View Full Version : Aku tertekan...
blessme81
26 Nov 2007, 05:54 PM
Alhamdulillah, nogold dah kembali.Setelah beberapa lama dilanda masalah kritikal akhirnya pihak pengurusan berjaya melenyapkan segala anasir-anasir yang mengganggu warga nogold.Juga telah melenyapkan cerita-cerita aku yang aku sendiri tak pernah save kat mana2 medium.Ada tak cara aku nak dapat balik?..tertekan siut.:angry04:
JiraiyaSama
26 Nov 2007, 06:42 PM
Alhamdulillah, nogold dah kembali.Setelah beberapa lama dilanda masalah kritikal akhirnya pihak pengurusan berjaya melenyapkan segala anasir-anasir yang mengganggu warga nogold.Juga telah melenyapkan cerita-cerita aku yang aku sendiri tak pernah save kat mana2 medium.Ada tak cara aku nak dapat balik?..tertekan siut.:angry04:
adakah cerita anda akan bermula semula? ehehe....:D
nimzoindy
26 Nov 2007, 06:49 PM
Byk data yg lost aritu.. Trpaksa la kita suma bermula dr 0 blk.. Agaknye ada sambungan season baru ke? Xsabau nk membacanye.. Harap penulis xpatah semangat.. :smile:
hisyam06
27 Nov 2007, 12:22 AM
Alhamdulillah, nogold dah kembali.Setelah beberapa lama dilanda masalah kritikal akhirnya pihak pengurusan berjaya melenyapkan segala anasir-anasir yang mengganggu warga nogold.Juga telah melenyapkan cerita-cerita aku yang aku sendiri tak pernah save kat mana2 medium.Ada tak cara aku nak dapat balik?..tertekan siut.:angry04:
aku ada print....tp kena cari aku letak kat mana:confused:
damreza
27 Nov 2007, 01:11 AM
aku ada print....tp kena cari aku letak kat mana:confused:
print ker? kalau simpan dlm tumb drive ok jugak :tongue:
blessme81
27 Nov 2007, 05:53 PM
Ye ke En. Hisham? Betul ke ader print? aahh..terharu sungguh rasanyer..kalau dapat trace bleh tak poskan kepada saya, ini alamatnyer, Zulkefli Abu Bakar,J45, Riverdale Park, Bukit Antarabangsa,68000,Hulu Kelang Selangor.Segala kos claim kat saya,sms akaun maybank pada saya jer.012-5-2486507.
Episod baru insya allah akan muncul sikit masa lagi.Trimas atas sokongan kalian.
tennoajak
28 Nov 2007, 03:10 PM
Aku pun tertekan ni. Selepas dah di gabungkan & sticky ilang lak. :(
kainlangsir
28 Nov 2007, 03:14 PM
boleh tak preview sikit season baru nnt.ada watak baru ke...bestlah citer ko ni.
cikapot
12 Dec 2007, 11:11 PM
apa citer terbaru ?senyap jerr
tennoajak
12 Dec 2007, 11:27 PM
apa citer terbaru ?senyap jerr
Jangan tanya sangat nanti dia makin tertekan :biggrin:. Citer ari tu suma dah ilang :mad:
tok1
13 Dec 2007, 11:55 AM
hari tu hisyam06 kata dia ada print. Dah dpt recover sume?
blessme81
21 Dec 2007, 07:34 PM
Belum la bro..
skang tengah bz sket.
tq.
bumantara
25 Dec 2007, 09:37 AM
bro blessme wa support sama lu. citer bro memang masyuk
formattedsolution
25 Dec 2007, 03:42 PM
adssss...rugi la aku...tak tau citer apa yang korang maksudkan ni..almaklumla...lama sangat bertapa...so bro blessme..tolong up cepat skit..tak sabau aku nak tau apakah citer sebenar ko nih..:tongue:
blessme81
31 Dec 2007, 12:27 AM
(Bismillah,salam seme.Tadi tengah layan Heroes kat TV skali, bini aku potong stim turn channel citer Indon,Love is Cinta..hok aloh..Aku bukan aper tak berape layan sangat story cintan mintan ni,time bujang dulu bleh la.Ader ke cerita dah mati datang balik 3 hari semata2 nak luahkan perasaan cinta, ingatkan nak bertaubat, masya allah..aku pun layan gak la sampai habis bukan ape, nak tengok dia ader tobat tak..hampeh takder.over all oklah, bini aku memang meleleh-leleh kena part feeling tu.pompuan biaser ar.Aku steady jer.Stakat criter sedih cam ni heh..heh.sok nak cari dvd dia kat Giant la)
Belajar Menipu di Melaka.
Episod yang lalu, aku dioffer oleh Syed dan Ajak untuk melatih aku jadi terrer buat sale macam mereka berdua(macam bagus..)aku yang dalam keadaan keliru dan lapar terus bersetuju tanpa banyak soal(orang dah belanja makan,takkan kita nak menolak)
Minggu seterusnya,kami mula masuk Area N9,Senawang.Sebuah bandar yang amat pesat,padat dengan manusia.Tempat yang amat strategik untuk menjual sebarang produk.
Aku pun memang tak pernah jejak kan kaki kat sini so ini kira peluang bekerja sambil melancong (baru dapat idea guna ayat ni tadi)Walau bagaimana pun niat dihati cuma nak cari makan tak lebih dari tu.Seronok jugak kalu round2 kat bandar abis keje nanti,mana tau ader awek2 budak skolah yang mengatai nak no tipon.Maklumlah pakai tie, kasut hitam,bisnesman.Budak sekolah ni senang je nak kencing,nak nak lagi dengan imej karporat yang ditonjolkan kami.Ushar2 sket nanti diorang plak yang lebih2 menekel he he.Dapat kenal yang umur 14,15 pun ok buat adik angkat,pastu buat awek angkat..pastu..ape aku nak citer tadi.....haa, Area senawang.Maaflah tersasar jap.
Hari ni menurut plan Projek Manager,kami dikehendaki bergerak dalam kumpulan 2 atau 3
orang.Setelah undian dibuat..kebetulan aku dapat partner Syed dengan Ajak.. tak sangka plak aku memang harap2 pun dapat buddy ngan diorang."Abang Zul jangan risau , saya dah sembahyang hajat semalam, memang kita dah ditakdirkan jadi partner,hari ni abang tengok jer saya buat, rileks dan belajar" si Syed tu beritahu aku..(he he sembahyang hajat ae..bukan aku tak nampk pagi kau kautim ngan Norman,Team Leader kami)
Sekali lagi setiap kumpulan akan diberi lokasi operasi berdasarkan undi.Harap2 dapat kat bandarlah fuh.. Ajak menyampuk..abang rileks jer,saya dah smbahyang hajat, lokasi kita power konfem.( seolah-olah ader sesuatu yang tersirat dibalik senyuman nakal Syed dan Ajak..) tak pulak aku nampak si Ajak jumpa Norman tadi..
Area workshop.Tak sampai bandar lagi.Kawasan nya amat luas.Kalu ikut survey tadi kurang2 ader 500 biji kedai.Kedai potong,woksyop,kilang besi,bla bla...Persekitaran nya amatlah indah dengan jalan yang dipenuhi dengan lopak2 air,kesan laluan lori.Halaman kedai penuh dengan minyak dan sampah2 besi.Anjing berkeliaran,menambahkan lagi cabaran kepada kami.Bau welding menusuk hidung,sambil diselami dengan bunyi2 mesin memotong macam citer Texas Chain Massacre,movie ni disebabkan terlalu ngeri, aku hanya sanggup menonton sebanyak 2 kali sahaja..sungguh kejam. pada aku itulah cerita paling ngeri selepas Pontianak Harum Sundal Malam.Sampai skang pun aku belum tonton PHSM ni, takut..
Terus terang aku katakan pada Syed dan Ajak, tempat macam ni ader ker orang nak beli Line Celcom ni?? Macam tak stended je..jawapan Syed..Abg Zul, sbenarnya inilah lubuk kita, kenapa saya cakap macam tu, abg tengok lah nanti.Ok, kita jgn buang masa,dah pukul 11am,aper kata kita cari kedai minum dulu, perut saya dah bunyi2 ni..hampeh.
Sedar tak sedar kami dok borak kat kedai tu dekat sejam lebih,sambil mendengar cerita latar belakang Ajak dan Syed.Aku mula rasa tak senang asik dok tengok jam.Rilek jer diorang ni,1 hari nak jumpa at least 30 orang baru ader close.Kalu gaya macam ni 10 orang pun belum tentu..Syed perasan keadaan aku yang nampak tak selesa.(dah le citer family dia tak berape menarik,asik ulang part mandi sungai kat umah nenek dia kat Semenyih,dia ni pelupa kot..) Abang jangan risau, percaya jer pada saya, hari ni paling kurang 3 unit.(confidentnya mamat ni..)Oklah aku layan lagi 1 cawan tongkat Ali..
Strategi yang Dahsyat..
Kedai pertama yang kami masuk ialah kilang kertas yang agak sederhana( aku rasa kilang kertas sebab banyak kertas bersepah,operasi sebenar tak dpat dikenal pasti) itu pun dah dekat kul 1 siap makan nasi tengah hari dulu.
