View Full Version : Kalau tidak suka, jangan tengok Astro – Keng Yaik
Sony_Boy
06 May 2007, 11:45 PM
KUALA LUMPUR 5 Mei – Keterlaluan dan membebankan. Begitu reaksi persatuan-persatuan pengguna berhubung tindakan drastik Astro All Asia Networks Plc. (Astro) menaikkan yuran langganan bulanannya antara RM5 dan RM15.
Dengan 2.02 juta isi rumah yang melanggan perkhidmatannya - suatu jumlah besar dengan nilai yuran langganan yang cukup tinggi - Astro tidak sewajarnya menaikkan lagi yuran tersebut.
Mereka melihat tidak ada keperluan untuk stesen televisyen berbayar itu berbuat demikian, melainkan untuk meraih keuntungan secara berlebih-lebihan semata-mata.
Yang pasti pelanggan menanggung beban kenaikan itu kerana mereka tidak banyak pilihan melainkan ‘menerima dalam paksa’ kenaikan itu.
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi yang bertanggungjawab terhadap stesen televisyen swasta juga tidak dapat berbuat apa-apa dalam soal ini kerana kerajaan tidak boleh menanggung sebarang kerugian yang dihadapi oleh Astro.
“Kalau tidak suka, jangan tengok Astro,” tegas menterinya, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik sambil mencadangkan pelanggan yang tidak puas hati menghentikan langganan dan menonton stesen televisyen percuma sahaja.
“Kalau rasa harganya mahal, saya nasihatkan berhenti tengok Astro, tengok sahaja TV1, TV2, TV3, ntv7 atau Channel 9, kita tidak pernah paksa orang tengok Astro, apa menteri boleh buat kalau Astro hendak naikkan harga, nak tutup semua, mana boleh,” katanya ketika diminta pandangan mengenai tindakan terbaru Astro itu.
Betul, pelanggan boleh berhenti melanggan Astro tetapi apakah rancangan yang ditawarkan oleh stesen televisyen percuma mampu menyaingi ‘kehebatan’ rancangan-rancangan Astro.
Tidak dinafikan program Astro kebanyakannya menghiburkan untuk seisi keluarga. Mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk menonton wayang kerana semuanya boleh ditonton di ruang tamu.
Sebagai contoh, bayaran maksimum bulanan Astro (terbaru) ialah RM139 atau purata RM4.63 sehari berbanding harga tiket wayang RM11 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.
Siaran televisyen percuma seperti TV1, TV2 dan TV3 juga lebih jelas jika dilihat melalui saluran Astro khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Inilah antara ‘dilema’ yang terpaksa dihadapi oleh pelanggan Astro.
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kerajaan wajar memantau monopoli penyiaran televisyen satelit seperti yang berlaku sekarang.
“Kalau boleh, PPPM ingin mencadangkan agar Radio Televisyen Malaysia (RTM) diberikan hak untuk turut mengendalikan penyiaran televisyen berbayar sebagai usaha memecah monopoli satu pihak,” katanya.
Menurutnya, stesen-stesen televisyen percuma di negara ini perlu meningkatkan kualiti program mereka agar masyarakat tiada keperluan untuk melanggan siaran televisyen berbayar.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendesak Astro memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, jika mahu menaikkan yuran langganan bulanan.
Pengarah Projeknya, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, masih banyak kelemahan siaran stesen berbayar itu terutama ketika waktu hujan.
Sambil menyifatkan kenaikan itu tidak munasabah, beliau berkata, alasan yang dikemukakan iaitu kenaikan kos program bolasepak juga tidak adil kepada mereka yang tidak melanggan saluran itu.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N. Marimuthu berkata, pengguna perlu bijak menggunakan hak mereka jika tidak berpuas hati dengan tindakan Astro itu.
Jelasnya, perkembangan tersebut sama seperti mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan dan swasta, serta antara sekolah swasta dan kerajaan.
“Pilihan di tangan pengguna. Jika mampu, teruskan melanggan dan jika tidak mampu, masih ada pilihan stesen tidak berbayar. Lagi pun, buat apa membayar yuran langganan jika nak tengok satu rancangan pun tidak ada masa,’’ jelasnya.
Semalam, Astro mengumumkan kenaikan yuran langganan bulanannya antara RM5 dan RM15 berikutan kos kandungan program, secara keseluruhannya telah meningkat sebanyak 20 peratus untuk tempoh 12 bulan.
Astro adalah stesen televisyen berbayar yang dikuasai oleh tokoh koporat T. Ananda Krishnan.
