PDA

View Full Version : 25 Pips Sehari By Jc


jibamcash
07 Jun 2007, 09:33 AM
Assalamualaikum...

Untuk buka new thread memang mudah.. Untuk selalu updates memang susah terutama org yang kerja full time macam aku.. Namun aku ingin mencuba untuk forward test system nie. Thread ni juga mungkin akan berkubur.. sepi selepas sebulan...

Biasanya aku trade secara LONG TERM kerana ia amat sesuai dengan Profession aku sekarang.. Menggunakan 4H Chart... Daily Chart dan weekly chart sebagai TREND...

Tapi satu bad habit yang susah nak buang.. GATAL TANGAN untuk enter.. So aku mencari IntraDay System untuk lepaskan gian untuk enter.. System nie lebih kepada MECHANICAL..

Tajuk: 25 PIPS SEHARI..

Sebab gatal tangan dan kalau boleh nak sentiasa ada position telah menyebabkan aku mencari system yang boleh menunaikan hajat nie.. Aku terjumpa satu system yang secara KONSISTEN mampu buat 25 PIPS sehari...

Tujuan: So aku buka THREAD nie untuk FORWARD TEST.. Aku akan post kat sini dan KEEP RECORD dalam MYBLOG.. Aku berharap untuk FORWARD TEST selama SATU TAHUN (InsyaAllah)..

PAIR YANG AKU TRADE GUNA SYSTEM NIE: EUR/USD ONLY

HARI YANG AKU TRADE GUNA SYSTEM NIE: Kecuali Monday, Public Holiday (USD & EURO) dan HARI NFP NEWS.

Waktu Monitor Untuk Entry: Jam 3.30 PM hingga 11.00 PM (Waktu Malaysia).

Note:

1. Aku cuma akan menggunakan Chart kat NF untuk Entry...
2. TP cuma 25 PIPS. SL: 30 PIPS.
3. Aku cuma akan test dengan Satu Lot setiap entry.
4. Tujuan Thread Nie bukannya untuk MAKE MONEY.. tapi untuk Forward Test

System:-
1. 30M Chart.
2. AO
3. PSAR
4. Support & Resistance.

Persoalan:-

1. Bila nak LONG & SHORT..?
2. Money Management..?
3. Bagaimana saya determine Support & Resistance untuk system nie...?
4. Tentang Rules..
5. Tentang Emotions..

Nanti akan dibincangkan....

Saya harap saya mampu update thread nie selalu.. Komen yang positive amat dialu-alukan...

Ini kata2 Mr Tunnel (VEGAS) untuk pedoman diri Sendiri..

" I am going to give you the only bit of professional trader advice. One (1), Investigate a method that you believe makes money over time and stick with it. Two (2), Try to understand the theoretical underpinnings of the model. Three (3), Trade small until totally convinced method works. Four (4), Your success [profits] comes from implementing the method correctly, not guessing where the market is headed. Five (5), Read number 4 again. Six (6), Give up thinking during market hours. Thinking comes when the machines are turned off, not in the heat of battle"

Mungkin Ingin Menjadi Mr Pefect Akan Menyebabkan Famous Gurus Selalu Berpesan Supaya Jgn Sampai Paralysis On Your Analysis...

Amin..

JC

jibamcash
07 Jun 2007, 09:36 AM
Sebagai tambahan FORWARD TEST nie akan menggunakan REAL MONEY..

duitduit
07 Jun 2007, 11:35 AM
ada ym tak? nak bincang sket~

jibamcash
07 Jun 2007, 04:50 PM
News:
USD Unemployment Claims (8.30 Mlm)

Sistem menunjukkan aku kena masuk:-

Short at 1.3502.. TP 1.3477 SL: 1.3532... (4.30 PM)..

martial
07 Jun 2007, 04:57 PM
News:
USD Unemployment Claims (8.30 Mlm)

Sistem menunjukkan aku kena masuk:-

Short at 1.3502.. TP 1.3477 SL: 1.3532... (4.30 PM)..

explain briefly

jibamcash
07 Jun 2007, 05:29 PM
explain briefly

Thanks sebab melawat Thread Nie.. Thread nie just nak Forward Test Real Money on IntraDay Sytem kat EUR/USD Shj...

Aku guna 30M Chart..

AO - Untuk Info Rujuk SINI (http://www.alpari-idc.com/en/market-analysis-guide/chaos-theory/ao.html)
PSAR - Parabolic Stop & Reverse...
Support & Resistance (SR)

Entry berdasarkan response price kepada SR... Namun untuk enter secara mechanical.. Samada untuk SHORT atau LONG.. PSAR & AO kena masing2 setuju...Namun entry bermula dari jam 3.30 ptg malaysia jika ada signal. Kalau aku miss signal.. Tak Kisah sebab ESOK MASIH ADA..

Kalau sesiapa boleh ajar aku camner nak masukkan CHART.. nanti aku letakkan CHART kat sini untuk mudah faham...

InsyaAllah nanti aku ceritakan cammana aku determine support & resistance areas untuk sistem nie..

Cuma kena NOTE.. Aku dalam proses FORWARD testing... Mungkin boleh buat duit dan mungkin juga boleh hilang duit..

Harap Membantu

JC

TheReds
07 Jun 2007, 05:54 PM
teruskan perkongsian..
nak tgk gak hasilnye..

HOTWHEELS
07 Jun 2007, 06:06 PM
niat yang baik... teruskan

budakbaru
07 Jun 2007, 06:09 PM
niat yang baik... teruskan

Sempoi la brother, coz aku pun teringin nak trade sendiri tapi aku keje.... :p:p:p so terikat sikit

HOTWHEELS
07 Jun 2007, 06:22 PM
tue cabaran pada aku gak tue... ngah scan perfect time bila dia membuak buak... coz aku pun kerja kerja shift lak tue

jibamcash
07 Jun 2007, 06:47 PM
News:
USD Unemployment Claims (8.30 Mlm)

Sistem menunjukkan aku kena masuk:-

Short at 1.3502.. TP 1.3477 SL: 1.3532... (4.30 PM)..

ALHAMDULLILLAH.. 6.45 PM... TP DAH HITS..

Cukup Untuk Hari Ini.. ESOK PULAK JIKA ADA REZEKI..

Terima Kasih Atas Sokongan..

goldvalley
07 Jun 2007, 06:49 PM
News:
USD Unemployment Claims (8.30 Mlm)

Sistem menunjukkan aku kena masuk:-

Short at 1.3502.. TP 1.3477 SL: 1.3532... (4.30 PM)..

dah profit... congrat bro

iswa77
07 Jun 2007, 07:10 PM
camni bleh follow signal nih hari2....
tahniah bro

GreeNDay
07 Jun 2007, 10:10 PM
Tahniah Bro JibamCash...
Teruskan Usaha Anda...
Moga Anda Dimurahkan Rezeki...

(Pas ni leh wat cam James kot...):D:D:D

jibamcash
08 Jun 2007, 12:19 AM
Tujuan Money Management: Preserve The Capital

Currency: EUR/USD
Account Principal: $10000
Akaun Type: Mini Lot.
Risk: 1 %
Stop Loss Pip value: 30 PIP

Step 1: Determine stop loss pip value..

SL ialah 30 PIPS.

So .. Jika value satu mini lot untuk EU = $1.. Maka untuk 30 pip.. Jumlahnya $30..

Note:
Satu Standard Lot (100000 unit) = $10.
Satu Mini Lot pip value (10000 unit) = $1
Satu Micro Lot pip value (1000 unit) = $0.10

(Unit bahagikan ngan 10000)

Ini khas untuk xxx/usd.. pair lain biasanya hampir ngan 90% value tu..

Step 2: Determine max risk untuk satu trade..

So 1% (bergantung pada anda.. lagi besar lagi byk drawdown).

Dalam kes nie.. Risk 1% ( 1/100 x $10000) = $100.. ( Ini adalah jumlah maksimum yang akan aku loss dalam trade nie.. Walau apa pun yang berlaku)

Step 3: Identify position Size.. Berapa byk mini lot nak beli?

Caranya: $100 (Risk) / $30 (pip value) = 3 mini Lot

So.. aku akan beli 3 Mini Lot.. Letak Stop Loss Kat 30 pip.. Pas tu kalau stop loss kena hit.. Aku akan loss $90 (Kurang dari 1% - Lagi Bagus)...

Bila kita beli 3 mini lot.. Satu pip = $3 .. so $3 x 30 = $90...

( So.. kita dah decide awal.. akan loss $100.. kalau kita enter dan jadi losing trade.. maksimum loss ialah $100 nie jer..)

Step 4: Leverage..??

So.. bila enter trade.. kita kena make sure.. trade kita ader room untuk move sekurang-kurangnya lebih sikit daripada kena SL... So sila pastikan trade ada ruang untuk move.. maknanya kalau stop loss aku 30 pip.. Aku kena make sure room untuk dia move ialah 50 pip atau lebih..

Di sebabkan satu pip dalam trade diatas ialah $3.. Maka untuk trade tu move 50 pip.. Kita kena ader balance sekurangnya $150 sebagai free margin..( $3x50)..

Note: Bila kita buka akaun.. 1:500 tu ialah maksimum leverage yang broker benarkan.. Tak semestinya kita guna.. kalau kita tak gunakan dengan bijak.. Kita akan kena margin call..

Sebenarnya.. panjang gak kalau nak cerita.. Ini yang aku mampu ringkaskan..

Harap membantu dan menyumbang idea kepada anda....

INGAT NIE:
Satu-satunya perkara yang kita boleh CONTROL dalam TRADING ialah LOSS. Lebih kecil % yang anda limit untuk LOSS.. Lagi bagus.. Itulah tujuan MONEY MANAGEMENT...

Happy Trading

JC

Note: Atas tu cuma contoh MM untuk system nie.. Namun personally aku cuma buka SATU LOT... Sehingga aku betul2 mahir ngan system nie...TQ

jibamcash
08 Jun 2007, 12:54 PM
Untuk remind kan aku systematic routine yang aku kena buat sebelum jam 3.30 Ptg:-

1. List news melibatkan USD & EUR (Orange & Red Shj).
2. Tandakan areas Support & Resistance dari weekly, daily dan 4H chart...
3. Focus only kat 30M Chart untuk entry..

Rules...

1. Nak determine current Trend - Most gurus belief intraday price movement bergerak secara random... I am trend trader.. i belief tentang "trend is ur friend and let the profits run..".. tapi untuk intra day entry aku tak perlu tahu semua nie...

2. Act on what u see on CHART... So nampak SHORT signal just SHORT.. Bila nampak LONG signal Just LONG.. Jgn bimbang...

3. Win trade: Jika price hit TP.. Loss Trade Jika Price Hit SL. Esok masih ada..

4. Only one entry per day.. Jika aku dah missed untuk TRADE hari nie.. Esok Masih Ada.

5. No Trade on US & EURO Public Holiday, NFP News & Monday.

6. Harap aku boleh buat beberapa rules lagi di dalam perjalanan Forward Test nie..

jibamcash
08 Jun 2007, 04:02 PM
Tonite News:-

8:30pm USD Trade Balance (RED).

System suruh SHORT at 1.3396 SL: 1.3426 TP: 1.3371

Kita tgk siapa yang kena.. :D...

jibamcash
08 Jun 2007, 05:37 PM
Tonite News:-

8:30pm USD Trade Balance (RED).

System suruh SHORT at 1.3396 SL: 1.3426 TP: 1.3371

Kita tgk siapa yang kena.. :D...

Alhamdullillah.. SHORT open at 4.00 PM.. TP HIT at 5.30 PM..

Esok Rehat.. Will open another position On Tuesday

DUA HARI SYSTEM KAT NG: DAPAT 50 PIPS..:D SYUKUR

iswa77
08 Jun 2007, 05:40 PM
tahniah power siot sistem ko

jibamcash
08 Jun 2007, 05:58 PM
tahniah power siot sistem ko

TQ.. Aku dah guna system nie sejak February 2007... Mula2 try loss jugak...

Namun selepas perbaiki dan try and error dari segi masa untuk enter & news...

Sejak april.. susah aku dapat loss berturut2 dalam seminggu...Cuma sekarang nak betul2 forward test...:D

chrome76
16 Dec 2007, 09:37 PM
closed on request by thread starter..