Prospek pertama,Chinese.Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku... riak muka dia agak stress,berkaca mata dan duduk didalam bilik berhawa dingin,pintu tertera Managing Director.Aku meneka dia adalah tokey kilang ni.Kira power gak aku punya tafsiran ni yek,bukan seme orang ada bakat ni.Macamner nak dapat, kena belajar la..Staff lain dah cabut pi lunch nampaknya.Syed Memulakan langkah mengetuk pintu dan masuk bersama-sama aku.Ajak tunggu diluar pejabat dulu.Asas menjual,tak bleh masuk ramai2, kita nak jual barang bukan nak tangkap khalwat.(Sebenarnya Ajak tunggu kat kedai makan tadi,layan TV smartshop)
Dengan tiba2 karakter Syed yang suka membuat lawak serta nampak tak serius terus bertukar kepada karakter yang profesional.Suara pun tukar lebih kasar, macam operator telepon.Gaya berjalan juga tetiba tegak macam model.Senyuman manis tersipu-sipu.Perkataan demi perkataan mula terkeluar dari mulut Syed dan akhirnya tak sampai 5 minit tokey tu sign borang dan amik produk dan bukan saja ambik 1 unit malah ambik 7 unit sekaligus dan terus nak rekomen staff dia dan dan dan..(ha ha ha, sorilah, aku berhalusinasi tadi)..bila Tokey tu nampak jer Syed masuk aku terdengar beberapa perkataan yang agak menyinggung..
Yes u sapa, mau apa? Sapa bagi you masuk sini? aaar..Kami wakil dari Celcom, kami...oooh ok ok..You ader baca tak itu sticker busat2 tulis, No SalesMan besar2?I tak sinang ar sikalng soli a..ok? Thank u..
Pelajaran pertama:Baca Sticker dipintu sebelum masuk.
Pelajaran Kedua:Jangan aprroach orang yang bermuka stress,kemungkinan besar kalu dia tak stress dia tengah lapar.
Tapi itu baru permulaan..Syed ni sebenarnya memang berbakat...
Ejal_Kronik
31 Dec 2007, 12:46 AM
perghhh..rugi tak copy y episod pertama ko tu....
tp kat episod ptama y aku akusedih bila ko balik masjid dari solat jumaat....time tu ko hilang slipar kan..balik kaki ayam sampai asrama...lepas tu menangis puas2 dalam bilik air,..
gehehhe..
aku caya sama lu....cite ko buat aku terhibur...
teruskan lagik...dan lagik..dan lagik...
p/s:jgn lupa buat backup k..hehe...
hisyam06
31 Dec 2007, 09:46 AM
Belum la bro..
skang tengah bz sket.
tq.
alamak bro......lupa plak......:eek:i/Allah dalam bulan january nanti aku poskan.....sorry lambat skit!!!!!:biggrin:
hisyam06
31 Dec 2007, 09:49 AM
alamak bro......lupa plak......:eek:i/Allah dalam bulan january nanti aku poskan.....sorry lambat skit!!!!!:biggrin:
tapi kalau x silap aku ada dalam PC le..kalau PC tu x kena format lg le...:confused:bro kasi emel la...kalau wujud dlm PC aku..nanti aku emel kat bro.....:biggrin:
Ejal_Kronik
31 Dec 2007, 10:13 AM
tapi kalau x silap aku ada dalam PC le..kalau PC tu x kena format lg le...:confused:bro kasi emel la...kalau wujud dlm PC aku..nanti aku emel kat bro.....:biggrin:
lagi cun klu bro hisyam letak dalam ni balik..nanti pada y tak sempat baca ari tu..
leh baca balik..hehhee..:biggrin:
hisyam06
31 Dec 2007, 10:27 AM
lagi cun klu bro hisyam letak dalam ni balik..nanti pada y tak sempat baca ari tu..
leh baca balik..hehhee..:biggrin:
cantik!!!!!!:biggrin:
blessme81
02 Jan 2008, 01:20 PM
(sebagai langkah berjaga-jaga aku dah copy Aku tertekan 2 kat CG forum,ruangan misc talk, sekiranya ada kejadian yang tak diingini berlaku tak risau sangat ada plan B.Plan c pun ader.)
Belajar menipu di N9
Seterusnya masuk kilang buat pagar rumah.KKKKRRRRIIINEEENGGG..Bunyi mesin potong besi tu bebetul menyakitkan telinga aku.Kekadang tersilau jap dengan cahaya welding.Aku rasa macam tak sesuai jer nak cari customer kat sini.
Syed terus berjumpa dengan sorang pekerja kat sini.Mau jumpa bos!!(kena jerit kuat sket sebab bising kan) so mat bangla tu tunjuk kat tingkat atas.. opis bos dia..siap bagi nama bos.
Hallo, hai Mr.Tan.Yes,hallo.Apa hat?( nampak gaya macam cina bukit) Bos, kami datang sini mau tanya itu hali ada officer from Celcom ada mali tak? Apa officer? tak tau la kawan.u sapa? ooh sori Mr Tan, kami dari Celcom (tunjuk ID) kami mau tanya dulu ada pegawai datang kasi you free offer dari Celcom tak,sebab sikalang baru merg sama Telekom and tukar CEO jadi mau kasi orang untung sikitla, bayar itu bil banyak murah u boleh cakap lama-lama bayar sikit.Ya ka? mana ale mali, saya pakai ini maxis bukan Celcom.
oooh patut pun u tak dapat itu offer,nasib baik u ada cakap la bos.saya pun manyak helan apa pasat ini kilang banyak besar,bisnes ada bagus tak dapat itu offer,ini Celcom mau kasi free line lagi diskaun 50% dalam bil..ya ka?tokey tu nampak interested.
Seterusnya tiba-tiba jer kami dah duduk tanpa disuruh.Bos saya tengok lu punya kuli banyak ramai saya tanya u suma cakap u bagus punya tokey.ini company sudah berapa lama sini.(sungguh pandai Syed mengeject tokey tu) ya ka??oooh saya sudah 15 tahun sini bla bla...( termakan ject) ok tadi u apa cakap itu mau kasi free bill ka? [I](tokey tu tanya kami balik)
oh ini macam bos..biasa kalau u telepon itu guna maxis punya line 1 minit 60 sen sekalang saya mau bagi u seminit 15 sen saja!!(bukan main tinggi lagi suara member aku ni,nak [/I[I]]bagi dengar punya pasal) bagus tak bos?? ([/Itokey tak menjawab..berkerut dahi dia,mungkin tak berapa faham apa yang disampaikan) mesti bagus kan?([I]syed jawab sendiri)Lalu Syed keluarkan pen dan tulisla perbezaan dan kira2 atas kertas.ya ka? dari riak muka tokey nampak macam paham..ini macam bagus, tapi saya sudah ada ini nombor( first rejection)suma olang tau saya nombor, mana boleh tukar.
Bos u cakap betul, itu Mr.Yong sana depan punya kilang pun cakap itu macam jugak (eh [/I[I]]Mr.Yong? Yong mana plak ni?)tapidia angkat ini offer jugak.Nombor lama orang kol masuk, baru punya number dia kol dia punya customer laa.ya ka?? u banyak ong tau, nanti lain orang angkat u sudah rugi banyak ooo..Ini line u boleh save 2 ribu 1 tahun maa.U guna satu handphone lagi, special untuk ini number..(bekerut dahi kawan tu)
2 handphone ka? aiyaa lagi mau beli satu.Bos sekalang handpkone manyak murah maa, u tokey kilang tau, cuma 2,3 ratus saja,u punya kuli pun sya tengok itu handphone mayak mahal..bukan itu macam, saya sudah ada 1 cukup apa bikin buang wang lagi, itu diolang ada wang dia beli la,saya ini sudah cukup.(pehh banyak plak negative,aku memang terdiam tak tau nak jawab) Mr.Tan, u cakap ini macam haa..saya banyak respect sama you, very humble person.Bukan semua olang kaya ini macam..( ject lagi..)
He he( tetiba tokey tu ketawa) mana ada itu macam,biasa saja..mana ada kaya.
belapa banyak saya boleh save? 3ooo satu tahun!! confidentnya syed menjawab,(sedangkan tadi dia cakap 2 ribu) lalu dia buat pengiraan yang agak memeningkan...(dari kira-kira yang dia buat...aku rasa macam ader yang tak kena)
Setelah beberapa kali adegan reject dibalas dengan ject,reject je ject, akhirnya tokey tu takder negative lagi nak bagi agaknya dia setuju nak ambik.Bos saya mau kol itu HQ dulu tanya berapa banyak line u boleh dapat, itu Mr.Lim depan punya kilang dia dapat 8 line, ada dapat 7 line, ada dapat 5 line(bila masa plak Celcom tentukan berapa banyak customer dapat,suka hati dia nak berapa la) u bayang la kalau satu line u boleh save 3 ribu kalau 7 line berapa you sudah save 1 tahun??.tokey nampak bertambah kerut dan tetiba dia bertanya.. saya boleh dapat berapa banyak? ok, sikalang u anak, dengan wife berapa ada suma? 5 orang..ok sya try tanya itu HQ dulu berapa boleh kasi you?(waaah boleh kol macam tu mintak ke?)
