PDA

View Full Version : Badminton Malaysia

Gitaris Berapi
26 Nov 2007, 10:58 AM
erm...dah ada thread ni ke blum ek??? dulu rasa cam dh wujud???

aku dh x sabar nk wish tahniah kat ratu badminton malaysia nih...:D kalo dh ada bleh la remove thread ni...

adifaza
26 Nov 2007, 11:22 AM
good job bro! hehehe... dulu si MF jadi pembuka thread, now ko plak :D

aku pun nak ucapkan pada my amoi WONG MEW CHOO kerana berjaya menang first title super series dan menang pada terbuka china.

sebelum MEW CHOO jadi champion china open ini, dia dah kalahkan player china yang jugak player ketiga dunia, Zhu Lin (quarter final), kalahkan player china kedua dunia, Zhang Ning (semi final) dan last sekali kalahkan player china pertama dunia XingFang (final). pastu menang plak tu dengan player2 tuan rumah, penyokong plak ramai yg sokong player tuan rumah, menang plak tu kt china. perrggghhh...HEBAT TUH!

First set mmg nampak XingFang macam tak panas lagi. biasa laa, like boyfriend dia laa (Lin Dan) :D then dia sedikit tertekan gak laa masa first set tu, sebab Mew Choo main kemas.

Second set nampak sangat si Mew Choo gelabah. dia tetiba hilang fokus. Nasib baik set penentuan dia dapat fokus balik. maybe Tat Meng mintak dia banyak bersabar. dan yang aku nampak Mew Choo mana main smash giler2, dia pakai taktik main rally, pastu main kat jaring (sebab kalau main laju, main smash2 mmg kantoi laa) apa2 pun tahniah MEW CHOO!

pasal Chong Wei plak, aku rasa dia kalah sebab tak puas hati dgn mutu pengadilan kot. aku pun rasa ada 2-3 keputusan yg tak memihak pada dia. aku tgk ulangan pun mmg ketara shuttle keluar, tapi penjaga garisan bagi masuk lak. tu yg nampak second set chong wei main sambil lewa je. malas nak layan dah kot :D padahal korang boleh tgk yg chong wei banyak permainkan chunlai. hahaha... suka aku tgk chong wei mainkan chunlai. chong wei ni mmg pada aku setaraf dgn lin dan, taufik hidayat dgn pete gade. mereka ni jenis player yg suka main tricky dan permainkan pihak lawan. paling aku suka tricky game antara lin dan dgn pete gade atau lin dan dgn taufik hidayat.

apa2, chong wei still the best. tahniah bro! :)

Gitaris Berapi
26 Nov 2007, 11:33 AM
aha...kira topik ni blum ada lagi la ek??tu la pasal, aku p belek2 mana la p thread badminton ni...last2 aku bukak lagi..

mmg aku ckup puas hati la..satu2 player kelas dunia tumbang kat tangan dia..main kt tmpat lawan plak tu!!dulu malaysia pernah x amik kisah pasal badminton wanita sbb susah nk cari talent camni..akhirnya dh ada smula..harap prestasi dia jadi mcm prestasi nicol david..

yg plg best masa set ketiga..dari ketinggalan,trus dia potong & jadi juara..set kedua dia byk buat kesilapan..

yg pasal chong wei tu aku stuju dgn ko adifaza.. mmg kalo aku pun dh meluat main game beli camtu.. kita dah bersusah payah pegi ke final, tp dorang main kotor plak..kita tunggu je terbuka hongkong nnti..harap2 dorang sume dpt kembalikan kegemilangan badminton malaysia...

sns_empire
26 Nov 2007, 11:43 AM
cantik jgk buka tread ni...aku frust betul dgn game antara chong wei vs chun lai...pengadil n penjaga garisan memang nak bg chun lai menang...dulu taufik jd mangsa masa super series china jgk...tp taufik tarik diri terus psl tak puas hati...tahniah mew choo...first super siries....

p/s: patut gantung je china dr anjur super series....

adifaza
26 Nov 2007, 11:48 AM
tu laa pasal GB. ala, kalau ikutkan... chong wei ni sebenarnya senang je nak menang dgn chunlai ni. :D

chong wei payah nak kalahkan lin dan dgn taufik je. yg lain insyaAllah dia boleh lawan. tapi bila dah kena gitu dgn pengadil, moral down jugak laa. aku tak salahkan chong wei pun sebab aku tahu tahap dia camne :)

yg aku tak puas hatinya dgn HAFIZ HASHIM nih! ada sapa2 no phone misbun sidek tak? aku nak call misbun suruh dia rentikan je laa latih hafiz ni, cari bakat lain. yg KKK/TBH pun satu. rexy kena banyak bagi kaunseling sikit kt beregu kita ni. diorang ni muda lagi, diorang ada byk masalah dgn emosi diorang. kalau KKK/TBH ni ok, insyaAllah beregu kita takde masalah kt thomas cup nanti. first double is KKK/TBH, second double plak is CTF/LWW. beregu tua ni still bagus lagi. so, kalau diorang jadi beregu kedua malaysia, mmg takde masalah pada beregu laa kalau KKK/TBH bagus.

apa2pun, glory glory Malaysia! hehe :D (MU gak tak glory :( )

bro GB, ko tak nak tembak meriam ke kt sini. hahaha :D

Gitaris Berapi
26 Nov 2007, 11:54 AM
aku hanya boleh tembak meriam tu bila mew choo dpt kekalkan prestasi dia je..tak nak cam hafiz, menang all england pastu trus jatuh prestasi dia...bagi skali tembak sudah la... GEBOOOOMM!!!! :D

adifaza
26 Nov 2007, 11:59 AM
huh! kalau mew choo jadi cam hafiz gak, mmg aku clash laa dgn mew choo. huhuhu... :(

insyaAllah, mew choo takkan jadi gitu :)

xref
26 Nov 2007, 12:00 PM
ermmm...ko dah bukak thread ni ko buatlah mcm MF buat..selalu update thread...perlawanan lepas ni...perlawanan semasa..ranking dll...aku begitu kagum ngan MF kerajinan beliau...jgn lah lepas batuk di tangga lak....cauuu luhhh..........

Gitaris Berapi
26 Nov 2007, 12:04 PM

aku x bbrapa ikut sgt badminton malaysia nih...sbb tu awal2 lg aku cari thread ni utk kepastian..tp x jumpa..takpe,pasal update2 ni ramai lg yg boleh update kan?? cam adifaza ni aku tgk knowledge dia pun bagus gak..nk serah pd MF pun aku x kisah..janji kita satu MALAYSIA!!!huhuhu...

adifaza
26 Nov 2007, 12:08 PM
takpe bro xref, GB. kita sama2 update. kalau sapa2 yg ikut perkembangan, ada apa2 info, kita post. tak payah nak harapkan sorang dua je yg update. kita kan MALAYSIAN! so, tarahal laa. nanti ramai laa yg mai sini nanti (sebab aku tau, badminton mmg ramai peminat) :)

ni ranking terbaru women single. perhatikan siapakah yg mew choo kalahkan dari quarter final hingga ke final. ikut turutan tu :D

http://img116.imageshack.us/img116/2241/rankingbadmintonwomensiyt8.jpg

sib baik player ranking keempat tu dia tak jumpa. kalau tak, memang pukul keliling laa. hahaha... :D

Gitaris Berapi
26 Nov 2007, 12:12 PM

wow..cayalah bro!!! btul tu,sesape pun bleh update dlm ni...

satu lg,table tu blum update lg kan?? rasa2 slepas kalahkan ego china tu,apa position terbaru mew choo ye??mesti ada peningkatan kan???bila result tu bleh kitorang tahu?:)

adifaza
26 Nov 2007, 12:15 PM
ni plak ranking men single. huhuhu...

http://img123.imageshack.us/img123/4051/rankingbadmintonmensingjo0.jpg

kalau korang tgk, single kita memang bermasalah! first single ok laa si chong wei.

utk single kedua dan ketiga... kalau thomas cup nanti kena ikut ranking beb. so, kalau ikut ranking sekarang ni, choong han laa akan jadi second single kita dan tsuen seng jadi third single kita! hafiz??? hampeh! boleh jadi single keempat aje. tak boleh beb gini. choong han ni dah tua, selalu injured. mmg payah nak harapkan dia as a second single. tsuen seng plak tak berapa bagus. compare dgn hafiz, hafiz ok lagi dr tsuen seng. so, kalau hafiz kena cepat naikkan ranking utk sekurang-kurangnya jadi third single (kalau boleh aku nak dia jadi second single).

adifaza
26 Nov 2007, 12:18 PM
wow..cayalah bro!!! btul tu,sesape pun bleh update dlm ni...

satu lg,table tu blum update lg kan?? rasa2 slepas kalahkan ego china tu,apa position terbaru mew choo ye??mesti ada peningkatan kan???bila result tu bleh kitorang tahu?:)

haah, belum update lagi. nanti dah update aku print screen lagi :D
dulu, bro MF ada bagi link web badminton laa. dia akan paparkan semua perlawanan dan result tournament badminton. mana MF ni ek? :confused:

Gitaris Berapi
26 Nov 2007, 12:21 PM
haah, belum update lagi. nanti dah update aku print screen lagi :D
dulu, bro MF ada bagi link web badminton laa. dia akan paparkan semua perlawanan dan result tournament badminton. mana MF ni ek? :confused:

pegi pasar kot...hehe...ntah...hari tu aku dengar dia nak bukak & hidupkan blk thread ni.. tp bila malaysia dh menang perseorangan wanita trus ilang..ala,nnti ada la tu...:D

goku_majumia
26 Nov 2007, 01:04 PM
ermmm...ko dah bukak thread ni ko buatlah mcm MF buat..selalu update thread...perlawanan lepas ni...perlawanan semasa..ranking dll...aku begitu kagum ngan MF kerajinan beliau...jgn lah lepas batuk di tangga lak....cauuu luhhh..........

aku x bbrapa ikut sgt badminton malaysia nih...sbb tu awal2 lg aku cari thread ni utk kepastian..tp x jumpa..takpe,pasal update2 ni ramai lg yg boleh update kan?? cam adifaza ni aku tgk knowledge dia pun bagus gak..nk serah pd MF pun aku x kisah..janji kita satu MALAYSIA!!!huhuhu...

takpe bro xref, GB. kita sama2 update. kalau sapa2 yg ikut perkembangan, ada apa2 info, kita post. tak payah nak harapkan sorang dua je yg update. kita kan MALAYSIAN! so, tarahal laa. nanti ramai laa yg mai sini nanti (sebab aku tau, badminton mmg ramai peminat) :)

ni ranking terbaru women single. perhatikan siapakah yg mew choo kalahkan dari quarter final hingga ke final. ikut turutan tu :D

http://img116.imageshack.us/img116/2241/rankingbadmintonwomensiyt8.jpg

sib baik player ranking keempat tu dia tak jumpa. kalau tak, memang pukul keliling laa. hahaha... :D

Bagus la GB dah bukak balik thread ni. Aku sebenarnya nak tggu si MF bukak balik tp dia bz agaknya. Bab update tu aku pun akan akan sama2 update sbb aku memang follow badminton malaysia ni sbb minat giler beb :D

p/s: aku harap final china open women singles tu mcm final olimpik 2008 nanti :)

adifaza
27 Nov 2007, 10:01 AM
Azalina gembira berbaur duka

KUALA LUMPUR – Dua nada berbeza disuarakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said - gembira atas kejayaan ratu badminton negara, Wong Mew Choo menjuarai Terbuka China tetapi kecewa dengan prestasi perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Chong Wei.

‘‘Saya cukup bangga dengan kejayaan Mew Choo memenangi perseorangan wanita Terbuka China tetapi saya kecewa dengan prestasi Chong Wei.

‘‘Saya tidak faham bagaimana dia (Chong Wei) diharap untuk menang tetapi gagal. Apabila dia tidak diharap untuk menang sebaliknya dia berjaya,’’ ujar Azalina.

Nada hampa Azalina ke atas Chong Wei disuarakan sewaktu sidang akhbar selepas melancarkan kejohanan futsal KL World 5’s di sini, semalam.

Kekecewaan Azalina adalah ekoran kekalahan Chong Wei kepada pemain tuan rumah Bao Chun Lai 12-12 dan 13-12 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka China di Gimnasium Tinhe, Guangzhou, kelmarin.

Begitupun Mew Choo melakar sejarah terbaik buat skuad wanita badminton negara apabila menewaskan pemain nombor satu dunia, Xie Xingfang 21-16, 8-21 dan 21-17 untuk dinobatkan selaku juara perseorangan wanita - kejayaan sulung pemain itu dalam Siri Super.

Azalina bagaikan tidak dapat menerima kekalahan Chong Wei apabila tewas mudah kepada pemain tuan rumah.

‘‘Saya cukup hairan dengan prestasi Chong Wei,’’ ujar ringkasnya.

Begitupun buat Mew Choo pula, beliau menuntut juara baru badminton wanita Terbuka China itu mengekalkan prestasi berterusan dengan kilauan pingat emas di Sukan Sea Korat dan Sukan Olimpik, Beijing tahun depan.

‘‘Saya gembira dengan pencapaian Mew Choo di China tetapi apa yang penting dia perlu mengekalkan prestasi itu secara berterusan.

‘‘Pada saya yang paling penting kejayaan itu bakal adalah membawa kejayaan badminton wanita pada Sukan Sea di Korat.

‘‘Bagi saya Sukan Sea Korat lebih penting dan dia perlu membuktikannya di sana nanti,’’ ujarya lagi.

