Bagi peminat Setem (Filateli) - Nogold.com
nogold.com fxclearing

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed. To start viewing messages, select the forum that you want to visit from the selection below.



Reply
  #1  
Old 10 Apr 2008, 08:12 PM
putera04's Avatar
putera04 putera04 is offline
putera04 Cool
Senior Member
Location: Malacca
Time Spent Online: 1 Hour 44 Minutes 32 Seconds
 
Join Date: Nov 2006
Posts: 184
NG$: 3,155
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
putera04 is on a distinguished road
Talking Bagi peminat Setem (Filateli)

Bagi kengkawan yang mempunyai hobi mengumpul setem boleh dikongsikan di sini he he

Sejarah Filateli

Apakah filateli , ia bermaksud mengumpul dan menyusun bahan bahan pos seperti setem, sampul surat hari pertama,lembaran mini dan sebagainya . Dipahamkan yang hobi filateli ini bermula pada awal setem pos diperkenalkan iaitu pada 1840.Setem album yang pertama diperkenalkan ialah di England pada 1852 dan selepas itu ia dikatakan berkembang di seluruh dunia . Perkataan philately berasal dari dua perkataan greek iaitu
'philos' yang bermaksud mencintai (loving) dan "llateleiall" yang bermaksud bebas dari pembayaran (meaning free of payment)



Mengenali lebih lanjut tentang setem ..

Jenis Jenis Setem ...

Permulaan setem dikeluarkan ia merupakan resit bagi bayaran pos dalam sesebuah negara bagi surat surat yang mempuntai berat berat tertentu .Dari masa kesemasa sesetengah pertubuhan pos berpendapat bahawa kategori kategori penggunaan khusus haruslah dicipta bagi memudahkan pembayaran pelbagai jenis pos.

Setem Definitif ( Definitive Stamps)

Ia adalah setem biasa kegunaan harian tanpa had masa ia adalah jenis setem yang paling asas ....



Setem Kenang Kenangan (Commemorative Stamps)

Ia dikeluarkan bagi memperingati peristiwa atau ulang tahun atau untuk memberi penghormatan kepada tokoh tokoh tertentu .Biasanya setem setem ini terhad dari segi masa dan penggunaanya namun kadang kadang ia menjadi serperti setem definitif setelah lama digunakan oleh itu ia hampir mustahil di bezakan diantara setem definitif dan setem kenang kenangan do beberapa buah negara .




Setem Bertema (Thematic Stamps)

Setem bertema memaparkan gambar gambar khas biasanya ia bertujuan untuk menarik perhatian pengumpul pengumpul setem . Selepas perang dunia kedua pengumpul pengumpul setem mula menyusun setem setem meraka mengikut tema atau tajuk . Setem dengan tema tema popular dikeluarkan dengan tujuan memikat hati para pengumpul ini . Negara kita mengeluarkan setem setem sedemikian bertujuan mempromosi warisan semula jadi, sejarah dan kebudayaan kita . Setem dengan tema khas dikenali dengan setem keluaran khas .




Setem Sementara (Temporary Stamps)

ia dikeluarkan untuk masa yang terhad dan dikeluarkan dengan tergesa gesa . Biasanya ia mengandungi surecharge dan overprint .Keluaran setem ini mungkin desebabkan oleh pertukaran kerajaan atau matawang atau kadar bayaran pos...

Reply With Quote
  #2  
Old 10 Apr 2008, 10:35 PM
putera04's Avatar
putera04 putera04 is offline
putera04 Cool
Senior Member
Location: Malacca
Time Spent Online: 1 Hour 44 Minutes 32 Seconds
 
Join Date: Nov 2006
Posts: 184
NG$: 3,155
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
putera04 is on a distinguished road
Setem Mel Udara ( Airmail Stamps )

Ia digunakan untuk surat surat yang dihantar melalui udara , walaupun setem biasa juga digunakan bagi tujuan yang sama . Tamda tanda bagi membezakanya ialah label pejabar pos berwarna biru dan dicetak ungkapan 'Par Avion' (melalui udara) atau tanda tidak rasmi belang biru di sekeliling sampul surat anda .