Tak kisah kalau takde Astro.. Masalahnyer, aku tak tengok RTM, TV3, NT7... ke ke ke.. :P
Apa jadi MiTV? Sebelum nak launch cam hebat jer..
fazarudin
06 May 2007, 11:51 PM
SENANG je cakap.... budus betul pak menteri sorang neh..ingat pengguna astro keje cop duit ker ?..
amaar
06 May 2007, 11:54 PM
apa kata tgk syoktv RM30 sebulan
Sony_Boy
07 May 2007, 12:00 AM
apa kata tgk syoktv RM30 sebulan
Tak syok pulak, AXN ngan Discovery takde, he he he..
FFG30
07 May 2007, 12:01 AM
aku rase masih tak berbaloi langgan syoktv tu..servis internet connection utk pengguna di msia nie masih tak bagus lagi
bida
07 May 2007, 12:13 AM
rupanya channel2 terutama fav ch 78 aku... yg d katakan baru dan free tu sekadar gimik je.
elmyda
07 May 2007, 12:35 AM
biasa la... tuan punya dah byk habis duit beli saham maxis, skrg nak cover blk la.. memula umpan dgn channel2 baru.. pastu up la harga..
NEMO
07 May 2007, 12:37 AM
mustahil kenaikan astro akan mengurangkan pelanggannya...sebb aku rase kualiti siaran percuma jauh bezanya...di astro...mereka di pedalaman boleh mendpt siaran tv3, ntv, 8tv...dan siaran radio...
apapun kenaikan masih meletakkan value mereka berada di atas..
bida
07 May 2007, 12:38 AM
Fikirkan kt akademi fantasia je yg ada gimik.:mad:
profesor
07 May 2007, 09:36 AM
Menteri cina tu dah nyanyok.. baik pencen jer.. spttnya menteri membela nasib rakyat.. ckap pun melalut.. kalo pengguna tak terikat dgn perjanjian takde hal la blh potong line.. kalo yg baru je pasang mmg x leh buat ape la.. nak potong pun tak ble..
ayusri4ever
07 May 2007, 09:52 AM
Menteri cina tu dah nyanyok.. baik pencen jer.. spttnya menteri membela nasib rakyat.. ckap pun melalut.. kalo pengguna tak terikat dgn perjanjian takde hal la blh potong line.. kalo yg baru je pasang mmg x leh buat ape la.. nak potong pun tak ble..
BIASALA TU BRO...TRADISI MEMBELA RAKYAT
wan77
07 May 2007, 10:01 AM
Aku pun tak puas hati...suka2 hati jer naik rega..kalau servis ok takpa,nie hujan sikit jer dah takleh tengok...bodoh betul...cari laa,jalan sikit jgn nak cari jln nak untung lebih jer...bodoh...:mad:
jawapan dia macam lebih kurang sama je dgn menteri rambut lebat dulu, " kalau tak mau bayar tol, jangan lalu ikut lebuhraya laaa.."....
dgreat
07 May 2007, 10:17 AM
22 sama budus...sama2 nyanyokk...:mad:
flizzoe
07 May 2007, 10:39 AM
ape la nak jadi dengan negara kita ni yerk... :confused: :confused:
dgreat
07 May 2007, 10:51 AM
ape la nak jadi dengan negara kita ni yerk... :confused: :confused:
tah laa....semua dah nyanyuk kot...sbb da lama sgt dok kt atas...belom puas2 dok perah rakyat..:mad:
angelus
07 May 2007, 10:52 AM
hehehe... 2 makhluk ni biler la nak berenti... makin lame tgk makin menyampah... cam haram jek...
bayar mahal2... pastu kalau hujan kuar error ehhh lupe lak... ala lebih kurang cam The Page Cannot be Displayed tu la hehehe
aunpower
07 May 2007, 10:53 AM
jawapan yang sangat dinantikan dari seorang menteri... pale hotak die
flizzoe
07 May 2007, 10:55 AM
tah laa....semua dah nyanyuk kot...sbb da lama sgt dok kt atas...belom puas2 dok perah rakyat..:mad:
itu la pasal.. tetiber macam obvious [maksud: jelas nyata :D] plak diorang ni nak menekan2 rakyat.. adakah? :confused: :rolleyes: :eek:
anne_81
07 May 2007, 11:08 AM
hehehe... 2 makhluk ni biler la nak berenti... makin lame tgk makin menyampah... cam haram jek...
