Bagi kengkawan yang mempunyai hobi mengumpul setem boleh dikongsikan di sini he he
Sejarah Filateli
Apakah filateli , ia bermaksud mengumpul dan menyusun bahan bahan pos seperti setem, sampul surat hari pertama,lembaran mini dan sebagainya . Dipahamkan yang hobi filateli ini bermula pada awal setem pos diperkenalkan iaitu pada 1840.Setem album yang pertama diperkenalkan ialah di England pada 1852 dan selepas itu ia dikatakan berkembang di seluruh dunia . Perkataan philately berasal dari dua perkataan greek iaitu
'philos' yang bermaksud mencintai (loving) dan "llateleiall" yang bermaksud bebas dari pembayaran (meaning free of payment)
Mengenali lebih lanjut tentang setem ..
Jenis Jenis Setem ...
Permulaan setem dikeluarkan ia merupakan resit bagi bayaran pos dalam sesebuah negara bagi surat surat yang mempuntai berat berat tertentu .Dari masa kesemasa sesetengah pertubuhan pos berpendapat bahawa kategori kategori penggunaan khusus haruslah dicipta bagi memudahkan pembayaran pelbagai jenis pos.
Setem Definitif ( Definitive Stamps)
Ia adalah setem biasa kegunaan harian tanpa had masa ia adalah jenis setem yang paling asas ....
Setem Kenang Kenangan (Commemorative Stamps)
Ia dikeluarkan bagi memperingati peristiwa atau ulang tahun atau untuk memberi penghormatan kepada tokoh tokoh tertentu .Biasanya setem setem ini terhad dari segi masa dan penggunaanya namun kadang kadang ia menjadi serperti setem definitif setelah lama digunakan oleh itu ia hampir mustahil di bezakan diantara setem definitif dan setem kenang kenangan do beberapa buah negara .
Setem Bertema (Thematic Stamps)
Setem bertema memaparkan gambar gambar khas biasanya ia bertujuan untuk menarik perhatian pengumpul pengumpul setem . Selepas perang dunia kedua pengumpul pengumpul setem mula menyusun setem setem meraka mengikut tema atau tajuk . Setem dengan tema tema popular dikeluarkan dengan tujuan memikat hati para pengumpul ini . Negara kita mengeluarkan setem setem sedemikian bertujuan mempromosi warisan semula jadi, sejarah dan kebudayaan kita . Setem dengan tema khas dikenali dengan setem keluaran khas .
Setem Sementara (Temporary Stamps)
ia dikeluarkan untuk masa yang terhad dan dikeluarkan dengan tergesa gesa . Biasanya ia mengandungi surecharge dan overprint .Keluaran setem ini mungkin desebabkan oleh pertukaran kerajaan atau matawang atau kadar bayaran pos...