Tegasnya, pencapaian cemerlang Mew Choo membawa sedikit sinar kepada badminton wanita negara untuk menjanjikan kejayaan pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Selain itu, Azalina menuntut skuad badminton negara lelaki dan wanita negara menjanjikan kilauan pingat di Sukan Sea, Korat.

sumber: Utusan Malaysia Online - Sukan (http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm)

Ni komen aku tentang Cik Azalina kita nih! :mad:

Pada pendapat aku, azalina ni tak layak laa jadi menteri belia dan sukan. tak sesuai langsung! dah banyak dah isu yang membabitkan dia ni yang aku kurang puas hati. sebelum ni dia tak puas hati kenapa nicol david boleh kalah? WOI! KO INGAT NICOL DAVID TU ROBOT KE??? BOLEH MENANG SOKMO! BENGONG TUL!

sekarang ni plak dia tak puas hati bila chong wei kalah. CIK AZALINA NI TENGOK KE TAK GAME BADMINTON KT CHINA NIH! dia sepatutnya tak perlu keluarkan kenyataan kecewa dengan chong wei. pada aku laa (malah orang lain dan misbun sendiri maybe sependapat dgn aku) chong wei dah lakukan yang terbaik. at least dia maintain performancenya. takde laa selalu kandas kt awal pusingan. and lagi satu, chong wei kalah bukan sebab dia saja2 nak kalah, dia kalah sebab kurang puas hati dengan mutu pengadilan. chong wei tu manusia beb. ada hati dan perasaan. kalau orang profesional camne sekalipun, kalau moral down, mmg effect laa pada performance dia.

so, pada pendapat aku azalina tak patut keluarkan kenyataan kecewa dengan chong wei. pada aku chong wei hanya bersalah kerana terpengaruh dgn mutu pengadilan yang rendah, dan dia cepat moral down. dari segi prestasi, chong wei still maintain lagi.

aku nak cadangkan agar azalina ni dipecat je laa dari jadi menteri belia dan sukan. dia memang tak sesuai langsung! selalu buat atlit moral down, pastu bila dah berjaya sikit, terus bagi pressure gila2. mew choo baru menang satu title super series, dah canang sana sini yang MALAYSIA CONFIRM MENANG EMAS OLIMPIK DARI BADMINTON WANITA. apa laa. itu bukan rangsangan, itu tekanan! :death:

Gitaris Berapi
27 Nov 2007, 10:16 AM
aku stuju..sbagai menteri, dia kena jaga maruah pemain yg tlah bertungkus lumus mengharumkan nama malaysia. dah tentu chong wei akan kecewa bila tgk kenyataan tu sbb mungkin dia dh cuba sedaya upaya & sentiasa berikan yg terbaik.. lagipun bukan mudah utk menjejakkan kaki ke final.. aku rasa azalina tak tengok badminton.. sbb tu dia salahkan chong wei biarpun dia gagal gara2 prestasi tidak adil dr pengadil..kalo azalina tengok pun maybe dia tak menghayatinya..just tau kuar kenyataan mengkritk & mengkritik..

best lagi masa zaman hishamuddin dulu... azalina ni kejenya hanya komen, komen & komen...keje camtu aku pun boleh buat... aku perhatikan dah byk sukan di malaysia ni dia kritik terutamanya bola sepak.. pada mulanya aku ingat hanya aku je yg sedar...nasib baik ko utarakan juga adifaza...thanx..

aku harap chong wei dpt bersabar & buktikan skali lagi pada dunia yg malaysia bukanlah pasukan yg mudah mengalah lbh2 lg bila dlm situasi camni.. chong wei sememangnya layak utk memenangi kejuaraan tersebut & dia hanya tak layak dikritik sperti apa yg disampaikan oleh menteri belia & sukan kita, azalina!! :angry02:

adifaza
27 Nov 2007, 10:34 AM
haa... lupa lak. pasal bola pun dia selalu kritik gak. tul tu GB. kekadang mmg aku rasa azalina ni tak relevan laa jadi menteri belia dan sukan. cara dia handle problem and any issue related with sport kt malaysia ni, aku tak berapa berkenan. dia punye statement pun, kekadang aku terpikir... kalau aku jadi atlit pun aku boleh jadi bengang dengan dia! sesedap mulut dia je nak cakap itu ini. nak cakap tu boleh, tapi biar realistik.

mmg aku rasa ok lagi hishamuddin jadi menteri belia dan sukan. kalau tak hishamuddin pun, aku cadangkan dato elyas omar. huh! dato elyas ni byk gak sejarah dia. KL menang piala malaysia 3 kali berturut-turut tu sapa presedin KL time tu? dia laa! pastu thomas cup pun masa malaysia menang dulu dia gak presiden BAM time tu. but now dia ok gak jadi penasihat sukan.:045:

mazlimoin
27 Nov 2007, 11:53 AM
tu laa pasal GB. ala, kalau ikutkan... chong wei ni sebenarnya senang je nak menang dgn chunlai ni. :D

chong wei payah nak kalahkan lin dan dgn taufik je. yg lain insyaAllah dia boleh lawan. tapi bila dah kena gitu dgn pengadil, moral down jugak laa. aku tak salahkan chong wei pun sebab aku tahu tahap dia camne :)

yg aku tak puas hatinya dgn HAFIZ HASHIM nih! ada sapa2 no phone misbun sidek tak? aku nak call misbun suruh dia rentikan je laa latih hafiz ni, cari bakat lain. yg KKK/TBH pun satu. rexy kena banyak bagi kaunseling sikit kt beregu kita ni. diorang ni muda lagi, diorang ada byk masalah dgn emosi diorang. kalau KKK/TBH ni ok, insyaAllah beregu kita takde masalah kt thomas cup nanti. first double is KKK/TBH, second double plak is CTF/LWW. beregu tua ni still bagus lagi. so, kalau diorang jadi beregu kedua malaysia, mmg takde masalah pada beregu laa kalau KKK/TBH bagus.

apa2pun, glory glory Malaysia! hehe :D (MU gak tak glory :( )

bro GB, ko tak nak tembak meriam ke kt sini. hahaha :D

menyesal aku bergambar dan siap letak tangan atas bahu lagi gan Hafiz Hasyim masa dia kalahkan Chong Wei pada SUKMA ari tu..baik aku bergambar gan Chong Wei lagi bagus..cesss..cessss...

mazlimoin
27 Nov 2007, 12:01 PM
sumber: Utusan Malaysia Online - Sukan (http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm)

Ni komen aku tentang Cik Azalina kita nih! :mad:

Pada pendapat aku, azalina ni tak layak laa jadi menteri belia dan sukan. tak sesuai langsung! dah banyak dah isu yang membabitkan dia ni yang aku kurang puas hati. sebelum ni dia tak puas hati kenapa nicol david boleh kalah? WOI! KO INGAT NICOL DAVID TU ROBOT KE??? BOLEH MENANG SOKMO! BENGONG TUL!

sekarang ni plak dia tak puas hati bila chong wei kalah. CIK AZALINA NI TENGOK KE TAK GAME BADMINTON KT CHINA NIH! dia sepatutnya tak perlu keluarkan kenyataan kecewa dengan chong wei. pada aku laa (malah orang lain dan misbun sendiri maybe sependapat dgn aku) chong wei dah lakukan yang terbaik. at least dia maintain performancenya. takde laa selalu kandas kt awal pusingan. and lagi satu, chong wei kalah bukan sebab dia saja2 nak kalah, dia kalah sebab kurang puas hati dengan mutu pengadilan. chong wei tu manusia beb. ada hati dan perasaan. kalau orang profesional camne sekalipun, kalau moral down, mmg effect laa pada performance dia.

so, pada pendapat aku azalina tak patut keluarkan kenyataan kecewa dengan chong wei. pada aku chong wei hanya bersalah kerana terpengaruh dgn mutu pengadilan yang rendah, dan dia cepat moral down. dari segi prestasi, chong wei still maintain lagi.

aku nak cadangkan agar azalina ni dipecat je laa dari jadi menteri belia dan sukan. dia memang tak sesuai langsung! selalu buat atlit moral down, pastu bila dah berjaya sikit, terus bagi pressure gila2. mew choo baru menang satu title super series, dah canang sana sini yang MALAYSIA CONFIRM MENANG EMAS OLIMPIK DARI BADMINTON WANITA. apa laa. itu bukan rangsangan, itu tekanan! :death:

ya betui tu....tu la bangang punya menteri....entah sukan apa dia main tah...badan pun besar nak mampus....sure tak bersukan tu....dia tak tahu ke Chong Wei punya bagus ..maintain...paling cikai semi final..( memang hebat tu )..kalau nak marah..pi la antam Hafiz Hasyim ka, Kuang beng Hong ka , Yeo kay Bin ka, ..semua tu memang takda harapan lagi aaa...

ni satu lagi KOo Kien Kiet ni...adusss....pening pale...kalah selalu gan bergu mentah..bagus Chon Tanfook dan gengnya jer.maintain ke semi final...at least ada can pingat olimpik dari pasangan ni..paling cikai Gangsa...

tapi apa apa pun....sekalung pujian dan tahnih buat Chong Wei , Mee Choo dan Tanfook/Wanwah...kerana prestasi yang konsisten....harap terbuka Hong Kong ni pun diorang maintain at least Semi Final

Gitaris Berapi
27 Nov 2007, 12:06 PM
huhu..btul tu...kalo si hafiz hashim tu senyap plak menteri kite tu ek?? yg si chong wei smpai ke final pun masih bleh kena sound lagi...:angry03:

adifaza
27 Nov 2007, 12:23 PM
tu laa pasal moin.

aku lebih suka player kita maintain with a good performance, daripada maintain keluar di pusingan awal :clown::clown:

mazlimoin
27 Nov 2007, 12:47 PM
tu laa pasal moin.

aku lebih suka player kita maintain with a good performance, daripada maintain keluar di pusingan awal :clown::clown:

esok akan start terbuka Hong Kong..so kita leh tgk sapa yang maintain...Mee Choo..harap cecah suku akhir pun ok..asalkan tewas dengan hebat...Lee Chong Wei ..aku yakin dia leh sampai ke Semi Final....cuma bergu jer la..si Koo Kien Kiet tu dan TBH....aduhh...jgn la lagi kalah gan pemain ranking rendah..

tekoyong
27 Nov 2007, 01:17 PM

over confident kut....:cool:

adifaza
27 Nov 2007, 01:39 PM
KKK/TBH ni masalah over confident maybe gak. tapi pada pendapat aku diorang ni ada masalah sesama diorang sendiri laa. tu yg susah. ye laa, diorang pun muda lagi. diorang bila ada masalah sikit sesama diorang, mula laa diorang tak berkomunikasi dgn baik dalam game. tu yg rexy marah sangat tu kt diorang.

pasal mew choo plak, aku pun tak harap dia akan jadi juara utk terbuka hong kong ni, tapi kalau dia jadi juara, pergghhh!!! confirm dia balik malaysia aku declare dgn dia. hahaha... :biggrin:mew choo maybe penat laa kot. ye laa, menang dgn semua player utama dunia dan china, kt tempat china plak tu. so, it's ok my amoi, u kalah pun, i still lap u. :009:

sekarang ni aku risau dgn single je. wakil dalam terbuka hong kong ni ramai gak.
chongwei, hafiz, roslin, beng hong, tsuen seng... takkan asyik2 chong wei aje yg layak quarter final? come on laa. :031:

apa2 pun, good luck malaysia!

Gitaris Berapi
27 Nov 2007, 02:02 PM
ooo, ko ada skandal dgn mew choo ye??? hehehe...tak lama lg kaya la minah tu...cam nicol david tu income dia dh brape juta dah..main pukul bola je...duit masyukkk... satu lg yg merisaukan aku, takde ramai player wanita yg berkebolehan mcm dia..tengok la,rata2 player laki jek...tp prangai kekadang cam pompuan..gaduh sikit bawa ke gelanggang..dulu chong wei pun camtu gak.. gunakan alasan jurulatih sbgai punca dia tewas...harap2 malaysia dpt lahirkan lebih ramai pmain yg lbh berkualiti.. cam hafiz tu lepas kawin je dah menurun prestasi dia...

CriketNylon
27 Nov 2007, 02:07 PM

Aku harap lepas ko kawen pretasi ko x menurun kat NG nih hehehehe
:rockon::rockon::gun_bandana::offtopic:

Gitaris Berapi
27 Nov 2007, 02:10 PM
Aku harap lepas ko kawen pretasi ko x menurun kat NG nih hehehehe
:rockon::rockon::gun_bandana::offtopic:

cis!! aku akan buktikan!!! wakakakakaka!!!!

adifaza
27 Nov 2007, 02:16 PM
Aku harap lepas ko kawen pretasi ko x menurun kat NG nih hehehehe
:rockon::rockon::gun_bandana::offtopic:

warkakaka... sempat lagi tuh! :tongue:

bro GB kalau lepas kawin prestasi lain yg naik. :tt2::005::011:

Gitaris Berapi
27 Nov 2007, 02:20 PM
warkakaka... sempat lagi tuh! :tongue:

bro GB kalau lepas kawin prestasi lain yg naik. :tt2::005::011:

siot lu org!! hehehehehehe!!!:biggrin::biggrin::biggrin:

adifaza
28 Nov 2007, 09:03 AM
Berikut adalah jadual perlawanan yang melibatkan player Malaysia di Kejohanan Super Series Terbuka Hong Hong.

Men's Singles
Yeoh Kay Bin (MAS) vs Lu Yi (CHI)
Hafiz Hashim (MAS) vs Simon Santoso (INA)
Roslin Hashim (MAS) vs Anup Sridhar (IND)
Wong Choong Hann (MAS) vs Pete Gade Christensen (DEN)
Lee Tsuen Seng (MAS) vs Zhu Weilun (CHI)
Lee Chong Wei (MAS) vs Kuan Beng Hong (MAS)
(alahai, tak bestnya first round dah kena jumpa sesama sendiri)

Men's Doubles
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) vs Rasmus Mangor Andersen/Peter Buur Steffensen (DEN)
WIN (21-5, 21-18) :clap:
Tan Bin Shen/Ong Soon Hock (MAS) vs Simon Mollyhus/Anders Kristiansen (DEN)
Lim Khim Wah/Mak Hee Chun (MAS) vs Quang Minh Nguyen/Thanh-Hai Tran (VIE)
Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid/Tan Wee Kiong (MAS) vs Lee Jae Jin/Hwang Ji Man (KOR)
Chew Choon Eng/Hong Chieng Hun (MAS) vs Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu (TPE)
Choong Tan Fook/Lee Wan Wah (MAS) vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen (DEN)
Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari (MAS) vs Fu Haifeng/Cai Yun (CHI)

Women's Singles
Wong Mew Choo (MAS) vs Salakjit Ponsana (THAI) <--- adik Boonsak Ponsana ke nih? :wub:
(sian badminton wanita kita, Mew Choo sorang je yang ade. sob sob..) :frown:

Women's Doubles
Fong Chew Yen/Mooi Hing Yau (MAS) vs Duang-Anong Aroonkesorn/Kunchala Voravichitchaikul (THAI)
Wong Pei Tty/Ching Eei Hui (MAS) vs Ng Hui Lin/Goh Liu Ying (MAS)
(double ni pun kena jumpa sesama sendiri. huhu...)
Lim Pek Siah/Haw Chiou Hwee (MAS) vs Yang Wei/Zhang Jiewen (CHI)

Mixed Doubles
Ng Hui Lin/Lim Khim Wah (MAS) vs Saralee Thoungthongkam/Sudket Prapakamol (THAI)
LOSE (19-21, 16-21) :no:
Woon Khe Wei/Tan Wee Kiong (MAS) vs Lee Hyo Jung/Lee Yong Dae (KOR)
LOSE (11-21, 15-21):no:
Goh Liu Ying/Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid (MAS) vs Renee Flavell/Craig Cooper (NZL)

Gitaris Berapi
28 Nov 2007, 09:18 AM
good info bro... tu la pasal, tinggal mew choo sorang je jd wanita harapan negara.. malaysia kena perkuatkan lg pencarian bakat baru nih..asyik cari bakat menyanyi je...mana tak prestasi sukan kita smakin tenggelam...kalo ramai penyanyi tempatan yg bagus skalipun,bukannye sume dpt mengharumkan nama malaysia...lain la kalo atlit sukan.... :stuart:

goku_majumia
28 Nov 2007, 10:11 AM
Zakry/Fairus lawan Cai/Fu.Bole ke diorg menang lagi aa?? Kalo dapat menang lagi mmg bagus la diorg ni.:045:

adifaza
28 Nov 2007, 10:25 AM
masa china open dulu zakry/fairus menang dgn cai yun/fu haifeng ni, kat 1st round tuh!

so, kalau zakry/fairus ni menang lagi dgn cai yun/fu haifeng ni, mmg best la! ia jugak seperti satu kemenangan psikologi pada kita dan orang akan tgk malaysia ada byk beregu yg hebat2 selepas KKK/TBH dan tan fook/wan wah.

zakry/fairus ni pun antara pelapis yg bagus gak ni. harap2 diorang boleh beri result yg baik. menang kalah tak penting, janji perform ok.

aku cuma harapkan KKK/TBH boleh pergi jauh lagi dlm super series ni.