Syed keluarkan phone dan terus kol HQ.Hello,im kolling from Senawang,agent kod number bla bla bla..(dalam bercakap tu aku tengok Syed ni asih tersengih jer)my customer ini Factory Owner...bla blaa (tokey tu nampak macam cemas)berapa line boleh kasi?hm hm....haa? 3 only?wait hold on a minute.. bos Celcom mau kasi 3 saja la.Aiya, 8 tak boleh ka? kasi kautim lar..(macam nak melompat aku bila dengar tokey ni nak 8 line)ok i try...ha hello...bla bla bla...bos sory har paling banyak 6 saja..okla okla.saya mau semua.
Aku keluarkan seme simcard kami yang memang ader 6 dan terus register kan tokey ni.Sekali lagi Syed nak telepon HQ, tapi pinjam tipon tokey sebab katanya free of charge( kencing lagi mamat ni)phone dia bateri kong..kononnya.Satu line biasa RM450 tapi ini hari offer RM100 jer bos!!lain hari u kena bayar RM2700 ini hari RM600 saja!!Bukan main cepat tokey tu keluar cek.Register tak sampai 10 minit.siap jer Syed dan aku blah dan pergi ke tempat Ajak lepak tadi...yang membuatkan aku musykil ialah Syed tak ceritapun pada tokey tu yang hari ni memang bayar 100 satu line...tapi bulan depan datang bill kena bayar lagi 150 satu line...dan bulan seterusnya bayar lagi 100...dan 100 lagi...untuk bulan seterusnya...kena bayar 450 jugak.walau bagai mana pun aku tak malas nak bersuara buat masa ni,tunggu kat kedai makan..jam dah kul 3pm.
Sampai jer kat kedai tadi,Ajak dah macam tau tau jer kami close sale.Minum dulu, minum dulu.Syed bersuara, kan saya dah kata bang, abang rileks jer.. saya tau buat macam mana..he he..power lah, baru saya tau apsal abang Syed ni selalu close banyak..
Aku cuba kuat kan semangat untuk bertanya tentang kemusykilan aku?Bukan aper aku rasa dia banyak pusing dan bluffing, so kalau dapat sale cara macam ni aku rasa agak keji sket..tak best plak.Nak tanya ke tak?
Kesalahan dia, tak bagi tau customer 15sen seminit tu Celcom ke Celcom jer bukan Peak hour,Rate biasa 30 sen gak.Cuma yang murah ke Line lain ialah 48sen.Tak bagi tau bil untuk 3 bulan ada charge lain.Kira2 jimat sampai 3 ribu sebulan tu agak mengarut.Banyak lagi yang aku nak tanya..
Bang Syed, kita boleh kol HQ dan mintak berapa banyak line ker? Tetiba terpacul kat mulut aku...he he he Syed nagn Ajak gelak jer.Ohh lupa plak, ini strategi je Zul sebenarnya yang aku kol mula2 tadi bukan HQ.Aku kol Ajak jer,tadi layan jer macam operator betul, tapi tadi Ajak buat lawak, tu yang aku tahan gelak, cipan betul.Bang ini rahsia taktik kita tau jangan bagi tau orang plak.(ciss..sungguh tak beretika)Walau pun aku gelak2 tapi aku rasa
ini tak betul, apa aku nak buat?.Nak marah pun ye gak...
Ok, Syed mula bercakap lagi.Skang kita lepak sampai kul 5 pastu pi jalan balik kat field, nanti leader cari tak lah kita kantoi melepak..Abang Zul isi form ni balik, pakai nama abang, so kira abang punya sale, tapi dapat nanti kita bagi macam ni abang 20% Ajak 20% saya 60% setuju?Peh siap tawar sogokkan plak tu.Ingat aku nak sangat?? Korang rasa aku cakap macam tu ke?
Memandangkan aku dalam keadaan terdesak aku setuju la,walau jauh dipelusuk hati aku tidak bersetuju.Memandangkan alang2 dah terlibat baik aku folow jer diorang minggu ni, ader jugak duit poket nexweek.Astaga..
Ejal_Kronik
02 Jan 2008, 02:04 PM
cun cun cun...
cite y bagus...kasi lagik tau...
leh hilang bowink...
kikikik:biggrin::biggrin:
pakchai
02 Jan 2008, 02:58 PM
dulu masa kecik2 aku suka baca cerita ujang,"AKU BUDAK MINANG" syok oooo....laaa ni hang punya citer aku leh kasi 5 star setaraf "aku budak minang":biggrin::biggrin::biggrin:
teruskan berkarya brooo "AKU BUDAK TANGKAK" bukit kontang & jln solok...
hisyam06
03 Jan 2008, 12:59 PM
dulu masa kecik2 aku suka baca cerita ujang,"AKU BUDAK MINANG" syok oooo....laaa ni hang punya citer aku leh kasi 5 star setaraf "aku budak minang":biggrin::biggrin::biggrin:
teruskan berkarya brooo "AKU BUDAK TANGKAK" bukit kontang & jln solok...
aku pun minat jgak buku cerita ujang tu...JIBAM pun best....
ok aku dah kasi "aku tertekan 1" kat tuan empunya cerita...so tunggu le dia edit balik kat sini....:biggrin: x pun dia jual sbb ramai yg minat:biggrin:
so semua pakat2 le copy takut jadi apa2 plak lps ni sbb kalau nak baca cerita mcm ni kat luar kena beli jgak RM10-RM15:biggrin:
areryp
08 Jan 2008, 02:29 AM
kalo wat novel pon best ni..banyak pengajaran dr cerita bro kter ni..
nice sharing bro blessme
syukur5669
10 Jan 2008, 04:37 PM
hahaha... budak zul ni 2 taun dok sebilik ngan aku tak penah pulak citer...
oooo rupanya nak simpan buat novel ekh...
hisyam06
10 Jan 2008, 11:11 PM
cerita baru bro....
hisyam06
25 Jan 2008, 11:44 AM
x de cerita baru ke bro zul......
nambua
11 Feb 2008, 02:22 PM
Adoii laa.. stress betul tunggu sambungan cite ni.. kang aku tolong sambung kang...:tongue:
Yesss zul....teruskan!! wa caya lu zul....
Tapi Zul kalau ko free kasik upload balik dari yg memula skali bleh? (yg sticky Ajak buat dah hilang eh?) citer pasal keje kedai mkn,citer pasal pompuan ko kat emporium ke amende tu.....ape lagi ek...ade yg aku tak abis bace lagi....
(adeh nie dah gian nak bace citer ko nie....kamon zull....we support u zul)
pakli
26 Feb 2008, 10:06 PM
Bro. Zul citer lu mmg best la...
citerla lagii.. layanzz citer lu nie... hehe.. hilang boring aku...
hilang tension aku...
Kamon zulll.....aduuii citer lah lagi.....dah gian nak bace nie.....dah 1 bulan nie kamooon zul...jgn hampakan kami har har har :cool: (citer ko nie suspen ah ade thrill.....mcm aku layan prison break)
p.s kalau rajin compilekan citer yg dari memula zul....data banyak hilang masa nogold down
tennoajak
26 Mar 2008, 09:08 PM
Kamon zulll.....aduuii citer lah lagi.....dah gian nak bace nie.....dah 1 bulan nie kamooon zul...jgn hampakan kami har har har :cool: (citer ko nie suspen ah ade thrill.....mcm aku layan prison break)
p.s kalau rajin compilekan citer yg dari memula zul....data banyak hilang masa nogold down
dah boleh nak torrent ke citer ni pet?
dah boleh nak torrent ke citer ni pet?
Hahahaha......dah kot....cuba lah ko search.....nnti aku seed.....(eh jak...dulu ko ade anu compile dalam satu thread khas kan? kat maner ek? semua citer dari awal kan?)
tennoajak
26 Mar 2008, 09:19 PM
Hahahaha......dah kot....cuba lah ko search.....nnti aku seed.....(eh jak...dulu ko ade anu compile dalam satu thread khas kan? kat maner ek? semua citer dari awal kan?)
Dah hilang bersama kenangan :frown: Bro zul dah dapat balik hard copy dia kot. Hope dia karang balik kat sini
(Bismillah,salam seme.Tadi tengah layan Heroes kat TV skali, bini aku potong stim turn channel citer Indon,Love is Cinta..hok aloh..Aku bukan aper tak berape layan sangat story cintan mintan ni,time bujang dulu bleh la.Ader ke cerita dah mati datang balik 3 hari semata2 nak luahkan perasaan cinta, ingatkan nak bertaubat, masya allah..aku pun layan gak la sampai habis bukan ape, nak tengok dia ader tobat tak..hampeh takder.over all oklah, bini aku memang meleleh-leleh kena part feeling tu.pompuan biaser ar.Aku steady jer.Stakat criter sedih cam ni heh..heh.sok nak cari dvd dia kat Giant la)
Belajar Menipu di Melaka.