bayar mahal2... pastu kalau hujan kuar error ehhh lupe lak... ala lebih kurang cam The Page Cannot be Displayed tu la hehehe
makhluk samy ngan makhluk kengyek...cannot stand the two of them..especially kalu ngah berckp dlm berita..cam org nyanyuk..bahsa yg dipakai pun incomprehensible..both in bahasa and english...:mad:
yuyuaaron
07 May 2007, 11:11 AM
kansel je lah astro tu. terutama AF makan duit je kerja
dgreat
07 May 2007, 11:28 AM
MORAL of D STORY :
"mari kita SCAM diaorg semua next election..":p :p
MORAL of D STORY :
"mari kita SCAM diaorg semua next election..":p :p
yup sokong sesangat...asyik kita jerr kena scam, kali ni biar depa plak kena...
profesor
07 May 2007, 11:53 AM
Dua org menteri nyanyok ni yg aku heran dah berape taun dok m'sia x reti lagi ckap bahasa melayu dgn betol.. komunis btol 2 org nih.. 2 yg selalu melalut je ckap.. rakyat nak buat aduan kat dia dia plak yg p hemtam rakyat buat pa.. barbados btol..
realmxme
07 May 2007, 11:56 AM
makhluk samy ngan makhluk kengyek...cannot stand the two of them..especially kalu ngah berckp dlm berita..cam org nyanyuk..bahsa yg dipakai pun incomprehensible..both in bahasa and english...:mad:
tu dia teacher BI den nak bersuara.. :p
dgreat
07 May 2007, 11:59 AM
Dua org menteri nyanyok ni yg aku heran dah berape taun dok m'sia x reti lagi ckap bahasa melayu dgn betol.. komunis btol 2 org nih.. 2 yg selalu melalut je ckap.. rakyat nak buat aduan kat dia dia plak yg p hemtam rakyat buat pa.. barbados btol..
barbados???:eek: :eek: nasi tambah...budus tahap gaban jurus 16 diorg tue...:D
anne_81
07 May 2007, 12:03 PM
tu dia teacher BI den nak bersuara.. :p
serius...just babbling...dah lama wat press conference pun still ckp bhs pasar..
flizzoe
07 May 2007, 12:08 PM
serius...just babbling...dah lama wat press conference pun still ckp bhs pasar..
rilek sis.. tak lama lagi masuk gol la 2 orang tu... :D :D :D
tembadau
07 May 2007, 12:15 PM
Kalau la mcm nih punya mahal, baik tengok wayang kulit,muhahaha. Astro pun nak ikut la mcm barang2 keperluan harian punya, naik harga barang, diorang pun nak juga merasa naik lerr:D :D
anne_81
07 May 2007, 12:35 PM
Kalau la mcm nih punya mahal, baik tengok wayang kulit,muhahaha. Astro pun nak ikut la mcm barang2 keperluan harian punya, naik harga barang, diorang pun nak juga merasa naik lerr:D :D
kalau service ok, ada la reason nak naik..ni hari hujan, blank aje screen macam mnae tu..:(
rilek sis.. tak lama lagi masuk gol la 2 orang tu... :D :D :D
yg sorang tu dah konpem,,,yg sorang lg tu jusp keeping on bubbling and bumbling..
chikabee
07 May 2007, 12:40 PM
huhu..demand tul la astro ni..
ape laa nk jd ngan MALAYSIAKU niee...??:rolleyes:
sume benda naik..gaji x naik²..:mad:
profesor
07 May 2007, 12:51 PM
minyak petrol dah bkali2 naik, tol pun sama, dl gula cubaan nak naik harga, minyak masak pun nak naik, skrg astro pun naik sama.. living cost di M'sia lbh tinggi dpd UK dah.. Kalo gaji x naik2 jugak habis la election akan dtg ni..
wan77
07 May 2007, 12:56 PM
Aku rasa kerajaan perlu pantau kegiatan yg tak bermoral nie...kena buat harga syiling macam kerajaan buat kat barang2 kawalan...aku suggest harga syiling utk Astro ialah RM50.....sebulan:D ...sapa setuju:D
tembadau
07 May 2007, 01:02 PM
huhu..demand tul la astro ni..
ape laa nk jd ngan MALAYSIAKU niee...??:rolleyes:
sume benda naik..gaji x naik²..:mad:
Inilah masalah di Mesia nih, bila kita merayu gaji naik, peniaga pun naikkan harga, mcmmanalah kuasa belian kita nih.:mad: :mad: lebih kurang sama saja. Kuantiti belian pun sama sbb harga ikut naik. Ini lagi astro memandai-mandai naikkan dr. RM 5 ke RM15 dgn. alasan ntah apa punya alasan.