MoneyFinder
28 Nov 2007, 10:56 AM
dah ade yang baru...?? wah bagus2 kasi update balik...aku dah tawar hati nak create ari tu :p

p/s : teringat jamban dalam cita ali baba bujang lapuk....lepas roboh sok nyer ade balik....!! :D

adifaza
28 Nov 2007, 11:04 AM
dah ade yang baru...?? wah bagus2 kasi update balik...aku dah tawar hati nak create ari tu :p

p/s : teringat jamban dalam cita ali baba bujang lapuk....lepas roboh sok nyer ade balik....!! :D

kitorang duk tunggu ko laa bro. mentang2 dah ada rumah baru. rumah ni takleh lupa bro. sini ramai peminat badminton ni. :biggrin:

so, apa komen ko tentang badminton sekarang ni? about my amoi ke, mew choo :009:
comel kan dia tu? :tt1:

:tongue::biggrin:

mrgunn
28 Nov 2007, 11:11 AM
HAAA tu laa MF macam adifaza cakap tu.. dah ada rumah baru rumah lama jangan ditinggalkan ehehhehe..
ok aku akan masuk sini macam dulu gak.. thread ni akan aku lawati dan nak tengok anak muda kita terutama melayu muncul dalam badminton ni :p

adifaza
28 Nov 2007, 11:15 AM
insyaAllah bro gunn. sama2 laa kita nantikan. :)

bukan nak bersikap perkauman, tapi mmg suka sangat kalau team badminton malaysia kita ni ada orang melayu yg hebat dlm bermain badminton. (dalam erti kata yang lain, mengharap sangat si hafiz hashim tu berubah dan boleh jadi jaguh badminton yang sejati. tapi... BOLEH KE MAMAT TUH!!??)

Gitaris Berapi
28 Nov 2007, 11:20 AM
dah ade yang baru...?? wah bagus2 kasi update balik...aku dah tawar hati nak create ari tu :p

p/s : teringat jamban dalam cita ali baba bujang lapuk....lepas roboh sok nyer ade balik....!! :D

abis,tunggu ko lama sgt...hehehehehe....... apapun slmt kembali...skrg aku serahkan kunci umah ni kat ko blk..... ahaha..:tooth:

mrgunn
28 Nov 2007, 12:28 PM
boleh kot heheeh dalam thread dulu sapa ntah posting si mamat tu mempunya pakej yang complete cuma sikap dia yang tak konsisten jer :)

adifaza
28 Nov 2007, 12:53 PM
boleh kot heheeh dalam thread dulu sapa ntah posting si mamat tu mempunya pakej yang complete cuma sikap dia yang tak konsisten jer :)

si hafiz hashim ni mmg ada pakej seorang player badminton yg baik, itu pendapat dr misbun dan jugak eddy hartono. tapi macam ko cakap laa... kalau dia bersikap macam sekarang ni, mmg sia2 je laa. jadi juara all england pada umur awal 20-an, sekarang dah 24 ke 25 umur dia. player badminton paling tip top pun average umur 30-35. so dia ada dalam 5 tahun je lagi ni bersinar dlm badminton. takkan dia nak jadi macam abang dia dulu, konsisten dlm masa setahun pastu down.

mrgunn
28 Nov 2007, 12:55 PM
harap dia boleh perbaiki dirinya dengan secepat mungkin

sunserver7
28 Nov 2007, 03:24 PM
takper baru lagi tue...jenis lambat 'panas'...kene plak style pingpong punya game..belum kuar peluh berbesen dah abis satu game...tu yg agak tak biasa kot..kalu kena style dulu..mantap kot...

mazlimoin
28 Nov 2007, 04:09 PM
hafiz,kaybin,roslin menang lak.....tapi awek aku Wong Mee choo tewas la...ni sah penat giler ni...adusss..takper..balas dendam di Sukan SEA nanti...

adakah Tazari akan menganas lagi menentang Caiyun....saksikan nanti...

goku_majumia
28 Nov 2007, 04:27 PM

Adeh kalah la pulak amoi tuh.. Hermm xper la. Harap dia bole balas dendam masa sukan SEA nanti dengan menang GOLD. Ya... sama2 kita doakan Zakry/Fairuz menang lwn Cai/Fu mlm ni.:yes::yes:

sns_empire
28 Nov 2007, 04:52 PM
aku rasa patut rehatkn mew choo...letih tu kat ss china...mgkin psl tu dia kalah...aku tengok china selalu rehat kan player yg menang n harungi banyak game yg getir...mgkin malaysia patut tiru...

dulu tan fok/wan wah rehat lama...lepas tu sampai skarang konsisten...lee chong wei pun sama...

goku_majumia
28 Nov 2007, 05:29 PM
Hermm tu ler.. China pon akan rehatkan semua pemain dia masa super series final nanti mengikut kata ketua jurulatihnya Li Yongbo. Sebab tahun depan lagi byk tournament besar spt olimpik & thomas/uber cup. So elok la pemain2 yg letih tu direhatkan pada masa yg sesuai..

wachaa
28 Nov 2007, 06:23 PM
Untuk Makluman
kepada peminat-peminat badminton tempatan

kalu nak tgk live score utk kejohanan badminton Hongkong Super Siries atau super siries yang lain boleh klik kat link
http://www.tournamentsoftware.com/sport/matches.aspx?id=17832

sns_empire
28 Nov 2007, 06:29 PM
ramai peminat badminton kat sini... nak tanya main badminton tak? klu main boleh buat friendly match...atau buat TEAM NOGOLD... amacam...

mazlimoin
28 Nov 2007, 10:46 PM
Adeh kalah la pulak amoi tuh.. Hermm xper la. Harap dia bole balas dendam masa sukan SEA nanti dengan menang GOLD. Ya... sama2 kita doakan Zakry/Fairuz menang lwn Cai/Fu mlm ni.:yes::yes:

zakry tewas la pulak..tapi kalah bergaya ok laaa

goku_majumia
28 Nov 2007, 11:13 PM
zakry tewas la pulak..tapi kalah bergaya ok laaa

Yup kalo kalah camni kita leh terima sbb kalah selepas bagi tentangan sengit. Aku rasa Zakry/Fairus ni perlukan sikit masa lagi utk kemas kan permainan mereka. Beregu veteran CTF/LWW pun kalah sebab injured kot. Hermm harap2 KKK/TBH leh pegi jauh dlm tournament ni.

adifaza
29 Nov 2007, 08:38 AM
Men's Singles
Yeoh Kay Bin (MAS) vs Lu Yi (CHI)
WIN (22-20, 25-23)
Hafiz Hashim (MAS) vs Simon Santoso (INA)
WIN (21-15, 21-17)
Roslin Hashim (MAS) vs Anup Sridhar (IND)
WIN (21-15, 21-13)
Wong Choong Hann (MAS) vs Pete Gade Christensen (DEN)
LOSE (14-21, 14-21)
Lee Tsuen Seng (MAS) vs Zhu Weilun (CHI)
WIN (21-19, 21-13)
Lee Chong Wei (MAS) vs Kuan Beng Hong (MAS)
WIN (21-13, 21-11)

Men's Doubles
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) vs Rasmus Mangor Andersen/Peter Buur Steffensen (DEN)
WIN (21-5, 21-18)
Tan Bin Shen/Ong Soon Hock (MAS) vs Simon Mollyhus/Anders Kristiansen (DEN)
WIN (21-19, 19-21, 21-18)
Lim Khim Wah/Mak Hee Chun (MAS) vs Quang Minh Nguyen/Thanh-Hai Tran (VIE)
WIN (22-20, 21-18)
Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid/Tan Wee Kiong (MAS) vs Lee Jae Jin/Hwang Ji Man (KOR)
LOSE (17-21, 12-21)
Chew Choon Eng/Hong Chieng Hun (MAS) vs Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu (TPE)
LOSE (12-21, 8-21)
Choong Tan Fook/Lee Wan Wah (MAS) vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen (DEN)
LOSE (16-21, 0-0) <-- Tan Fook/Wan Wah tarik diri sebab Wan Wah injured balik... :frown:
Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari (MAS) vs Fu Haifeng/Cai Yun (CHI)
LOSE (19-21, 22-20, 16-21)

Women's Singles
Wong Mew Choo (MAS) vs Salakjit Ponsana (THAI)
LOSE (21-16, 7-21, 10-21)

Women's Doubles
Fong Chew Yen/Mooi Hing Yau (MAS) vs Duang-Anong Aroonkesorn/Kunchala Voravichitchaikul (THAI)
LOSE (21-14, 12-21, 15-21)
Wong Pei Tty/Ching Eei Hui (MAS) vs Ng Hui Lin/Goh Liu Ying (MAS)
WIN (21-7, 21-13)
Lim Pek Siah/Haw Chiou Hwee (MAS) vs Yang Wei/Zhang Jiewen (CHI)
LOSE (7-21, 11-21)

Mixed Doubles
Ng Hui Lin/Lim Khim Wah (MAS) vs Saralee Thoungthongkam/Sudket Prapakamol (THAI)
LOSE (19-21, 16-21)
Woon Khe Wei/Tan Wee Kiong (MAS) vs Lee Hyo Jung/Lee Yong Dae (KOR)
LOSE (11-21, 15-21)
Goh Liu Ying/Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid (MAS) vs Renee Flavell/Craig Cooper (NZL)
LOSE (17-21, 19-21)

adifaza
29 Nov 2007, 09:06 AM
Men's Singles
Lin Dan (CHI) vs Shoji Sato (JPN)
Taufik Hidayat (INA) vs Park Sung Hwan (KOR)
Weijie Gong (CHI) vs Chen Jin (CHI)
Yeoh Kay Bin (MAS) vs Sony Dwi Kuncoro (INA)
Hafiz Hashim (MAS) vs Kenneth Jonassen (DEN)
Roslin Hashim (MAS) vs Bao Chunlai (CHI)
Sho Sasaki (JPN) vs Peter Gade Christensen (DEN)
Lee Chong Wei (MAS) vs Lee Tsueng Seng (MAS)

Men's Doubles
Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (MAS) vs Sudket Prapakamol/Phattapol Ngensrisuk (THAI)
Tan Bin Shen/Ong Soon Hock (MAS) vs Candra Wijaya/Tony Gunawan (INA/USA)
Lim Khim Wah/Mak Hee Chun (MAS) vs Michal Logosz, Robert Mateusiak (POL)
Jens Eriksen/Martin Lundgaard Hansen (DEN) vs Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto Chandra (INA)
Tadashi Ohtsuka/Keita Masuda (JPN) vs Jae Jin Lee/Ji Man Hwang (KOR)
Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu (TPE) vs Markis Kido/Hendra Setiawan (INA)
Gun Woo Cho/Yeon Seong Yoo (KOR) vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen (DEN)
Guo Zhendong/Xie Zhongbo (CHI) vs Fu Haifeng/Cai Yun (CHI)

Women's Doubles
Zhang Yawen/Wei Yili (CHI) vs Jo Novita/Greysia Polii (INA)
Gail Emms/Donna Kellogg (ENG) vs Duang-Anong Aroonkesorn/Kunchala Voravichitchaikul (THAI)
Chien Yu Chin/Cheng Wen Hsing (TPE) vs Carina Mette/Birgit Overzier (GER)
Wong Pei Tty/Ching Eei Hui (MAS) vs Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN)
Ha Jung Eun/Kim Min Jung (KOR) vs Gao Ling/Zhao Tingting (CHI)
Endang Nursugianti/Rani Mundiasti (INA) vs Lee Kyung Won/Lee Hyo Jung (KOR)
Du Jing/Yu Yang (CHI) vs Kumiko Ogura/Reiko Shiota (JPN)
Kamila Augustyn/Nadiezda Kostiuczyk (POL) vs Yang Wei/Zhang Jiewen (CHI)

CriketNylon
29 Nov 2007, 09:22 AM
Hafiz Hashim (MAS) vs Kenneth Jonassen (DEN)
Roslin Hashim (MAS) vs Bao Chunlai (CHI)
adusss...penat nie :006::006::012:

adifaza
29 Nov 2007, 09:31 AM
Personal analysis...

Yeoh Kay Bin ni adalah pemain yang layak dari pusingan kelayakan lagi. so, apa2 pun tahniah diucapkan pada kay bin kerana dapat layak sampai ke pusingan kedua. kemenangan dia pada pusingan pertama pun agak menarik kerana dapat mengalahkan pemain dari china yang sama level dengan dia dgn straight set. so, mampukah kay bin buat kejutan lagi dgn meneruskan kemaraan dgn mengalahkan naib juara dunia, sony dwi kuncoro? kalau ikut rekod dan prestasi, mmg diakui sony punye kelebihan, tapi harap2 akan ada keajaiban pada kay bin nanti.

