PDA

View Full Version : Gaji Kakitangan Kerajaan Naik Baguskah atau sebaliknya??


chrome76
24 May 2007, 01:03 PM
Assalammualaikum dan salam sejahtera...

minggu ni semua pekerja kerajaan senyum lebaq sebab dpt kenaikan gaji.. dlm pada tu byk pekerja2 swasta dok mengeluh... reason depa.. nanti naik la harga barang2.... semua nampak yg -ve saja... aku nak betulkan sket....

dari sudut ekonomi..

pekerja kerajaan ni.. xlah semewah mana.. sebab golongan yg terbesar adalah dlm kategori sokongan I yg dpt kenaikan 25%.. dan juga sokongan II yg naik 35%... kami semua.. dpt duit.. bukan nak spend kt luar negeri ka beli brg import ka.. kami beli yg dlm negeri gak.. makin ramai yg mampu makan kt luar dlm seminggu maybe sekali berbanding sebelum ni sebulan sekali... so takkah peniaga2 untung?? permintaan makin bertambah.. dan secara tak langsung ekonomi kita pun maju...

yg benefit pun semua rakyat... extra income to be spent... dan akhirnya laba tu akan dpt gak kt kakitangan swasta... ingat lagi masa tahun 90-an?? semua org nak keja swasta... bygkan keja kilang buleh pakai keta.. keja gomen?? hmm.. telan air liur jelah...

sapa2 ada pendapat mari2 kongsikan..

mrgunn
24 May 2007, 01:08 PM
alhamdulilah...
aku sebagai staf goment bersyukur dengan kenaikan ini.. bukan apa.. sehingga kini gaji yang aku dapat langsung tidak mencukupi untuk perbelanjaan contohnya.. nak sampai ujung bulan jer aku terpaksa cari altenatif lain untuk berbelanja.. samada ambil dari tabung kecemasan, pinjam dari aweks. dan macam lagi.. so aku rasa dengan kenaikan ini aku rasa dapat meringankan beban aku ni.. itu jer pendapat aku.. dan aku bersyukur dengan apa yang aku terima.. muhasabah diri.. walaupun pihak swasta tak naik gaji.. ada rezeki dari lain cuma kita berpegang teguh pada-Nya.. insayaallah ada la rezeki tu.. jangan bimbang..

terima kasih

nurul
24 May 2007, 01:09 PM
aiyarkkk cite gaji gomen lagi ke.. hehe :D

zenbaya
24 May 2007, 01:11 PM
Assalammualaikum dan salam sejahtera...

minggu ni semua pekerja kerajaan senyum lebaq sebab dpt kenaikan gaji.. dlm pada tu byk pekerja2 swasta dok mengeluh... reason depa.. nanti naik la harga barang2.... semua nampak yg -ve saja... aku nak betulkan sket....

dari sudut ekonomi..

pekerja kerajaan ni.. xlah semewah mana.. sebab golongan yg terbesar adalah dlm kategori sokongan I yg dpt kenaikan 25%.. dan juga sokongan II yg naik 35%... kami semua.. dpt duit.. bukan nak spend kt luar negeri ka beli brg import ka.. kami beli yg dlm negeri gak.. makin ramai yg mampu makan kt luar dlm seminggu maybe sekali berbanding sebelum ni sebulan sekali... so takkah peniaga2 untung?? permintaan makin bertambah.. dan secara tak langsung ekonomi kita pun maju...

yg benefit pun semua rakyat... extra income to be spent... dan akhirnya laba tu akan dpt gak kt kakitangan swasta... ingat lagi masa tahun 90-an?? semua org nak keja swasta... bygkan keja kilang buleh pakai keta.. keja gomen?? hmm.. telan air liur jelah...

sapa2 ada pendapat mari2 kongsikan..
rasa2 cik chrome..kalu tulis dlm paper..musti feed back baik punyaa!!:D

azmimazda
24 May 2007, 10:06 PM
apa2 pun gaji tetap naik cuma yg x best boleh buat org naik minyak sebab belum apa2 pun harga brg dh start naik.. kepala lutut ayam betul la tokey2 besar ni... suka sgt mengambil kesempatan sebab nk untung lg cepat dan lagi besar....

zaf2020
24 May 2007, 10:41 PM
apa2 pun gaji tetap naik cuma yg x best boleh buat org naik minyak sebab belum apa2 pun harga brg dh start naik.. kepala lutut ayam betul la tokey2 besar ni... suka sgt mengambil kesempatan sebab nk untung lg cepat dan lagi besar....

berita tadi.... ada kedai nasi kandar awai2 dah tukar list harga makanan.....ada ke harga roti sardin sampai RM3.00....tapi yg bestnyerrrr depa masih kira harga lama lagi....punya la semangat nak naik harga makanan sampai list harga dah pamer awai2 lagi....semuanya dok tunggu 'greenlight' dari 'persatuan' aje....:mad:

azmimazda
24 May 2007, 10:47 PM
itulah pasal awek cun oiii.. nasib baik la aku ni x suka mkn kt kedai mamak.. tp nk buat camna kalau kerajaan x naik gaji pun harga brg tetap naik gak.. mmg sengaja nk cr alasan jer peniaga2 yg tamak tu...