memangla Astro tengah upgrade sistem diorang. Nak tambah channel baru, tapi kalu. baru kena hujan sikit terus tak ada channel buat ape
badangiler
07 May 2007, 01:27 PM
dedua menteri nih dah bengong...
dah kaya tapi nak lagik kaya...
si ke**** tuh lagik teruk! x reti2 bagi org lain ganti ko jadi menteri..
bape tahun ko nak jadi menteri ?
dah tua tapi nak gaya muda...ape benda ?? :confused: :confused:
elok sula je 22 org nih..
baru ada akal... :mad:
fachak
07 May 2007, 01:31 PM
Aku rasa kerajaan perlu pantau kegiatan yg tak bermoral nie...kena buat harga syiling macam kerajaan buat kat barang2 kawalan...aku suggest harga syiling utk Astro ialah RM50.....sebulan:D ...sapa setuju:D
tak setuju pasal masih mahal lagi sedangkan program2 diastro tu byk yg berulang2 setiap minggu!
pastu dorang dah kaya hasil dari program af dan fulus mania........
rizan
07 May 2007, 01:37 PM
#%$@**!^%#
anne_81
07 May 2007, 01:39 PM
tak setuju pasal masih mahal lagi sedangkan program2 diastro tu byk yg berulang2 setiap minggu!
pastu dorang dah kaya hasil dari program af dan fulus mania........
nasib baik la aku x tergolong dlm org yg bg astro kaya melalui AF...:D
flizzoe
07 May 2007, 01:44 PM
nasib baik la aku x tergolong dlm org yg bg astro kaya melalui AF...:D
ntah nyer.. bukan best sangat pun AF tu.. persembahan newbies - makin lama makin takbest.. :mad: :mad:
dgreat
07 May 2007, 01:47 PM
ntah nyer.. bukan best sangat pun AF tu.. persembahan newbies - makin lama makin takbest.. :mad: :mad:
skurang2nye...ko ada gak tgk...:D :D da la kena undi,pas 2 kena beli tisu lg...tol2 perabih wang rakyat...:p
rizan
07 May 2007, 01:50 PM
kalo kita boikot astro ni camna...ada sambutan x..kalau dpt tarik 10% penguna astro pun jadi la..xde effect pun kalo nak boikot..lain la kalo myk naik kita boikot kang x bejalan plak keta
flizzoe
07 May 2007, 01:59 PM
skurang2nye...ko ada gak tgk...:D :D da la kena undi,pas 2 kena beli tisu lg...tol2 perabih wang rakyat...:p
season ni aku tak tengok langsung ar!! :mad: :mad:
last time tengok time mawi ada.. itu jerk.. :rolleyes:
smie6975
07 May 2007, 02:15 PM
ASTRO ni saja je tambah channel bebanyak supaya nanti boleh naik harga,ek
Kata channel free tapi tu sume hanya GIMIK ajee,ekkk...
Kita yg dah ada ASTRO ni sume tertipuuuu....
ASTRO ingat kita ni chop DUIT ke??.....
Sepatutnya ASTRO tanya dulu pengguna sebelum naik harga...kan...kan...
Channel bebanyak pun bukan boleh tengok semua serentak kan..akekekeke
dhomnirhahs
07 May 2007, 02:21 PM
kata menteri tu betul la.. korang ada kuasa , kuasa pengguna .. menteri apa leh buat.. syarikat Astro bukan syarikat kerajaan.. dia x leh kacau sangat pun .. macam kalau korang buka syarikat .. mana ada kerajaan nak suuh itu ini.. cuma kacau daun sesikit je..
gunakan kuasa anda..:D
bida
07 May 2007, 03:15 PM
inilah salah satu kenaikan kos sara hidup secara perlahan dan licik yg tidak disedari oleh rakyat ia umpama ulat dalam kayu memakan habis secara tersembunyi yg dikatakan insentif pendapatan, bonus, kenaikan gaji yg diberi oleh kerajaan kpd rakyat akhirnya habukpun tarak. Apakah rasionalnya gaji naik kalau barang dan segala2nyapun naik? Apakah usaha kerajaan yg betul2 berkesan mengawal keadaan ini? aku nampak tapi aku x merasakannya.
amaar
07 May 2007, 05:23 PM
kata menteri tu betul la.. korang ada kuasa , kuasa pengguna .. menteri apa leh buat.. syarikat Astro bukan syarikat kerajaan.. dia x leh kacau sangat pun .. macam kalau korang buka syarikat .. mana ada kerajaan nak suuh itu ini.. cuma kacau daun sesikit je..