Hafiz Hashim pula akan menentang Kenneth Jonassen, yang kalau ikut ranking sekarang adalah sama level dgn hafiz, tapi pada pendapat aku kalau ikut pada permainan sebenarnya hafiz lebih hebat dari kenneth ini. pada piala thomas sebelum ini, hafiz diturunkan sebagai single ketiga negara dan kalah pada kenneth yg juga pada masa tu single ketiga denmark. harap2 hafiz tidak TIDO dan bermain dengan baik sebab hafiz mmg boleh menang dgn kenneth ni sebab pada aku kenneth ni takde apa2 pun. dari segi ketinggian pun lebih kurang je dengan hafiz (sebab kenneth ni byk gunakan ketinggian dia utk smash, tapi fail dlm bermain jaring dan bertahan)

Roslin Hashim, ermm... no comment. kalau dia dapat kalahkan chunlai bagus laa. aku tak pasti tahap prestasi dia sekarang ni sebab roslin utk tahun ni jarang join tournament utama, dia banyak join tournament kecik2 dan dapat point dari situ. tambahan pula dia sibuk jadi pelatih kat german kot tak silap aku. kalau roslin dan hafiz menang dgn lawan masing2, maka pertemuan adik beradik akan berulang lagi...

Lee Chong Wei dan Lee Tsueng Seng, haiii... apa laa malang nasib player kita. Chong Wei bertemu lagi dgn rakan senegara. mmg tak berapa best sebab jumpa dengan member sendiri pada pusingan awal amat merugikan. utk perlawanan kali ni, aku pilih chong wei untuk menang.

KKK/TBH lawan dgn pasangan thai. harap2 diorang tak bermain dgn emosi laa. mainlah sebagai satu pasukan. jangan laa kalah dgn pasangan tak ternama ni...

Tan Bin Shen/Ong Soon Hock, tahniah kerana dapat layak sampai ke pusingan kedua ini. tentang harapan dia untuk menang dgn candra wijaya/tony gunawan... ermm... aku letak 40-60. sebab candra wijaya/gunawan ni susah gak nak lawan diorang ni. diorang ni kuda tua yg sama taraf dgn KKK/TBH. walau camne pun, harap2 bin shen/soon hock dapat bagi tentangan dan saingan yg baik.

Lim Khim Wah/Mak Hee Chun, ni pasangan yang baru. aku pun tak berapa tahu pasal pasangan ni. so, kalau dia dapat layak ke pusingan lebih jauh lagi, insyaAllah boleh laa aku tgk diorang main camne. apa2 pun, lawannya jugak tidak ternama, pasangan dr poland. so, aku letak 50-50.

Wong Pei Tty/Ching Eei Hui akan berlawan dgn pasangan jepun. peluangnya aku letak 50-50 jugak sebab pei tty/eei hui ni tak berapa konsisten sgt. kalau diorang ni menjadi, mmg menjadi habis. apa2 pun harap2 diorang ni boleh menang laa.

overall, aku nampak kebangkitan dari 2 negara yang baru nak naik badmintonnya iaitu jepun dan thailand. jepun umpamanya, dah mula maju bermula dgn shoji sato lagi. tahniah shoji. aku nak mintak maaf laa kt shoji sato ni sebab masa awal2 dulu aku gelakkan dia sebab dia main kelam kabut sangat! pastu dapat satu point je, reaksi macam dapat game point! hehehe... apa2 pun dia dah makin maju dah. and believe it or not, ranking shoji ni lebih tinggi dari hafiz dan roslin. ish ish ish... :eek:

apa2 pun, good luck MALAYSIA!!! :clap::clap::clap:

goku_majumia
29 Nov 2007, 02:51 PM
Latest Update utk HK Super Series

Men's Singles
Lin Dan (CHI) mn Shoji Sato (JPN) 21-15,21-11
Taufik Hidayat (INA) mn Park Sung Hwan (KOR)21-12,21-19
Roslin Hashim (MAS) mn Bao Chunlai (CHI)[/B] 21-19, Rtd :smile::clap:

Men's Doubles

Tan Bin Shen/Ong Soon Hock (MAS) kk Candra Wijaya/Tony Gunawan (INA/USA) 12-21,5-21:frown:

[B]Women's Doubles

Wong Pei Tty/Ching Eei Hui (MAS) kk Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN) 10-21,13-21
:frown:

NarutoKun
29 Nov 2007, 02:52 PM
wah roslin hashim..
bagus2.. :D

adifaza
29 Nov 2007, 03:24 PM
thanks goku for update :taz:

roslin menang ke bro? chunlai retired? hehehe... bukan retired, tapi takut tuh :surrender::tooth:

so, kita tunggu adik dia plak camne. kalau hafiz menang, maka berjumpa lagilah adik beradik ni kat quarter final nanti...

mazlimoin
29 Nov 2007, 03:48 PM

wa..bagus roslin...!!

adifaza
29 Nov 2007, 05:24 PM
Ni adalah latest result sebelum aku balik... :wink:

Men's Singles
Lin Dan (CHI) vs Shoji Sato (JPN)
(21-15, 21-11)
Taufik Hidayat (INA) vs Park Sung Hwan (KOR)
(21-12, 21-19)
Weijie Gong (CHI) vs Chen Jin (CHI)
Yeoh Kay Bin (MAS) vs Sony Dwi Kuncoro (INA)
LOSE (17-21, 13-21)
Hafiz Hashim (MAS) vs Kenneth Jonassen (DEN)
Roslin Hashim (MAS) vs Bao Chunlai (CHI)
WIN (21-19 0-0) <-- Chunlai surrender :surrender::tt2:
Sho Sasaki (JPN) vs Peter Gade Christensen (DEN)
Lee Chong Wei (MAS) vs Lee Tsueng Seng (MAS)

Men's Doubles
Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (MAS) vs Sudket Prapakamol/Phattapol Ngensrisuk (THAI)
Tan Bin Shen/Ong Soon Hock (MAS) vs Candra Wijaya/Tony Gunawan (INA/USA)
LOSE (12-21, 5-21)
Lim Khim Wah/Mak Hee Chun (MAS) vs Michal Logosz, Robert Mateusiak (POL)
LOSE (13-21, 14-21)
Jens Eriksen/Martin Lundgaard Hansen (DEN) vs Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto Chandra (INA)
(19-21, 14-21)
Tadashi Ohtsuka/Keita Masuda (JPN) vs Jae Jin Lee/Ji Man Hwang (KOR)
Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu (TPE) vs Markis Kido/Hendra Setiawan (INA)
(21-15, 19-21, 9-21)
Gun Woo Cho/Yeon Seong Yoo (KOR) vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen (DEN)
Guo Zhendong/Xie Zhongbo (CHI) vs Fu Haifeng/Cai Yun (CHI)

Women's Doubles
Zhang Yawen/Wei Yili (CHI) vs Jo Novita/Greysia Polii (INA)
Gail Emms/Donna Kellogg (ENG) vs Duang-Anong Aroonkesorn/Kunchala Voravichitchaikul (THAI)
Chien Yu Chin/Cheng Wen Hsing (TPE) vs Carina Mette/Birgit Overzier (GER)
Wong Pei Tty/Ching Eei Hui (MAS) vs Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN)
LOSE (10-21, 13-21)
Ha Jung Eun/Kim Min Jung (KOR) vs Gao Ling/Zhao Tingting (CHI)
(15-21, 10-21)
Endang Nursugianti/Rani Mundiasti (INA) vs Lee Kyung Won/Lee Hyo Jung (KOR)
Du Jing/Yu Yang (CHI) vs Kumiko Ogura/Reiko Shiota (JPN)
(21-15, 21-9)
Kamila Augustyn/Nadiezda Kostiuczyk (POL) vs Yang Wei/Zhang Jiewen (CHI)
(15-21, 13-21)

goku_majumia
29 Nov 2007, 06:24 PM
thanks goku for update :taz:

roslin menang ke bro? chunlai retired? hehehe... bukan retired, tapi takut tuh :surrender::tooth:

so, kita tunggu adik dia plak camne. kalau hafiz menang, maka berjumpa lagilah adik beradik ni kat quarter final nanti...

Yup roslin menang :clap:. Harap2 hafiz pun menang nanti. :048:..

goku_majumia
29 Nov 2007, 11:55 PM
KEPUTUSAN PENUH PUSINGAN KE-2 HK SUPER SERIES

Men's Singles
Lin Dan (CHI) MN Shoji Sato (JPN) 21-15,21-15
Taufik Hidayat (INA) mn Park Sung Hwan (KOR) 21-12,21-19
Weijie Gong (CHN) kk Chen Jin (CHN)
Yeoh Kay Bin (MAS) kk Sony Dwi Kuncoro (INA) 17-21,13-21
Hafiz Hashim (MAS) kk Kenneth Jonassen (DEN) 19-21,5-21
Roslin Hashim (MAS) vs Bao Chunlai (CHN) 21-19, Rtd
Sho Sasaki (JPN) kk Peter Gade Christensen (DEN) 12-21,12-21
Lee Chong Wei (MAS) mn Lee Tsueng Seng (MAS) 21-15,21-10

Men's Doubles
Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (MAS) mn Sudket Prapakamol/Phattapol Ngensrisuk (THAI) 21-11,17-21,21-9
Tan Bin Shen/Ong Soon Hock (MAS) kk Candra Wijaya/Tony Gunawan (INA/USA) 12-21,5-21
Lim Khim Wah/Mak Hee Chun (MAS) kk Michal Logosz, Robert Mateusiak (POL) 13-21,14-21
Jens Eriksen/Martin Lundgaard Hansen (DEN) kk Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto Chandra (INA) 19-21,14-21
Tadashi Ohtsuka/Keita Masuda (JPN) mn Jae Jin Lee/Ji Man Hwang (KOR) 17-10,Rtd
Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu (TPE) kk Markis Kido/Hendra Setiawan (INA) 21-15, 19-21,9-21
Gun Woo Cho/Yeon Seong Yoo (KOR) kk Lars Paaske/Jonas Rasmussen (DEN) 14-21,18-21
Guo Zhendong/Xie Zhongbo (CHI) vs Fu Haifeng/Cai Yun (CHN) (x tau sapa menang tah)

[B]Women's Doubles
Zhang Yawen/Wei Yili (CHN) mn Jo Novita/Greysia Polii (INA) 21-10,21-16
Gail Emms/Donna Kellogg (ENG) mn Duang-Anong Aroonkesorn/Kunchala Voravichitchaikul (THAI) 21-14,21-10
Chien Yu Chin/Cheng Wen Hsing (TPE) mn Carina Mette/Birgit Overzier (GER) 21-15,21-11
Wong Pei Tty/Ching Eei Hui (MAS) kk Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN) 10-21,13-21
Ha Jung Eun/Kim Min Jung (KOR) kk Gao Ling/Zhao Tingting (CHN)15-21,10-21
Endang Nursugianti/Rani Mundiasti (INA) kk Lee Kyung Won/Lee Hyo Jung (KOR) 13-21,15-21
Du Jing/Yu Yang (CHN) mn Kumiko Ogura/Reiko Shiota (JPN) 21-15,21-9
Kamila Augustyn/Nadiezda Kostiuczyk (POL) kk Yang Wei/Zhang Jiewen (CHN) 15-21,13-21

Women Singles

Xie Xinfang (CHN) mn Pui Yin Yip (HK) 21-14,21-7
Tine Rasmussen (DEN) mn Pi Hongyang (FRA) 21-16,21-13
Lu Lan (CHN) mn Jie Yao (NED) 21-19, 21-11
Tracey Hallam (ENG) mn Kwan Yi Mong (HK) 21-13,21-15
Eriko Hirose (JPN) mn Mi Zhou (HK)21-19,21-16
Zhu Lin (CHN) mn Judith Meulendijks (NED) 21-19-21-15
Salakjit Ponsana (THA) mn Kaori Mori (JPN) 21-17,18-21,21-11
Jun Jae Youn (KOR) mn Zhang Ning (CHN) 21-19,24-22

goku_majumia
30 Nov 2007, 12:22 AM
Jadual Perlawanan Peringkat Suku Akhir HK Super Series 30/11/07

Men's Singles
Lin Dan (CHI) vs Taufik Hidayat (INA)
Chen Jin (CHN) vs Sony Dwi Kuncoro (INA)
Roslin Hashim (MAS) vs Kenneth Jonassen (DEN)
Lee Chong Wei (MAS) vs Peter Gade Christensen (DEN)

Men's Doubles
Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (MAS) vs Candra Wijaya/Tony Gunawan(INA/USA)
Michal Logosz, Robert Mateusiak (POL) vs Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto Chandra (INA)
Tadashi Ohtsuka/Keita Masuda (JPN) vs Markis Kido/Hendra Setiawan (INA)
Lars Paaske/Jonas Rasmussen (DEN vs Guo Zhendong/Xie Zhongbo (CHN)/Fu Haifeng/Cai Yun (CHN)

Women's Doubles
Zhang Yawen/Wei Yili (CHN) vs Gail Emms/Donna Kellogg (ENG)
Chien Yu Chin/Cheng Wen Hsing (TPE) vs Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN)
Gao Ling/Zhao Tingting (CHN) vs Lee Kyung Won/Lee Hyo Jung (KOR)
Du Jing/Yu Yang (CHN) vs Yang Wei/Zhang Jiewen (CHN)

Women Singles
Xie Xinfang (CHN) vs Tine Rasmussen (DEN)
Lu Lan (CHN) vs Tracey Hallam (ENG)
Eriko Hirose (JPN) vs Zhu Lin (CHN)
Salakjit Ponsana (THA) vs Jun Jae Youn (KOR)

adifaza
30 Nov 2007, 08:39 AM
bengong tul laa hafiz nih! :angry01::dft007:

tak konsisten langsung! arggghhh!!! :hammer:
tgk first set, melawan gak dia. kalah 19-21. second set terus down! 5-21 tuh! apa daaa...

apa2 pun tahniah kepada chong wei, roslin dan kien kiat/boon heong. KKK/TBH ni pun satu! takkan dgn beregu thailand pun mencirit nak kalahkan diorang? huhuhu...

anyway, harap2 semua wakil Malaysia ni boleh pergi ke semifinal lak. kalau ada wakil kt semi final, ada laa live kt tv esok. :biggrin:

utk quarter final, personal analysis...

