View Full Version : Naik harga rokok RM10 -- FOMCA, Persatuan Pengguna Islam desak kerajaan kenakan cukai
disc
08 Apr 2007, 03:21 PM
KUALA LUMPUR 7 April – Dua buah persatuan pengguna hari ini mendesak kerajaan mengenakan cukai jualan yang lebih tinggi supaya sekotak rokok 20 batang yang dijual di negara ini berharga sekurang-kurangnya RM10.
Mereka percaya tindakan menaikkan cukai jualan tersebut mampu menghalang syarikat-syarikat rokok multinasional daripada menurunkan harga rokok sesuka hati.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, harga rokok yang tinggi berupaya mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.
Beliau berkata, cukai jualan rokok yang rendah menyebabkan syarikat-syarikat rokok masih mampu menampung kenaikan cukai tersebut.
‘‘Untuk menambah jualan, mereka sanggup pula menurunkan harga rokok.
“Kami percaya syarikat-syarikat itu boleh dihalang daripada berbuat demikian jika kerajaan menaikkan cukai jualan rokok setinggi mungkin supaya sekotak rokok berisi 20 batang dijual pada harga RM10,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia.
Muhammad Sha’ani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang memberi amaran kepada syarikat-syarikat rokok multinasional supaya menghentikan perang harga rokok sesama mereka dalam tempoh dua minggu.
Soi Lek menegaskan, kerajaan akan campur tangan mengawal harga rokok jika perang harga rokok itu tidak dihentikan. Beliau memberi contoh, ada rokok kini dijual serendah RM3 untuk kotak 20 batang.
Semalam, Soi Lek menemui wakil-wakil syarikat rokok multinasional JT International (JTI), British American Tobacco (BAT) serta Philip Morris di Melaka bagi menyatakan amaran kerajaan itu.
Menurut Muhammad Sha’ani, sekiranya syarikat-syarikat rokok mampu mengurangkan harga rokok, ia bermakna kenaikan cukai pada kadar 50 sen sehingga RM1 sekotak masih boleh ditampung oleh syarikat-syarikat berkenaan.
Harga rokok, kata beliau, sepatutnya dinaikkan pada kadar yang benar-benar memberi kesan kepada perokok.
“Hanya jika perokok benar-benar terbeban baru mereka terpaksa meninggalkan terus tabiat merokok dan ini kelak akan mengurangkan jumlah orang yang menghisap rokok,” kata Muhammad Sha’ani.
FOMCA berpendapat tindakan syarikat-syarikat rokok menurunkan harga rokok akan menghalang usaha kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan jumlah perokok di negara ini dan seterusnya membanteras kes-kes penyakit berkaitan rokok di kalangan rakyat.
Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin pula menyifatkan tindakan syarikat-syarikat rokok multinasional menurunkan harga rokok sebagai keterlaluan dan mencabar kerajaan.
‘‘Mereka kena patuh kepada polisi kerajaan untuk mengurangkan jumlah perokok dan bukan menurunkan harga rokok bagi menambah jualan,’’ katanya.
Noor Nirwandy menyatakan sokongan terhadap arahan Kementerian Kesihatan agar syarikat-syarikat rokok multinasional menghentikan perang harga rokok dalam tempoh dua minggu.
Katanya, kerajaan juga harus menggariskan peraturan yang lebih jelas kepada syarikat pengeluar rokok agar perkara yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Sementara itu, firma pengimport rokok Bracco Resources Sdn. Bhd. berpendapat, syarikat-syarikat rokok tiada asas kukuh untuk menurunkan harga rokok melainkan untuk memancing pelanggan membeli rokok keluaran mereka.
Pengurus Besar syarikat itu, Buhari Mohamed berkata: ‘‘Tiada asas untuk harga rokok diturunkan kerana kadar cukai sudah ditetapkan melainkan pengeluar membeli harga tembakau pada kadar yang murah atau memperolehnya secara percuma.’’