gunakan kuasa anda..:D
kenapa menteri tak leh buat apa..... sebab dia pun ada kepentingannya... mcm lebuhraya ada jugak menterinya yg berkepentingan mcm tenaga nasional ada jugak menteri yg berkepentinga.... kita undi mereka ni untuk membantu kita... skrg lah patutnya depa bantu kita.... bukan bantu syarikat komercial.... seorang menteri tak patut cakap mcm tu... mcm aku memang tak nak tgk lagi astro tapi apa kan daya kita terikat dgn perjanjian sebelum ni kene bayar 18 bulan samada kita terus guna atau terminate.... so fikirkanlah astro menjerat kita..... kepada sesiapa yang belum lagi melanggan astro ni fikir 100 kali... say no to astro.... kasi dia turunkan terus bayaran bulanan
bida
07 May 2007, 08:07 PM
xder astro xder masalah, banyak program dalam tu yg x membina minda.
KelabForex
07 May 2007, 08:28 PM
nasib baik aku duk JB. mcm2 channel ada. indon ada . singapore lg. channel 5, suria, channel news asia, channel 8 dll ar....:D
disc
07 May 2007, 10:59 PM
ishh...teruk tul astro nie...naik saja kerje nyer...semua bende la skrang naik...adeh...:mad:
RM100
07 May 2007, 11:25 PM
lepas ni mungkin harga makanan & minuman kat restoren mamak yg ada astro pn akan naik harga jgk.
disc
08 May 2007, 12:13 AM
huhuh..untung la mamak tu kalau dia naikkan harga minuman dan makanan...abislah... :eek:
sweezer
08 May 2007, 12:16 AM
alah senang2 korang pakat pakai parabola jer atas rumah tu.... mcm2 channel ade...heheehhehe....
elmyda
08 May 2007, 12:35 AM
yup, pakai je haram.. buat taktau je.. kat area rmh aku ni belambak yg pakai.. terang2 lak tuh..
disc
08 May 2007, 12:42 AM
masa gi sabah ngan sarawak ari tu mmg terang terang pakai parabola...kat semenanjung cam bahaya jerk...hehe...kan dulu dah penah ada kes kan???
elmyda
08 May 2007, 12:45 AM
alahai.. benda ni kecoh kejap pastu org letak balik.. ble beli dlm rm400 je, pastu pakai sampai berasap.
merata dah aku tgk skrg, kat depan rmh aku pn ada org pakai..
flizzoe
08 May 2007, 12:49 AM
alahai.. benda ni kecoh kejap pastu org letak balik.. ble beli dlm rm400 je, pastu pakai sampai berasap.
merata dah aku tgk skrg, kat depan rmh aku pn ada org pakai..
erm.. mana nak dapat mender ni? :confused: :confused: :D :D :rolleyes: :rolleyes:
elmyda
08 May 2007, 01:01 AM
hehehe.. ada.. byk bole dpt.. tp tkleh public lah..
mmber aku beramai ramai dh install menatang ni..
flizzoe
08 May 2007, 01:03 AM
hehehe.. ada.. byk bole dpt.. tp tkleh public lah..
mmber aku beramai ramai dh install menatang ni..
ape kelebihan dia yerk..
(tetiber jadi thread promote mender alah ni) :D :D ;)
Sejutaria
08 May 2007, 01:04 AM
alahaiiii.. apa la yang korang dok melalut nie... tak hairan pun aku. Macam korang jugak la.... kalo main apa program dalam internet nie pun mau untung aja. Mana ada mau rugi. Selagi boleh kaut.. maka kaut la seadanya. Macam tu la tradisi bisness... kata pak menteri tu betul apa... mau tengok bayar laaa..tak mo tengok sudahhh.. do we have a choice.. yes we do... mau ke ta mau. Tu aja.. Servis baik tak baik... itu belakang kira.. sebab dia yang monopoly bisness tu ..kompeni yg lain ada ke..? Tadakkk... pocittt..elekkk...
Yang bodo nya kita la jugak. Dia orang tu smart bisnessman woo.. bukan jual pisang goreng tepi jalan. Selagi dia boleh tarik keluar duit dari poket korang semua.. dia tarik la beb. Besok2 bila dah slow aja duit keluar dari poket..dia promote mende2 pree lagi... digula2kn la korang sesedap rasa... maka terpautlah hati2 korang yang lemah gemalai tu... orang timur la katakan.. ngehh..ngehh..neghh
hehehe.. best..besttt..saja2 provoke nie... tengok siapa kena... aku biasa aja..tetap sejuta ria..
elmyda
08 May 2007, 01:07 AM
ape kelebihan dia yerk..