KKK/TBH vs Candra Wijaya/Tony Gunawan. ini boleh dianggap pertemuan 'Clash of Time' laa. hehehe :gunsmilie: bukannya apa, KKK/TBH dgn candra/gunawan ni cara permainan diorang berbeza. candra/gunawan ni adalah pasangan beregu veteran yang byk main guna strategi rally dan menyerang, sebaliknya KKK/TBH plak bermain dgn serangan pantas. dulu masa awal2 KKK/TBH naik dulu, 2 beregu ni pernah bertemu di final apa ntah (sorry, aku tak ingat) tapi aku tgk game diorang ni, dan mmg diakui KKK/TBH begitu mudah menang dgn beregu indon kacukkan USA ni. so, harap2 kali ni pun KKK/TBH dapat rentak dan selalu motivate each other untuk menang dalam game ni.

chong wei vs peter gade. 2-2 player ni aku minat. tapi aku tetap rasa chong wei punye kelebihan lagi. peter gade sekarang ni cam down sikit. kalau dulu2 zaman dia muda tu best gak dia main. paling aku suka dia main lawan dgn lin dan. perrggghhh, lin dan pun kantoi dgn dia ni. ingatkan lin dan je pandai main tricky, peter gade pun best. hehe... tapi tu dulu laa. now ialah zaman chong wei. aku harap chong wei boleh menang dgn peter gade ni.

roslin vs kenneth plak, ermm... susah nak cakap. roslin jarang jumpa kenneth ni. kalau ikutkan kemampuan, roslin lebih bagus dr kenneth ni. tapi, apa2 pun boleh berlaku. harap2 roslin boleh menang dlm game ni. then kalau roslin menang, chong wei menang, player kita bertemu sekali lagi sesama sendiri. aduhhh... :pinch::wacko:

* thanks bro goku coz tolong update. hehehe, tapi yg women punye part tu boleh remove laa kot. kita takde wakil kt bhg tu. huhuhu... ohh... amoiku. bila ko nak balik KL? :wub:

mrgunn
30 Nov 2007, 08:42 AM
WMC boleh kalah plak dengan pemain thailand.. kejap jer tak boleh concentret

adifaza
30 Nov 2007, 08:50 AM
biarlah mew choo kalah gunn. boleh dia balik awal. aku ada baca paper, dia ada injured sikit. huhuhu... so kalau mew choo balik awal, boleh dia prepare utk sea games plak. :rolleyes:

aisey, aku baru perasan. utk quarter final ada satu lagi game yg best! lin dan vs taufik. perrgghhh... best nih! tapi... takleh tgk gak! huhuhu... kalau lin dan lawan taufik, aku sokong taufik! :cool:

Gitaris Berapi
30 Nov 2007, 09:28 AM

ntah...amoi tu pn blum smpat enjoy dgn laki dia...bagi la can dia jumpa dulu...:biggrin:

CriketNylon
30 Nov 2007, 10:54 AM
WMC boleh kalah plak dengan pemain thailand.. kejap jer tak boleh concentret

Pnat lagi dia tuh pasai china open dia pukul abis player china yg mana ada
x sempat nak berehat dah main plak....dia nak rehat laa tu

sns_empire
30 Nov 2007, 07:27 PM
taufik vs lin dan...memang best...aku pilih lin dan...psl dia memang konsisten...yg aku perasan skarang yg boleh kalahkn lin dan tinggal chong wei sorang je...bukan psl chong wei malaysia tp dr segi permainan chong wei memang banyak gaya...kadang2 mcm rashid sidek(overhead smash)...kadang2 mcm misbun(rally n pancong net) ...tp trik tangan dia memang best(tangan jahat dlm istilah badminton kita)...

goku_majumia
30 Nov 2007, 09:11 PM
Update terkini HK Super Series (setakat pukul 9 p.m)

Men's Singles
Chen Jin (CHN) mn Sony Dwi Kuncoro (INA) 21-8,21-6
Roslin Hashim (MAS) kk Kenneth Jonassen (DEN) 12-21,5-21 :016:
Lee Chong Wei (MAS) mn Peter Gade Christensen (DEN) 21-17,22-20 :clap::clap:

Lin Dan vs Taufik Hidayat (tgh lwn, aku sokong taufik hehe :wink:)

goku_majumia
30 Nov 2007, 10:31 PM
Berakhirlah cabaran beregu kita bila KKK/TBH kk Chandra Wijaya/Tony Gunawan 21-12,12-21-11-21 :frown::frown:

syaqiq2312
01 Dec 2007, 05:18 AM
perghhh goku minat badminton laaa..baru aku tahu...weh bila nak main ngan aku..nak tgk gak org kena smash...asyik smash dlm forum jerr:biggrin::biggrin:

adifaza
01 Dec 2007, 07:38 AM
kalau ramai peminat badminton kt sini, ok laa.
bila2 kita free, kita set time untuk buat friendly ke, main king ke... :biggrin:
actually, aku minat main badminton ni, tapi dah lama giler tak main (since minat plak boling hehehe...)

adifaza
01 Dec 2007, 07:53 AM
Men's Singles

Lin Dan (CHI) vs Taufik Hidayat (INA)
(21-12, 21-14)
Chen Jin (CHI) vs Sony Dwi Kuncoro (INA)
(21-8, 21-6)
Roslin Hashim (MAS) vs Kenneth Jonassen (DEN)
(12-21, 5-21)
Lee Chong Wei (MAS) vs Peter Gade Cristensen (DEN)
(21-17, 22-20)

Men's Doubles
Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (MAS) vs Candra Wijaya/Tony Gunawan (INA/USA)
(21-11, 12-21, 11-21)
Michal Logosz/Robert Mateusiak (POL) vs Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto (INA)
(6-21, 11-21)
Markis Kido/Hendra Setiawan (INA) vs Tadashi Ohtsuka/Keita Masuda (JPN)
(21-18, 21-17)
Fu Haifeng/Cai Yun (CHI) vs Lars Paaske, Jonas Rasmussen (DEN)
(21-16 21-17)

adifaza
01 Dec 2007, 07:57 AM
Men's Singles

Lin Dan (CHI) vs Chen Jin (CHI)
Lee Chong Wei (MAS) vs Kenneth Jonassen (DEN)

malas laa aku nak buat analisis dah. asyik tak betul je analisis aku. pastu semua player Malaysia kantoi (kecuali chong wei) huhuhu... maybe final nanti antara chong wei dgn lin dan kot. apa2 pun, go CHONG WEI!!! :clap::clap::clap:

mazlimoin
02 Dec 2007, 03:34 PM
Pastikan anda di kaca TV masing-masing

Lee Chong Wei vs Lin Dan...

mazlimoin
02 Dec 2007, 03:36 PM
kalau ramai peminat badminton kt sini, ok laa.
bila2 kita free, kita set time untuk buat friendly ke, main king ke... :biggrin:
actually, aku minat main badminton ni, tapi dah lama giler tak main (since minat plak boling hehehe...)

boleh la.....aku pun baru lepas main gan ex-state player ni....hehehee best gak..menyemashh!!!!...
hari tu tersmash la satu budak..kena lak mata...aduhhh masuk hospital la...

RM100
02 Dec 2007, 03:44 PM
Pastikan anda di kaca TV masing-masing

Lee Chong Wei vs Lin Dan...

harap2 thn dpn di sukan olympik beijing msia bawak balik 3 emas melalui single lelaki & wanita, bergu lelaki:biggrin::eek:

anbu-san
02 Dec 2007, 05:05 PM
kalah huhu

RM100
02 Dec 2007, 05:21 PM
minggu lepas dgn bao chunlai, minggu ni dgn lin dan plak, mggu dpn dgn sape plak???

sns_empire
02 Dec 2007, 05:42 PM
frust jugak lee chong wei kalah, tp aku respek kat dia psl dia konsisten sejak kebelakangan ni...1 kali semi, 2kali final...ganguan dr umpire last set td pun punca...tekanan,dah le lawan lin dan ni kena lawan umpire pulak...apa pun tahniah lee chong wei...
buktikan kat master tournament di alor setar nanti...best of the best...

anbu-san
02 Dec 2007, 05:44 PM
tp paling syok mase die crk mate last nak kalahkan kenneth semalam haha servis kuat kebelakang pastu main jaring bergaye giler

mazlimoin
02 Dec 2007, 11:40 PM
frust jugak lee chong wei kalah, tp aku respek kat dia psl dia konsisten sejak kebelakangan ni...1 kali semi, 2kali final...ganguan dr umpire last set td pun punca...tekanan,dah le lawan lin dan ni kena lawan umpire pulak...apa pun tahniah lee chong wei...
buktikan kat master tournament di alor setar nanti...best of the best...

1 kali semi dan 3 kali final ( china, france , honkong)

mazlimoin
02 Dec 2007, 11:41 PM
dengar khabar china tak akan menghantar pemain terbaiknye ke Master Final..sebab alasan keletihan..uhuhuhuh

NEMO
03 Dec 2007, 01:32 AM
ades...kalah ker...aku sempat nengok team china je main tadi

adifaza
03 Dec 2007, 10:49 AM
tahniah chong wei sebab layak ke final, biarpun kalah pada aku chong wei still the best. mmg susah nak kalahkan super dan ni. dan chong wei pun bukan kalah dgn senang lenang aje, chong wei kalah secara bermaruah.

chong wei masih player terbaik dunia, dia dgn lin dan pun tak banyak perbezaan. dia konsisten dan berjaya ke final hong kong ini walaupun pada final china open sebelum ni dia terganggu sedikit dgn keputusan berat sebelah pengadil (patutnya azalina puji chong wei camni sebab walaupun chong wei kalah kerana keputusan berat sebelah di china open, dia cepat lupakan kekalahannya di china dan konsisten layak ke final hk open)

tapi, pada aku... aku still bimbang dgn single kita. takkan nak harapkan chong wei sorang aje? come on laa. aku rasa dah tiba masanya misbun cari bakat baru untuk jadi pelapis kalau sekiranya hafiz tidak menyerlah selepas ini. jangan buang masa dgn hafiz lagi kalau terbukti dia dah tak boleh pergi ke mana-mana. single player malaysia pun yg betul2 muda dan bagus sekarang ni pun hanyalah chong wei, hafiz dan kay bin. choong hann, tsuen seng, roslin semua ni dah tua beb. kita kekurangan player freshies. aku harap2 sangat misbun dapat cari lagi bakat2 lain, dan dalam waktu yg sama monitor chong wei dan hafiz.

suka aku tgk final semalam. lin dan dgn chong wei masing2 tunjuk skill dan trick. chong wei plak begitu tenang dan main sungguh2. tu yg aku suka dgn chong wei. biar camne keadaan sekalipun dia tetap tenang. aku baca paper, chong wei injured sikit kt lutut. happen masa dia lawan peter gade. ermm... maybe effect gak pada game dgn lin dan kot. apa2 pun tahniah chong wei!

goku_majumia
04 Dec 2007, 01:53 AM
perghhh goku minat badminton laaa..baru aku tahu...weh bila nak main ngan aku..nak tgk gak org kena smash...asyik smash dlm forum jerr:biggrin::biggrin:

Hehe ko baru tau ke bai? Aku mmg minat badminton sejak kecik lagi. Tapi main bkn pandai sgt pun huhu. Aku x suka smash2. Aku suka drop-shot jerk kekeke :biggrin:

mazlimoin
10 Dec 2007, 07:17 PM
wong mee choo cedera lak..tak sempat balas dendam kat pemain thai tu uhuuhuhuh...takper..tak dapat emas sukan sea belasah emas sukan olimpik...hope aku ada masa tu di beijing kekeke

goku_majumia
19 Dec 2007, 07:08 PM
Lambat tul nak tggu next tournament huhu. :rolleyes:

adifaza
03 Jan 2008, 10:18 AM
Jadual BWF Super Series 2008. Super Series yang pertama akan diadakan di KL. :wink:

http://img230.imageshack.us/img230/8821/bwfsuperseries2008je6.jpg

adifaza
16 Jan 2008, 09:26 AM
Berikut adalah jadual 1st round Malaysia Super Series 2008 yang bermula hari ini.

http://img412.imageshack.us/img412/4347/mensingleszx1.jpg

http://img293.imageshack.us/img293/5538/mendoublesnh3.jpg

http://img135.imageshack.us/img135/8307/womensinglestb8.jpg

http://img183.imageshack.us/img183/3052/womendoublesow5.jpg

http://img176.imageshack.us/img176/6415/mixdoublesrd0.jpg

Pertemuan menarik pada hari ini... Chong Wei vs Hafiz Hashim (pukul 11 nanti)
kalau aku tak kerja ni or kalau aku kerja kt tempat lama aku (dlm TPM bkt jalil) confirm aku dgn member2 aku ponteng jap gi tgk game ni. :biggrin:

apa2 pun good luck pada semua player Malaysia. :wink:

P/S: kalau ada sapa2 yang tahu link untuk tgk result badminton terkini ni, bgtau aku ek. aku just tahu badminton.loonsport.net aje. link loonsport ni cam lambat sikit update result.

drangers
16 Jan 2008, 10:00 AM
Aku pun nak tau gak, ngeh ngeh negh

goku_majumia
16 Jan 2008, 02:20 PM
Pertemuan menarik pada hari ini... Chong Wei vs Hafiz Hashim (pukul 11 nanti)
kalau aku tak kerja ni or kalau aku kerja kt tempat lama aku (dlm TPM bkt jalil) confirm aku dgn member2 aku ponteng jap gi tgk game ni. :biggrin:

apa2 pun good luck pada semua player Malaysia. :wink:

P/S: kalau ada sapa2 yang tahu link untuk tgk result badminton terkini ni, bgtau aku ek. aku just tahu badminton.loonsport.net aje. link loonsport ni cam lambat sikit update result.