Episod yang lalu, aku dioffer oleh Syed dan Ajak untuk melatih aku jadi terrer buat sale macam mereka berdua(macam bagus..)aku yang dalam keadaan keliru dan lapar terus bersetuju tanpa banyak soal(orang dah belanja makan,takkan kita nak menolak)
Untuk makluman ini bukan diriku :biggrin:
ndzul01
26 Mar 2008, 11:27 PM
Tumpang lalu....:smile:
tennoajak
10 Apr 2008, 09:34 PM
tertekan tertekan tertekan. Mana sambungan ni
Sila tekan 1 untuk sambungan tekan 2 untuk sambungan tekan 3 untuk sambungan Tekan 0 untuk bercakap dengan pencerita untuk sambungan supaya tidak tertekan
Adoiiii ajak ko dah buat aku teringat semula kat citer nie.......sebelum nie aku dah terlupa dah.....aku tak kira ko pegi carik smula thread yg ko kompol2 dulu tu sampai dapat.....carik sekarang...NOW.....
p.s Zulll kamoonnn zull.....kami dahagakan errr...cerita la la la :cool: (adoi betul tertekan aku nunggu nie ajak :3) )
tennoajak
10 Apr 2008, 11:05 PM
Adoiiii ajak ko dah buat aku teringat semula kat citer nie.......sebelum nie aku dah terlupa dah.....aku tak kira ko pegi carik smula thread yg ko kompol2 dulu tu sampai dapat.....carik sekarang...NOW.....
p.s Zulll kamoonnn zull.....kami dahagakan errr...cerita la la la :cool: (adoi betul tertekan aku nunggu nie ajak :3) )
Takpe lah pet. Anggap dah kena scam je :eek: Nanti aku move ler ke section prog not paid/close :biggrin:
hisyam06
11 Apr 2008, 12:53 AM
Takpe lah pet. Anggap dah kena scam je :eek: Nanti aku move ler ke section prog not paid/close :biggrin:
bro zul sibuk skit...buat filem dah kot.....skrip guna cerita dia:biggrin:
zenocorp
11 Apr 2008, 01:34 AM
bro zul sibuk skit...buat filem dah kot.....skrip guna cerita dia:biggrin:
dia sibuk promot filem terbaru dia kot, CJ7.....:biggrin:
hisyam06
11 Apr 2008, 01:51 AM
dia sibuk promot filem terbaru dia kot, CJ7.....:biggrin:
CJ tertekan:biggrin:
kent786
14 Apr 2008, 05:31 PM
bro zul sibuk skit...buat filem dah kot.....skrip guna cerita dia:biggrin:
orang umah dia tengah sarat... dia kena take over keja rumah... tak sempat la tu...
hisyam06
14 Apr 2008, 05:35 PM
orang umah dia tengah sarat... dia kena take over keja rumah... tak sempat la tu...
jd org gaji kejap:biggrin:......lps ni boleh buat cereta pasai pernah jd org gaji:biggrin:
blessme81
23 Apr 2008, 11:39 PM
No matter how clever the chipmunks is..
Kisah lalu, Ajak dan Syed telah membuka rahsia pendapatan harian 200-300 sehari.Lagi dahsyat dari internet scam.Mereka menggunakan bakat yang terpendam untuk mencari sale,tapi sayang dengan cara yang agak kurang berhemah.Apakah aku juga akan turut terjebak kedalam kancah penipuan yang paling mendebarkan dan ditunggu2 pada tahun itu?
Tidak memeranjatkan bila aku tumpang sekaki,bagai orang mengantuk disorongkan bantal.Taktik 2000 yang diajar kepada aku memberikan kesan pendapatan yang maximum.Minggu seterusnya aku berjaya mendapatkan sale yang agak baik,maklumlah sebagai mentee kepada Syed.Seperti biasalah, Syed menjadi orang yang disebut2 oleh project Manager kami untuk merebut tempat sebagai Asst.Project Manager suatu hari nanti.Hai..Kalaulah dia tau bestman dia ni kaki penipu?Termasuk juga aku.Jangan Norman tau dah ler.
Astaga,rupe2nya hampir semua ahli2 NBK menggunakan tektik yang sama.
Kantoi.Tak lama kemudian,pelanggan Muar hampir 90% membatalkan line.Dalam 2,3 minggu sahaja,Team NBK aku dari 14 orang beransur-ansur berkurangan kerana dipecat, ada juga yang menarik diri seperti Norman dan Rahman.Yang tak datang secara tiba-tiba pun ader gak.Akhirnya tinggal aku dan seorang budak pompuan baru jer.Team NBK hanya tinggal kenangan..Episod ni yang paling menyedihkan bagi aku.(aku bukan sedih sebab diorang kena pecat,aku tengah takut sebab nama aku belum naik lagi dan budak yang baru masuk tu cun plak,kalau kena pecat takder can lah aku nak ngurat)
Masih aku ingat lagi, ada satu malam,kami ramai-ramai tinggal kat hostel atas ofis.Walaupun berkenalan beberapa bulan tapi hubungan kami macam dah lama kenal.Aku tak dapat lupakan bau minyak wangi yang digunakan kat dalam opis.Malam tu aku sebenarnya nak balik tapi ditahan oleh Syed dan Ajak,walaupun aku bagi alasan takder baju,mereka sanggup menyediakan kemudahan itu.Syed bagi aku pinjam baju Kemeja Biru cap GV tak silap aku untuk dipakai pada esok harinya.Aku terharu atas keikhlasan yang dipamerkan oleh Syed.Ajak juga menyedekahkan ubat Gigi dan sabun mandi kepada aku.
Aku cuma mampu berkumur2 dengan ubat gigi itu disebabkan ketiadaan berus gigi.Biar pun Ajak beria-ia menyuruh aku menggunakan berus gigi dia aku tetapa menolak dengan
sopan.Namun yang lebih aku terharu ialah selang 2.3 hari Syed dan Ajak telah disuspend.Kebiasaannya kalau dah disuspend bermaksud carilah kerja lain.Sungguh menyedihkan bila aku agak terasa kehilangan 2 orang kawan.Syed juga pasti berasa sedih lebih-lebih lagi bajunya telah menjadi harta aku sehingga ke hari ini.Tak sempat nak pulang,tapi dia dah halalkan.
Aku juga masih ingat Projek Manager kami,Azizan datang bertemu dengan aku sebelum balik pada hari tu.Hari yang aku tinggal berdua.Hati aku memang dah berdebar-debar, kalau aku pun kantoi gak malam ni,bye bye bye lah jawabnya.Tapi aku tak sanggup berhadapan dengan Azizan ni, dengan muka iras2 Samoa Joe dalam WWE tu sudah cukup menggentarkan jiwa aku yang tengah bersalah..dia semakin hampir..aku seolah-olah dapat menbaca apa yang akan di cakap oleh Azizan... "Zul..kau pun boleh blah..you are fired!!"
Rileks Zul...Rileks..
Zul Combat,(nama gelaran aku)..aku rasa kau tengah down skang ni sebab team kau dah tinggal 2 orang.betul tak? er..bolehla..ok takpe aku paham..cuma aku nak tanya satu jer..
dup dap dupa dap (jantung aku dah berderas) apa2 pun aku mengaku je nanti..bisik hati aku.
Zul, kau..nak teruskan ke kau nak nag out? Tapi aku tau kau boleh buat lagi kan? macam mana? aku nak jawapan skang..
Aku rasa mcm baru lepas hukuman potong tangan..tetiba aku bersemangat balik..
Saya nak teruskan bang!! Saya yakin!! Biarla orang lain nak berhenti,saya nak teruskan.
Aku menjawab dengan penuh keyakinan.,Azizan nampak macam kagum dengan semangat yang ditonjolkan..Dia senyum dan berkata, thats my boy..juice..kami buat give me5 sekali.
Aku dah pasang nekad, selagi aku mampu berjuang aku akan teruskan..Itulah kali terakhir Azizan bertemu aku.Aku harap dia tak jumpa aku lagi.
Hari itu juga hari terakhir juga aku bekerja kat Melaka.
Aku bebetul dah kering,tak sanggup nak pau mak aku lagi..