bizpro
24 May 2007, 11:50 PM
kenape hanya kakitangan kerajaan yg dapat naik gaji? byk harap kakitangan swata pun dpt naik gaji lah

jaih
25 May 2007, 08:02 AM
bagi kakitangan federal takdak problem nak naik gaji seperti yg diumumkan..skang ni problem yg kakitangan negeri atau state. Contohnya pahang.. kerajaan negeri pahang terpaksa bertungkus lumus utk cari duit yg lebeh utk cover kenaikan yg diumumkan...


p/s: pas ni jgn terkejut kalu majlis perbandaran kuantan lagi cergas menyaman keta korang hehehe...aku sendiri dah ada sepluh helai

ruspadu
25 May 2007, 08:59 AM
aku pun tumpang gembira la bila gaji ktgn gomen naik ....... dpt la tumpang bini punya........ bagi yg kija sdiri mcm aku ni... bila la aku nak naik kan gaji aku sdiri...

lilnaldo98
25 May 2007, 11:05 AM
aku pun bersyukur naik kenaikan baru-baru nie...maklumlah 15 tahun x ada semakan gaji dibuat....peniaga naik harga barang tuh aku cukup bila gaji naik tuh aku betul2 cukup pantang dengar.....kerjaan patut ketat penguakuasaan undang....saman dan heret ke mahkamah...kalo boleh penjarakan dalang tuh..biar takut pada kerajaan..setakut-takutnya. bagi aku skrang penyamun sebenar adalah pengilang.....kalo x ada tidakan berani dan tegas kerajaan jawabnya meranalah rakyat.......lagipun KERAJAAN BN kena beringat....kerajaan skrang dipilih oleh rakyat bukannya untuk ditindas oleh kerajaan mahupun orang lain yangmengambil kesempatan..tetapi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat (erti kata sebenar rakyat boleh membeli harga barang asas rendah,minyak petrol murah). Selain dari itu, kalo barangan istilah barangan bukan keperluan asas atau mewah....naiklah cukai agar kerjaan boleh jana pendapatan negara ...kerana bagi kami benda semua itu tak penting kerana bukan semua golongan perluakan barangan mewah..semua golongan nakkan barangan asas rendah.....barulah kesejahteraan terjamin.....

Pasal kakitangan swasta..aku simpati kalo korang kena bahangnya kenaikan gaji kami ni....tapi bagi aku le...alternatif terbaik untuk balance kan benda nie...KERAJAAN BN patut turun kan harga minyak....kerana harga RM dan mengukuh 3.39 sedolar berbanding pada tambatan ringgit RM 3.80 sedollar....banyak beza tuh....dan lagi kerajaan patut kawal harga tepung dan minyak masak...heran betul aku, kita pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia...tapi masih tak mampu nak rendahkan nilai minyak masak sendiri.....sbb kita yang keluarkan minyak kelapa sawit so sepatutnya kita patut dapat harga rendah.....skurang-kurangnya benda dikawal..maka harga akan stbil dan mampu beli oleh semua golongan sama ada swasta mahupun kakitangan awam dan lebih-lebih lagi petani....

azmimazda
25 May 2007, 11:14 AM
that why la kerajaan perlu tugas.. ni ler fungsi kementerian dlm negeri dan hal ehwal pengguna... jgn pandai ckp jer tp penguatkuasaan xde apa2...

bida
25 May 2007, 11:30 AM
smlm d tv3 kluar brita 7 buah supermarket nak turunkan harga, harap yg lainpun ikut jejak langkah supermaket ni.

azmimazda
25 May 2007, 11:35 AM
yup itulah cara yg bagus... patut dicontohi peniaga lain..

bida
25 May 2007, 12:02 PM
yup itulah cara yg bagus... patut dicontohi peniaga lain..

dulu kalo nak shopping barang $100 bleh penuh troli, skrng ni dgn harga tu cuma bawa bakul je...

azmimazda
25 May 2007, 12:21 PM
jgn ler citer zaman dulu beb.. nk dpt duit rm100 pun susah hehehe... tp iyerla bila dh makin maju.. kos hidup makin meningkat.. yg kaya terus kaya.. yg miskin terus miskin.. apa boleh buat... adat dunia ekonomi kapitalis...

hilal77
25 May 2007, 12:21 PM
maybe gomen ingat , org gomen je kot yang undi dorang, tu yang dorang tak terpkikir pasal swasta, atau semi gomen..

bida
25 May 2007, 12:23 PM
mesti staff swasta ni?

bida
25 May 2007, 01:03 PM
CUEPACS isytihar perang terhadap peniaga naikkan harga

SEORANG pekerja restoran Pelita Samudra Sdn. Bhd. mengubah semula tanda harga makanan dan minuman selepas diarahkan berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP di Petaling Jaya, semalam. – Gambar Azrul Edham Mohd Aminuddin.