Ko tgk kat sini bro

http://www.tournamentsoftware.com/sport/matches.aspx?id=18612&y=2008&m=1&d=16

kalo nak tgk real time lve score klik kat live score kat atas tu. Dia update point by point

adifaza
16 Jan 2008, 02:33 PM
orait bro goku. thanks. :wink:

so, dah tau keputusannya. macam biasa chong wei menang. abis laa hafiz. gelap laa masa depan ko...:angry02:

abang dia plak menang dgn sairul amar. my amoi mew choo pun menang dgn julia wong.

nanti2 laa aku update full result. tak pun sapa2 boleh update, update laa ek. aku tgh busy sekarang.

goku_majumia
16 Jan 2008, 02:45 PM

No prob bro :wink: Tapi ada pembetulan ckit. Roslin kalah kepada sairul amar ayob 21-11, 14-21, 16-21

adifaza
16 Jan 2008, 03:04 PM
uiks? tersilap tgk plak. sorry...

yup, roslin kalah dgn sairul amar ayob. huhuhu... :frown:

goku_majumia
17 Jan 2008, 11:24 AM
Jadual perlawanan yg melibatkan pemain Malaysia hari ni.

http://i143.photobucket.com/albums/r134/wira_evo2007/draw.jpg

man
18 Jan 2008, 12:19 PM
Zakry lwn kuat tu ari ni....mari layan........

goku_majumia
18 Jan 2008, 04:15 PM
Keputusan semalam

Men's Singles

Lee Chong Wei mn Przemyslaw Wacha (POL) 21-5,15-21,21-8
Sairul Amar Ayob kk Shon Seung Mo (KOR) 20-22,21-5,17-21
Wong Coong Han kk Bao Chunlai (CHN) 15-21,16-21

Men's Doubles

Koo Kean Keat/Tan Boon Heong kk Lars Paaske/Jonas Rasmussen (DEN) 19-21,21-18,16-21
Chong Tan Fook/Lee Wan Wah mn Tan Bin Shen/Ong Soon Hock 19-21,21-18,21-18
Chew Chong Eng/Chan Chong Ming mn Chia Hsin Tsai/Chung Shien Hu (TPE) 21-13,13-21,21-14
Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari kk Candra Wijaya/Tony Gunawan 21-23,18-21

Women's Singles

Wong Mew Choo mn Jeanine Cicognini (SWI) 21-14,21-10

Women's Doubles

Ling Gao/Tingting Zhao (CHN) mn Chew Yen Fong/Hing Yau Mooi 21-11,21-11
Yu Chin Chien/Wen Hsing Cheng mn Pei Tty Wong, Eei Hui Chin 21-17,21-18

Mixed Doubles

Saralee Thoungthongkam/Sudket Prapakamol (THA) mn Sook Chin Chong, Mohd Razif Abdul Latif 21-18,21-16

goku_majumia
18 Jan 2008, 04:21 PM
Jadual hari ni (pemain Malaysia jer)

Men Singles
Lee Chong Wei vs Simon Santoso (INA)

Women's Singles
Wong Mew Choo vs Eriko Hirose (JPN)

Men's Doubles
Choong Tan Fook/Lee Wan Wah vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen (DEN)
Chew Choon Eng/Chan Chong Ming vs Fu Haifeng/Cai Yun (CHN)

Harap suma pemain Malaysia menang hari ni utk ke separuh akhir esok.

goku_majumia
18 Jan 2008, 09:06 PM
Lastest Results

Men Singles
Lee Chong Wei mn Simon Santoso (INA) 21-13,21-13 :biggrin:

Women's Singles
Wong Mew Choo mn Eriko Hirose (JPN) 16-21,23-21,21-14 :biggrin:

adifaza
21 Jan 2008, 09:39 AM
tahniah buat chong wei! first title utk tahun ini. permulaan yg baik.

TERIMA KASIH MISBUN! :clap::clap:

kepada hafiz, MISBUN TAK BOLEH BAGI DUIT KAT KO, TAPI BOLEH BAGI ILMU BADMINTON AJE. MISBUN CUMA NAK LATIH PLAYER YANG BERJIWA MALAYSIA, BUKAN YANG NAKKAN KEMEWAHAN DAN GLAMOUR. SO, KALAU HAFIZ NAK BLAH GI KELAB BADMINTON YANG LAIN, KO BOLEH BLAH!!! :angry01::angry03:

goku_majumia
21 Jan 2008, 09:52 AM

Yup tahniah chong wei dan sifunya misbun. Harap2 chong wei dapat teruskan rentak kemenangan di super series korean open minggu ni :045:

Gitaris Berapi
28 Jan 2008, 11:40 AM
si hafiz hashim ni ape cite ek??? mata duitan ke mamat nih?!! halau jelah dia kalo lbh pntingkan diri sndiri!! aku ingat dia bleh amik coach dia, Misbun sbgai contoh... rupenye hampeh... :mad:

anbu-san
28 Jan 2008, 11:53 AM
tah die ni lembik tahap cipan, ade masalah kewangan da nak pening2 ehehe kasik menang la sket kat mane2 open baru ade duit muehehe .... banyak2 player chong wei ah respek sket sbb bile die turun die naik balik kat open seterusnye

Gitaris Berapi
28 Jan 2008, 11:59 AM

btol3..aku stuju..

zatarra
28 Jan 2008, 06:30 PM
itu la org cakap, melayu mudah lupa, br menang skit dh mula menyombong tak tentu arah, dh pandai pakai rantai emas,:angry06: ngalahkan yg nak non-muslim plak gaya die, abg die pn same je, org cmni merugikan wang rakyat je.. :046::046::046:

adifaza
29 Jan 2008, 08:54 AM
maybe hafiz stay lagi dgn misbun kot. misbun dan jalani sayang dgn hafiz ni, sayang dgn bakat dia.

cuma hafiz je laa yang tak sayangkan diri dia sendiri...

Alarmist
16 Feb 2008, 06:07 PM
Badminton Ranking Dunia (Latest)

Mens Singles Pos
Lee Chong Wei -02
Wong Choon Hann -16
Muhd Hafiz Hashim -17

Mens Doubles Pos
Koo Kien Keat
Tan Boon Heong -03
Choong Tan Fook
Lee Wan Wah -05
Mohd Zakry Latif
Mohd Fairuzizuan -14

Womens Singles Pos
Wong Mew Choo -08
Julia Wong -31
Anita Raj -72

Womens Doubles Pos
Wong Pei Tty
Chin Eei Hui -10
Lim Pek Siah
Haw Chiou Hwee -32
Lim Pek Siah
Joanne Swee Ling -42

Mixed Doubles Pos
Tan Wee Kiong
Woon Khe Wei -33
Lim Khim Wah
Ng Hui Lin -47
D. Shirley (NZ)
Joanne Quay -52

adifaza
17 Feb 2008, 01:33 PM
ni antara temuramah akhbar EPG dgn hafiz hashim berkenaan hafiz nak pindah kelab...

epg: Tidakkah ini dikatakan derhaka kepada jurulatih perseorangan negara, Misbun Sidek dan derhaka kepada guru di Nusa Mahsuri.

HH: Saya rasa tidak, saya tidak terfikir ke arah itu. Saya tidak pernah mendapat gaji daripada Nusa Mahsuri. Mereka tidak bayar gaji satu sen pun. Memang mereka menyediakan jurulatih dan sebagai pemain saya berjaya melaksanakan tugas saya dengan memenangi kejohanan besar.

Kejayaan saya itu turut membantu menaikkan nama Nusa Mahsuri dan saya berpendapat, ia sudah cukup adil buat mereka. Seingat saya, saya tidak pernah menandatangani kontrak dengan mereka dan rasanya perpindahan saya ini tidak akan mendatangkan masalah.

Di kelab baru kelak, saya akan perincikan lebih banyak perkara untuk dibincangkan sebelum menandatangani kontrak. Antaranya meminta kelab lebih bertanggungjawab, memastikan segala aspek permainan saya serta menyediakan beberapa kemudahan termasuk perubatan.

Nampaknya saya sudah rugi dalam tempoh empat atau lima tahun ini. Ini periuk nasi saya dan sepatutnya kita sudah mengumpul harta sebelum kita menggantung raket. Bukannya menunggu sehingga sudah, baru berasa hendak memikirkan perancangan mencari duit.

epg: Apa komen saudara andai dikatakan kelab baru itu cuba menangguk di air keruh.

HH: Sebenarnya tidak kerana saya yang menawarkan diri terlebih dulu kepada mereka dan kelab itu juga berminat terhadap saya. Ini bermakna kami suka sama suka dan senang untuk saya berunding mendapatkan apa yang saya mahukan.

cam sial laa ko HAFIZ!!! :angry02:

1. yup, memang NUSA MAHSURI tak bayar gaji kt hafiz, NUSA MAHSURI mmg awal2 lagi bgtau hal ni. TAPI wang kemenangan pemain takde sikit pun NUSA MAHSURI sentuh! wei HAFIZ! ko menang ALL ENGLAND aritu ko ada ke bayar kt misbun? misbun selama ni latih ko, ko pikir ke dia dapat gaji dr mana? ada ke dr wang kemenangan ko?

2. palahotak ko tak mendatangkan masalah! ko tak kesian ke kt misbun? dia punya laa sungguh2 latih ko, tapi ko buat gini plak. aduhh... sial laa lu...

3. haah! memang ko dah rugi 4-5 tahun ni! ko sepatutnya tak jadikan isu 'takde duit' sebagai alasan prestasi ko merudum. ko cakap NUSA MAHSURI tak bantu ko ke? dulu awal2 dulu... ko menumpang rumah sapa hah? rumah misbun dgn rashid gak ko menumpang kan? pastu ko takde duit, sapa carikan kerja utk ko kt polis tu? NUSA MAHSURI beb! diorang tau ko takde duit, diorang carikan kerja utk ko (aku tak ingat position dia kt polis) ko ni macam tak kenang budi laa. sedih tul aku. aku sebagai BEKAS peminat ko, memang selama ni SETIA tunggu ko naik balik, tapi HAMPEH!

dah laa, aku cadangkan agar misbun cari je bakat lain! jangan buang masa kt hafiz ni. :frown:

adifaza
04 Mar 2008, 03:00 PM
http://img201.imageshack.us/img201/102/round1allenglandzj8.jpg

Good luck to all Malaysian. :smile:

papa_72
04 Mar 2008, 06:40 PM
sayang la sebab sairul jupe tsuen seng...
x per...mesia buleh.....:biggrin::biggrin:

adifaza
06 Mar 2008, 08:49 AM
http://img212.imageshack.us/img212/7802/round1allenglandmsvp8.jpg

adifaza
06 Mar 2008, 08:51 AM
http://img513.imageshack.us/img513/2962/round1allenglandmdau1.jpg

adifaza
06 Mar 2008, 08:52 AM
http://img183.imageshack.us/img183/9850/round1allenglandwsxm8.jpg

adifaza
06 Mar 2008, 09:01 AM
makin bengong lak aku tgk badminton Malaysia nih! arrggghhhh...!!! :angry02:

KKK/TBH kalah dgn beregu JEPUN? what the HELL!!??? :angry02::angry09:

Singles ada 6 players layak ke 1st round nih, SORANG aje yang MENANG!!??? apa laa... :frown:

apa2 pun tahniah buat kuda tua (tan fook/wan wah), chong wei dan my amoi mew choo. teruskan usaha korang. :clap::clap::clap:

curiositykat
06 Mar 2008, 09:49 AM
adesss...bace result rase nk nangis plakkkk

huhuuh...psl sumer ranking2 tggi..main main2 kot? huhuu

Gitaris Berapi
06 Mar 2008, 10:03 AM
adehh...kalo suruh nicol david main badminton bleh ke?? pukul bola guna raket gak..tehehehe...:redface:

adifaza
07 Mar 2008, 09:17 AM
http://img510.imageshack.us/img510/1337/round2allenglandmsta1.jpg

adifaza
07 Mar 2008, 09:19 AM
http://img146.imageshack.us/img146/4474/round2allenglandmdfd2.jpg

adifaza
07 Mar 2008, 09:20 AM
http://img222.imageshack.us/img222/5014/round2allenglandwsof3.jpg

adifaza
07 Mar 2008, 09:23 AM
http://img149.imageshack.us/img149/396/round2allenglandwdcx3.jpg

adifaza
07 Mar 2008, 09:29 AM
tahniah buat chong wei, tan fook/wan wah, mew choo dan eei hui/pei tty.

chong wei, tan fook/wan wah dan mew choo layak ke quarter final. beregu wanita gagal layak, tapi kalah 3 set tu dgn beregu no. 1 dunia dr china. tahniah!

* quarter final memang sengit. player dari ranking 1-7 dunia singles lelaki semuanya layak. hari ni paling mencuri tumpuan ialah pertarungan 2 sahabat baik, chong wei dgn taufik. yeah! sapa aku nak sokong ni ek? aku harao chong wei menang, dan harap taufik beri tentangan sengit. tapi, aku paling berharap, ADA LAA HENDAKNYA SIARAN LANGSUNG MALAM NIH! huhuhu...

Gitaris Berapi
07 Mar 2008, 10:13 AM
cayalah chong wei!! teruskan rentak kemenangan!!taufik ni dah la liat skt...

adifaza
07 Mar 2008, 11:38 AM
taufik memang liat bro. tapi sekarang macam dah down sikit performance dia. maybe dia dah ada games lain yang lebih memerlukan komitmen dia kot. hahaha...

anbu-san
14 May 2008, 08:36 PM
up balik oi kan musim piale thomas gan uber ni ehehe lawan england menang lawan korea cap unta menang pasni lawan ape? lupe lak....uber kene kalahkan jepun klu nak masuk suku akhir huhu

edit
thomas da p separuh akhir lepas kalahkan jepun, tp separuh akhir lawan china perh leh x ni?
uber lak tgk lawan korea 1-1 huhu

adifaza
16 May 2008, 11:59 AM
moga2 menang laa team badminton kita lawan china petang nih.
apakah Malaysia akan buat kejutan lagi seperti lawan jepun? :eek:

line up Malaysia:
1st Single - Lee Chong Wei
1st Double - Choong Tan Fook/Lee Wan Wah
2nd Single - Wong Chong Hann
2nd Double - Koo Keng Kiat/Tan Boon Heong
3rd Single - Hafiz Hashim

linu up China:
1st Single - Lin Dan
1st Double - Cai Yun/Fu Haifeng
2nd Single - Bao Chunlai
2nd Double - Xie Zhongbo/Guo Zhendong
3rd Single - Chen Jin

kalau ikut line up seperti diatas, ni personal analisis aku:

Lee Chong Wei vs Lin Dan
- Ramai yang cakap pertarungan pertama ni adalah penentu. tapi aku tak fikir begitu. pada aku penentu adalah pada perseorangan kedua atau ketiga sambil mengharapkan kedua-dua double kita menang. bukan nak rendah2kan chong wei, tapi pada aku game pertama ni memang sengit. memang diakui peluang 50-50 untuk chong wei. tapi kita tak boleh terlalu berharap dan over confiden yg chong wei boleh menang dgn lin dan. lin dan ni pada aku terlalu kuat, sukar nak tewaskan dia. andainya chong wei menang, ALHAMDULILLAH!!! insyaAllah mudah laa kita menang dalam acara berpasukan. tapi kalau chong wei kalah, kita perlu pikirkan langkah alternatif dan siapa yang mampu curi mata seterusnya andai kedua-dua beregu kita boleh menang.

