View Full Version : Mogok seluruh negara jika kerajaan tidak naikkan gaji Sektor Swasta - MTUC
newbiefx
28 May 2007, 06:13 PM
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), akan mendesak kerajaan supaya turut menaikkan gaji pekerja swasta sebagaimana dilakukan terhadap kakitangan awam baru-baru ini.
Tegas Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud, jika kerajaan tidak melayan pemintaan MTUC mereka akan mengadakan mogok sehari di seluruh negara.
“Tindakan MTUC kali ini serius kerana pekerja swasta juga perlu dibela lebih-lebih berjuta pekerja di negara ini yang berpendapatan di bawah RM1000,” katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata keputusan itu diputuskan selepas satu mesyuarat khas majlis MTUC diadakan pada 25 mei lalu.
Katanya, dalam mesyuarat tersebut, dua isu penting dibincangkan iaitu mengenai gaji pekerja kakitangan kerajaan yang dinaikkan baru-baru ini juga pembayaran kola.
Ekoran itu juga katanya, MTUC akan kemukakan kepada kerajaan beberapa tuntutan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada minggu ketiga bulan Jun depan.
“Antara yang akan dibawa ialah gaji minimum mesti diperkenalkan iaitu berdasarkan kepada RM900 dan kedua elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 kepada semua pekerja tidak kira di mana mereka berada,” katanya lagi.
Katanya, MTUC juga akan meminta suaya kenaikan gaji pekerja swasta dinaikkan berdasarkan kepada kerajaan beri kepada pekerjanya iaitu daripada 7.5 peratus hingga 35 peratus.
Bayaran gaji baru itu katanya perlu dibayar oleh para majikan bermula Julai depan.
Katanya, selepas daripada tarikh tersebut iaitu daripada 20 hingga 27 Jun depan sekiranya tidak ada sebarang respon ke atas permohonan tersebut, pihaknya akan satu perhimpunan pekerja di tempat tempat yang ditetapkan iaitu tempat strategik seperti di Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Johor atau Pulau Pinang.
Kemudian katanya jika kerajaan dan majikan sektor swasta masih gagal memenuhi tuntutan MTUC, mogok sehari akan dilancarkan.
“Tindakan tersebut perlu diambil bagi membantu pekerja-pekerja khasnya yang berpendapatan RM1000 kerana pada masa ini pendapatan itu tidak mencukupi.
“Saya dapat tahu berjuta pekerja yang berpendapatan di bawah RM1000. Jumlah itu bukan besar lagi dalam Malaysia kerana harga barang, kos perkhidmatan, tambang dan sebagainya meningkat bahkan tidak munasabah lagi pendapatan sebegitu,” katanya.
Kerana itu, katanya satu ketetapan akan diambil untuk memberi isyarat kepada kerajaan bahawa MTUC serius dalam isu tersebut terutama sekali golongan yang berpendapatan rendah. - mks.
amin ya allah... berita baik utk pekerja swasta dengan kenyataan di atas.. kepada semua pekerja swasta mari kita bagi sokongan pada MTUC
bida
28 May 2007, 06:17 PM
adik ipar aku asyik mengomel kenapa gaji swasta x naik2 cam govmnt, kalo MTUC berjaya memujuk kerajaan pasti dia happy.
newbiefx
28 May 2007, 06:26 PM
insyallah so sama-samala kita support MTUC ni.. mana tahu kerajaan akur.. mana adil 1.1 juta jer naik 24 juta lagik nak makan apa... bengang ni..:confused:
cari_duit2007
28 May 2007, 06:31 PM
insyallah so sama-samala kita support MTUC ni.. mana tahu kerajaan akur.. mana adil 1.1 juta jer naik 24 juta lagik nak makan apa... bengang ni..:confused:
betul tuh.. da lama aku meleleh air liur tiap x pembentangan bajet (dulu belanjawan )tiap ari jumaat tuh...asik2 gov jer dpt bonus.. alasan: gov nyer gaji kecik... peh..mmg akui krja gov sebenarnyer lg baik dr swasta.. lain la org swasta tu ade pangkat besar.. mmg arr gaji nyer melampau2 beso.. tp aku x agak pn akan d luluskn gov... biasalah.. mana leh lawan toke...rezeki ade d mana2.. usaha sikit arr:D
newbiefx
28 May 2007, 06:33 PM

wait and see.. pantang maut sebelum ajal.. sesuungguhnya putus asa itu adalah salah satu sifat yang lemah pada manusia so ni ada lah satu usaha gak.. :p
cari_duit2007
28 May 2007, 06:37 PM
wait and see.. pantang maut sebelum ajal.. sesuungguhnya putus asa itu adalah salah satu sifat yang lemah pada manusia so ni ada lah satu usaha gak.. :p
OK..just follow your rules:D
din5627
28 May 2007, 06:47 PM
yeah !~
aku sokong MTUC !
kesian gak aku tengok mak aku tu...
dier pernah mengeluh gaji dier x naik...
gaji ayah aku je yg naik~
haha
hope gov akan naik kan gaji perkerje swasta...
minyak naik,harge makanan naik,kos sara hidup naik...
gaji je x naik....
ades~
aku nak buat mogok supaya gov naik kan duit scolarship student kat msia nie ~ huhuh..lalalalala~
flizzoe
28 May 2007, 06:55 PM

aku takut nanti kau yang kena buang uni.. kebetulan ramai graduan menganggurkan... so.. skarang ni.. kasi kurangkan student uni, nanti kurang la graduan menganggur :D:D
ripzer
28 May 2007, 07:03 PM
aku takut nanti kau yang kena buang uni.. kebetulan ramai graduan menganggurkan... so.. skarang ni.. kasi kurangkan student uni, nanti kurang la graduan menganggur :D:D
wkaakaka. buang student, sape nak ganti paklah..eh silap.. org tak blajo la bole ganti dia. sesuai.hahaha
student menganggur tu sebab budak2 ni nak org suap kan je.tak tau cari keje..kalau cari keje pon,nak pangkat tinggi tapi kerja skit..haram la nak dapat kerja.kakakaak.