(tetiber jadi thread promote mender alah ni) :D :D ;)
haiyo.. bole usha stesen tv negara2 lain la.. tp takde la subtitle, ikut 1 negara tuh.. kalau cina, keluar la cina
yg best nya free.. tkde kena byr apa2 bulan2. lebih 100 canel bole dpt o00 dr new zealand sampai ke china..
realmxme
08 May 2007, 01:33 AM
alahaiiii.. apa la yang korang dok melalut nie... tak hairan pun aku. Macam korang jugak la.... kalo main apa program dalam internet nie pun mau untung aja. Mana ada mau rugi. Selagi boleh kaut.. maka kaut la seadanya. Macam tu la tradisi bisness... kata pak menteri tu betul apa... mau tengok bayar laaa..tak mo tengok sudahhh.. do we have a choice.. yes we do... mau ke ta mau. Tu aja.. Servis baik tak baik... itu belakang kira.. sebab dia yang monopoly bisness tu ..kompeni yg lain ada ke..? Tadakkk... pocittt..elekkk...
Yang bodo nya kita la jugak. Dia orang tu smart bisnessman woo.. bukan jual pisang goreng tepi jalan. Selagi dia boleh tarik keluar duit dari poket korang semua.. dia tarik la beb. Besok2 bila dah slow aja duit keluar dari poket..dia promote mende2 pree lagi... digula2kn la korang sesedap rasa... maka terpautlah hati2 korang yang lemah gemalai tu... orang timur la katakan.. ngehh..ngehh..neghh
hehehe.. best..besttt..saja2 provoke nie... tengok siapa kena... aku biasa aja..tetap sejuta ria..
yeah aku sokong kenyataan ko... apo plak nak dipersalahkan menteri tu... tu semua kerje orang business marketer macam aku ni.. hahaha...
Tokey astro mmg smart ler buat business macam ni... yg mana satu masa dulu megatv pun dia humban ke laut.. megatv tu pioneer tak silap aku kat m"sia tv komersial ni... macam mana competitor megatv boleh keluar dia dalam industri ni.. hmm hebat jgk tu.
tepuk dada tanya selera... jgn asik nak tuding jari je keje kita.. kita tak maju, tak kaya salahkan orang lain.. kita nak kaya buat apa? main hyip.. huhu.. pastu kene scam. Last2 sapa kaya??
dari lu orang main hyip, baik lu orang kongsi ramai2 bukak offline business.. lagi gempak..:)
adar_23
08 May 2007, 01:35 AM
alahaiiii.. apa la yang korang dok melalut nie... tak hairan pun aku. Macam korang jugak la.... kalo main apa program dalam internet nie pun mau untung aja. Mana ada mau rugi. Selagi boleh kaut.. maka kaut la seadanya. Macam tu la tradisi bisness... kata pak menteri tu betul apa... mau tengok bayar laaa..tak mo tengok sudahhh.. do we have a choice.. yes we do... mau ke ta mau. Tu aja.. Servis baik tak baik... itu belakang kira.. sebab dia yang monopoly bisness tu ..kompeni yg lain ada ke..? Tadakkk... pocittt..elekkk...
Yang bodo nya kita la jugak. Dia orang tu smart bisnessman woo.. bukan jual pisang goreng tepi jalan. Selagi dia boleh tarik keluar duit dari poket korang semua.. dia tarik la beb. Besok2 bila dah slow aja duit keluar dari poket..dia promote mende2 pree lagi... digula2kn la korang sesedap rasa... maka terpautlah hati2 korang yang lemah gemalai tu... orang timur la katakan.. ngehh..ngehh..neghh
hehehe.. best..besttt..saja2 provoke nie... tengok siapa kena... aku biasa aja..tetap sejuta ria..
sokong sgt.Alhamdulillah smpi skrg aku tak pasang astro. cuma terkilan jarang dpt tgk CSI. hehe....tp aku kalo tgk g tgk kat umah org tua aku. hari minggu mesti blk umah org tua.
bini aku nak tgk AF ari sabtu. mlm ahad lak aku nak tgk CSI. jd la pengguna bijak. berkongsi la apa yg ada. hahaha....
elmyda
08 May 2007, 01:37 AM
aku nak tgk spongebob squarepant je..
rizan
08 May 2007, 01:40 AM
mana yg dah lebeh 18 bulan langan tu stop je la astro..menteri pun dah sound x suka jgn tengok
DanielAriffin
08 May 2007, 01:42 AM
sokong sgt.Alhamdulillah smpi skrg aku tak pasang astro. cuma terkilan jarang dpt tgk CSI. hehe....tp aku kalo tgk g tgk kat umah org tua aku. hari minggu mesti blk umah org tua.
bini aku nak tgk AF ari sabtu. mlm ahad lak aku nak tgk CSI. jd la pengguna bijak. berkongsi la apa yg ada. hahaha....