KUALA LUMPUR 24 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap para peniaga yang menaikkan harga barang.

Bagi menggerakkan kira-kira satu juta ahlinya memantau harga barang di seluruh negara, Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, Sekretariat Aduan Harga akan ditubuhkan dalam kesatuan sekerja sektor awam itu.

‘‘CUEPACS akan gerakkan kesemua ahli untuk memantau harga barangan dan mereka akan membuat aduan dengan menghubungi sekretariat berkenaan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Omar, penubuhan sekretariat itu adalah komitmen CUEPACS untuk memastikan kenaikan gaji kakitangan sektor awam tidak dimanipulasi oleh peniaga yang tamak untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Beliau berkata, ahli-ahli kesatuan sekerja itu “tidak rela penghargaan yang diberikan oleh kerajaan dalam bentuk kenaikan gaji dirompak oleh peniaga-peniaga yang tamak.”

Katanya, terdapat peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan memberi pelbagai helah untuk menaikkan harga barangan terutama makanan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam Isnin lalu.

Kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara 7.5 hingga 35 peratus manakala anggota polis dan tentera pula menikmati kenaikan gaji antara 9 hingga 42 peratus berkuat kuasa 1 Julai ini.

Omar menegaskan, kakitangan awam perlu bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan agar kenaikan gaji yang diumumkan itu benar-benar memberi faedah kepada mereka.

‘‘Saya juga meminta ahli-ahli CUEPACS menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna dengan memboikot mana-mana peniaga yang tidak prihatin dengan nasib para pekerja sektor awam,’’ ujarnya.

Omar menambah, segala maklumat yang diperoleh menerusi Sekretariat Aduan Harga akan terus dibawa kepada pengetahuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal untuk tindakan lanjut.

Beliau juga mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Kawalan Harga melibatkan kesemua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan di peringkat negeri.

‘‘Suruhanjaya ini kemudian boleh diperkembangkan di peringkat daerah, zon dan taman-taman perumahan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat,’’ jelasnya.

freelance
25 May 2007, 02:02 PM
maybe gomen ingat , org gomen je kot yang undi dorang, tu yang dorang tak terpkikir pasal swasta, atau semi gomen..

hi hi hi...bro bayangkan ko ni bisnesman dan ko ni bos lah...buka company..ada lebih kurang 300org staff lah katakan...pastu kerajaan umumkan kenaikkan gaji kakitangan kerajaan..pastu plak kerajaan arahkan semua company swasta wajib gak naikkan gaji pekerja mereka..rasa2 ko..patut ke x kerajaan buat cam tu? atau sepatutnya kerajaan hanya leh galakkan jer swasta ikut langkah kerajaan? sbb keuntungan company terpulang pada pengurusan yer x? ker cam ner? :D

azmimazda
25 May 2007, 09:17 PM
iyerla kerajaan xleh nk arahkan swasta sesuka hati gak.. akan lebih byk implikasi negatif pada masa depan ekonomi negara... bukan kami xbersimpati tp kena paham sebab kadar gaji yg makin tinggi pun menyebabkan pelabur mencari kwsn pelaburan yg mempunyai kos buruh yg paling rendah.. sudah semestinya negara china.. so itu kesan buruk pd pendapatan negara...

peija06
25 May 2007, 10:40 PM
syukurr..:D:D:D

apepon, kenaikan gaji ni bakal berpotensi mengukuhkan ekonomi negara..
dah naik gaji, transaction akan jd lebih byk, ekonomi pn rancak bergerak..
insyallah ringgit semakin kukuh lpas ni..ameen..;)

realmxme
26 May 2007, 02:45 AM
syukurr..:D:D:D

apepon, kenaikan gaji ni bakal berpotensi mengukuhkan ekonomi negara..
dah naik gaji, transaction akan jd lebih byk, ekonomi pn rancak bergerak..
insyallah ringgit semakin kukuh lpas ni..ameen..;)

kalau macam tu MYR bull lah camnie.. keke:p

bida
28 May 2007, 11:37 AM
2,000 barang turun harga
Enam pasar raya besar jayakan kempen jual produk pada kadar rendah: Shafie

KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 barang keperluan terpilih di seluruh negara dijangka dijual pada harga hingga 30 peratus lebih rendah mulai minggu ini berikutan langkah kerajaan dan pengusaha pasar raya besar melaksanakan inisiatif penurunan harga.

Inisiatif bersepadu secara besar-besaran yang dikenali Kempen Penurunan Harga itu akan dilancarkan di sebuah pasar raya besar di sini, minggu ini sebagai penggerak untuk semua peniaga turut menurunkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan harga barangan pada paras semasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal (gambar), berkata kempen dengan kerjasama beberapa pengusaha pasar raya besar itu bertujuan membendung peningkatan harga barang berikutan pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam minggu lalu.