Malam itu aku pulang dengan kelajuan 20km sejam jam 12 lebih baru sampai rumah.sebab minyak dah sampai tahap merah.Ada orang kata kalau bawak slow,jimat sket minyak.memang betullah.(sebenarnya duit dah takder nak isi petrol).Sungguh meletihkan bila hari2 macam ni.Bila lah orang nak cipta motor jalan guna air ni?
flizzoe
23 Apr 2008, 11:51 PM
aku rasa citer kau ni kalau hantar ke majalah (gila2, ujang, etc) mungkin diorang amek neh.. bley la dapat duit extra :biggrin::biggrin:
mana lah tahu kan~ :rolleyes::rolleyes:
Owh episode baru....wa caya lu lagi sekali zull.....best best.... :3)
hisyam06
24 Apr 2008, 12:07 AM
aku rasa citer kau ni kalau hantar ke majalah (gila2, ujang, etc) mungkin diorang amek neh.. bley la dapat duit extra :biggrin::biggrin:
mana lah tahu kan~ :rolleyes::rolleyes:
boleh lawan novel jibam:biggrin:
hisyam06
24 Apr 2008, 12:08 AM
Owh episode baru....wa caya lu lagi sekali zull.....best best.... :3)
kegembiraan x terkata peminat2 setia 'aku tertekan':biggrin:
kegembiraan x terkata peminat2 setia 'aku tertekan':biggrin:
Lama wooo nak tunggu episode baru.....satu bulan lebih ade aku rasa.....nak tunggu cerita nie....seksa dia lebih mcm tunggu episode baru tv series :cool: :3)
hisyam06
24 Apr 2008, 12:20 AM
Lama wooo nak tunggu episode baru.....satu bulan lebih ade aku rasa.....nak tunggu cerita nie....seksa dia lebih mcm tunggu episode baru tv series :cool: :3)
begitu hebatnya penangan 'aku tertekan" kalau buat buku ni kalah novel mat salleh:biggrin:
blessme81
29 Apr 2008, 05:03 PM
Desperate houseboy
Pagi tu aku bangun lambat.Solat Subuh pun dah nak naik matahari.Mak aku kejutkan jam 5.30 tadi,aku cakap aku dah berhenti kerja.Dia faham,takpelah banyak lagi kerja lain kat sini kalau nak.time solat aku dengar bapak aku bercakap2 dengan mak..Ambik ngkau,kejap lagi memang kena ceramah perdana laa..aku dah tau dah ayat2 yang akan terpacul dari mulut dia tu.
Takder point lain,benda sama yang diulang2..asik tukar kerja, tengok macam anak mak lang tu tak tukar2 kerja dari habis sekolah walaupun sekadar kerja kilang skang dah pakai kereta,motor tak bayar nanti kena tarik rugi...ades aku memang tengah lemah semangat ni, apa aku nak bidas nanti?bapak aku ni sayang tak berpelajaran tinggi jer,kalau tidak memang boleh dicalonkan jadi wakil rakyat,dia punya pidato kat aku mengalahkan ahli politik,macam2 example dia bleh bagi.cakap Tamil ngan Hokkien pun bleh.Kekadang jadi misteri plak identiti orang tua ni,entah2 agent rahsia tapi menyamar untuk menyiasat kes curi motorkat Kampung ni.
Tapi kes jenayah lagi bertambah ader,tak pernah selesai.Curi motor makin banyak,curi getah,lembu,kambing.pendek kata aktiviti tak sihat berleluasa.Baru-baru ni kes gaduh sebab main bola.apa yang dia siasat.aduh.. tengah pening ni fikiran pun jadi melalut,kang derhaka plak cakap lebih2.ampun pak.orang tuakan banyak makan garam.mati kutu aku.
Waktu sarap jam 9 lebih.satu kejadian yang aneh telah berlaku.Apa mimpi bapak aku tak tanya langsung pasal aku berenti kerja.alhamdulillah..lepas 1 azab telinga.mungikn kah doa aku tadi dimakbulkan tuhan?syukur,aku jadi insaf dan berazam akan hafal doa qunut,malu benar ngan tuhan.
Skang 1 lagi masalah ialah motor tak bayar dan aku takder kerja.dalam erti kata lain takder duit.ades,semua langkah yang diambil oleh aku nampak tak menyebelahi aku.kalau duk kat umah je kang bererti mengundang bencana.aku kena refresh minda aku dan kuar pi cari idea,manalah tau tetiba tengah jalan ader orang offer kerja,desperate macam ni kalau kerja angkat sampah pun aku nak..janji ader masuk sket.Asalkan jangan ofer kerja salesman dah ler.. aku dah serik.mood memang tak berapa baik hari ni.Sesiapa yang cuba membuat lawak berbaur salesman akan menerima padah.tak pasal2 kena penampar jepun.
Baru jer aku nak menyetat motor aku teringat yang minyak dah abis..aiseh tak sempat ni kalau nak sampai ke stesen minyak.tapi kalau sampai pun tak boleh nak isi sebab aku bukan nyer ader sen.apa nak wat?..nak mintak dengan mak aku, segan plak,dah la bapak aku pun ada kat bawah tu.takkan aku nak menjatuhkan ego aku semata-mata nak pinjam duit.duit yang dulu pun tak bayarlagi.Zul..come on la.apa lagi akal aku?
Manusia biasa hanya menggunakan tak sampai 5% otak untuk berfikir,tapi pada hari tu aku rasa aku telah melampaui tahap manusia biasa dengan mengerahkan semua bahagian otak aku untuk mencari jalan keluar..terasa dipergelangan tangan hingga ke kepala darah mengalir membawa oxigen untuk diproses,urat-urat dileher juga dirasakan agak tegang.jantung yang berdebar2 menandakan ia terpaksa bekerja 2 kali ganda untuk membekalkan nutrien2 yang diperlukan oleh badan.tali perut dirasakan terlalu pedih seolah2 terkena gas pemedih mata,apakah ini kesan sampingan pemikiran luar biasa aku?adakh aku benar-benar menjadi genius dalam sekelip mata..
Chain reaction yang berlaku dengan pantas membuatkan aku terus bangun dan meluru ke dapur.Baru aku teringat yang aku makan nasi lemak ngan teh tarik mak tadi,patutpun perut aku memulas.
Selepas selesai memproses dijamban,tetiba sahaja datang 1 idea yang tak disangka2.
aku rasa adi putra pun tak boleh fikir sampai tahap macam ni.
Aku berjaya gak keluar ke pekan.Pinjam motor bapak aku yamaha88 buatan Jepun berwarna hijau.Dia pun tak kemana sampai kul 4 ptg nanti.Sebelum kuar tadi aku dah pesan yang minyak motor aku dah nak habis takut tak sampai stesen minyak, bapak aku bagi RM20.hai macam tau-tau je orang tua ni.suruh aku beli minyak pakai botol.Aku mesti jimat2 pakai,mampukah aku bertahan dengan RM20 ni dalam masa seminggu?
Tak mustahil! kalau aku betul-betul jimat dan beli apa yang perlu sahaja.Apa2 budget dulu bebaik dan disiplinkan diri,ye betul i can do it!!.aku isi minyak RM5 cukup.ada belen 15 lagi.Rokok pun cuma beli Dunhill 14 jer.Baru rm4.30 tak silap.alamak lighter takder plak,takper tebalkan muka kat awek yang jaga kaunter petronas tu beli mancis yang harga 20sen.Takpelah rugi 20sen dari rugi singgit bel lighter.Desperate tahap dewa sampai 20sen pun terasa banyak.dugaan,ada lagi rm10.50.wow,perbelanjaan yang amat ekonomi berkat belajar Prinsip Akaun dulu.Time kasih cikgu.
Sesat dalam cahaya
Bila dalam keadaan macam ni kekadang nak fikir apa pun tak boleh,jadi macam orang sesat.Fikiran buntu.Minumlah susu Enfagrow skali pun,pasti takkan membantu.Yang membantu kalau dapat duit jer.Aku tak tau nak kemana, hmm pi cari Hapiz kat umah dia la.
Mak Hapiz bagi tau dia dah bekerja kat kedai frame kat Tangkak tu.Cepat sahaja aku kesana.Walaupun dipelawa masuk oleh mak dan bapaknya,aku cakap tak sempat jer.
Bukan aper, tadi bapak dia dah tanya aku masih kerja lagi kat Melaka tu, aku cakap dah berenti,tak sangka pulak bapak dia bleh jadi emosional dan membebel tentang Hapiz.Buang masalah apa lah.Tak nak aku kena tempias baran bapak dia ni.Baik aku chow.
Dari luar kedai aku nampak si Hapiz berborak-borak ngan sorang awek.Customer dia kot.
Dia belum perasan kehadiran aku yang sayup2 je memerhati dari luar.Saja je nak tengok member aku yang sorang ni,setakat mana belang dia bila bercakap dengan pompuan.Amboi,lama plak dia mengayat power.Ni bukan nak menjual frame ni.Aku terus mencelah.Kalau dibiarkan je senario ulat bulu naik daun ni berlaku memang sampai tutup kedai la aku menunggu.Assalamualaikum...
Bila mamat ni nampak aku jer dia terus gelak.Macam tau-tau aku dah berenti kerja.Hantu betul."Sbenernya aku dah nampak kau kat luar tadi,ingat kan bangla"..dia cuba membuat lawak.kuang hajau punye member,aku datang dengan harapan mendapat simpati..hampeh."dah la ajak aku kerja kat Melaka pastu berenti.skang aku yang takder kerja" kami pun gelak..awek tu pun staff kat situ upenyer.dia pun pelik tengok kami gelak.
maklumlah hati tengah susah gelak pun buat2 jer,nak tarik perhatian awek tu lagipun.manalah tau dia terpersan kehadiran aku yang agak hensem sketni.
blessme81
04 Nov 2008, 03:41 PM
(Bismillah..salam rakan2 seme.3 Sept yang lalu saya telah menerima orang baru dalam hidup saya,anak lelaki diberi nama Yayang Qushairy.Skang saya dah tak duk kat KL lagi,pindah terus ke kampung.Baru beberapa minggu ni macam ader free sket,CC pun dekat so nak warming up sket jari jemari tangan ni dah lama tak menulis maklum lah)
Episod lalu...