Hello geng...
la ni NTV7 dah ader CSI aper!!! tak silap aku tadi baru aku perasan.. aku lak tak buleh tak ader AXN!!! ni channel aku tenggok tak payah tukar channel lain dah....
p/s:susah2 pi duplicate smart card tu aje.. sonang citer.. :D
elmyda
08 May 2007, 01:46 AM
kalau cmtu ambik family package je br rm37.95.. lg save.. AXN ada..
anne_81
08 May 2007, 01:49 AM
Hello geng...
la ni NTV7 dah ader CSI aper!!! tak silap aku tadi baru aku perasan.. aku lak tak buleh tak ader AXN!!! ni channel aku tenggok tak payah tukar channel lain dah....
sama ler...sbab aku ni reality show freak...:D
elmyda
08 May 2007, 01:53 AM
aku nak amazing race je kat AXN tuh..
tp tak kisah la psl td br je habis all star amazing race..
kalah jgk minah blonde 2 ekor tuh..
adar_23
08 May 2007, 02:01 AM
Hello geng...
la ni NTV7 dah ader CSI aper!!! tak silap aku tadi baru aku perasan.. aku lak tak buleh tak ader AXN!!! ni channel aku tenggok tak payah tukar channel lain dah....
p/s:susah2 pi duplicate smart card tu aje.. sonang citer.. :D
bolehke dupicate? pasal ntv7 dah ada csi, aku perasan. huhu...td dok layan tgk ketiga2 citer CSI tu. pergh...tangkap layan siot. aku kalo tgk tv selalu layan CSI je. yg lain jarang.
bida
08 May 2007, 02:02 AM
kalau cmtu ambik family package je br rm37.95.. lg save.. AXN ada..
per je dlm tu?
DanielAriffin
08 May 2007, 02:50 AM
sama ler...sbab aku ni reality show freak...:D
Hello geng..
tu la.. reality show omputih prise kaw2 punya... macam fear factor tu.. aku ingat lagi perempuan tu pick up card dapat 80kusd debit card dari capital one... perghhh!!!! :D
p/s:joli monyet+katak la aku kalu dapat card macam tu.. :D
DanielAriffin
08 May 2007, 02:53 AM
bolehke dupicate? pasal ntv7 dah ada csi, aku perasan. huhu...td dok layan tgk ketiga2 citer CSI tu. pergh...tangkap layan siot. aku kalo tgk tv selalu layan CSI je. yg lain jarang.
Hello geng..
buleh geng... dulu ader sindiket.. aku pernah angkat card yg full akses!!! semua pakej ader... sempat pakai 3 bulan aje... so sekarang ni tak dengar dah... but kalau ader m/c dowload data sim card tu sedap la... senang aje duplicate... :p
disc
08 May 2007, 08:40 AM
aku nak amazing race je kat AXN tuh..
tp tak kisah la psl td br je habis all star amazing race..
kalah jgk minah blonde 2 ekor tuh..
so saper yg menang??...si katek tu ker??:D
Sony_Boy
10 May 2007, 08:05 PM
Astro :: Making Your Life Richer (http://www.astro.com.my/v5/getastro/price.asp)
Ah, terpaksa la aku lepaskan Sports.. tengok channel lain, ke ke ke...
budak
10 May 2007, 08:41 PM
btol la dah org tua tu cakap,xsanggup baya xyah la langgan.xde sape paksa haih
bizpro
11 May 2007, 10:19 PM
stupid la astro, hisap darah
fazlisyam
13 May 2007, 11:35 AM
aku pun tak puas hati jugak.. bukan semua citer best sangat...
_________________________________________
KETAHUI RAHSIA BUAT DUIT. RM10 & RM40 MASUK KE AKAUN SETIAP HARI (http://www.rahsiawangku.com/bayar.php)
Sony_Boy
13 May 2007, 01:12 PM
kalau tengok pakej paling murah pun RM37.95, saper yang tengok AF boleh la, ke ke ke...
NEMO
13 May 2007, 03:53 PM
bolehke dupicate? pasal ntv7 dah ada csi, aku perasan. huhu...td dok layan tgk ketiga2 citer CSI tu. pergh...tangkap layan siot. aku kalo tgk tv selalu layan CSI je. yg lain jarang.