Pengguna hari ini, kata Buhari, amat berhati-hati dalam berbelanja dan kerana itu sekotak rokok berharga RM7 kurang mendapat sambutan.
apa pendapat korang????
ehozadotcom
08 Apr 2007, 03:36 PM
takleh isap rokok yang berasap, terpaksa isap rokok lain ler jawabnya :D
suntzu
08 Apr 2007, 03:36 PM
nk kne berenti aaa neh..sekotak dh same ngan 1 pip ntuk 1 lot standard account dh neh...isk3..
disc
08 Apr 2007, 03:39 PM
tula pasal...tapi kerajaan tak penah amik tahu bahwa dengan ader nyer perokok nie la kerajaan dpt cukai yg banyak ...tapi still nak bising lagi... :D
anbu-san
08 Apr 2007, 03:54 PM
tula pasal...tapi kerajaan tak penah amik tahu bahwa dengan ader nyer perokok nie la kerajaan dpt cukai yg banyak ...tapi still nak bising lagi... :D
sbb kerajaan tau ramai yg tegar la die naikkan cukai miahaha
lai kaya die ekeke
kazima
08 Apr 2007, 04:06 PM
kalau naikkan harga maka lepas ni ramai la plak yang jadi penyeludup rokok...
neo_laguna
08 Apr 2007, 04:07 PM
:D sib baik aku tak merokok...berenti la kekawan..merokok takde pekdahnye...wekeke...pas ni dah naik 10 hengget isap kayu jo la...miahahahaha...
freelance
08 Apr 2007, 04:41 PM
kenapa nak naik kan jer..itu x cukup..haram seperti dadah..x leh jual melainkan mengedar cam dadah..pengedar rokok dikenakan hukuman gantung sampai mati manakala penghisap rokok kena tahan kat pusat serenti x pun hukuman gantung sampai mati gak..termasuk penagih dadah...tu baru btul nak elakkkan rakyat hisap rokok..sebenarnya bukan rakyat berhenti hisap rokok tapi sengaja cari alasan nak naikkan cukai rokok tu...peegggiiidddaaahhh..:mad: sepatutnya perokok di beri penghormatan tertinggi sebab sanggup mengorbankan kesihatan kerana perokok pembayar cukai tertinggi..diberi kebebasan nak hisap dimana pun..ikut suka.. 1 yg aku teringin sgt nak buat dan nak tahu..x der ker terlintas dlm fikiran perokok menubuh persatuan perokok dan mogok x nak hisap rokok setahun ker 2 tahunn ker..n make sure dlm tempoh 2 atau 3 tahun tu x der langsung walau sekotak rokok terjual..nak tgk apa jadi pada kerajaan,pekerja2 rakyat malaysia yg bekerja di syarikat rokok tgk bley hidup ker x..saja nak test ada power x perokok di malaysia.. hi hi hi pendapat aku ok x?:D
realmxme
08 Apr 2007, 04:42 PM
aku bangkang~!! aku bangkang ~! :P
freelance
08 Apr 2007, 04:44 PM
aku bangkang~!! aku bangkang ~! :P
ko x sanggup ker tahan x isap rokok dlm 3 tahun? :D
mohdligat
08 Apr 2007, 05:04 PM
lagi ramai la isap dadah..
deicide
08 Apr 2007, 05:17 PM
takpa weh..pasni makin banyak rokok seludup dan rokok haram..
harga lagi murah gila...dan mungkin akan lg sedap...mihahahahh :D
takpon...aku pegi surf seberang siam jap beli rokok utk sebulan kekekke...
minyak cara minyak...roko cara rokok...tak penah turun....naiknaiknaik...:(
nak naik kan lagi le plak.. ape masalah dorang ni eh? kalau dh perokok tu nk merokok jugak.. rega rm20 pun beli nyer.. xde dpt mengurangkan jumlah perokok eh.. cube tengok minyak.. lg naik.. lg banyak keta kluar.. mengong punya cadangan..