Bila mamat ni nampak aku jer dia terus gelak.Macam tau-tau aku dah berenti kerja.Hantu betul."Sbenernya aku dah nampak kau kat luar tadi,ingat kan bangla"..dia cuba membuat lawak.kuang hajau punye member,aku datang dengan harapan mendapat simpati..hampeh."dah la ajak aku kerja kat Melaka pastu berenti.skang aku yang takder kerja" kami pun gelak..awek tu pun staff kat situ upenyer.dia pun pelik tengok kami gelak.
Maklumlah hati tengah susah gelak pun buat2 jer,nak tarik perhatian awek tu lagipun.manalah tau dia terpersan kehadiran aku yang agak hensem sketni.
Aku mahu hidup semula.
Rupa-rupanya nasib si Hapiz pun lebih kurang dengan aku,nasib baik dapat keja kat kedai pakcik dia ni.Gaji pun tak besar cuma lepas lah bayar kereta.
Keadaan aku tak banyak berubah seminggu dua ni,memandangkan tak ada kerja lagi (xde semangat nak keja masa ni)aku banyak luangkan masa mengubat hati yang yang lemah dan kecewa ini dikedai Hapiz.Boleh kata setiap hari aku datang melepak dengan Hapiz n budak pompuan tu.(ataupun sebnarnya dengan budak pompuan tu dan Hapiz)
Aku pun tak tau bila dan dimana saatnya aku boleh jadi rapat dengan budak ni.
Maklumlah seorang jejaka yang dirundung malang macam aku ni boleh diubati oleh awek yang boleh la dikatakan agak cun.Kami dalam tak sedar berkongsi segala masalah yang dihadapi bersama.(lebih tepat lagi berkongsi masalah dia saja)Setiap kali ader peluang aku akan jadi pendengar setia masalah dia yang baru clash dengan balak dia.(biasalah modal awek nak tackle pakwe baru)
Sebenarnya aku tak der hati pun nak tackle minah ni,hati tengah runsing macam ni mana ader mood.aku cuma sronok tengok gelagat dia bila bercerita tentang diri dia dan setiap kali lepas luahan perasaan pada aku yang bertindak sebagai kaunselor tak rasmi ni dia akan rasa lega,kekadang pernah menangis gak.Dia kata aku seorang yang memahami...mengerti perasaan dia..(ha ah, macam mana aku tak paham, dari start sampai habis asik dia yang bercakap aku tak sempat nak mencelah)
Asik nak cerita pasal dia jer,boring gak.Aku cuma hangguk2, senyum pastu wat muka terkerut bila dia cerita sedih,senang je kalau kita nak tunjuk macam caring dan memahami,kerutkan kening komform awek korang kata korang caring,cuba try.. mula2 aku pun susah nak wat, tapi bila setiap kali dia bercerita yang sedih2 aku terus buat kira2 ..689.5 x3 dalam kepala hotak aku.
Dan sekali sekala bila dia sebut apa-apa angka korang mesti ulang balik pastu tanya balik dalam nada yang paling emosional.Contohnya macam aku borak ngan minah ni.
Minah :Sy tak sangka boy i dulu ada 4 orang awek lain.Tak sangka betullah.
Aku: haa? 4 orang? (untuk nampak lebih meyakinkan buat kira2 689.5 X 3 serentak dalam otak korang)
Minah : Ye Zul, 4 orang!(dia dah syok..)
Minah:Dah la tu,dia dah couple lebih 1 tahun!
Aku:Haa? 1 tahun?!!(Sekarang keadaan lebih tegang, buat operasi bahagi plak 689.5/3)
Titi The Legend
04 Nov 2008, 03:52 PM
229.8333 = 689.5/3:10:
haha .. tp betol gak cara utk kerut kening tuh .. :113::24::21:
azmimazda
04 Nov 2008, 04:40 PM
akhirnya setelah lama menanti... cerita sudah kembali.... syabass bro...
Zul wa caya lu zul......kamon zul update lagi.....gua tak sabor nie....lama btol on hold citer ko nie....
tennoajak
04 Nov 2008, 05:20 PM
Ada masalah masa pengambaran kot abg pet :10:
blessme81
04 Nov 2008, 06:11 PM
(aku ada lebih kurang setengah jam untuk menaip.Tadi dah balik umah tapi kuar lagi sebab nak beli barang2 niaga sok.Saja je aku tak beli tadi so ader kesempatan nak masuk cc,tetiba idea timbul)'Idea' ni aku ibaratkan macam duit dan kasut ...selalunya masa megasale kita merayau,sampai kat satu kedai ternampak sepasang nampak kasut yang cun,kebetulan memang dah lama ngidam,pastu offer 80%..tapi duit tengah takder.
Sok bila kita dah ader duit, kasut tu plak dah takder.)
Aku mahu hidup.
Doa aku dimakbulkan tuhan.aku dah dapat kerja.Tak sia-sia aku berdoa dan berusaha.Berkat kesabaran dan ketekunan aku melepak@beriktikaf di kedai Hapiz,bos Hapiz telah mengambil aku sebagai pekerja tambahan kat situ.
Hubungan aku n minah tu sedar tak sedar bertambah rapat (tu pun lepas aku kompom betul2 ngan Hapiz yang dia memang takder hati langsung ngan budak ni)
Dipendekkan cerita,oleh kerana semua orang kat kedai tu dah tahu kami ni memang close aku bertekad untuk berkawan lebih serius dengan minah ni.Hai, adakah kisah cinta aku bermula sekali lagi dengan dia? Orangnya manis,gigi jarang2, mata redup,bibir macam buah limau,bertudung plak tu,sembahyang jarang tinggal(tak macam aku, jarang sembayang).Namanya pun sedap disebut-sebut.Boleh kata feeling aku kat dia ni 50-50(lagipun dia dah bagi response baik)
Walaubagaimana pun aku dah berjanji untuk tidak mendedahkan nama minah ni.
Disebabkan oleh sebab2 yang tertentu.(Takut nanti dia malu plak kalau sesapa yang dikenalinya terbaca kisah dia kat forum ni,)Jadi mintak maaflah kengkawan sekalian, yang lain aku boleh bagi tahu tapi awek yang ni biarlah rahsia.Aku cuma bleh bagi hint sikit2 je nanti, pastu korang fikirlah sampai botak ha ha ha..
Pendek kata Norbazlina bte Sarban ni amat istimewa,lain dari yang lain.
Petang itu,Hari Jumaat, esok dah half day, aku berani kan diri untuk...mengajak dia keluar malam sok.Aku takkan buat kesilapan kali kedua kali ini.Biar aku rancang dan susun ayat-ayat cinta aku untuk aku persembahkan kepada bakal buah hati aku yang pertama..(over confident sket)
Aiseh...dia cakap dia balik kampung Pulak petang tu,kampung kat bandar S tak jauh dari Tangkak.Adeh ni yang aku lemah ni.Tapi dia cakap kat aku, kalau nak ajak kuar gak datanglah umah dia kat kampung..Kalau aku sampai malam sok..dia akan kuar ngan aku."Ni cakap bebetul ke memain?" Tanya aku."Betullah,itu pun kalau berani laa..."
Peehhh..sedap betul dia cakap,apa aku tak cukup berani ke nak gi umah mak bapak dia??Sedangkan guru besar sekolah ngan tokey woksyop pun aku bleh jumpa inikan pulak mak bapak dia.
Aku sahut cabaran dia!!"Ok, tapi jangan terkejut plak kalau saya datang,bagi alamat sok malam jam 8pm saya dtanag pastu kita kuar makan boleh?saya tuntut janji awak.."
"Alamat?...kalau saya bagi senang sangat lah kerja awak, saya cuma boleh bagi direction ngan petunjuk jer,sampai baru kol no umah saya"Lina seolah-olah main tarik-tarik tali,macam tak nak bagi datang jer.
"Kalau takder alamat camner nak pi wak?Posman pun sesat camni" aku usha lagi.
"Ader tujuan saya buat macam ni,sekadar nak lihat kesungguhan dan keikhlasan awak,itupun kalau Zul betul-betul nak berkawan ngan saya.."(macam tau2 jer)
Adeh, ayat2 macam ni yang aku lemah ni.."Ok, saya sahut cabaran awak,bagi lah directions tu,setakat bandar S semua dalam kepala hotak saya"
"oh berlagak ye..ok,awak tulis apa yang saya nak cakap, sekali jer saya cakap,kalau tak pat saya tak nak ulang lagi...saya ader suprise kalau awak datang"
Hek eleh Lina ni nak memain ngan aku plak,kita tengok lah malam sok sape yang kena suprise.. Petang tu Lina balik awal sket.sebelum dia blah dia sempat berpesan.."tapi kalau Zul bebetul sesat kol je Lina nanti Lina datang jemput,cuma takder suprise la sebab Zul dikira sebagai mintak pertolongan saya,pendek kata dah kalah laa"
Cis!Cabaran beliau betul2 menaikkan lagi semangat aku untuk menawan hati nya.Alah kalau kat Bandar S tu memang aku tak gentar lah..ini Cucu cicit pendekar,takkan menyerah sebelum melawan,biar darah mengalir pekat jatuh ketanah takkan aku tersungkur,lautan api lagi kurenang,jangan harap aku merayu meminta simpati walau sesiapa pun.. diulangi..walau sesiapa pun...!!