Beliau berkata, secara umumnya pengusaha terbabit sudah bersetuju untuk menurunkan harga pelbagai barang keperluan yang dijual di gedung mereka sebanyak antara 20 peratus hingga 30 peratus bagi mendorong peniaga lain mengambil langkah sama.

“Kita yakin pelancaran kempen ini akan memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barang keperluan bermutu pada harga rendah,” katanya selepas menyertai Ops Gaji yang membabitkan pemeriksaan harga barangan di Pasar Besar Banting, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Roslan Mahayuddin; Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Iskandar Halim Sulaiman dan Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Othman Nawang.

Shafie berkata, kempen penurunan harga itu juga dibuat sebagai saluran untuk membolehkan orang ramai memboikot peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati berikutan pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam.

Khamis lalu, beliau mengumumkan enam pasar raya besar dan gedung beli-belah sudah menyatakan komitmen untuk menurunkan harga barang keperluan berikutan kebimbangan orang ramai mengenai peningkatan harga barang selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji sektor awam.

Pasar raya besar dan gedung beli-belah itu ialah Carrefour, Giant, Tesco, Mydin, The Store dan Jaya Jusco tetapi mereka belum dapat mengesahkan tempoh untuk melaksanakan penurunan barang keperluan berkenaan.

Bagaimanapun beberapa pengusaha pasar raya besar terbabit dilaporkan sudah mula melaksanakan inisiatif penurunan harga bagi 2,000 barang keperluan menerusi kempen masing-masing yang dijalankan sebagai strategi pemasaran mereka sendiri sejak bulan lalu.

Shafie berkata, KPDNHEP mempelawa pengusaha pasar raya besar dan gedung beli belah menyertai Kempen Penurunan Harga yang akan dilancarkan itu dan ketika ini, mereka dalam proses menyenaraikan harga barang yang akan terbabit.

Antara barang yang dijangka terbabit dalam Kempen Penurunan Harga itu termasuk makanan basah dan keperluan dapur seperti ayam, daging, ikan, sayur, bawang, kentang, cili, minyak masak serta kegunaan harian termasuk lampin bayi, susu tepung, serta beberapa barangan elektrik.

Mengenai Ops Gaji yang dilancarkan KPDNHEP sejak Isnin lalu bagi membendung masalah kenaikan harga barang di seluruh negara, Shafie berkata, pihaknya akan bertindak tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Katanya, KPDNHEP sudah memeriksa 15,206 premis di seluruh negara sejak Ops Gaji dimulakan pada 21 Mei hingga semalam dan barangan bernilai RM64,553 disita manakala kompaun berjumlah RM7,630 dikenakan terhadap peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, sebanyak 121 kes dikesan kerana melanggar Akta Kawalan Harga 1946, Akta Perihal Dagangan 1972 serta Akta Timbang dan Sukat 1972, selain kes membabitkan aduan orang ramai terhadap peniaga menaikkan harga barangan bukan kawalan tanpa alasan munasabah.

Shafie berkata, peniaga yang ingkar mematuhi arahan untuk mengekalkan harga barangan berdepan dengan tindakan tegas termasuk lesen perniagaan mereka akan ditarik atau dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Langkah itu perlu kerana kita mendapat aduan mengenai ada peniaga yang mengekal atau menurunkan harga hanya ketika operasi KPDNHEP dijalankan tetapi bertindak menaikkannya semula apabila operasi dibuat di tempat lain.

“Tindakan tegas menarik balik atau membatalkan lesen peniaga ingkar itu juga perlu dilaksanakan sebagai pengajaran kepada mereka yang melakukan kesalahan berulang atau tidak mengendahkan langsung arahan supaya tidak menaikkan harga,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kementeriannya tidak cekap atau proaktif dalam menangani isu kenaikan mendadak harga barang sebaliknya menegaskan ia akan memastikan pemantauan akan dibuat secara berterusan.

“Kementerian bukan hanya menyiasat, malah aktif menyertai operasi yang dibuat di seluruh negara. Contohnya saya sendiri menyertai operasi di Banting hari ini (semalam) dan kita akan teruskan tindakan turun padang begini untuk memastikan kepentingan pengguna dipelihara.

“Kita perlu bekerjasama membanteras masalah ini, bukannya menuding jari mendakwa ada yang tidak membuat kerja. Kementerian sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan akan terus melaksanakan arahan kerajaan yang mahukan isu kenaikan harga barangan ditangani,” katanya.

budak
28 May 2007, 06:00 PM
aku pun tumpang gembira la bila gaji ktgn gomen naik ....... dpt la tumpang bini punya........ bagi yg kija sdiri mcm aku ni... bila la aku nak naik kan gaji aku sdiri...

ekekek ko bole naik turun gaji ko sesuke ati lg best

bida
28 May 2007, 06:14 PM
keje sendiri bleh kasi naik, turun dan x nak gaji pon bleh:D

HOTWHEELS
28 May 2007, 11:55 PM
keje sendiri bleh kasi naik, turun dan x nak gaji pon bleh:D

gamen naik ler aku kecundang lai nie... melampau melampau... lepas nie KJ pegang tak tau ler... boleh up ke tidak... malu woo kat mak mertua... gaji kecik... gatai nak nikah anak dia...

isk isk isk... susahhhhnyer nak jadi senang... kerja rajin2 pun tak siapa yang peduli

ManoLito
28 May 2007, 11:57 PM
kalau naik lagi byk lagi bagus..sebab org umah aku keje gomen:D:D

HOTWHEELS
28 May 2007, 11:59 PM
kalau naik lagi byk lagi bagus..sebab org umah aku keje gomen:D:D

pulok dohh:P

bida
29 May 2007, 12:00 AM
gamen naik ler aku kecundang lai nie... melampau melampau... lepas nie KJ pegang tak tau ler... boleh up ke tidak... malu woo kat mak mertua... gaji kecik... gatai nak nikah anak dia...

isk isk isk... susahhhhnyer nak jadi senang... kerja rajin2 pun tak siapa yang peduli

kekeke....:D:D:D

erzua_anna
29 May 2007, 12:05 AM
klu p'gangur dpt gaji ag best...:D:D:p nak keja kerajaan la lain kali..:D:D

HOTWHEELS
29 May 2007, 12:05 AM
kekeke....:D:D:D

ko gelak kan aku nyer bida..... :cool:

akamature
29 May 2007, 12:06 AM
uish, ketingalan plak isue sensitive nie...tak adil la ini mcm, gomen asik naikkan gaji pekerja dia aje, mcm mana plak dgn pekerja yg bekerja kat private company?...sepatutnya, gomen kluarkan memorandum yg mengatakan private company kena naikkan gaji jugak selaras dengan kenaikan pekerja2 gomen nie, barulah adil n saksama....

bida
29 May 2007, 12:14 AM
ko gelak kan aku nyer bida..... :cool:

ko beriya2 tul nak kawen..sampai gatai2 woo....aku nasihat ngan ko jangan tunggu lama2......bisa repot pak!:D

HOTWHEELS
29 May 2007, 12:23 AM
ko beriya2 tul nak kawen..sampai gatai2 woo....aku nasihat ngan ko jangan tunggu lama2......bisa repot pak!:D

hehehehe.... bosan ler duk sorang aku nie bukan kaki jalan... buat name join club sane sini... pasal aktiviti luar aku tak suke... lagi pun jadual kerja aku aneh skit... tue pasal aku jarang bersosial... dapat chance nak kawin... apa lagik.... keh keh keh....

pekerja swasta ke buat union macam nie... kerja macam batak... minum milo ais dah 1.80kupang... samy vellu aku dah derma kat dia hari hari (waktu bekerja)...
penangkutan awam macam chips more.... mati lah cam nie... dah tue over time pun kena catu....

over time kat fx jerk lah nampak gaya nyer

HOTWHEELS
29 May 2007, 12:26 AM
uish, ketingalan plak isue sensitive nie...tak adil la ini mcm, gomen asik naikkan gaji pekerja dia aje, mcm mana plak dgn pekerja yg bekerja kat private company?...sepatutnya, gomen kluarkan memorandum yg mengatakan private company kena naikkan gaji jugak selaras dengan kenaikan pekerja2 gomen nie, barulah adil n saksama....

mungkin strategi pancing jek kot... undi undi... suke ke tak mesti mau tuka si samy tue.... cost rambut dia mahal giler... mau tak minyak tar jalan bertong tong mau kasi lekat sama itu rambut

bida
29 May 2007, 12:46 AM
hehehehe.... bosan ler duk sorang aku nie bukan kaki jalan... buat name join club sane sini... pasal aktiviti luar aku tak suke... lagi pun jadual kerja aku aneh skit... tue pasal aku jarang bersosial... dapat chance nak kawin... apa lagik.... keh keh keh....

pekerja swasta ke buat union macam nie... kerja macam batak... minum milo ais dah 1.80kupang... samy vellu aku dah derma kat dia hari hari (waktu bekerja)...
penangkutan awam macam chips more.... mati lah cam nie... dah tue over time pun kena catu....

over time kat fx jerk lah nampak gaya nyer

aku x tau plk ko ni kurang bersosial, cara ko ni ada sket cam aku x suke kumpul2 ngan member, kecuali bt deal bisnes, famili dan orang2 terdekat dan mesti ada sb yg munasabah baru nak jumpa, kalo xder nak buat konfim dpn pc je, baca buku, tv, karaoke.