Setem Ekspress (Express Stamps)

Sebenarnya ialah yuran khas yang dibayar bagi perbelanjaan menghantar sesuatu surat daripada pejabat pos yang dituju dan penerima surat, dimana seseorang penghantar surat khusus diperlukan . Setem demikian mempunyai inskripsi 'Special Delivery' (penghantaran khas ). Negara negara seperti Mauritius,Cuba,Mesir,Iataly dan Canada pernah mengeluarkan setem express tetapi dalam inskripsi yang berlainan .




Setem Amal (Charity Stamps)

Ia merupakan setem pos yang dijual pada harga yang lebih tinggi dari nilai muka posnya , dimana lebihan nilainya itu diserahkan kepada pertubuhan amal Ini membolehkan orang ramai dan para pengumpul setem menderma bagi tujuan yang berfaedah .






Setem Frank (Frank Stamps)

Ia diberi percuma kepada individu atau persatuan bagi pengeposan percuma , Setem Frank percuma tentera dikeluarkan khusus untuk anggota tentera.




Reply With Quote
  #3  
Old 11 Apr 2008, 07:08 PM
putera04's Avatar
putera04 putera04 is offline
putera04 Cool
Senior Member
Location: Malacca
Time Spent Online: 1 Hour 44 Minutes 32 Seconds
 
Join Date: Nov 2006
Posts: 184
NG$: 3,155
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
putera04 is on a distinguished road
Setem Denda (Postage Due Stamps)

merupakan kaedah mengira bayaran yang dikenakan keatas surat tidak bersetem atau dibawah nilai yang sepatutnya dibayar . Jika bayaran pos dikutip dari penerima surat , maka salah satu matlamat utama penggunaan setem pos iaitu untuk memudahkan pembayaran bagi perkhidmatan pos dipermulaan perjalananya , tidak akan tercapai . Oleh yang demikian surat surat ini dikenakan denda dua kali ganda .

Setem denda british yang diperkenalkan pada 1914 hingga beberapa tahun kebelakangan bertujuan untuk mengutipmdenda berganda ini. Ungkapan 'To Pay' yang digunakan sekarang adalah untuk mengutip denda berganda , cukai kastam, surat belum dituntut dan bayaran bayaran lain . Tanda antarabangsa T bermakna cukai dan setem setem yang telah dicap dengann tanda ini atau ditebuk dianggap sama dengan penandaan 'Bayaran Pos Patut Dibayar'.







Setem Rasmi Kerajaan (Official Stamps)

Setem ini digunakan oleh jabatan jabatan kerajaan sebagai salah satu cara untuk menyemak perbelanjaan masing masing bukan untuk membayar perbelanjaan mengepos seperti kebiasaanya . Di sesetengah negara setem khas dicetak bagi kegunaan jabatan dan kementerian kerajaan . Ada diantara setem setem ini dicetak atau ditebuk pada huruf huruf OS 'On Service' atau yang bersamaan denganya . Walaubagaimanapun pada masa kini kebanyakan kerajaan menggunakan alat tulis pos yang sesuai untuk surat menyurat rasmi.


Last edited by putera04; 12 Apr 2008 at 05:52 PM..
Reply With Quote
  #4  
Old 14 Apr 2008, 07:34 PM
putera04's Avatar
putera04 putera04 is offline
putera04 Cool
Senior Member
Location: Malacca
Time Spent Online: 1 Hour 44 Minutes 32 Seconds
 
Join Date: Nov 2006
Posts: 184
NG$: 3,155
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
putera04 is on a distinguished road
Setem Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (United Nations Stamps)

Ia digunakan oleh PBB dan juga agensinya dan mempunyai kelasnya yang tersendiri . Pada asasnya setem setem ini adalah setem rasmi tanpa negara ,walaupun kebanyakanya dikaitkan dengan Switzerland , Amerika Syarikat , Austria dan Kanada . Antara perang dunia 1 dan 2 setem rasmi ini dicetak diatas setem Switzerland bagi kegunaan liga negara negara dan pejabat buruh antarabangsa . Dengan PBB setem ini dikeluarkan untuk kegunaan pejabat cawanganya du Geneva dan New York .disamping untuk kegunaan agensinya seperti pertubuhan kaji cuaca dan lain lain .