Piz...apiz!! Mai sini jap..Ko kena tolong aku Piz.
"Apenyer?"
Nak pergi Segamat lalu mana ar?
Titi The Legend
04 Nov 2008, 06:32 PM
haha .. saspen pulak ending nko neh encik chow sin chi(ava nko tuh) .. :4:
x saba plk nk tunggu rilisan next ep
formattedsolution
04 Nov 2008, 07:59 PM
Piz...apiz!! Mai sini jap..Ko kena tolong aku Piz.
"Apenyer?"
Nak pergi Segamat lalu mana ar?
Kalo nak pergi Segamat kena lalu Batu 12.. Pas tu hala ke Gambang.. sampai kat trafik light UMP.. amek kiri.. pas tu... baca signboard... :24:
azmimazda
08 Nov 2008, 01:44 PM
Kalo nak pergi Segamat kena lalu Batu 12.. Pas tu hala ke Gambang.. sampai kat trafik light UMP.. amek kiri.. pas tu... baca signboard... :24:
aku pun nak tambah nasik la.. rasanya kalau nak lalu segamat kena lalu jalan raya tak pun jalan tar ekekekekeke... ces tak kelakar langsung lawakku...
ulam
08 Nov 2008, 02:33 PM
Kenapa tertekan lak nie... :4:
RM100
08 Nov 2008, 02:48 PM
Kenapa tertekan lak nie... :4:
sbb x leh nk tepaskan tekanan:10::21:
akay
08 Nov 2008, 03:44 PM
lama btul x follow citer ni..
ingatkan da xde sambungan..
ni kalu letak balik citer dr mula mmg best
RM100
08 Nov 2008, 04:24 PM
lama btul x follow citer ni..
ingatkan da xde sambungan..
ni kalu letak balik citer dr mula mmg best
dari thn lepas lg bersambung2 mcm drama bersiri:21:
Ejal_Kronik
08 Nov 2008, 05:42 PM
bila agaknyer dapat baca episod seterusnyer nih..
likik83
08 Nov 2008, 05:47 PM
bila agaknyer dapat baca episod seterusnyer nih..
aku tertekan bila orang datang menggoda...ahhh:14:
globalinvestmen
08 Nov 2008, 06:47 PM
aku tertekan bila orang datang menggoda...ahhh:14:
Tertekan gak ya org datang menggoda ..aku tak tahan lak....:10:
luffy80
08 Nov 2008, 07:16 PM
askum tuan tanah,
ni cite betul2 ke cite pura2 ni ?
aku pun lum baca abis lagik ni..
baru ronda2 kiri kanan ni hik.. hik..
blessme81
09 Nov 2008, 05:19 PM
Aku mahu hidup
Segamat?Ko nak pi umah Lina ker?
Macam tau tau plak si Hapiz ni..
Begitulah nampaknya Piz..Aku nak bagitau kau satu jer,aku tengok ko makin rapat ngan si Lina ni,bos pun ader perasan gak,aku dah lama nak cakap tapi takut ko marah plak.Ni bos yang suruh pesan,kan anak buah dia tu.Ko jangan kecik hati plak.
Apehalnye plak ni Piz,aku pun bukanlah syok sangat ngan dia tu,apsal..citerlaa.
Rupa2nya, ader udang disebalik batu selama ni.Sungguh aku tak sangka, macam tak percaya apa yang aku dengar...aku terus batalkan hasrat nak pi umah dia.
Ceritanya lebih kurang ginilaa..Lina ni(sebenarnya bukan nama betul dia pun,rileks)pernah mengandung anak tak sah taraf beberapa tahun dulu.., dikawin ngan lelaki dajal tu yang entah macammana terlepas dari undang2,sebab family tak nak malu.Tak sampai seminggu laki dia terus hilang dan tak muncul2 lagi sampai skang.Disebabkan perkara tu Si Lina jadik macam tak betul sampai lah dia dijaga oleh adik sepupu mak dia,bos kita.
Masalah fikiran dia ni dah ok sket selepas keja kat sini, cuma baru2 ni masa aku dah start keja seminggu..aderla sorang mamat syok kat dia n konon nak kenal2.
Sama gak macam kau ni,dia suruh datang umah siap bagi tanda jalan.Last sekali
aku dengar mamat yang syok ngan dia tu sewel sebab kena belasah kat depan kampung si Lina.Seolah-olah macam keluarga dia nak balas dendam kat lelaki la lebih kurang.
Aku macam tak percaya jer apa yang aku dengar..
Ye ker,entah2 dia kena pukul sebab lain...
Tak..ko tak caya ko pi tanya bos kita tu,dia yang cerita kat aku.Si Lina tu yang suruh abang2 dia pukul mamat tu sebab cakap mamat tu ganggu hidup..
Lagi pun aku dengar abang dia tu ader belajar kuntau, ko nak redah gak ker?
Peh,kalau macam ni gayanya...selamat tinggal laa.
blessme81
09 Nov 2008, 05:53 PM
Aku mahu hidup
Nasib baik aku tak terjatuh cinta lagi.Walaupun aku macam tak boleh terima cerita Hapiz ni..Aku tetap ikut cakap dia,lagipun aku ngan dia dah kenal lama kan.
Seminggu lepas tu,si Linan masih tak balik2 dari kampung lagi,bos aku tipon pun tak berjawab.Macam ader yang tak kena...lantaklah dia tak datang jawab nya berenti la tu,aku pun malas nak tipon dia..
Oleh kerana kami tinggal berdua jer,bos aku cari kan kami sorang budak baru,kerja-kerja frame yang dalam tempahan pun makin banyak jadi memang tak leh nak handle.
Subi name budak ni.Pun sedara2 bos aku gak,tinggal lagi dia lagi tua dari kami dah 30 lebih,tapi aku ngan Hapiz main aku engkau jer,sebab badan dia lagi kecik dari kami danperangai dia macam lurus sikit ar..
Kita orang selalu nyakat dia ni,dahtu dia tak kawin lagi.Macam2 la kita kutuk dia,cakap dia busukla,awek termuntah tengok dia lah macam2.Mula2 ok la dia tak kisah sangat kena nyakat tapi ader 1 hari dia mungkin terkecik hati bila Hapiz cakap muka dia macam pecah rumah..
"Cakap agak2 la wei, aku tau la aku tak hensem,hormatlah sikit orang tua"
dia tetiba naik angin.Cuak jugak aku ngan Hapiz tapi kitaorang cepat2 mintak maaf.
Lepas tu dia duduk dan tiba2 jadi emosi macam nak menangis jer.
"Aku tahu ler aku tak hensem,pasal tu takder orang nak kat aku ni,korang tak payah cakap aper"
Kitaorang pun duduk dengar lah aper dia nak cakap,sebab dah cuakkan.
Aku peliklah dengan semua orang kat sini,kat kampung aku.Mentang2lah aku tak hensem,kalau ader pape benda tak elok jadik kat kat kampung seme aku kena,
cakap aku pecah umah,gila seks,tak sedar diri,tak reti bahasa,menyusahkan orang lah,apa diorang ingat aku ni macam tu ker.Aku pun ader perasaan la.(dia macam nak menjerit,aku ngan Hapiz dah terkedu walaupun dalam hati macam nak tergelak tengok perangai dia)
Aku tak paham la kenapa diorang sanggup halau aku dari kampung aku sendiri.
"Rileks ar Subi kita orang gurau jer,nanti aku kenalkan awek-awek cun kat ko"
kata Hapiz cuba bergurau.
Tak yah la,tak payah.Takder pompuan nak kat aku ni.Lelaki kalau tak hensem pompuan memang taklayan,duduklah dekat2 mampus dia tak perasan.Rasa macam diorang ni cun sangat.Kat umah aku dulu ader la sorang anak jiran,umah selang 3,4 biji jer.
"Boleh kata hari-hari aku tengok dia,aku perhatikan dia,tapi dia langsung tak perasan kehadiran aku,tak menoleh pun.Seolah-olah macam aku tak wujud,
padahal bukan jauh sangat,aku ngan dia dekat sangat tapi biasalah kalau dah tak hensem.Bukan dia jer anak jiran lain pun sama,langsung tak perasan kehadiran aku.Sampailah satu pagi,macam biasa aku tengah perhatikan dia, rambut dia, muka dia,memang gebu,mata aku bersinar2."
Tapi hari tu tuhan maha kuasa,entah macam mana tetiba dia menoleh dan terpandang mata aku.Aku tergamam,malu.Dia lagi tersipu-sipu malu tapi yang aku marah tu kenapa dia menjerit macam orang takut bila tengok mata aku!?
Kenapa,tak hensem sangat ke aku?
"eh tak lah Subi,ko ni ok la"aku mencelah.
"Apa dia jerit kat kau Subi"tanya Hapiz.
