie.

  9. Join Date
    Nov 2006
    Location
    Kota Bharu
    Posts
    604
    Rep Power
    4
    saya hargai keterperincian yg saudara bg..ia sgt berguna bg sy yg agak lama dlm forex tp masih mencari sesuatu yg agak rumit utk diberitahu.

    teruskan usaha..bravo!!

  10. Sape yang tak minat?

    Quote Originally Posted by penagihpip View Post
    menarik untuk dikongsi tapi x ramai yang berminat. tahniah bro..keep good work
    Aku selalu follow bro nie nyer thread, coz byak ilmu yang dia ade.... InsyaAllah aku nak dapatkan skit ilmu before aku join kelas dia kalo ade rezeki

+ Reply to Thread
Page 1 of 6
1 2 3 ... LastLast

Similar Threads

  1. Analisis Teknikal EUR/USD
    By zenocorp in forum Analysis
    Replies: 1893
    Last Post: 27 Jan 2010, 11:13 PM
  2. Analisis Teknikal AUD/USD
    By shaz_rog in forum Analysis
    Replies: 20
    Last Post: 22 Jun 2008, 05:22 PM
  3. Analisis Teknikal Aud/Jpy
    By nimzoindy in forum Analysis
    Replies: 39
    Last Post: 20 Feb 2008, 10:29 PM
  4. Analisis Teknikal GBP/JPY
    By chrome76 in forum Analysis
    Replies: 2218
    Last Post: 22 Jan 2008, 12:02 AM
  5. Analisis Teknikal GBP/USD
    By alkatrash in forum Analysis
    Replies: 4382
    Last Post: 20 Jan 2008, 02:48 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts