PDA

View Full Version : Skim Pelaburan VS Kes Murtad

likik83
02 Jun 2007, 12:09 AM
Salam semua....

Aku just nak tanya pendapat korang semua mengenai kes skim pelaburan dan juga kes murtad lina joy...mana satu yang harus di ambil berat dahulu?

Aku tgk kes sekatan skim pelaburan begitu hangat di banteras...tetapi kes murtad dari dulu lg masih pada takuk yg sama....

so tolong la pihak bertanggungjawap ambil langkah2 yg drastik...:(

fazarudin
02 Jun 2007, 12:19 AM
kesemuanya sekali.

likik83
02 Jun 2007, 12:23 AM
maksud aku sekarang ni hangat ngan skim pelaburan, tp yg kes murtad tu isu yg lebih bahaya tp buat xtahu jer...

syurga
02 Jun 2007, 12:25 AM
kalau ikut kes berat kes murtad la.....sebab ianya menyebabkan keluar dari agama islam...bab pelaburan internet walaupun hukumnya dah ada, tapi kita ada cara pulak nak selesaikan masalah tu....tapi kalau masalah murtad ni, kalau dah terminum air tu lah kan....memang susah nak mengucap balik....

pazliir
02 Jun 2007, 12:25 AM
maksud aku sekarang ni hangat ngan skim pelaburan, tp yg kes murtad tu isu yg lebih bahaya tp buat xtahu jer...

Islam Hadhari...

likik83
02 Jun 2007, 12:27 AM
kalau ikut kes berat kes murtad la.....sebab ianya menyebabkan keluar dari agama islam...bab pelaburan internet walaupun hukumnya dah ada, tapi kita ada cara pulak nak selesaikan masalah tu....tapi kalau masalah murtad ni, kalau dah terminum air tu lah kan....memang susah nak mengucap balik....

aku setuju...sbb kes murtad ni mmg berat,tp kerajaan buat dekk je...tp isu pelaburan heboh la plak jadinyer...padahal kes penipuan tu berlaku pada org yg "bodoh" internet...percaya 100% kt upline

likik83
02 Jun 2007, 12:28 AM
Islam Hadhari...

hadhari la konon...ermmm...dunia2...nk kiamat la

syurga
02 Jun 2007, 12:28 AM
jgn kaitkan islam hadari atau pun aper jenis sekali pun...isu murtad ni bukan berlaku waktu zaman sekarang jer....dari zaman rasullullah lagi dah ada....kalau tak, takkan ada hukuman bagi orang yang murtad....jgn bercakap melalui emosi politik jer....

likik83
02 Jun 2007, 12:31 AM
isu murtad ni dah lama wujud...tp apakah penyelesaian terbaik utk umat islam?

1. Didikan agama yg secukupnya
2. Kesedaran individu pada agama sejati iaitu ISLAM
3. Jangan sekadar terletak pada status agama islam, harus membuktikan islam adalah sebaik-baik agama di muka bumi

yang lain korang tambah la

syurga
02 Jun 2007, 12:32 AM
aku setuju...sbb kes murtad ni mmg berat,tp kerajaan buat dekk je...tp isu pelaburan heboh la plak jadinyer...padahal kes penipuan tu berlaku pada org yg "bodoh" internet...percaya 100% kt upline

ko kena paham isu internet tak melibatkan agama....jadi memanglah jadi heboh...kalau isu murtad ada melibatkan agama dan bangsa...kerajaan bukan tak buat aper2, cuma kerja untuk selesaikan masalah murtad ni tak leh kecoh2 sebab kerajaan juga nak jaga keharmonian dan keamanan negara....ko bayangkan kalau isu ni diheboh2kan....nak jadi macam kat India...pergaduhan antara agama dan kaum....mesti teruk malaysia nanti

fazarudin
02 Jun 2007, 12:33 AM
alah!!! media utama kan dikuasai oleh kerajaan .. ko ingat , nak sangat ke diorang dedahkan isu murtad nih.. highlight setakat mana yg patut je tu.

lagi satu berita ikut musim... dulu musim rempit , musim cipta rekod , pelaburan haram , musim politik ijok, musim org mati jatuh flat , musim bangunan kerajaan bocor ..mcm2 lah..

likik83
02 Jun 2007, 12:34 AM

betol tuh...maksud aku bukan heboh satu dunia la....buat penyelesaian antara anggota pemimpin n make it solving ...

fazarudin
02 Jun 2007, 12:34 AM
ko kena paham isu internet tak melibatkan agama....jadi memanglah jadi heboh...kalau isu murtad ada melibatkan agama dan bangsa...kerajaan bukan tak buat aper2, cuma kerja untuk selesaikan masalah murtad ni tak leh kecoh2 sebab kerajaan juga nak jaga keharmonian dan keamanan negara....ko bayangkan kalau isu ni diheboh2kan....nak jadi macam kat India...pergaduhan antara agama dan kaum....mesti teruk malaysia nanti
Yezzer... itu pun si mat tido tu siap kasi nasihat jangan melibatkan emosi... dia sendiri x berani nak komen pasal mudtad... pigi dahhh

syurga
02 Jun 2007, 12:34 AM
isu murtad ni dah lama wujud...tp apakah penyelesaian terbaik utk umat islam?

1. Didikan agama yg secukupnya
2. Kesedaran individu pada agama sejati iaitu ISLAM
3. Jangan sekadar terletak pada status agama islam, harus membuktikan islam adalah sebaik-baik agama di muka bumi

yang lain korang tambah la

Benda ni aku dah dengar byk kali dari penceramah, tapi tetap berlaku isu murtad...sebenarnya negara kita boleh dikatakan cukup dengan didikan agama...cuma yang kurang adalah amalan pada agama itu sendiri...dan ibu bapa kena tau dengan siapa anak2 kita berkawan....contoh macam isu lina joy ni....mak bapak dia bagi didikan agama yang cukup....cuma silap nya bila lian ni berkawan dgn mamat india ni jer....

pazliir
02 Jun 2007, 12:34 AM
jgn kaitkan islam hadari atau pun aper jenis sekali pun...isu murtad ni bukan berlaku waktu zaman sekarang jer....dari zaman rasullullah lagi dah ada....kalau tak, takkan ada hukuman bagi orang yang murtad....jgn bercakap melalui emosi politik jer....

Kenapa tak amalkan politik yang berteraskan dan berpandukan ISLAM...

likik83
02 Jun 2007, 12:35 AM
alah!!! media utama kan dikuasai oleh kerajaan .. ko ingat , nak sangat ke diorang dedahkan isu murtad nih.. highlight setakat mana yg patut je tu.

lagi satu berita ikut musim... dulu musim rempit , musim cipta rekod , pelaburan haram , musim politik ijok, musim org mati jatuh flat , musim bangunan kerajaan bocor ..mcm2 lah..

hahhaha....mcam2 la dunia ni skerang

likik83
02 Jun 2007, 12:37 AM
Kenapa tak amalkan politik yang berteraskan dan berpandukan ISLAM...

ikut la cara PAS...hehe

syurga
02 Jun 2007, 12:37 AM
sebelum tu...siapa pernah jumpa orang nak murtad?

likik83
02 Jun 2007, 12:38 AM
sebelum tu...siapa pernah jumpa orang nak murtad?

ada...murtad dari UMNO ke PAS...PAS ke UMNO...:D

syurga
02 Jun 2007, 12:39 AM
maksud aku bukan politik la.....realnya....korang kalau pernah jumpa pernah tak berdebat dgn diorang

likik83
02 Jun 2007, 12:41 AM
maksud aku bukan politik la.....realnya....korang kalau pernah jumpa pernah tak berdebat dgn diorang

hehe...sorry, gurau jer..sebelum aku xpernah la, tp yg mempersoalkan islam ada la,,,tp aku dah setelkan dah....beress

syurga
02 Jun 2007, 12:44 AM
kalau ko pernah bercakap dgn orang yang nak murtad ni memang ko sendiri akan sakit hati...sebab hati diorang ni memang dah gelap...sebab dah minum air tu....yang aku nak ceritakan kat sini adalah isu murtad memang susah nak diselesaikan zaman sekarang sebab byk aspek nak dijaga...kalau zaman rasulullah senang jer, memang dah dihukum bunuh dah....tapi sekarang kita gunakan pendekatan untuk tarik balik diorang masuk islam...korang bayangkan kalau dapat tarik balik masuk islam...pahala memang besar...

profesor
02 Jun 2007, 12:55 AM
bila dah masok hal2 agama nnt ada yang sindir menyindir antara parti.. nak cari sapa yg lebih Islam.. pastu gaduh.. hilang plak isu pokok pasal murtad.. kalo nak bersatu ingatlah bahawa semua org Islam adalah bersaudara.. x kira bangsa, warna kulit dan juga fahaman politik.. isu murtad adalah isu umat Islam.. Sama2la kita menghayati Surah Al-Asri.

Wassalam

likik83
02 Jun 2007, 01:00 AM
kalau ko pernah bercakap dgn orang yang nak murtad ni memang ko sendiri akan sakit hati...sebab hati diorang ni memang dah gelap...sebab dah minum air tu....yang aku nak ceritakan kat sini adalah isu murtad memang susah nak diselesaikan zaman sekarang sebab byk aspek nak dijaga...kalau zaman rasulullah senang jer, memang dah dihukum bunuh dah....tapi sekarang kita gunakan pendekatan untuk tarik balik diorang masuk islam...korang bayangkan kalau dapat tarik balik masuk islam...pahala memang besar...

kita kena cakap kt diorang sebanyak 3 kali, kalo xjugak kita diharuskan bunuh

herizman
02 Jun 2007, 11:37 PM
Benda ni aku dah dengar byk kali dari penceramah, tapi tetap berlaku isu murtad...sebenarnya negara kita boleh dikatakan cukup dengan didikan agama...cuma yang kurang adalah amalan pada agama itu sendiri...dan ibu bapa kena tau dengan siapa anak2 kita berkawan....contoh macam isu lina joy ni....mak bapak dia bagi didikan agama yang cukup....cuma silap nya bila lian ni berkawan dgn mamat india ni jer....

Bagi aku didikan agama tak cukup berbeza - beza dari satu famili dgn famili yg lain. Ada famili yg Ayah tinggal sembahyang , ibu pun tak tutup aurat, dan tinggal sembahyang kesimpulannya dua2 jahil ,tak berapa tahu pasal hukum hakam, dan amalan Islam, macam mana anak nak jadi soleh?

Jadi aku cadangkan penerapan islam tu lebih mendalam lagi kat sekolah2, belaja biologi, kimia matematik semua ilmu tu cuba kaitkan dgn islam,bukan setakat mata pelajaran agama Islam shj, dan bukan setakat utk ingat sbb nak lulus exam. Sistem pembelajaran berasaskan islam, skrg ni tidak seolah2 matapelajaran lain tak ada kaitan dgn Islam. So tak hairan lah remaja sekarang kat sekolah perangai teruk2, ponteng, hisap rokok, rempit motor, hisap dadah. dan sebagainya, sbb dari remaja, dari budak dah tak ada roh islam tu sendiri, macam mana besar esok nak jadi org islam yg baik. Esok jadilah dia mat rempit, penagih dadah, atau berkerjaya esok jadi akauntan tapi tak amanah, jadi engineeer tapi mengabaikan tanggunjawab sbg org Islam, Jadi saintis (org Islam) tapi percaya manusia berasal dari berok atau haiwan berevolusi, dan sebagainya.

Sbb aku tengok budak sekolah sekarang ni ramai yg hancur, dah terlibat dgn kegiatan seks terutamanya dan lain2 lagi. Guru disiplin tak boleh contol, yg boleh control dari hati juga, roh islam dalam diri, So titik beratkan ajaran agama kat sekolah, bagi yng bukan islam ' moral' lah.

Pegangan agama yg lemah ni lah buat org Islam pun tak tahu apa itu riba? Apa yg riba apa yg tak, atau kes yg jadi murtad. Semua berpunca dah lemahnya penghayatan Islam. Lainlah aku tgk org Islam malaysia dgn Org Islam Arab ke.. sebutan Alhamdulillah , Assalamualaikum, subhanallah dan lain2 tu dah sebati dgn sebutan harian mereka.. Bezanya Islam kita dgn Islam mereka. Sdngkan Agama Islam semua sama beza kat mazhab je.

Sekian, Kalau ada salah dan silap harap maaf.

likik83
02 Jun 2007, 11:44 PM
Sekian, Kalau ada salah dan silap harap maaf.

betol dah yg ko cakap tuh, punca kepada semua ni ada banyak datang dari media massa..contohnyer kalu gejala seks bebas berpunca dari web2 lucah, remaja begitu senang utk dptkan bahan tuh, pihak2 berwajib harus bendung semua nih...sebb puncanya adalah web2 lucah so merebak ke seks bebas...bila remaja tgk mesti nk try praktis seedap ke tidak...

so kerajaan harus ambil tindakan segera...jgn duk nk sekat web pelaburan jer...yg tuh xper sbb xpengaruh sgt kt remaja yg merupakan harapan bangsa....jgn la nk duk sekat web pelaburan jer...byk lg kejer harus diutamakan....

wslm:o

sifu_frutavida
03 Jun 2007, 01:11 AM
as'kum...just terpikir....kl swisscash haram...tu utk org islam,tp yg xislam ptutnya xksh la kn?hehe...biala yg xislam tu labur...yg islam tu,bln10 ni swisscash bg kua duit,jgn xkuakn ek....

flizzoe
03 Jun 2007, 01:26 AM
as'kum...just terpikir....kl swisscash haram...tu utk org islam,tp yg xislam ptutnya xksh la kn?hehe...biala yg xislam tu labur...yg islam tu,bln10 ni swisscash bg kua duit,jgn xkuakn ek....

yup.. betul tu apa yang kau cakap.. bukan setakat SC, benda2 lain pun. contoh, disko - orang Islam tak payah la pergi, biar non-Muslim je pergi. contoh lain, orang Islam tak payah la pergi convensional bank - pergi la bank2 islam :)

kalau aku tersilap tolong adjustkan ;);)

likik83
03 Jun 2007, 01:26 AM
as'kum...just terpikir....kl swisscash haram...tu utk org islam,tp yg xislam ptutnya xksh la kn?hehe...biala yg xislam tu labur...yg islam tu,bln10 ni swisscash bg kua duit,jgn xkuakn ek....

yer betol gak apa yg ko cakap...aku just nak buat kuar modal aku jer dulu, yg profit tu biar la:mad::p

dablues79
03 Jun 2007, 01:58 AM
kalau ko pernah bercakap dgn orang yang nak murtad ni memang ko sendiri akan sakit hati...sebab hati diorang ni memang dah gelap...sebab dah minum air tu....yang aku nak ceritakan kat sini adalah isu murtad memang susah nak diselesaikan zaman sekarang sebab byk aspek nak dijaga...kalau zaman rasulullah senang jer, memang dah dihukum bunuh dah....tapi sekarang kita gunakan pendekatan untuk tarik balik diorang masuk islam...korang bayangkan kalau dapat tarik balik masuk islam...pahala memang besar...

ye.. betul tu tuan...
tp,kita kena ingat kalau dalam Parlimen pun DAP siap boleh persoalkan sapa yg lebih Islam ataupun 'who holds the real teaching of Islam'...antara UMNO/Kerajaan dgn PAS...So..kita nak jawab apa???????satu lagi..kita tgk hasil pemerintahan BN sepanjang 50 tahun ni...tgk...brp ramai mak bapak org Melayu bangga bila anaknya masauk AF???tgk berapa ramai anak muda kita yg keluar masuk Disco...keluar masuk pusat serenti..tgk..siapa yg byk anjurkan program hiburan...dan anak siapa pulak yg ramai jadi peserta????

dahsyatnyer hasil pemerintahan BN...saya bukannya sokong PAS pun...tetapi kita di Malaysia memang ketandusan Pemimpin yg berkarisma, berilmu dan berwawasan....tandus sangat...

saya rasakan sistemkitayg sediaada tidak cekap dlm menangani isu semasa(ie..apa kejadahnya nak banteras internet investment bila dah hampir semua hyip pun dah takleh bukak akibat self scamming...ke nak bagi admin alasan supaya kasi gelap semua wang yg ada???as if umpamanya admin2 yg terlibat bkemungkinan besar dari org kerajaan jugak????..semuanya berkemungkinan...analogi yg lain seperti bagitau mat rempit yg polis nak buat operasi kat sekian tempat pada sekian masa....hai..hai....pesal kerajaan tak ambil tindakan awal haram dan banteras semenjak year 2005 lagi...kenapa harus sekarang...jika benar kerajaan buat dan jaga kepentingan rakyat..tindakan yg sedia adaniharuslah dibuat lebih awal....

ini adalah bukti ketidak rajinan dan ketidak-kerjaan kerajaan kita yg nampak gayanya memang tido memanjang..kalau kat UK...mesti dah LAMA kena 'VOTE OF NO CONFIDENCE'

next time...didoakan agar Pemimpinkitaadalah yg benar2 ikhlas dalam memimpin negara...tau apa yg perlu dibuat..dan semestinya mesti tau apa yg dia buat(bukan hanya dgr daripenasihatbulat2)..masa pun kena tepat...tindakan diambil hendaklah pada masanya....bukan selepas negara bankrupt....danjgn la suka sangat perkenalkan sesuatuyg ntah...membazir dan tiada objektif dan misi yg jelas(i.e pendekkan masa degree from 5 yrs to 4 yrs...pastu board eg BEM tak recognised-kan kebodo namanyer tu..taklama pastu..tukarbalikmcm biasa)

Kesimpulannya..perilaku ZALIM adalah apabilameletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya.....

herizman
03 Jun 2007, 11:55 AM
Pemimpin kita dipilih rakyat, Pemimpin kita perlu , mesti menunaikan tanggungjawab bukan pikir periuk nasi sendriri je macam mana nak jadi lebih kaya, macam mana nak dapat lebih banyak projek, akibatnya ada sesuatu yg tergadai, jadilah bangunan kat luar je cantik tapi dalam nya tak ada kualiti. Highway yg retak sana sini, tol yg semakin naik dan naik setiap tahun bagai tak boleh dibendung lagi, siapa yg lebih berkuasa konsesi tol ke kerajaan?? peliknya..

Pemimpin kita tak boleh ketandusan idea intelektual untuk memajukan negara seiring dgn menolong kehidupan rakyat lebih senang, mudah, lega tidak membebankan, hidup harmoni dan sealirannya. bukan nya negara lebih maju rakyat jadi lebih susah.. so apa ertinya kemajuan kalau menyusahkan??

Mana pemimpin kita yg Islam hadhari selain Pak Lah, TAk nampak la aku tgk , mgkin tak ada seorangpun, kalau ada pun tak menonjol. So Islam hadhari kat bahu Pak Lah sorang je la. Lepas Pak lah ni tak tahulah kemana arahnya pulak.

Apa nak jadi dgn nasib bangsa kita, ekonomi pun dah org lain pegang politik je org kita yg pegang. Bukan nak menyalahkan bangsa lain tapi nak menyuarakan pendapat sendiri supaya bangsa melayu turut mengejar slice of a pie kat ekonomi juga. Bukan nak kaya cara yg paling senang. Kalau nak kaya kena berusaha.

sekian

m4rk
08 Jun 2007, 11:38 AM
semakin sensasi dan panassss

J3sns grace
08 Jun 2007, 01:41 PM
kalau ko pernah bercakap dgn orang yang nak murtad ni memang ko sendiri akan sakit hati...sebab hati diorang ni memang dah gelap...sebab dah minum air tu....yang aku nak ceritakan kat sini adalah isu murtad memang susah nak diselesaikan zaman sekarang sebab byk aspek nak dijaga...kalau zaman rasulullah senang jer, memang dah dihukum bunuh dah....tapi sekarang kita gunakan pendekatan untuk tarik balik diorang masuk islam...korang bayangkan kalau dapat tarik balik masuk islam...pahala memang besar...

apa yg hebat sangat air tu? lawaknya:D

J3sns grace
08 Jun 2007, 01:43 PM
kenapa mereka mesti dibunuh? kejamnye...

aku pernah jumpa orang murtad...duduk semeja minum kopi..dia crita pengalaman dia.:cool:

WanNo
08 Jun 2007, 01:47 PM
apa yg hebat sangat air tu? lawaknya:D

tak lawak la...
air / apa brg yg dipuja boleh bagi kesan kepada org yg minum / pakai...

kamkikorich
08 Jun 2007, 01:47 PM
Kebebasan beragama apa mcm tu....

Silap2 haribulan yg membunuh tu yg masuk neraka...

ini cuma pendapat ler

WanNo
08 Jun 2007, 01:48 PM
kenapa mereka mesti dibunuh? kejamnye...

aku pernah jumpa orang murtad...duduk semeja minum kopi..dia crita pengalaman dia.:cool:

maaf kalu bertanya..
awak ni muslim ke non-muslim..:confused:
sekadar bertanya :)

kamkikorich
08 Jun 2007, 01:50 PM
maaf kalu bertanya..
awak ni muslim ke non-muslim..:confused:
sekadar bertanya :)

Tak paya tanya ler.... nanti jadi panas thread ni.... bincang bincang saja la...

WanNo
08 Jun 2007, 01:56 PM
Tak paya tanya ler.... nanti jadi panas thread ni.... bincang bincang saja la...

taderla...
hukum bunuh tu bukan manusia yg tetapkan...
kenapa nak persoalkan hukum tuhan...:confused:

Allah maha pencipta...
Allah maha mengetahui...
siapalah kita melawan kuasaNya..:)

J3sns grace
08 Jun 2007, 02:00 PM
tak lawak la...
air / apa brg yg dipuja boleh bagi kesan kepada org yg minum / pakai...

u mean holy water ke? heheheh:D

J3sns grace
08 Jun 2007, 02:03 PM
Tak paya tanya ler.... nanti jadi panas thread ni.... bincang bincang saja la...

yap, bincang2 dah le...:cool:

WanNo
08 Jun 2007, 02:04 PM
u mean holy water ke? heheheh:D

any water yg ada unsur puja..

flizzoe
08 Jun 2007, 02:06 PM
taderla...
hukum bunuh tu bukan manusia yg tetapkan...
kenapa nak persoalkan hukum tuhan...:confused:

Allah maha pencipta...
Allah maha mengetahui...
siapalah kita melawan kuasaNya..:)

yup.. betul tu.. orang murtad mesti dibunuh.. contohnya seperti apa yang Saidina Abu Bakar pernah buat - perang habis2an dengan golongan murtad :)

J3sns grace
08 Jun 2007, 02:07 PM
Kebebasan beragama apa mcm tu....

Silap2 haribulan yg membunuh tu yg masuk neraka...

ini cuma pendapat ler

diz is forum kan..so kita bincan2 la...

pada pandangan korangan, adail ke bukan islam bleh masuk / wajib masuk (bila kawin) islam, manakala islam x leh nak masuk agama lain..adil ke? :confused:

bagi aku, x adil la..so apa comment korang?

WanNo
08 Jun 2007, 02:11 PM

kenali Islam... baru anda tahu adil atau tidak...:)

J3sns grace
08 Jun 2007, 02:12 PM
yup.. betul tu.. orang murtad mesti dibunuh.. contohnya seperti apa yang Saidina Abu Bakar pernah buat - perang habis2an dengan golongan murtad :)

mereka tu xde belas kasihan ke? islam ada diajar unsur kasih sayang jg rite?

flizzoe
08 Jun 2007, 02:15 PM
mereka tu xde belas kasihan ke? islam ada diajar unsur kasih sayang jg rite?

yup, tapi bukan kepada orang murtad.

J3sns grace
08 Jun 2007, 02:20 PM
kenali Islam... baru anda tahu adil atau tidak...:)

ok..kembalik kepada kawan murtad aku sorang tu..yg duduk kedai kopi minum ali cafe.;)

dia dah dari kecil amalkan islam..siap jadi imam lagi. masuk U kat mesir mojor bidang islam.. at last murtad gak. awak rasa dia x cukup paham islam ke? or dia find out smting?:p

masa aku jumpa dia tu, dah 5 tahun murtad.:)

J3sns grace
08 Jun 2007, 02:28 PM
yup, tapi bukan kepada orang murtad.

dari segi consep islam mcm mana korang akan treat seorang yg bermusuh dgn islam?

bunuh? pulaukan? bom?

atau mingasihi serta memberkati dia?

flizzoe
08 Jun 2007, 02:32 PM
dari segi consep islam mcm mana korang akan treat seorang yg bermusuh dgn islam?

bunuh? pulaukan? bom?

atau mingasihi serta memberkati dia?

ada 3 jenis orang bukan islam:

1. orang yang yang tinggal dalam negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan membayar jizyah/cukai. semua hak2 mereka akan dilindungi. peace :)

2. orang yang tinggal diluar negara yang tidak bermusuh dengan orang2 Islam. peace :)

3. orang yang bermusuh dengan orang Islam - yang ni memang akan ditentang :mad:

WanNo
08 Jun 2007, 02:34 PM
ok..kembalik kepada kawan murtad aku sorang tu..yg duduk kedai kopi minum ali cafe.;)

dia dah dari kecil amalkan islam..siap jadi imam lagi. masuk U kat mesir mojor bidang islam.. at last murtad gak. awak rasa dia x cukup paham islam ke? or dia find out smting?:p

masa aku jumpa dia tu, dah 5 tahun murtad.:)

amalkan islam tanpa memahami umpama membaca buku matematik tapi tak tahu simbol...

WanNo
08 Jun 2007, 02:39 PM
amalkan islam tanpa memahami umpama membaca buku matematik tapi tak tahu simbol...

walaupon ko blaja matematik dr tadika sampai ke peringkat phd tapi tak tahu apa tujuan ko blaja... tak tahu utk apa... tak tahu bila nak digunakan... tiada gunanya...

sbb tak mengkaji dunia dgn aplikasikan ilmu yg dipelajari... berubah arah plak mempelajari subjek lain....:rolleyes:

WanNo
08 Jun 2007, 02:43 PM

subjek lain yg diminati lebih cenderung ke arah perkara yg hanya mengikut kata-kata yg diaanggap logik tapi kalau dikaji tidak berasas...

profesor
08 Jun 2007, 02:43 PM
Membaca Al-Quran tp x reti baca bahasa arap (Maksud) Allah tetap akan memberikan pahala dan ganjaran..
p/s: Jgn samakan belajar matematik dgn mengamalkan Islam.

profesor
08 Jun 2007, 02:49 PM
Org2 yg murtad, Syirik kepada Allah SWT dan golongan2 munafik adalah golongan yg dibenci oleh Allah SWT. Umat Islam wajib mengikuti ajaran Allah yg sebetulnya dgn menyukai apa yg disukai Allah dan membenci apa yg dibenci Allah. Jd jgn persoalkan unsur kasih sayang dan bertolak ansur yg diamalkan dalam Islam. Perkara2 di atas adalah berbeza.

WanNo
08 Jun 2007, 02:50 PM
Membaca Al-Quran tp x reti baca bahasa arap (Maksud) Allah tetap akan memberikan pahala dan ganjaran..
p/s: Jgn samakan belajar matematik dgn mengamalkan Islam.

bukan nak samakan Islam ngan matematik.....
just nak buat perumpamaan belajar..
penerangan umum... supaya boleh difahami oleh yg non-muslim...

mrgunn
08 Jun 2007, 02:51 PM
perbincangan dalam ni aku sokong tetapi tajuk dia macam kasar bagi non muslim kalau baca..

profesor
08 Jun 2007, 02:57 PM
Org2 yg lahir dlm keluarga Islam perlu bersyukur ke atas nikmat yg Allah berikan. Nikmat Islam ini adalah nikmat yg paling besar. Lahir dalam Islam adalah bukan guarantee akan mati dalam Islam kemudiannya. Org yg murtad adalah org yg telah dimurkai Allah dah ditarik nikmat Islam daripadanya. Golongan tersebut sudah pasti akan dihumban ke dalam api neraka menjadi kayu api bersama dgn org2 kafir. Golongan yg munafik pula golongan yg pertama sekali akan dibakar di dalam neraka. Wallahualam.

mrgunn
08 Jun 2007, 03:02 PM

sebab tu lepas sembahyang kita amat dituntut agar selalu berdoa agar kita dimatikan dalam islam iaitu beriman kepada Allah S.W.T

J3sns grace
08 Jun 2007, 03:25 PM
Membaca Al-Quran tp x reti baca bahasa arap (Maksud) Allah tetap akan memberikan pahala dan ganjaran..
p/s: Jgn samakan belajar matematik dgn mengamalkan Islam.

mcm mana nak tahu apa yg hendak disampaikan kalau baca tapi x reti?
coz yg ditulis tu dalam bahasa arab?

mcm mana nak mengamalkan kalau x reti apa yg dibaca? adakah itu satu rutin harian?

fareast262
08 Jun 2007, 03:36 PM
bagi aku paling hangat ialah isu pelaburan tenet lah,,,,,tapi paling berisiko ialah kes muratd lah...bnda nih patut di beri perhatian lebih sbnrnya....sbb ia melibatkan keturunan... klu takat pelaburan tue...hnya komuniti kecil jerk yg terlibat....

so pkir2 pkir kanlah.....satu lagi blo2 lucah ,web2 lucah tue....kasi tutup pon ok jugak....bia rugi duit , jgn rugi akidah dan akhlak

m4rk
08 Jun 2007, 03:57 PM
Tak paya tanya ler.... nanti jadi panas thread ni.... bincang bincang saja la...

mari kita berbincang2.. semua dapat faedah...

p.s: terima kasih kepada semua yang memiliki ebook sensasi.. :)

ruspadu
08 Jun 2007, 04:21 PM
kenapa mereka mesti dibunuh? kejamnye...

aku pernah jumpa orang murtad...duduk semeja minum kopi..dia crita pengalaman dia.:cool:

cuba crite sikit pengalaman dia sampai boleh jadi murtad tu......

shaz_rog
08 Jun 2007, 05:32 PM
assalamualaikum semua

aku pelik la dgn J3sns grace ni

dia kata dia pernah jumpa orang murtad

bercerita itu ini itu ini

so, itu menunjukkan dia Islam

tapi cara ko mempersoalkan pasal murtad

seolah olah ko ni bukan Islam

maaf ye, aku berasa sedikit offended dengan soalan2 ko

budakbaru
08 Jun 2007, 06:22 PM
assalamualaikum semua

aku pelik la dgn J3sns grace ni

dia kata dia pernah jumpa orang murtad

bercerita itu ini itu ini

so, itu menunjukkan dia Islam

tapi cara ko mempersoalkan pasal murtad

seolah olah ko ni bukan Islam

maaf ye, aku berasa sedikit offended dengan soalan2 ko

betul jgak!!! aku sokong kamu shaz!!!! tanye soalan cam dia bukan islam, kenapa hukum manusia kita tak argue tapi hukum Allah kita pertikai itu n ini:mad::mad: siap ade kawan aku yang tanye, kita tak perlu solat selagi kita rase kita tak ikhlas.... tapi tak de permulaan cam ne kita nak tahu kita ikhlas or tak(kan senang kalo caka je diri tue pemalas)

Sorry kalo ade yang tersingung, actually aku mmg tak layak nak ckap bab agama coz aku sdiri pun tak betul :o

kamkikorich
08 Jun 2007, 11:37 PM
yup.. betul tu.. orang murtad mesti dibunuh.. contohnya seperti apa yang Saidina Abu Bakar pernah buat - perang habis2an dengan golongan murtad :)

Sampai begitu sekali ker... pasti ke masuk syurga..... tiada jaminan bos.... kenal Binjamin (org murtad).... tanya dia.... kenapa dia murtad???? tapi dengarnya dia dah di tangkap..... padan muka dia....

Baca ni... Answering Islam, A Christian-Muslim Dialog and Apologetic (http://www.answering-islam.org), Answering Christianity. Islam's Answers To Trinitarian Beliefs. (http://www.answering-christianity.com/ac.htm)

Huhu.... penuh dengan pro and contra.... masing2 dengan pendapat masing2

Pasal internet investment lak... yg menipu tu memang tak berguna.... biar dia masuk neraka..... yg real investment...... kerajaan ni..... pula bermasalah.... asik2 nak suruh labur ASB..... pulangan taik kucing....

Apapun...... jangan terasa hati...... kita bincang2........

J3sns grace
09 Jun 2007, 01:36 AM

aku ada tengok cd dia..dia crita kisah mcm mana dia murtad..bro dah kena tangkap ke si benjamin tu?

J3sns grace
09 Jun 2007, 01:41 AM
cuba crite sikit pengalaman dia sampai boleh jadi murtad tu......

x leh nak crita open sangat..nie malaysia..semua x leh..bahaya..kalo nak gi lawat
Answering Islam, A Christian-Muslim Dialog and Apologetic (http://www.answering-islam.org)

banyak info sana.

tomcat_apachee
09 Jun 2007, 01:47 AM
jgn kaitkan islam hadari atau pun aper jenis sekali pun...isu murtad ni bukan berlaku waktu zaman sekarang jer....dari zaman rasullullah lagi dah ada....kalau tak, takkan ada hukuman bagi orang yang murtad....jgn bercakap melalui emosi politik jer....

mmg betoi bukan berlaku zaman ni jee...
tapi zaman RASULULLAH dan para SAHABAT kes murtad di amik serius..malah boleh memerangi si murtad....berbeza ngan Pemimpin kita zaman sekarang..murtad bg dorang masalah remeh....

J3sns grace
09 Jun 2007, 01:53 AM
sape yg pasti lepas mati nanti masuk surga angkat tangan;)

karabas
09 Jun 2007, 02:12 AM
diz is forum kan..so kita bincan2 la...

pada pandangan korangan, adail ke bukan islam bleh masuk / wajib masuk (bila kawin) islam, manakala islam x leh nak masuk agama lain..adil ke? :confused:

bagi aku, x adil la..so apa comment korang?kamu ni saya tengok persoalkan hukum Allah tau tak.. antara perkara yg boleh membatalkan syahadah ialah ragu dgn hukum Allah.. kalau kamu memang tahu hal ni mengucap balik bro.. Allah menghendaki seorg Islam yg hendak berkahwin dgn yg bukan seagama dgnnya hendaklah orang yg dia hendak kahwini itu memeluk Islam terlebih dahulu...itu yg disuruh oleh Allah dlm alQuran...

ps. banyak dah orang tak cukup asas agama dlm negara ni nampaknya..

WanNo
09 Jun 2007, 02:17 AM
kamu ni saya tengok persoalkan hukum Allah tau tak.. antara perkara yg boleh membatalkan syahadah ialah ragu dgn hukum Allah.. kalau kamu memang tahu hal ni mengucap balik bro.. Allah menghendaki seorg Islam yg hendak berkahwin dgn yg bukan seagama dgnnya hendaklah orang yg dia hendak kahwini itu memeluk Islam terlebih dahulu...itu yg disuruh oleh Allah dlm alQuran...

ps. banyak dah orang tak cukup asas agama dlm negara ni nampaknya..

tu yg aku tanya awal2 tadi tu...
dia muslim ke tak..

tomcat_apachee
09 Jun 2007, 02:30 AM
tu yg aku tanya awal2 tadi tu...
dia muslim ke tak..

mubaliq kristian propestant kott:D:D:D

budak
09 Jun 2007, 02:37 AM
ermm..klu dier islam,agaknyer ilmunya kurang atau kepercayaannya tipis.klu dier bukan islam,no wonder arr.

WanNo
09 Jun 2007, 02:40 AM
mubaliq kristian propestant kott:D:D:D

ntahle...:D
gaya bahasa cam org melayu
nick mcm chinese

ehozadotcom
09 Jun 2007, 03:16 AM
sape yg pasti lepas mati nanti masuk surga angkat tangan;)

semua umat islam memang dijamin masuk syurga. cuma lambat atau cepat jek. sama ada mati terus masuk atau lepak kat neraka utk beberapa ribu tahun dulu sampai terhapus semua dosa. kalo bg yg murtad, bertobat la sebelum terlambat. yg tu mmg takde jaminan langsung.

kalo ko rasa nak persendakan atau pertikai hukum islam, sini bukan tempatnya. tak sure ko ni islam, mubaligh ataupun free thinker. whatever pun, jgn pertikaikan hukum agama. kalo rasa dah bagus sangat, gi la berdebat dengan orang yang lebih arif. kat sini sume nak cari makan, tp sambil2 tu tak jugak mengetepikan hukum

website ni Answering Christianity. Islam's Answers To Trinitarian Beliefs. (http://www.answering-christianity.com/ac.htm) dengan ni Answering Islam, A Christian-Muslim Dialog and Apologetic (http://www.answering-islam.org/) nampak sangat berat sebelahnya dlm membincangkan soal agama. sekadar info tu bole, tp sebagai rujukan, not suggested