HOTWHEELS
29 May 2007, 12:56 AM
aku x tau plk ko ni kurang bersosial, cara ko ni ada sket cam aku x suke kumpul2 ngan member, kecuali bt deal bisnes, famili dan orang2 terdekat dan mesti ada sb yg munasabah baru nak jumpa, kalo xder nak buat konfim dpn pc je, baca buku, tv, karaoke.

yup.... hampir sama cume masa lapang jerk berbeza skit... pasal aku tak suke karaoke suara sengauuu... bile nanyi...macam katun bile bercakap... dan paling sayu bile borak ngan famili... al maklum ler jarang jumpe... :D

bida
29 May 2007, 01:06 AM
x susah yg penting minat dan usaha:D...dlm 6 bulan gerenti bleh punya, setahun bleh ikut competition dah.

HOTWHEELS
29 May 2007, 01:10 AM
x susah yg penting minat dan usaha:D...dlm 6 bulan gerenti bleh punya, setahun bleh ikut competition dah.

minat mmg minat... aku duk belakang skit jerk... layan drum... nyanyi serius wa mmg hancur...wahhahaha

bida
29 May 2007, 01:20 AM
minat mmg minat... aku duk belakang skit jerk... layan drum... nyanyi serius wa mmg hancur...wahhahaha

muahaha......aku drum mmg beterabur, tpi kira satu geng ngan senisuara le tu, ah! dah menyimpang jauh dah topik kitaorang ni.:D

HOTWHEELS
29 May 2007, 01:25 AM
muahaha......aku drum mmg beterabur, tpi kira satu geng ngan senisuara le tu, ah! dah menyimpang jauh dah topik kitaorang ni.:D

wahahhahhaa tapi ader kena mengena skit gak... aku jam drum syarikat aku nyer... depa ader sediakan port nak lepas geram... dedikasi CEO yang lepas... CEO baru... yang dia tau sign autograf jerk...:cool:

bida
29 May 2007, 01:35 AM
wahahhahhaa tapi ader kena mengena skit gak... aku jam drum syarikat aku nyer... depa ader sediakan port nak lepas geram... dedikasi CEO yang lepas... CEO baru... yang dia tau sign autograf jerk...:cool:

terer ko men bende yek........k la bro aku nak offline dah.

HOTWHEELS
29 May 2007, 01:37 AM
terer ko men bende yek........k la bro aku nak offline dah.

orait kim salam kat pak lah kalo ko jumpe dia... cakap aku pesan suh naik kan gaji kami... leh mampuss kalo terusan macam nie... peace:D

bida
29 May 2007, 09:36 AM
orait kim salam kat pak lah kalo ko jumpe dia... cakap aku pesan suh naik kan gaji kami... leh mampuss kalo terusan macam nie... peace:D

pak lah bgi tau cadangan akan dipertimbangkan tpi kene tunggu budget masih ada lgi ke xder.:D

NEMO
29 May 2007, 10:50 AM
orait kim salam kat pak lah kalo ko jumpe dia... cakap aku pesan suh naik kan gaji kami... leh mampuss kalo terusan macam nie... peace:D

nah no tepon pak lah. 03-8888 8000..tepon je terus..

xpon tepon je menantu pak lah si khairy..03-40440159


selamat mencuba..:D

bida
29 May 2007, 10:53 AM
nah no tepon pak lah. 03-8888 8000..tepon je terus..

xpon tepon je menantu pak lah si khairy..03-40440159


selamat mencuba..:D

aku rasa ko ni wartawan sambilan...betul ke?

NEMO
29 May 2007, 10:58 AM
aku rasa ko ni wartawan sambilan...betul ke?

xde la...cuma kaki jaga tepi kain orang jer:D

bida
29 May 2007, 11:01 AM
xde la...cuma kaki jaga tepi kain orang jer:D

sama le tu...pic sume jenis datuk2pon ko ada.

HOTWHEELS
29 May 2007, 02:26 PM
nah no tepon pak lah. 03-8888 8000..tepon je terus..

xpon tepon je menantu pak lah si khairy..03-40440159


selamat mencuba..:D

bulan depan khairy jadi bos aku... hmmm... ader ke chance naik gaji?... media prima ok ker??

moneymax
29 May 2007, 02:43 PM
sepanjang berkhidmat sebagai GRO dia pernah melihat slip gaji rakannya mencecah RM25,000 sebulan

Ramai gadis termasuk yang berpendidikan tinggi sanggup bekerja sebagai GRO karaoke mewah di ibu kota berikutan majikannya menyediakan slip gaji sebagai kemudahan kepada golongan itu untuk membuat pinjaman bank dan membeli kereta.


Karaoke mewah terbabit dikatakan menyediakan slip gaji kepada pekerjanya sebagai kemudahan ketika berurusan dengan pihak yang memerlukan untuk memberi pinjaman atau membeli barangan rumah.

Kaedah menyediakan slip gaji kepada GRO juga adalah senjata utama pengusahanya untuk menarik gadis lain bekerja di situ, selain sebagai strategi menghadapi saingan pusat karaoke lain.

