PDA

View Full Version : Pu-Yoh : Pelaburan dalam pertanian


shazjr
06 May 2007, 04:55 AM
Assalamualaikum / Selamat sejahtera buat warga NG,

Di sini saya ingin memperkenalkan peluang bisnes pelaburan terbaru melibatkan bidang pertanian. Dah cuba cari thread ni tp tak jumpa. So saya bukak laa topic baru. Berikut serba sedikit tentang bisnes ni..



Nama Syarikat: KITAB WAIMA GROUP SDN. BHD
No Pendaftaran : 753573 - A
Alamat : 2818-K Tingkat 1,Wisma Dato' Wan Hassan, Jalan Che Su,15300 Kota Bharu, Kelantan, Darul Naim

Sistem Pawah

Pawah adalah tradisi Melayu lama, dimana tuanpunya ternakan akan memilih seorang gembala untuk menternak dan membiakkan ternakan mereka. Ianya merangkumi pelbagai syarat yang berbeza bergantung kepada tempat, keadaan dan faktor setempat. Secara amnya, dalam sistem pawahan ini akan dibahagi sama rata diantara tuanpunya dan gembala.

Penternakan burung puyuh mampu memberi pulangan yang lumayan kerana burung puyuh ini membiak dengan cepat, burung ini akan mula bertelur pada umur 55 hari sehingga telurnya dilihat kurang berkualiti. Ia nya berganda pada setiap biji sehari. Dalam jangkamasa kira-kira 7 bulan pemeliharaannya, anda boleh mendapat baka dan imbuhan yang banyak, diakhir bulan ke lapan, ia akan dijual sebagai burung puyuh tua (pencen). Dengan kadar kematiannya adalah 5%.

Sistem pawah yang biasa dikendalikan mempunyai risiko kepada tuanpunya burung puyuh ini, dimana kematian ternakan dikira dengan kadar 5% kerana tiada insuran yang boleh mengendalikannya. Dalam segi ini, kami mengesyorkan anda mengambil insurans ternakan. Ianya mampu mengurangkan risiko pelaburan anda apabila terdapat kematian ternakan.


Konsep e-Pawah

e-Pawah adalah versi moden dan bersesuaian dengan teknologi masakini. Anda boleh memelihara burung puyuh secara online dan mendapat pulangan lumayan.

Melalui e-Pawah, kami menggunakan teknologi masakini bagi menjalankan operasi. Ianya akan merangkumi online database, online registration, online banking dan sebagainya. Secara nyata, anda tidak perlu berada dikandang burung puyuh bagi memelihara puyuh secara e-Pawah. Kami bercadang untuk meletakkan camera di ladang ternak kami, dimana tuan boleh melihat sendiri video ternakan tuan. Sekiranya kami akan melabur sistem broadband melalui satelit, ianya adalah satu pelaburan yang tinggi dan bersesuaian dengan tujuan tersebut.

Walaupun e-Pawah dikendalikan melalui ladang ternak di Kg. Lemal, iaitu dalam Daerah Pasir Mas, Kelantan, anda tidak perlu kesana. Kami akan menyediakan lapuran lengkap bagi setiap burung puyuh anda melalui website. Maklumat yang disediakan adalah berat badan, ketinggian, status mengandung/menyusu/mengawan dan juga lokasi petak.

e-Pawah menjadikan anda tuanpunya burung puyuh dan kami akan menjadi gembala. Kami akan mengaturkan untuk pembelian, pengangkutan, pendaftaran dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, kandang, perkhidmatan perubatan, cucian kandang, makanan dan air minuman yang bersih dan segala aspek penggendalian dan pemeliharaan burung puyuh. Tuanpunya burung puyuh tidak perlu menyentuh burung puyuh tersebut. Kami akan menyediakan laporan lengkap pada tiap-tiap bulan melalui website.

Apabila burung puyuh mula matang (genap 25 hari), kami akan mengambilnya untuk dijual. Hasil jualan tersebut akan dibahagikan mengikut persetujuan bersama.

Kami tidak menggalakkan penjualan telur burung puyuh kecuali tuanpunya ingin berbuat demikian di ladang sendiri. Terma dan syarat ini boleh dibincangkan bersama. Kami akan membantu dalam segala aspek pengurusan burung puyuh tuan.

Anda boleh memilih tatacara pemeliharaan ia itu secara terus menerus atau berkala.

* Dalam cara terus menerus, kami akan membiakkan burung puyuh anda secara terus menerus. Dalam pilihan ini, kami akan menjual anak burung puyuh dan membeli anak burung puyuh betina sebagai ganti burung puyuh penelur.

* Dalam pilihan jualan anak, kami akan menjual anak burung puyuh anda pada umur 25 hari, tanpa mengira jantina. Kami akan memasukan hasil jualan kedalam akaun anda selepas jualan

Terma Pelaburan
1) Minimum 100 ekor puyuh
2) Pakej 3,6,9,12 bulan
3) Harga puyuh = RM0.70 hingga RM0.80 seekor
4) ROI = 89.65% (Pakej 3 bln), 202.5% (Pakej 6 bln), 444.00% (Pakej 9 bln), 805.71% (Pakej 12 bln)

Cth:

A) PAKEJ 3 BULAN
- Pembelian 100 ekor = 100 x RM0.85 = RM85.00
- Keuntungan setelah 3 Bulan = RM76.20 (89.65%)
- Jumlah keuntungan termasuk asas = RM85.00 + RM76.20 = RM161.20

B) PAKEJ 6 BULAN
- Pembelian 100 ekor = 100 x RM0.80 = RM80.00
- Keuntungan setelah 6 Bulan = RM162.00 (202.5%)
- Jumlah keuntungan termasuk asas = RM80.00 + RM162.00 = RM242.00

C) PAKEJ 9 BULAN
- Pembelian 100 ekor = 100 x RM0.75 = RM75.00
- Keuntungan setelah 9 Bulan = RM333.00 (202.5%)
- Jumlah keuntungan termasuk asas = RM75.00 + RM333.00 = RM408.00

D) PAKEJ 12 BULAN
- Pembelian 100 ekor = 100 x RM0.70 = RM70.00
- Keuntungan setelah 12 Bulan = RM534.00 (805.71%)
- Jumlah keuntungan termasuk asas = RM70.00 + RM534.00 = RM634.00

* Pelabur boleh memilih samada bayaran hasil secara bulanan atau sehingga tamat pakej yang dipilih


So sesiapa yang berminat tu boleh pm saya atau YM (shazjr79) @ sms 012-2027238

Oleh kerana bilangan tempat bergantung kepada kekosongan reban, so first come, first serve laa... Let's PU-YOH....

Thank you all....