Chong Tan Fook/Lee Wan Wah vs Cai Yun/Fu Haifeng
Game ni jugak aku letakkan 50-50. kedua-duanya mempunyai corak permainan yang sama (bermain rally) walau bagaimanapun, aku memilih tan fook/wan wah akan menang pada game ni DENGAN SYARAT diorang mesti bersemangat dan sentiasa fokus dalam game diorang. penting beb semangat tu. aku dah selalu tgk kalau diorang ni bersemangat memang lain macam, kalau tak bersemangat (sambil lewa, tak byk bincang sesama sendiri) memang kantoi laa game diorang.

Wong Choong Hann vs Bao Chunlai
Game ni pada aku nanti agak berat sebelah sikit laa. aku pilih chunlai akan menang. kedua-dua pemain berlainan corak, chunlai ni lebih pantas berbanding choong hann. choong hann ni plak lebih kepada corak bertahan dan bermain rally. choong hann punye smash dah tak sekuat chunlai. aku lebih prefer kalau hafiz yang lawan chunlai, dan aku rasa hafiz mungkin berpeluang untuk menang dgn chunlai (last pertemuan pun hafiz menang dgn chunlai) tapi kalau hafiz naik jadi perseorangan kedua, mampukah arif latif handle 3rd single? :rolleyes:

Koo Keng Kiat/Tan Boon Heong vs Xie Zhongbo/Guo Zhendong
Game ni lak aku pilih keng kiat/boon heong akan menang. tapi diorang mesti DENGAR ARAHAN REXY dan bermain pantas (macam diorang kalahkan cai yun/hai feng or double chandra dulu) kekuatan double emas ni sebenarnya ialah permainan pantas dan tepat. smash diorang sebenarnya masih tak berapa mantap lagi, dan diorang tak berapa suka main rally. yang penting diorang DENGAR ARAHAN REXY dan bersefehaman dalam game nanti.

Hafiz Hashim vs Chen Jin
Untuk game ni mungkin game penentu pada match ini. aku jangkakan game ni sengit dan peluang kedua-dua pemain 50-50. tapi aku tetap pilih hafiz untuk menang game ni. cuma hafiz kena berhati-hati dgn chen jin sebab chen jin ni kuat jugak (kekuatan chen jin pada permainan pantas) hafiz perlu sentiasa fokus dan byk bersabar. perlu sekali sekala main pantas dan memerangkap chen jin. InsyaAllah Hafiz menang. :wink:

tapi kalau aku jadi jurulatih, mungkin aku akan teruskan elemen kejutan dan berisiko bila lawan china nih. ni line up aku untuk lawan china:

chong wei vs lin dan
koo keng kiat/tan boon keong vs cai yun/hai feng
hafiz vs bao chunlai
tan fook/zakry latif vs Xie Zhongbo/Guo Zhendong
arif latif vs chen jin

hehehe... boleh menang ke kalau line up gini? :biggrin:
kalau line up gini aku jangkakan mata kita perolehi dari 2 beregu dan satu single iaitu hafiz.
beregu tu kalau tan fook/wan wah menten jadi 1st double pun takpe, reason aku letak keng kiat/boon heong naik jadi 1st double ialah nak lebih yakin lagi kita menang (sebab keng kiat/boon heong rekod baik dgn caiyun/hai feng)

apa jua percaturan rexy/misbun aku tetap sokong team malaysia. harap2 diorang menang laa petang nih.

* AKU NAK BALIK AWAL!!! NAK BALIK AWAL!!! UWAAAA.... GAME PUKUL 2 TU (LEPAS JUMAAT) CAMNE NAK TGK NIH???

adifaza
16 May 2008, 02:16 PM
tapi kalau aku jadi jurulatih, mungkin aku akan teruskan elemen kejutan dan berisiko bila lawan china nih. ni line up aku untuk lawan china:

chong wei vs lin dan
koo keng kiat/tan boon keong vs cai yun/hai feng
hafiz vs bao chunlai
tan fook/zakry latif vs Xie Zhongbo/Guo Zhendong
arif latif vs chen jin

hehehe... boleh menang ke kalau line up gini? :biggrin:
kalau line up gini aku jangkakan mata kita perolehi dari 2 beregu dan satu single iaitu hafiz.
beregu tu kalau tan fook/wan wah menten jadi 1st double pun takpe, reason aku letak keng kiat/boon heong naik jadi 1st double ialah nak lebih yakin lagi kita menang (sebab keng kiat/boon heong rekod baik dgn caiyun/hai feng)

hahaha :biggrin: nyaris2 nak jadi kenyataan line up aku dgn line up malaysia petang nih!

ni adalah barisan pemain yang akan main pada petang ini :
http://img237.imageshack.us/img237/6096/aaajl5.jpg

so, kengkawan? agak2 boleh menang ke kalau line up gini? memang aku setuju dgn perancangan rexy, bukan tak yakin dgn tan fook/wan wah, tapi keng kiat/boon heong lebih ada harapan utk menang kalau lawan dgn cai yun/haifeng. tapi kalau kalah, rexy kena tanggung akibatnya. huhuhu... apa2 pun aku bgtau awal2 lagi, aku tetap sokong apa jua perancangan rexy dan misbun. diorang lebih arif! so, kalau rexy confiden kita dapat point dari kedua-dua beregu, siapakah dari pemain single kita yang akan dapat point? pada aku, ia terletak pada chong wei dan hafiz (tapi lebih berat pada hafiz) moga2 hafiz dapat serap tekanan pada game lawan chen jin andai beregu-beregu kita dapat point nanti.

MALAYSIA BOLEH!!!

anbu-san
16 May 2008, 02:52 PM
pape pun first game 21-12 21-14 hehe 1 mate tuk kt

kez
16 May 2008, 02:56 PM
ade yg update live dak?
xleh layan la kat opis ni

adifaza
16 May 2008, 03:07 PM
ade yg update live dak?
xleh layan la kat opis ni

bro, gi sini.

Welcome to www.tournamentsoftware.com! (http://www.tournamentsoftware.com/sport/teammatch.aspx?id=20003&match=104)

pastu klik kt visual live score.

TAHNIAH CHONG WEI!!! MALAYSIA BOLEH!!! hahaha... lauk rupanya lin dan nih! cayalah MISBUN! memang misbun pandai pilih strategi nak tumbangkan lin dan. hehehe... :biggrin:

beregu emas ni, harap2 jangan laa buat taik. huhuhu... :angry01:

kez
16 May 2008, 03:13 PM
thanks bro.. dah dapat dah..huhu
dah 15-11 dah kena tibai...hampes tul. beregu emas ni la harapan kita untuk olimpik dan thomas.. harap2 menang la..

peija06
16 May 2008, 03:15 PM
chn 17 - mas 12

peija06
16 May 2008, 03:16 PM
chn 17 - mas 13

peija06
16 May 2008, 03:17 PM
chn 18 - mas 14

peija06
16 May 2008, 03:18 PM
chn 20 - mas 15 !

peija06
16 May 2008, 03:19 PM
chn 20 mas 16 ..

peija06
16 May 2008, 03:20 PM
chn 21 - mas 16 !

----------------------------------------------

game point

chn 1 - mas 0

peija06
16 May 2008, 03:24 PM
thomas cup 2008
semi final

china 01 vs. malaysia 01

2nd game

chn 21 - mas 17 .. !:mad:!:redface:

regu emas kita tewas ngan china..:redface:

syabas kat Chong Wei!

Alarmist
16 May 2008, 03:48 PM
china 01 vs. malaysia 01

hampeh tol dabel ni.. harap mng ALL ENGLAND ari tu jea.. hisk.. ni choon han plak turun.. cam hampeh gk je..:angry02::angry02:

peija06
16 May 2008, 03:59 PM
china 01 vs. malaysia 01

hampeh tol dabel ni.. harap mng ALL ENGLAND ari tu jea.. hisk.. ni choon han plak turun.. cam hampeh gk je..:angry02::angry02:

hrp org lama xmngecewakan ptg ni..:tongue:

chn 21 - mas 18 ..huhu:redface:

1st set china menang..:tongue:

kevler
16 May 2008, 04:04 PM
any update , mate ?

Alarmist
16 May 2008, 04:08 PM
any update , mate ?

china 21 - 18 mesia.. set pertama mesia kalah..

peija06
16 May 2008, 04:16 PM
china 21 - 18 mesia.. set pertama mesia kalah..

2nd set..

chn 15 - mas 7

yazryyahya
16 May 2008, 04:40 PM
bye bye Piala Thomas:biggrin::biggrin::biggrin:

bye bye Piala Thomas:biggrin::biggrin::biggrin:

kevler
16 May 2008, 04:41 PM
kiter tengok dulu bebudak melayu kiter main ..harap ada miracle

Alarmist
16 May 2008, 04:46 PM
kiter tengok dulu bebudak melayu kiter main ..harap ada miracle

laju gk budak melayu ni nye control gem.. tp tatawu la tkt pancut awal..:biggrin::biggrin::biggrin:

Alarmist
16 May 2008, 04:50 PM
unforced error jea.. siot.. duk pukul kuat je..:angry02::angry02:

kevler
16 May 2008, 05:00 PM
update update ; )

yazryyahya
16 May 2008, 05:29 PM
aggregat

Malaysia 2 China 2

last game Hafiz hashim turun....klu menang g final, klu x???

tgk sape handal:biggrin::biggrin::biggrin:

tekoyong
16 May 2008, 06:23 PM
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa:012::012::012:

hafizzzzzzzzzzzz...............

mazlimoin
16 May 2008, 06:26 PM
tewas gak akhirnyaaaa...seperti dijangka

yazryyahya
16 May 2008, 06:52 PM
bye bye Piala Thomas:biggrin::biggrin::biggrin:

bye bye Piala Thomas:biggrin::biggrin::biggrin:

bye bye Piala Thomas:biggrin::biggrin::biggrin:

mazlimoin
16 May 2008, 06:59 PM
sakit hati betul tgk double koo kin kiet dan ben heong main ni.....

ayeen38
16 May 2008, 07:29 PM
argggggghhhhhh... sakit jiwa... :angry02:

mancis
16 May 2008, 07:56 PM
argggggghhhhhh... sakit jiwa... :angry02:

kkk & b.heong tak pyah main.. baik kasi regu veteran je main.. lepas tu.. hafiz x payah main.. mcm takde semangat melawan je.. mcm sotong.. alahaiii.. :angry02:

anbu-san
16 May 2008, 08:11 PM
thomas yg lepas pun hafiz penentu dan die pun kalah huhu bayam btol

mamat7776
16 May 2008, 08:17 PM
hafiz ni tak payah main la sekarang..zaman dia dah berlalu..

peija06
16 May 2008, 09:46 PM
err..dh habis ke semi final mesia??
tertinggal bas plak..:D

apepun tahniah apis, skali lg membantu pihak lwn mencapai kemenangan tanpa saingan yg sengit..
bravo..bravo!! lenkali jgn cuba2 lg..bg kpd yg btul2 nak main je..

adifaza
16 May 2008, 10:02 PM
rasanya taktik korea dah menjadi kot. aku jangkakan korea menang, masuk final lawan china nanti. ermm...

tentang kekalahan kita plak, aku lebih salahkan kien kiat/boon heong. or maybe rexy tersilap percaturan. strategi asal malaysia kumpul mata dari 2 beregu sambil harapkan 1 point dari single (samada chong wei or hafiz) tapi beregu kita yang hampeh! aku rasa kien kiat/boon heong ni tak dengar cakap rexy laa. bodoh tul! aku rasa better kien kiat digandingkan dgn tan fook utk 1st double dan fairuz/zakry menten jadi beregu kedua.

apa2 pun syabas buat CHONG WEI dan FAIRUZ/ZAKRY sebab sumbang mata. chong wei memang best! tahniah gak buat misbun sebab bg strategi yg betul pada chong wei untuk perangkap lin dan dengan mudah. FAIRUZ/ZAKRY plak ada harapan nak naik lagi tu. tapi DENGAN SYARAT laa, ikut arahan rexy. respek rexy. jgn jadi cam kien kiat/boon heong.

pasal hafiz plak... DAMN U! selama 4 tahun aku jadi peminat setia ko, setia menunggu ko berubah, tapi hampeh! since dia bercadang nak pindah kelab awal tahun aritu yg buatkan aku benci dia. INGAT BEB! LU dulu kt mana? merempat kt rumah rashid, misbun kutip lu latih lu jadi player badminton sampai ke tahap yg menggerunkan. lu takde kerja, misbun carikan lu kerja kt akedemi polis. BILA LU DAH DOWN, SENANG2 JE LU TOLAK MISBUN! dah laa hafiz, dah laa misbun! bro carila bakat lain, abaikan je laa hafiz nih. ini kata2 ikhlas wa selaku peminat badminton since 1990. kalau bro misbun ada depan aku, memang aku nak suggest dia cari je bakat lain, lupakan hafiz.

papa_72
16 May 2008, 10:53 PM
it's all started in the mind. if they wanna be champion, they must have a champion mind, a champion attitude.....and they don't have both......that explains the premature departure...

Alarmist
16 May 2008, 11:44 PM
rasanya taktik korea dah menjadi kot. aku jangkakan korea menang, masuk final lawan china nanti. ermm...

tentang kekalahan kita plak, aku lebih salahkan kien kiat/boon heong. or maybe rexy tersilap percaturan. strategi asal malaysia kumpul mata dari 2 beregu sambil harapkan 1 point dari single (samada chong wei or hafiz) tapi beregu kita yang hampeh! aku rasa kien kiat/boon heong ni tak dengar cakap rexy laa. bodoh tul! aku rasa better kien kiat digandingkan dgn tan fook utk 1st double dan fairuz/zakry menten jadi beregu kedua.

apa2 pun syabas buat CHONG WEI dan FAIRUZ/ZAKRY sebab sumbang mata. chong wei memang best! tahniah gak buat misbun sebab bg strategi yg betul pada chong wei untuk perangkap lin dan dengan mudah. FAIRUZ/ZAKRY plak ada harapan nak naik lagi tu. tapi DENGAN SYARAT laa, ikut arahan rexy. respek rexy. jgn jadi cam kien kiat/boon heong.

pasal hafiz plak... DAMN U! selama 4 tahun aku jadi peminat setia ko, setia menunggu ko berubah, tapi hampeh! since dia bercadang nak pindah kelab awal tahun aritu yg buatkan aku benci dia. INGAT BEB! LU dulu kt mana? merempat kt rumah rashid, misbun kutip lu latih lu jadi player badminton sampai ke tahap yg menggerunkan. lu takde kerja, misbun carikan lu kerja kt akedemi polis. BILA LU DAH DOWN, SENANG2 JE LU TOLAK MISBUN! dah laa hafiz, dah laa misbun! bro carila bakat lain, abaikan je laa hafiz nih. ini kata2 ikhlas wa selaku peminat badminton since 1990. kalau bro misbun ada depan aku, memang aku nak suggest dia cari je bakat lain, lupakan hafiz.

memang menjadi.. korea mng mudah dgn korea 3-0.. korea fite china final.. tp mmg besh gak FAIRUZ/ZAKRY main.. terhibur aku tgk.. tapi HAFIZ.. ARghhh mmg DEMIT!!..

pape pon 2010 aku harap dpt gk la mng.. sbb last mng 1992 tuh.. dah 18 tahun takkan takleh mng kt tmpt sendri..:biggrin::biggrin::biggrin:

Gitaris Berapi
17 May 2008, 10:09 AM
apa daa hafiz...memula dah nmpak mengancam...pastu asyik wat silap jer....:frown:

tahniah utk pasangan beregu FAIRUZ/ZAKRY dan juga choong wei... yg beregu emas kien kiat/boon heong tu dah bleh campak jauh2...