JiraiyaSama
08 Apr 2007, 05:43 PM
saje je ckp fomca yg nak desak...padahal kerajaan tu yg x dpt TAX dr rokok
murah...cam rokok saat, texas 5, ........macam2 lg la....
naikkanla rege tu...org yg tertekan hidup sbb xde duit akan cari jugak rokok
murah....
neo_laguna
08 Apr 2007, 06:16 PM
kelakar pon ye jugak bace post korg ni...yo la...pas ni klu kerajaan naik kan 30 inggit plak korg teruskan jugak hisap rokok ni ye...hehe...kerajaan bukan kire sgt korg ni byr tax paling tgi ke tak...klu kire camtu...sebelom merdeka dulu pon malaysia terus gak mambangun walaupon tade kilang rokok waktu tuh...diorg nak bgtau korg yg merokok tu bhyakan kesihatan...bg sesape yg miskin tu kan elok berenti merokok...dah la miskin isap rokok plak...kan elok duit tu beli susu anak ka...pas ni jgn ade lak yg post lps aku nih ckp org sakit jantung isap rokok pon lambat mati...hehehe...
sungguh aku ckp...aku penah cube merokok...habis sbtg rokok kwn aku cube...tp aku takde feel langsung nak continue jd cigar addict...
kwn kwn ni kisah rokok eh...bukan kisah hyip haram ke minyak ka...tol ka...jgn campurkan ye...hehe...
saje nak sakat korg nih... :D
disc
08 Apr 2007, 06:23 PM
isap la rokok seludup....lagi murah dan lagi best... :D
JiraiyaSama
08 Apr 2007, 06:30 PM
isap la rokok seludup....lagi murah dan lagi best... :D
mane nak cari? kite wat tokan kat cni nak disc...?hehe
realmxme
08 Apr 2007, 06:34 PM
ko x sanggup ker tahan x isap rokok dlm 3 tahun? :D
mana tahan tu 3 tahun hidup tanpa rokok bagaikan hidup tanpa macho.. keke :D tapi kalau dah 20 hinggit tu.. jawabnyer sehari sebatang ler siot... pergh.. :p
bleh ker sehari sebatang ek:rolleyes: konpius aku.. sapa sini boleh isap rokok sehari sebatang angkat tangan.. :D
realmxme
08 Apr 2007, 06:35 PM
mane nak cari? kite wat tokan kat cni nak disc...?hehe
Bukak www.CigaretteHYIP.com ler.. baru best.. bleh aku order pakai e-gold.. hehe
disc
08 Apr 2007, 06:44 PM
Bukak www.CigaretteHYIP.com ler.. baru best.. bleh aku order pakai e-gold.. hehe
muahahha....menarik gak url ko tue..plan camner tue..berapa ROI dia??:D
disc
08 Apr 2007, 06:45 PM
mane nak cari? kite wat tokan kat cni nak disc...?hehe
macam aku isap rokok surya...muahaha...so senang jerk nak cari...setelah rege rokok kat malaysia meningkat naik...betukar ker rokok jenama lain..:D
RM100
08 Apr 2007, 07:10 PM
Bukak www.CigaretteHYIP.com ler.. baru best.. bleh aku order pakai e-gold.. hehe
bagus cadangan 2, leh ramai2 kita invest kat hyip rokok plak, sure harga x kn turun.:p
Merokok? Mana ada gaya..! :D
Naik RM10 ka? cis! ciss!
disc
08 Apr 2007, 07:22 PM
Merokok? Mana ada gaya..! :D
ayat yg paling kelakar penah aku dengar dari iklan tue..!!!!
zasrul1978
08 Apr 2007, 07:39 PM
RM 10???...
aku kena start tanam tembakau sendiri la secara kecil kecilan.. huhuhuhu :o :o
areryp
08 Apr 2007, 07:53 PM
RM 10???...
aku kena start tanam tembakau sendiri la secara kecil kecilan.. huhuhuhu :o :o
tembakau da tanam..pastu balut ngn daun..baru 30sen satu ikat..kehkeh..
isap okok daun lg murah..pasni abis lar pokok2 nipah pupus kt mesia ni nk wat daun balut rokok...kakakaakah
disc
08 Apr 2007, 08:01 PM
nanti pokok nipah la plak kerajaan akan naikkan harga jadi 100 sekilo...:D
JiraiyaSama
08 Apr 2007, 08:10 PM
aku pun lebih rela hisap rokok daun smpi mati dr kasi duit aku kat kerajaan...
tensen siottt.....