CSI vs GERAK KHAS..apsal jauh sgt beza haa...CSI lagi nampak real..GERAK KHAS xabis2 ngan dialog yg bosan
oghe-klate
13 May 2007, 04:55 PM
Apa ke begong kalau seorang menteri yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat main lepas tangan cakap macam tu. Kalau setakat jawab 'Kalau tidak suka, jangan tengok Astro' orang yang dok di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan pun layak jadi menteri.
Sepatutnya makin ramai pelanggan, makin murah la servis.... Alaaa...cam prepaid sekarang la, dulu mula2 prepaid keluar harganya RM100+ tetapi sekarang sebab dah ramai orang pakai + saingan banyak so masing2 dah letak harga baik punya, less than RM10.
Yang aku nampak, Astro tunjuk besar kepala sebab dia je the ONLY provider yang ada di M'sia setakat ni. Lepas ni, bila dah ada operator selain dari Astro MAMPUS la engkau Astro! :mad:
PS: Keng Yaik patut letak jawatan, biar Keng Taik pula jadi naik...:D
NEMO
13 May 2007, 05:03 PM
apa citer MiTV dan lain2...xkan xleh kasi saingan kot
fazarudin
13 May 2007, 05:04 PM
tol tu ... seorang menteri x patut cakap camtu.... budus betul namanya..sepatutnya dia kene terima lah kritikan rakyat..rakyat yg langgan astro nih bukan kaya pon ...
bida
13 May 2007, 05:11 PM
mungkin ada kepentingan?
dgreat
13 May 2007, 10:58 PM
pe lagi warga NG semua...jom SCAM astro ramai2..!!!:D :D :p
bida
13 May 2007, 11:02 PM
kebanyakan menteri kalo nak lari dr hakikat mesti jawap camtu..kira jawapan standard.
azmimazda
13 May 2007, 11:04 PM
entah ngabihkan boreh jer sesapa yg undi dia sampai jd menteri.. jwpn mcm standard budak sekolah tadika.. hampes!! tp astro lg hampes!!
KelabForex
13 May 2007, 11:06 PM
tol tu ... seorang menteri x patut cakap camtu.... budus betul namanya..sepatutnya dia kene terima lah kritikan rakyat..rakyat yg langgan astro nih bukan kaya pon ...
mmg pon...tengok ar kt kampong2 sume ada astro. dorang pancing ngan AF la tu....cit
wan77
13 May 2007, 11:51 PM
Apa kata kita semua pakat gi TV3....mana tahu bila dah msk berita Kerajaan akan campur tangan pulak...:D .Aku setuju ini mesti ada pakatan pihak2 tertentu....SI CAYAK KA??:confused:
rizan
14 May 2007, 12:01 AM
kalo rasa x berbaloi..stop je la langgan astro..benda dah naik jgn mimpi la nak turun
azmimazda
14 May 2007, 12:03 AM
kalo rasa x berbaloi..stop je la langgan astro..benda dah naik jgn mimpi la nak turun
aa betul gak tu.. benda ni kalau dh naik payah nk turun.. x mcm benda tu ada yg naik turun ekekekekeke...
wan77
14 May 2007, 12:13 AM
aa betul gak tu.. benda ni kalau dh naik payah nk turun.. x mcm benda tu ada yg naik turun ekekekekeke...
Benda apa tue...benda yg tersembunyi ker??:D :p
azmimazda
14 May 2007, 12:16 AM
Benda apa tue...benda yg tersembunyi ker??:D :p
apa benda tu bergantunglah kepada penilaian dan apresiasi masing2.. hehehe.. benda tu terlalu subjektif.. boleh jadi apa sahaja yg relevan...
wan77
14 May 2007, 12:28 AM
apa benda tu bergantunglah kepada penilaian dan apresiasi masing2.. hehehe.. benda tu terlalu subjektif.. boleh jadi apa sahaja yg relevan...
Jawapan yg tak terang...sila pilih satu jer...:D
azmimazda
14 May 2007, 12:33 AM
Jawapan yg tak terang...sila pilih satu jer...:D
sudah terang lg bersuluh.. kura2 dlm perahu pura2 x tahu ekekekeke...
martial
14 May 2007, 01:35 AM
serius...just babbling...dah lama wat press conference pun still ckp bhs pasar..
that makes the difference between linguist and politicians sis..
elmyda
19 May 2007, 08:44 PM
skrg senang, kalau kita nak tgk astro terpaksa la byr lebih. kalau nak save, buan gla pakej2 yg tak berkaitan..
habis agreement, terminate service.. lgpn tv free dlm malaysia pn dh makin byk crita2 yg menarik.
vBulletin® v3.7.4, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.