Gadis berusia 18 hingga 28 tahun yang bekerja di pusat karaoke mewah berkenaan dikatakan perlu memenuhi segala permintaan pelanggannya ketika mereka berhibur berikutan caj ‘booking girl’ akan dimasukkan sekali dalam resit minuman.

Difahamkan, seorang gadis yang berkhidmat sebagai GRO di premis itu pernah mencipta rekod apabila memperoleh RM25,000 sebulan kerana kepandaiannya melayan pelanggan sehingga setiap kali berkunjung ke karaoke itu, pelanggan akan cuba mendapatkan khidmatnya.

Gadis yang bekerja di pusat karaoke itu dikatakan bekerja hanya beberapa bulan, sebelum berhijrah ke tempat lain dan ada antara mereka menjadi perempuan simpanan golongan VIP dan ahli perniagaan.

Seorang bekas GRO dikenali sebagai Rinie berusia 20-an ketika mendedahkan perkara itu kepada Harian Metro berkata, selain slip gaji, GRO terbabit turut mempunyai kad perakam waktu ketika mula bertugas dan gaji mereka akan dipotong RM10 bagi setiap minit jika lewat.

Menurutnya, sepanjang berkhidmat di premis terbabit kehidupannya mewah berikutan setiap malam menemani VIP serta golongan atasan yang turut memberi ‘tip’ (duit poket).

“Sepanjang berkhidmat di karaoke mewah itu, saya pernah meraih pendapatan hampir RM10,000 setiap bulan dengan hanya menemani VIP dan golongan atasan bernyanyi sambil berhibur.

“Premis ini caranya memang berlainan kerana pekerja yang ingin berkhidmat perlu berjumpa ‘mami’ dan diarahkan memenuhi segala permintaan pelanggan jika ingin bekerja dengan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, setiap kali pelanggan mengajak menemani mereka minum dan bersembang sambil berhibur, premis terbabit akan mengenakan caj RM300 dan semuanya akan dimasukkan dalam bil minuman.

Menurutnya, setiap kali menemani pelanggan berhibur pelbagai ragam terpaksa ditempuhi sehingga sesekali melakukan perkara yang tidak senonoh di dalam bilik karaoke itu, termasuk dalam bilik air.

“Kami hanya bekerja selama enam jam bermula jam 9 malam hingga 3 pagi dan setiap malam premis terbabit dipenuhi pelanggan tetapi semua golongan atasan termasuk pelancong asing seperti dari Jepun dan Eropah.

“Pelanggan yang memasuki karaoke itu perlu mempunyai wang lebih RM10,000 kerana caj bilik untuk berkaraoke saja bernilai lebih RM3,000 manakala minuman mengikut jenis dan semuanya boleh dikatakan mahal,” katanya.

Rinie berkata, sepanjang berkhidmat sebagai GRO dia pernah melihat slip gaji rakannya mencecah RM25,000 sebulan.

Apabila ditanya sama ada selesa bekerja di karaoke itu kerana menyediakan slip gaji, Rinie berkata dia memang selesa bekerja di karaoke itu berikutan pelbagai kemudahan disediakan berbanding premis lain.

NEMO
29 May 2007, 02:46 PM
nape..gaji GRO naik jugak ker..:D

HOTWHEELS
29 May 2007, 02:56 PM
gigolo nyer rate ader tak...

anbu-san
29 May 2007, 03:07 PM
nape..gaji GRO naik jugak ker..:D

naik le sbb makin ramai yg x mampu p malam punye kelab da bleh pegi sbb gaji da naik ekeke

kickasix
29 May 2007, 08:20 PM
baik tak baik mmg smua benda kena naik! hehe...baru orait.. ke nak jadi negara yg makin turun...matawang turun,value rendah, tapi harga maintain, kdg makin up..
semoga malaysia trus naik..amin..sama la ngan negara2 islam..amin..
p/s: harap swasta pun naik! di mana hak anda? -aku bukan swastarian..huhu

moneymax
31 May 2007, 07:53 PM
Air suam 40 sen segelas di Jelebu, Negeri Sembilan



SEREMBAN 30 Mei – Percaya atau tidak, air suam yang dijual di sebuah kedai makan di Kuala Klawang, Jelebu berharga 40 sen segelas?

Tetapi begitulah dakwaan Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunos yang mendedahkan perkara itu selepas mendakwa memperoleh maklumat daripada seorang pemanggil yang membuat aduan kepada pihaknya.

“Pemanggil itu baru menghubungi saya pagi ini, saya pun terkejut dengan harga itu kerana Kuala Klawang merupakan kawasan pinggir bandar, tidak sepatutnya sebegitu tinggi harga segelas air suam.

“Dia juga memberitahu air limau nipis panas di kedai sama yang hanya berharga 80 sen, sekarang sudah melonjak kepada RM1.40 segelas,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Khairuddin berkata, beliau juga pelik dengan kenaikan harga minuman yang amat berleluasa sedangkan bahan yang digunakan hanya air masak, gula dan susu.