AkuJaya
08 Apr 2007, 08:39 PM
Kalau susah nak fikir dengan kenaikan harga rokok! Allah.... senang je berhenti hisap macam saya...
Duit tu boleh invest di
RAHSIA PELABURAN INTERNET | "Pelaburan Tiada Risiko, Tapi Mudah Untung" (http://www.freewebs.com/pelaburaninternet2u)
..:: UT2U | PEMANGKIN DUNIA BARU KEWANGAN ANDA ::.. (http://www.ut2u.biz/?id=akujaya).
:D
sNarFy
08 Apr 2007, 08:43 PM
jangan kacau tembakau shisha dah lah... :D
p/s: bagi perokok nak benti rokok, meh aku ajar.. dulu aku pon perokok paling dahsyat. Amalkan kunyah chewing gum. kunyah selama yg boleh.. kalau boleh 3 jam, dan teruskan lagi. Di malam hari kalau ketagih sangat nak asap, isap la shisha.. :D lama lama mmg tinggalkan terus rokok tuh... insyallah.. nih tips aku.. sebab cara aku nih berkesan kat diri aku..
NEMO
08 Apr 2007, 08:48 PM
kalu dah 20 inggit baik kita isap curut je
areryp
08 Apr 2007, 08:52 PM
Kalau susah nak fikir dengan kenaikan harga rokok! Allah.... senang je berhenti hisap macam saya...
susah oo mau berenti..tp tu lar sebaiknya..cuba stop..
xder ar bini nk bebel..(bg yg da kawin ar),,
xder lar mak kter duk bising..dah..dah..la tu isap rokok..:D
awang
08 Apr 2007, 10:29 PM
betul kata snarfy...layan shisha je!! Aku baru beli paipon shisha....sempoiii
JiraiyaSama
08 Apr 2007, 10:31 PM
paipon tu leh isi ubat batuk skali kat dlm tu...lg 'nyaman'.....
zasrul1978
08 Apr 2007, 10:46 PM
jangan kacau tembakau shisha dah lah... :D
p/s: bagi perokok nak benti rokok, meh aku ajar.. dulu aku pon perokok paling dahsyat. Amalkan kunyah chewing gum. kunyah selama yg boleh.. kalau boleh 3 jam, dan teruskan lagi. Di malam hari kalau ketagih sangat nak asap, isap la shisha.. :D lama lama mmg tinggalkan terus rokok tuh... insyallah.. nih tips aku.. sebab cara aku nih berkesan kat diri aku..
susah jugak, aku suka isap rokok sambil nguyah chewing gum, nampak castello sikit. ada cadangan lain tak?
disc
08 Apr 2007, 11:15 PM
tak payah berenti...lagi senang...aku lum sampai seru utk berenti lagi..:D
mafioso
10 Apr 2007, 02:31 PM
tak payah berenti...lagi senang...aku lum sampai seru utk berenti lagi..:D
Aku pun sama hehehe..........:D :D :D
crazyfinger
10 Apr 2007, 02:41 PM
bagi aku ah...sebenarnya masalah rokok ni sebab ramai yg sakit pasal rokok tak ada duit nak ubat atau operate..tp beli rokok byk duit tiap hari ada je 20 batang tu habis lepak kedai kopi..hehe..tu masalah tu...kalau kaya n sakit masuk hospital lepas tu kena operate tak susah susah claim insuran pun ada duit dalam bank senang ah kerajaan...terkawal juga populasi manusia dalam mesia ni...mesia tak nak jadi quantity byk tp quality kurang..hehe...
sebaiknya hisap rokok tu minum2 la air...jgn amalkan isap rokok tak minum air..tu yg parah tu...kalau keliling kita ramai org awam yg tak merokok contohnya kanak2 atau wanita...sebaiknya control le diri tu ah..tu pasal ah..kalau semuanya bermoral..hisap rokok buang puntung rokok ke tong sampah berpasir kan baik..ini sisip kat kerusi taman la..buang merata tempat la..tu yg tak sedap dilihat tu...