Setem Kesatuan Pos Sedunia (EPU stamps)

Kesatuan ini ditubuhkan pada 1874 dan kemundian ia menjadi ahli PBB ia mmempunyai setemnya yang tersendiri. Pertubuhan ini adalah penaung kepada pejabat pejabat pos diseluruh dunia dan bertanggungjawab mengawal operasi surat menyurat antarabangsa seperti had berat surat dan perbelanjaan serta bayaran yang dikenakan bagi surat tanpa setem . Ia juga mengenakan peraturan keatas setem . Pertubuhan ini mengadakan kongress empat tahun sekali dengan negara tuan rumah mengeluarkan setem kenang kenangan sebagai memperingatinya .

Reply With Quote
  #5  
Old 16 Apr 2008, 06:48 AM
ladyboss's Avatar
ladyboss ladyboss is offline
ladyboss has no status.
Senior Member
Location: Lembah Kelang
Time Spent Online: 14 Hours 49 Minutes 14 Seconds
 
Join Date: Nov 2005
Posts: 515
NG$: 6,795
Thanks: 0
Thanked 1 Time in 1 Post
ladyboss is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ladyboss
Saya fokus Malaysia walaupun ada setem banyak dari luar negara. weekend baru ni ada stamp fair kat Petaling Jaya. Saya pergi dengan adik. Habislah duit hampir RM200 duk beli setem. Adik saya kata bosan sebab ramai orang tua kat situ...hahaha
Ini gambar longgokan setem USA saya yang masih belum masuk dalam album setem. Ada dalam 5000 keping disitu.
Attached Images
File Type: jpg P1010112.JPG (393.8 KB, 11 views)
Reply With Quote
  #6  
Old 16 Apr 2008, 12:17 PM
ammbiz's Avatar
ammbiz ammbiz is offline
ammbiz malaya stamps
Senior Member
Location: alor setar
Time Spent Online: 2 Hours 57 Minutes 59 Seconds
 
Join Date: Apr 2006
Posts: 180
NG$: 2,236
Thanks: 1
Thanked 1 Time in 1 Post
ammbiz is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ammbiz
Quote:
Originally Posted by ladyboss View Post
Saya fokus Malaysia walaupun ada setem banyak dari luar negara. weekend baru ni ada stamp fair kat Petaling Jaya. Saya pergi dengan adik. Habislah duit hampir RM200 duk beli setem. Adik saya kata bosan sebab ramai orang tua kat situ...hahaha
Ini gambar longgokan setem USA saya yang masih belum masuk dalam album setem. Ada dalam 5000 keping disitu.
perrh ... tak ramai cam ko minat stem nie .. bagus 2 teruskan usaha anda.. :)
__________________
[ ||
Reply With Quote
  #7  
Old 16 Apr 2008, 06:56 PM
putera04's Avatar
putera04 putera04 is offline
putera04 Cool
Senior Member
Location: Malacca
Time Spent Online: 1 Hour 44 Minutes 32 Seconds
 
Join Date: Nov 2006
Posts: 184
NG$: 3,155
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
putera04 is on a distinguished road
Quote:
Originally Posted by ladyboss View Post
Saya fokus Malaysia walaupun ada setem banyak dari luar negara. weekend baru ni ada stamp fair kat Petaling Jaya. Saya pergi dengan adik. Habislah duit hampir RM200 duk beli setem. Adik saya kata bosan sebab ramai orang tua kat situ...hahaha
Ini gambar longgokan setem USA saya yang masih belum masuk dalam album setem. Ada dalam 5000 keping disitu.
wah sis tak tersusun dalam album tuh he he .....
Reply With Quote
  #8  
Old 17 Apr 2008, 11:26 AM
ladyboss's Avatar
ladyboss ladyboss is offline
ladyboss has no status.
Senior Member
Location: Lembah Kelang
Time Spent Online: 14 Hours 49 Minutes 14 Seconds
 
Join Date: Nov 2005
Posts: 515
NG$: 6,795
Thanks: 0
Thanked 1 Time in 1 Post
ladyboss is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ladyboss
Quote:
Originally Posted by putera04 View Post
wah sis tak tersusun dalam album tuh he he .....
bukan je tak tersusun...tak de masa nak susun.