Katanya, berdasarkan aduan yang diterima Nesca, minuman berasaskan Milo mencatatkan peningkatan yang amat ketara.

Kenyataan Khairuddin itu ada kebenarannya apabila seorang remaja, Khairil Aifizi Aziz, 18, yang mengaku ketagih Milo datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini bersama resit pembayaran yang menunjukkan harga RM2 bagi segelas Milo ais.

Katanya, harga yang perlu dibayarnya selepas bersarapan bersama seorang rakannya di sebuah restoran 24 jam di Seremban 2 itu amat mengejutkan kerana harga Milo ais di restoran lain hanya RM1.60 segelas.

“Saya tahu sangat dengan harga segelas Milo ais kerana itulah minuman yang saya akan pesan setiap kali menjamu selera di kedai makan.

“Saya amat tidak berpuas hati kerana tidak menyangka ada peniaga yang menaikkan harga minuman sedemikian rupa, ia sudah menghampiri harga segelas jus buah-buahan segar,” katanya.

Minggu lalu, gara-gara harga segelas Milo ais juga, sebuah restoran di Kuala Terengganu dikenakan kompaun berjumlah RM22,500 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu.

moneymax
31 May 2007, 07:56 PM
Milo ais RM2 segelas di Miri



MIRI 30 Mei – Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Miri mengesan terdapat peniaga menjual segelas Milo ais sehingga RM2 dan ini merupakan harga tertinggi pernah dilaporkan setakat ini.

Ketua Cawangannya, Zakaria Awang berkata, alasan peniaga meletakkan harga yang tinggi disebabkan mereka beroperasi pada waktu malam.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan yang dijalankan sejak lima hari lalu mendapati kebanyakan harga minuman itu dijual pada kadar biasa antara RM1.70 dan RM1.80 segelas.

“Kita akan siasat hal ini (harga setiap segelas minuman ais RM2) untuk mengetahui kenapa peniaga meletakkan harga sedemikian rupa.

“Kalau tidak ada alasan munasabah, kita akan memberi nasihat dan meminta peniaga berkenaan menurunkan harga seperti kebanyakan ditawarkan peniaga lain di sini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Zakaria, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan semua pengusaha kedai minuman di Miri bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan kepentingan pengguna.

“Kita mahu dapatkan maklum balas dan penjelasan secara bersemuka dengan mereka berhubung faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan sesuatu harga minuman di bandar raya ini,” jelasnya.

Beliau menambah, pihaknya akan mendedahkan kepada media peniaga yang enggan bekerjasama dari segi penetapan harga patut, selain meminta pengguna memulaukan premis terbabit.

Mengenai bekalan barangan sempena perayaan Gawai Dayak yang berlangsung pada 1 dan 2 Jun ini, beliau berkata, barangan seperti tepung, minyak masak dan telur dijangka mencukupi.

“Pengguna tidak perlu bimbang kerana setakat ini bekalan barangan keperluan mencukupi termasuk barangan basah dan sayuran lain,” katanya.

Setakat ini, menurut Zakaria, pemeriksaan yang dijalankan mendapati rata-rata peniaga menjual harga barangan kawalan mengikut harga siling yang ditetapkan.

“Namun, kita merayu orang ramai di sini supaya melaporkan segera kepada KPDNHEP jika ada peniaga yang menaikkan harga barang pengguna sesuka hati,” ujarnya.

azlann1981
31 May 2007, 09:12 PM
pergh..siot RM 2 segelas milo...

moneymax
31 May 2007, 09:49 PM
kita merayu orang ramai di sini supaya melaporkan segera kepada KPDNHEP jika ada peniaga yang menaikkan harga barang pengguna sesuka hati

Hotline : 1800-886-800

ManoLito
31 May 2007, 10:27 PM
aku nak report laa mamak tempat aku tuh:mad:

bida
01 Jun 2007, 05:38 PM
marilah kita membantu membenteras kenaikan harga barangan dengan sehati sejiwa aktif membuat aduan sekiranya ternampak tokeh2 yg suka mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat.

profesor
02 Jun 2007, 01:01 AM
Elok sgt la dinaikkan... selama ni dah puas kerajaan kikis duit kita... jumlah naik ni pun msh kecil dpd apa yg dah dikikis.. apa2 pun syukur kepada Allah SWT yang murahkan rezeki.. Alhamdulillah..

bida
02 Jun 2007, 01:17 AM
kenaikan gaji harus diikuti dengan pemantauan harga agar harga barangan x naik, kalo x sume kenaikan gaji ni xder erti penat2 je ceupacs buat proposal meeting sana-meeting sini dengan pak lah, akhirnya balik ke pangkal jalan. Kita sebagai rakyat harus menunaikan tanggujawab melaporkan sebarang penyelewengan harga...aku dah mula memantau setiap kali p makan/minum pricing kena cek dulu.