Alarmist
17 May 2008, 11:17 AM
apa daa hafiz...memula dah nmpak mengancam...pastu asyik wat silap jer....:frown:

tahniah utk pasangan beregu FAIRUZ/ZAKRY dan juga choong wei... yg beregu emas kien kiat/boon heong tu dah bleh campak jauh2...

dah jadi ayam plak boon heong-ken kiat.. padahal dulu terknal men laju.. tp player mesia mmg.. bila ada name sket.. hampeh la jadi dia..:biggrin::biggrin:

adifaza
20 May 2008, 09:42 AM
apa daa hafiz...memula dah nmpak mengancam...pastu asyik wat silap jer....:frown:

tahniah utk pasangan beregu FAIRUZ/ZAKRY dan juga choong wei... yg beregu emas kien kiat/boon heong tu dah bleh campak jauh2...

tak boleh campakkan lagi beregu emas ni. diorang masih muda lagi, dan masih boleh diharap sebenarnya. cuma, diorang ni maybe ada masalah dalaman. pada aku kien kiat still ok, tan boon heong je yang aku nampak ada masalah dgn performance dia. kemungkinan kepincangan ni terjadi bila boon heong dah tak berapa sebulu dah dgn kien kiat. aku tgk game aritu bukan kien kiat/boon heong takleh menang dgn caiyun/fu haifeng (diorang pun dah pernah menang dah dgn beregu china ni) tapi pada pendapat peribadi aku diorang ni dah kurang semangat seperti masa mula2 diorang naik dulu. pastu diorang dah macam tak bersefahaman dah. kurang komunikasi antara satu sama lain. takde kata2 semangat sesama mereka. mungkin jugak boon heong ni sensitif sikit dgn kien kiat yg nampak lebih mantap dari dia.

apa2 pun harap2 diorang dikekalkan, dan teruskan usaha untuk pulihkan hubungan antara kedua2 beregu. mereka takde masalah sebenarnya dgn rexy. rexy jugak takde masalah dgn diorang. diorang je ada masalah sesama sendiri. ada alternatif lain, iaitu pecahkan diorang buat sementara. kien kiat dgn tan fook, boon heong dgn wan wah. tapi, sampai bila?

* teringat games haritu, kien kiat sempat tukar raket tuh! pastu dapat point lak tu. hahaha... tapi memang nampak kien kiat byk bersungguh2 main masa tuh. byk gak laa dia cover boon heong. so, boon heong. bangkitlah!

rajalawak
20 May 2008, 10:22 AM
Pelik betul la hafiz..dh bg peluang x gunakan....byak mslh ke ape mamat ni...xyah la wakil malaysia lg....

papa_72
20 May 2008, 11:08 AM
derang ni sumer kene anto komando training....bg kuat sket mental tu......

Alarmist
20 May 2008, 01:47 PM
derang ni sumer kene anto komando training....bg kuat sket mental tu......

patut papa kuat je mental.. bape tahun ko dalam komando.. nak psiko dia kalo tgh aim bola, tak mkn saman punye.. hehe.. :011: :011:

duke_leto
20 May 2008, 03:16 PM
hantor komando training tp semangat patriotik x der dlm diri pon x bley gak...isk

papa_72
20 May 2008, 08:00 PM
hantor komando training tp semangat patriotik x der dlm diri pon x bley gak...isk

derang ni kene anto gi irian jaya kot suh duk sana setaun dua baru bole ader semangat patriotik.......

Shake3100
21 May 2008, 05:10 PM
Salam,
pada aku, aku tak salahkan hafiz kerana memang tak mengharapkan dia sgt.. dah tau game dia mcmana.. tapi aku lebih hampa dgn KKK/BH main.. semangat juang tak sekuat zakry/fairuzizuan...

aku cuma mengharapkan kita dpt satu mata dlm acara single, dan utk double, kita dpt dua dua mata... malang sekali tan fook tak dpt nak main masa tur... kurang2 zakry/fairuz bole try lawan fu haifeng/caiyun dan KKK/Tan fook bole lawan second double china...

takpe laa... lagi 2tahun kita tgk laa dan aku harap malaysia dpt hasilkan lebih banyak single player yg lebih mantap...

yazryyahya
21 May 2008, 06:58 PM
takpe laa... lagi 2tahun kita tgk laa dan aku harap malaysia dpt hasilkan lebih banyak single player yg lebih mantap...

harap2 lama tertiarap:mad:

xref
21 May 2008, 08:44 PM
aku ade raket yonex armortec baru utk dijual rm300.. made in japan....spefication = offensive..kalo nak tpon 0162085124

Shake3100
22 May 2008, 11:51 AM
harap2 lama tertiarap:mad:

kasi aku main laa kalau diorang memanjang tertiarap... :biggrin:

amir-ashraf
31 May 2008, 09:06 PM
Salam All,
Sini takde org yg leh buat grouping play badminton ke? Jom Main badminton ? Area Ampang ke Ulu Klang ke ...? Amacam?

Shake3100
13 Jun 2008, 05:39 PM
Salam All,
Sini takde org yg leh buat grouping play badminton ke? Jom Main badminton ? Area Ampang ke Ulu Klang ke ...? Amacam?

kau join team aku ajer laa... :biggrin:
tapi syarat kena bagus main laa... :tongue:
kat tempat aku, ramai org2 lama main... so liat sikit laa nak mati bole.. :frown:

bird
04 Jul 2008, 08:46 AM
shake u main area mana?
kalau tak kisah aku nak join.

reeez80
04 Jul 2008, 03:49 PM
mana ader kedai raket yang leh dipercayai ha kengkawan....

Shake3100
10 Jul 2008, 02:00 PM
mana ader kedai raket yang leh dipercayai ha kengkawan....

aper maksud hang bole dipercayai?
takut kena tipu rega ker?
kalau mcm tur, cuba tgk raket mana yg minat, lepas tur bagitau kat sini
brapa rega yg hang dapat.. bole laa kita discuss samaada rega tur
keterlaluan ker tidak...

maaf kalau tersilap maksud...

Bird,
Aku main kat dewan AU5, Lembah Keramat.. ari selasa & jumaat 8~12mlm.
Semlm friendly match dgn team CIASE kat shah alam... alhamdulillah menang
6 dan kalah 1... main 7regu.. kami ade 10org ajer, so aku dpt laa main 2 kali. :biggrin:

Alarmist
10 Jul 2008, 02:07 PM

wah kalo siap ada frenly tuh mmg aktif la. aku ni tak terer tapi member ajak skali skala pegi la pukul² racket pon tade :011:

Shake3100
10 Jul 2008, 03:00 PM
wah kalo siap ada frenly tuh mmg aktif la. aku ni tak terer tapi member ajak skali skala pegi la pukul² racket pon tade :011:

takde laa aktif mana... dah minat sukan tur... layan ajer laa.... :biggrin:

Alarmist
10 Jul 2008, 06:57 PM
takde laa aktif mana... dah minat sukan tur... layan ajer laa.... :biggrin:

tuh la pasal. kalo dah minat mmg layan aa. aku tgk kt dewan sivik kg aku, sume otai tua duk tempah dewan main. umo geng² dorg 50an cmtuh. tp still mantap bai. dah mmg minat tu, dorg pon training 2 mggu skali. kalo dah minat camtu ler.:biggrin::biggrin:

Alarmist
14 Aug 2008, 01:41 PM
LEE Chong Wei (http://results.beijing2008.cn/WRM/ENG/BIO/Athlete/5/239435.shtml) (http://results.beijing2008.cn/WRM/images/flags/small/MAS.gifMAS) bt KUNCORO Sony Dwi (http://results.beijing2008.cn/WRM/ENG/BIO/Athlete/0/8002020.shtml) (http://results.beijing2008.cn/WRM/images/flags/small/INA.gifINA)

21-9 , 21-11

*straight set mng ni.. harap lepas ni terus form la dia.. tapi kene jumpe boa chun lai & lin dan.. tuan rumah pulak :102::102:

Alarmist
15 Aug 2008, 10:51 AM
Petang ni pukul 6.30pm waktu mesia..

Lee Chong Wei akan turun semi final lawan Lee Hyunill dari korea tuh..

kalo tak silap aku thomas cup ari tu chong wei kalah..
lee hyunill ni pon dah kalahkan boa chun lai..
aduh, ni jea harapan emas malaysia walaupon final kene jumpe lin dan..

kez
15 Aug 2008, 11:29 AM
biar je kalah... xla abih duit sejuta kat dia.. hehe...dengki plak aku

areryp
15 Aug 2008, 11:37 AM
biar je kalah... xla abih duit sejuta kat dia.. hehe...dengki plak aku

pe da ko ni..support la mesia skt..yg lg sorg cmner?kalah dah ke?

Alarmist
15 Aug 2008, 11:50 AM
pe da ko ni..support la mesia skt..yg lg sorg cmner?kalah dah ke?

saper lagi sorg..
wong choon hann ke..
lor dah kalah kat awal sket..
tak sempat masuk suku pon..:21::21:

areryp
15 Aug 2008, 12:34 PM
saper lagi sorg..
wong choon hann ke..
lor dah kalah kat awal sket..
tak sempat masuk suku pon..:21::21:

ptt ler..umh aku astro ada..sukan da kene ptg..ayah aku ptg..hehe
nk tggu berita dekat2 kol 9 mls aku..haha..
aku igt dier lepas ke suku akhir..kalah rupanye..kalah ngn sape?

Alarmist
15 Aug 2008, 02:42 PM
ptt ler..umh aku astro ada..sukan da kene ptg..ayah aku ptg..hehe
nk tggu berita dekat2 kol 9 mls aku..haha..
aku igt dier lepas ke suku akhir..kalah rupanye..kalah ngn sape?

kalah dgn suwi dwi kuncoro kot..
aku pon lupe dgn sape..
tapi kalahkan taufik hidayat dah gempak dah..

*ps:stimix ko cemane?:39:

Alarmist
15 Aug 2008, 05:41 PM
Harapan emas malaysia..
Jom pakai tengok kul 6.30 ptg ni..

Alarmist
15 Aug 2008, 06:34 PM
dah start dah.. jom layan RTM1..:113:

Ejal_Kronik
15 Aug 2008, 07:40 PM
perak dalam tangan...wakaka...300k tuh...
jumpa sapa eh...
lin dan lum men lagik tuh..
harap lin dan kalah...
wakaka...abis duit sejuta rakyat..:113::113:

Alarmist
15 Aug 2008, 08:04 PM
perak dalam tangan...wakaka...300k tuh...
jumpa sapa eh...
lin dan lum men lagik tuh..
harap lin dan kalah...
wakaka...abis duit sejuta rakyat..:113::113:

hehe..
lin dan lawan cheng jin..
kalau dapat emas, habes la duit rakyat..
:21::21:

ayeen38
15 Aug 2008, 10:39 PM
chong wei vs lin dan..

ahad 8.30mlm.. :113:

Alarmist
15 Aug 2008, 10:45 PM
chong wei vs lin dan..

ahad 8.30mlm.. :113:

lin dan dah abes main ke..

yazryyahya
16 Aug 2008, 08:03 AM
Lee Chong Wei mengatasi rekod Rashid Sidek yg menang gangsa di Olimpik Atlanta 1996!

Menang sejuta xpela, atleast bukan rompak duit rakyat

mawi007
16 Aug 2008, 09:22 AM
chong wei vs lin dan..

ahad 8.30mlm.. :113:

aik bkn kol 6.30 ptg ke?

Alarmist
16 Aug 2008, 09:38 AM
aik bkn kol 6.30 ptg ke?

btol la tuh..
8.30mlm..
ahad..:113:

Gitaris Berapi
16 Aug 2008, 09:58 AM
Lee Chong Wei mengatasi rekod Rashid Sidek yg menang gangsa di Olimpik Atlanta 1996!

Menang sejuta xpela, atleast bukan rompak duit rakyat

pakai duit aku pn xpe..mmg dia lbh bersungguh2 compare dgn player lain..

tahniah chong wei & gud luck utk game seterusnya!!!!:113:

Alarmist
16 Aug 2008, 10:02 AM
pakai duit aku pn xpe..mmg dia lbh bersungguh2 compare dgn player lain..

tahniah chong wei & gud luck utk game seterusnya!!!!:113:

aha..
tgkla time menang tuh.
kite pon rase seronok sbb kesungguhan dia tunjukkan..
kalo yang lain, cam nak taknak jea main..
tuh bengang tuh..
takpela,
kalo perak pon.. chong wei dah berada di kelas tersendiri.. :113::113:

yazryyahya
16 Aug 2008, 02:38 PM
aha..
tgkla time menang tuh.
kite pon rase seronok sbb kesungguhan dia tunjukkan..
kalo yang lain, cam nak taknak jea main..
tuh bengang tuh..
takpela,
kalo perak pon.. chong wei dah berada di kelas tersendiri.. :113::113:

Lin Dan no1 dunia
Chong Wei no2 dunia

apa lagi????
emas dan perak utk org yg berhak!

areryp
16 Aug 2008, 03:02 PM
kalah dgn suwi dwi kuncoro kot..
aku pon lupe dgn sape..
tapi kalahkan taufik hidayat dah gempak dah..

*ps:stimix ko cemane?:39:

cayala mara ke final..lawan lin dan kan?
best siot ngk chong wei main..tenang je..cool je..

ps: aku skg pakai stimix pree je kt kedai ni..tlg jaga kedai org..:4:

Ejal_Kronik
16 Aug 2008, 05:03 PM