zam4ever
28 May 2007, 07:07 PM
Yes, I do agree that pay raise is good thing, but I want to see government staffs become more productive and deliver the best services to us.
cheers
hanzahar
28 May 2007, 07:20 PM
aku takut nanti kau yang kena buang uni.. kebetulan ramai graduan menganggurkan... so.. skarang ni.. kasi kurangkan student uni, nanti kurang la graduan menganggur :D:D
up kan standard kasi entry requirement susah giler = tk ramai dpt masok U = U grad sikit = U grad tak jual anggur :D
hanzahar
28 May 2007, 07:21 PM
Yes, I do agree that pay raise is good thing, but I want to see government staffs become more productive and deliver the best services to us.
cheers
ya less bribe :p
flizzoe
28 May 2007, 07:23 PM
up kan standard kasi entry requirement susah giler = tk ramai dpt masok U = U grad sikit = U grad tak jual anggur :D
aku setuju sangat yang ni.. cadangan aku.. letakkan akhlak sebagai salah satu requirement.. miahahaha... biar yang perangai ntah apa2 tak dapat masuk uni.. baru ler graduan berkualiti -> nanti bila kerja produktiviti tinggi -> negara + company untung banyak -> senang kasi naik gaji ;);)
hanzahar
28 May 2007, 07:28 PM
aku setuju sangat yang ni.. cadangan aku.. letakkan akhlak sebagai salah satu requirement.. miahahaha... biar yang perangai ntah apa2 tak dapat masuk uni.. baru ler graduan berkualiti -> nanti bila kerja produktiviti tinggi -> negara + company untung banyak -> senang kasi naik gaji ;);)
standard high nanti byk foreigners mai msia blj = demand RM = economy Up = Gaji Up = bersamamu on TV berkurangan :p
fayeez
28 May 2007, 08:49 PM
private sector bekerja equally as hard as pekerja kerajaan.malah aku rasa private sector keje lebih sedikit. cam aku, keje sampai sabtu ahad.weekdays balik kol 9 10 malam..kenapa? sebab duit company bergantung kepada project.kalau pekerja malas, duit tak masuk , company tak maju.Kerajaan? keje pagi balik petang everyday tak yah risau gaji masuk lambat...ada betul ke aku cakap ni? kalau salah sila betul kan....
HOTWHEELS
29 May 2007, 12:40 AM
aku dah start pon dah... kalo untung korang sampai nampak lah muka aku kat tv... nanti....warghhh... satu warga kuala lumpur mesti bengang... paling bengang chairman... aku ler....
get ready standby...standby....jeng jeng jeng
dhomnirhahs
30 May 2007, 09:32 AM
betul tuh.. da lama aku meleleh air liur tiap x pembentangan bajet (dulu belanjawan )tiap ari jumaat tuh...asik2 gov jer dpt bonus.. alasan: gov nyer gaji kecik... peh..mmg akui krja gov sebenarnyer lg baik dr swasta.. lain la org swasta tu ade pangkat besar.. mmg arr gaji nyer melampau2 beso.. tp aku x agak pn akan d luluskn gov... biasalah.. mana leh lawan toke...rezeki ade d mana2.. usaha sikit arr:D
time swasta dapat bonus 5-6 bulan xde pun staff gomen nak melenting lentang .. lol ..
dhomnirhahs
30 May 2007, 09:33 AM
Kerajaan? keje pagi balik petang everyday tak yah risau gaji masuk lambat...ada betul ke aku cakap ni? kalau salah sila betul kan....
ko pasti ? :rolleyes:
fathom11
02 Jun 2007, 12:46 PM
biasa la kerajaan malaysia nie... kalau die nak kasi bersyukur jela...hu2..
tapi setahu aku ade maksud yang mendalam disebalik kenaikan tuu...he2..:D
xkan korang semua xleh nak agak kot....
candleinmay
02 Jun 2007, 02:07 PM
biasa la kerajaan malaysia nie... kalau die nak kasi bersyukur jela...hu2..
tapi setahu aku ade maksud yang mendalam disebalik kenaikan tuu...he2..:D
xkan korang semua xleh nak agak kot....
berbalik semula lah ke politik... politik...politik dan pilihanraya...:p
freelance
02 Jun 2007, 09:49 PM
biasa la kerajaan malaysia nie... kalau die nak kasi bersyukur jela...hu2..
tapi setahu aku ade maksud yang mendalam disebalik kenaikan tuu...he2..:D
xkan korang semua xleh nak agak kot....
aku dah agak dah...kenaikkan gaji yg diumumkan oleh kerajaan akan timbul plak mcm2 cth seperti ayat diatas..he he he kalau x naik plak gaji tu mesti kata kerajaan kita ni zalim..susah gak yek jadi gomen ni...tapi bila pikir balik biasalah mana leh puas kan hati semua..lagi satu kalau dah pembangkang mesti lah bangkang jer keje nyer takkan nak sokong lak kan? kalau org x suka..buat lah kebaikkan sebesar gunung pun mesti kesalahan dan keburukkan juga yg org nampak...alahai kesiannya gomen....peace! :rolleyes:
elmyda
02 Jun 2007, 09:56 PM
hehehehehee... no comment
vBulletin® v3.7.4, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.