"Lepas dia nampak aku dia pun jerit...Ayah,tolong!!!Ader orang skodeng dekat bilik air!!
Balik kerja kitaorang terus pi minum.Memang sah Subi ni something wrong.
Titi The Legend
11 Nov 2008, 11:15 AM
kehkeh . sial je skodeng awek kt bilik air:24::21:
tennoajak
11 Nov 2008, 11:18 AM
kehkeh . sial je skodeng awek kt bilik air:24::21:
Ye ke. Tak sempat baca lagi ni. Malam karang lah aku layan. Si pet ni musti layan senyap2 je :14:
Titi The Legend
11 Nov 2008, 12:23 PM
Ye ke. Tak sempat baca lagi ni. Malam karang lah aku layan. Si pet ni musti layan senyap2 je :14:
aku pon dh jadi geng2 tertekan yg tegar secara x lansung
Hahahaha adoi....lawak kisah kali nie :24: tak bleh handle.....ini lah hiburan yg paling best kat nogold.....wa caya lu zul....teruskan lagi menulis... :111:
(zul tahniah buat kau sekeluarga...jadi lah seorang bapa yg penyayang....ok all the best zul)
p.s : ajak aku pun baru habis baca nie..... :wink: ko dah compilekan jak? best giler dah tahap ketagih nie...mcm layan drama2 amerika latin......aku tak kisah dah....cerita btul ke ape ke....yg penting layan.....
likik83
11 Nov 2008, 03:20 PM
aku tertekan kerana di tekan oleh isteri aku.........hahaha
Salam. Saya budak baru berforum so belum tau apa contents kat thread ni ye..apa citer yg best tu?
likik83
17 Nov 2008, 12:38 PM
apsal mcm bebenor thread ni ek?? siap compilation stciky lagi....ermmm
Titi The Legend
17 Nov 2008, 01:04 PM
apsal mcm bebenor thread ni ek?? siap compilation stciky lagi....ermmm
. kire nye acknowledgment hiburan #1 kt NG la:113:
blessme81
18 Nov 2008, 11:39 PM
Aku mahu hidup..
Semua orang ada cerita,karenah,ragam dan sejarah yang tersendiri.Setiap 1 darinya pastilah berbeza dan menarik untuk dikaji.
Begitu juga dengan Subi.Biar pun nampak macam nerd,menyimpan seribu satu
pengalaman..beliau antara manusia2 yang menjadi salah satu rakan baik aku.Aku juga cukup berterima kasih,kerana dialah aku berjaya berhenti membeli rokok,dapatlah aku berjimat.
Aku rakamkan Terimakasih dalam forum ini sekali lagi
untuk Subi kerana beberapa hari dalam seminggu dia dengan murah hati menawar diri menjadi supplier rokok,dan kekadang makan tengah hari.Banyak duit dia ni..
Perwatakkan Subi bagi aku,lurus dan jujur(merangkap sengal).Mamat ni bila dah kenal lama sikit, aku jadi kesian..sebab macam xder member..awek jauh sekali..mungkin ader yang nak ( kalau bleh tahan bau rambut dia)
Macam aku,apa sangatlah bau rambut dia tu, small matter, boleh kerja macam biasa dengan syarat dia tak bukak kasut.bebrapa kali aku masuk bilik dia kat atas kedai, itupun dapat bertahan beberapa minit.Bilik dia... kalau korang iman tak kuat dan takder pengalaman berjalan disebelah longkang cina,baik batalkan jer niat tu. pakai perfume,beli kat kedai 2ringgit,tapi stokin ngan kasut tu kalau basah cuba2 lah jemur, dah tau kaki tu cagu..
Aku masuk pun sebab nak kejut dia time pagi.Tidur mati.
Bos aku ader cakap yang subi ni dulu ader sakit macam kena buatan orang tapi
dahberubat, sihat skang,mintak aku tengok2 kan.Tapi bos aku tak kasi la tanya hal sensitif tu,tau2 sendiri dah la.So aku pun buat tak tahu.Macam takde aper2.
Tapi bos aku ni pun satu yang dia pi cerita kat aku tu buat aper,dah tu cerita separuh2, dahla jiwa aku ni jiwa nak jaga tepi kain orang.Baik2 aku tak tahu aper2 tak pasal2 aku beria-ia nak tahu kisah misteri si Subi ni.Akhirnya mulut aku terpacul jugak soalan tu..tapi dengan cara yang bukan strait fowad..
Subi,ko ader tak member2 yang reti ubatkan orang,bomoh ke aper ke?
Apesal?Ko sakit ker?
Takder laa, ader member aku ni macam kena "kacau".
Si Subi macam terdiam kejap.Pastu dia sambung balik..
Ader,kalau pasal kacau macam tu aku boleh bagi satu tempat baik punya.Memang power orang ni,kompem tak kena kacau lagi.
ye ke power?(cubaan masuk jarum)
Percayalah cakap aku ni,dulu ader sedara aku kena kacau.Mak dia tipon jer orang tu,sekejap jer "bantuan" dia dah sampai rumah.
Peh,pakai tipon jer dah boleh settle..ko..penah kena kacau?
tak,tapi aku pernah.....kena kan orang,sajer2..kau tau..aku tak sangka orang yang aku kenakan tu pun tipon orang yang sama tolong sedara aku tadi(aku dah mula pening ngan ayat aku sendiri ni) kejap jer bantuan sampai malam tu, masa aku tengah operasi plak..tiba2 aku dengar bunyi mengilai,aku nampak cahaya terang macam UFO datang,terus tak jadi buat, aku terus cabut bila nampak benda tu datang.
(subi makin serius)
ko buat aper,Santau?Hantar pelesit? Saper yang datang? Ape ko nampak?
(Aku dah macam seram gak sebenarnye).Cepatlah bagitau...
Taklah,aku tengah nak pinjam motor dia.
Pinjam motor?Ape ni aku tak paham..takkan lah pasal nak pinjam motor pun sampai tipon bomoh.
Pinjam motor pukul 4pagi,tuan motor tengah tidor..ha ha ha
(tetiba dia gelak,ingat lawak benarla tu)ko rembat ker aper?
Tak jadi, aku nampak jelas benda yang dia panggil tu aku jadi takut...aku chow la.
Dengan bulu roma meremang aku tanya lagi..
aper yang ko nampak Subi? Penanggal ker ader cahaya kuat tu?
Cahaya dia lagi terang Zul tapi bukan penanggal yang aku nampak, penaggal ader 1 kepala dia,benda ni ader ader 2 kepala,kepala kat dalam badan,badan ader kuar cahaya berpusing2,bunyi mengilai makin lama makin kuat...
peh cakapla siut,ape kebendanya? hantu aper plak ni.bulu roma aku dah naik ni.
Kalau aku cakap ko jangan terperanjat..gulp telan gak air liur ni.
Kereta peronda Polis.
Keinginan aku untuk memaki orang termakbul dengan sepuas-puasnya petang itu.
Titi The Legend
19 Nov 2008, 05:24 PM
haha .. x sangka betol aku si subi tuh agak kelubi:24::21:
akay
01 Dec 2008, 12:35 PM
tggu tuan umah bila la nak continue cite dia ni
Titi The Legend
01 Dec 2008, 12:44 PM
ha ah . aku pon duk tunggu gak neh..
azmimazda
01 Dec 2008, 04:24 PM
rilek la kwn2.. bagilah masa dia perah idea dulu.. aku paham sebab aku pun tgh kering idea ni huhuhuhu....
tennoajak
04 Dec 2008, 11:15 AM
rilek la kwn2.. bagilah masa dia perah idea dulu.. aku paham sebab aku pun tgh kering idea ni huhuhuhu....
Tapi ko tertekan tak?
akay
04 Dec 2008, 11:19 AM
rilek la kwn2.. bagilah masa dia perah idea dulu.. aku paham sebab aku pun tgh kering idea ni huhuhuhu....
ko nye story tu x mo compile ke bro :21::21:
azmimazda
05 Dec 2008, 11:51 AM
Tapi ko tertekan tak?
kdg2 tertekan gak hehehehe tp still ok..
ko nye story tu x mo compile ke bro :21::21:
ermm kalau nk compile pun ok gak tu kot??
akay
05 Dec 2008, 11:59 AM
kdg2 tertekan gak hehehehe tp still ok..
ermm kalau nk compile pun ok gak tu kot??
kena compile awal2 bro..
mana la tau kot2 nati server down ilang lak koleksi kisah cinta ko :1:
azmimazda
05 Dec 2008, 12:05 PM
kena compile awal2 bro..
mana la tau kot2 nati server down ilang lak koleksi kisah cinta ko :1:
itu x risau sebab aku ada backup copy file hehehehe...
roziex
12 Dec 2008, 01:49 AM
sy tertekan kene MC lagi,
ape nak jadi nie,
MM hancur gile
Titi The Legend
14 Dec 2008, 05:40 PM
kenapekah encik sthepen chow sudah tidak mengupdate siri aku tertekan neh?
akay
23 Dec 2008, 09:01 AM
tertekan ni tggu sambungan xde lagi :102:
vBulletin® v3.7.4, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.