Tapi kalau setem Malaysia, memang rajin je nak menyusun. Dengan setem Malaysia ni saya rasa lebih bernilai dan lebih saya hargai. Bukan sebab mostly nyer mint stamps (setem baru/belum bercop), tetapi kerana saya lebih merasai sejarahnya.

Sebenarnya kalau kita perhatikan setem ini sebenarnya membawa gambaran sejarah ketika ianya dikeluarkan. Jadi saya suka membelek setem tersebut dari semasa. Seronok betul.

Saya masih tak puas hati dengan album setem (stock book) yang dijual di Malaysia. Cari di Kinokuniya KLCC pun x de yang best. Akhirnya saya dapat beli satu berharga RM80 di Jakarta. Disana lebih bagus album setem yang dijual. Taklah macam di sini, album setem untuk budak-budak sekolah...lama sikit je kuning le album tu...hehehe
Reply With Quote
  #9  
Old 17 Apr 2008, 03:26 PM
putera04's Avatar
putera04 putera04 is offline
putera04 Cool
Senior Member
Location: Malacca
Time Spent Online: 1 Hour 44 Minutes 32 Seconds
 
Join Date: Nov 2006
Posts: 184
NG$: 3,155
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
putera04 is on a distinguished road
Quote:
Originally Posted by ladyboss View Post
bukan je tak tersusun...tak de masa nak susun.

Tapi kalau setem Malaysia, memang rajin je nak menyusun. Dengan setem Malaysia ni saya rasa lebih bernilai dan lebih saya hargai. Bukan sebab mostly nyer mint stamps (setem baru/belum bercop), tetapi kerana saya lebih merasai sejarahnya.

Sebenarnya kalau kita perhatikan setem ini sebenarnya membawa gambaran sejarah ketika ianya dikeluarkan. Jadi saya suka membelek setem tersebut dari semasa. Seronok betul.

Saya masih tak puas hati dengan album setem (stock book) yang dijual di Malaysia. Cari di Kinokuniya KLCC pun x de yang best. Akhirnya saya dapat beli satu berharga RM80 di Jakarta. Disana lebih bagus album setem yang dijual. Taklah macam di sini, album setem untuk budak-budak sekolah...lama sikit je kuning le album tu...hehehe
amik gambar la kite orang na tgk gak he he he
Reply With Quote
  #10  
Old 17 Apr 2008, 06:07 PM
ladyboss's Avatar
ladyboss ladyboss is offline
ladyboss has no status.
Senior Member
Location: Lembah Kelang
Time Spent Online: 14 Hours 49 Minutes 14 Seconds
 
Join Date: Nov 2005
Posts: 515
NG$: 6,795
Thanks: 0
Thanked 1 Time in 1 Post
ladyboss is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ladyboss
my stupid but most beautiful stamp album

hehehe boleh....ni beli kat kedai buku Gramedia Jakarta. Refill dia tak de jual lah pulak...kena order. Harga cam gitu pun ambik gak le...dah puas cari kat m'sia tak de yang best camtu. Dulu kat MPH banyak jenis buku setem yang nipis cam coin album tu...sekarang jenuh betul nak cari. Asalkan ade je kedai buku, saya masuk...so far tak berhasil. Sapa ada idea kat mana nak beli album yang best habaq la nooo....
Lagi satu, mana tahu ada yang kreatif wat album setem sendiri, tunjuk-tunjukkan le kat sini.
Attached Images
File Type: jpg P1010115.JPG (389.2 KB, 8 views)
File Type: jpg P1010116.JPG (395.0 KB, 5 views)
File Type: jpg P1010117.JPG (427.7 KB, 9 views)
Reply With Quote
Reply

Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
bagi peminat ikan hias .. sycorp Hobby 101 26 Nov 2008 10:41 AM
Panggilan kepada Peminat-Peminat AdSense SeMalaysia (PAS) pedagang Affiliates 79 09 Apr 2007 05:13 PM
Peminat Seekers!! bunny Entertainment 40 28 Dec 2006 12:50 PM
To Peminat Seekers!! bunny Free Forum 49 18 Jan 2006 09:55 PM
Pd Peminat the Apprentice dodyann Free Forum 8 23 Dec 2005 01:34 PM


vBCredits v1.4 Copyright ©2007 - 2008, PixelFX Studios