aku pun merokok gak..tp lagi best tahu kenapa...aku memang tak suka hisap rokok lain..hanya nak danghill saja..hehe..so kalau rokok dah hbs..tak le nak minta kawan pula..sebab kwn marboro..haha...dapat juga control jumlah rokok tu...dah lebih 10 tahun hanya danghill jadi idaman..hehe..loyal betul aku ngan danghill ni...
apa pun merokok tak salah cuma tabiat nak merokok tu yg tak baik dan kesesuaian tempat/waktu kena pikir k..hehe...mahal ke danghill nanti aku tetap beli gak..haha..
nurul
10 Apr 2007, 02:48 PM
dunhill 14 ke 20? :)
disc
10 Apr 2007, 03:01 PM
ishh..nurul tau eks ader 14 atau 20...hehe
azam79
10 Apr 2007, 03:01 PM
sapa yang nak berenti merokok tu try la produk nih.... nampak cam menarik...
aku tak cuba lagi... lom sampai seru nak berenti merokok... tapi nanti bila nak berenti aku ingat nak pakai produk ni gak la......
Super Detox
Super Detox - Natural Smoking Addiction Eliminator (http://www.canang.com/mailinglistbuilder/wp-content/uploads/2006/12/salesletter.htm)
nurul
10 Apr 2007, 03:25 PM
oo produk nih.
org_tu dah try dah, tak berkesan gak.
pokok pangkalnye hati tu.. :)
sapa yang nak berenti merokok tu try la produk nih.... nampak cam menarik...
aku tak cuba lagi... lom sampai seru nak berenti merokok... tapi nanti bila nak berenti aku ingat nak pakai produk ni gak la......
Super Detox
Super Detox - Natural Smoking Addiction Eliminator (http://www.canang.com/mailinglistbuilder/wp-content/uploads/2006/12/salesletter.htm)
xref
10 Apr 2007, 03:35 PM
sikit2 nak naik. gomen x fikiq ke org tua kat kg tu...mereka ni keje dah la petani, pendapatan bukanlah byk sgt..kais pagi mkn pagi...mereka bukan satu ari isap rokok dah berpuluh2 tahun mcm mane la mereka nak berhenti, ntah kite x wujud lg. dah menjadi amalan rutin meraka....kite kene kaji jgn dok sesuka ati nak naik...pahni ape lg yg nak naik...
nurul
10 Apr 2007, 03:39 PM
ishh..nurul tau eks ader 14 atau 20...hehe
tau la sikit2 :)
disc
10 Apr 2007, 03:44 PM
nie mesti BF atau hubby isap rokok dunhill gak nie??...:D
azam79
10 Apr 2007, 05:20 PM
Teringat aku masa ceramah ustaz zaharuddin malam tadi... dia ada sentuh pasal rokok.... dia cakap isap rokok hukumnya HARAM. Sebab apa? Sebab dalam rokok ada DADAH yang menyebabkan KETAGIHAN.
Ni contoh yang dia bagi masa ceramah tu.....
Sebab apa orang isap rokok? Ada yang cakap SEDAP. Takder sorang pun yang cakap KETAGIH. Tapi Ustaz Zaharuddin cakap orang isap rokok sebab KETAGIH. Dia bagi contoh makanan yang SEDAP-SEDAP. Macam durian, udang, ayam etc. Semua benda yang SEDAP-SEDAP yang orang suka makan.
Pehtu dia sambung lagi... walaupun SEDAP benda-benda tu, tapi takder la pulak orang yang suka makan benda-benda tu jadi KETAGIH. Takder la pulak setiap 2 jam jer keluar gi makan DURIAN. Pehtu nak berak bawak DURIAN dalam jamban. Bangun pagi makan DURIAN. Lepas makan nasi kena makan DURIAN. Senang cerita makan DURIAN tu cam isap ROKOK la.
Korang leh imagine tak? AKu bila dengar cara dia sampaikan tu.... terdetik gak hati nak berenti... Betul juga apa yang dia sampaikan. Hehhe.. ok kengkawan... kita berenti isap rokok jom!!!
p/s : aku tulis ni utk beri peringatan kat diri aku sendiri dan juga kengkawan sumer.. maaflah kalau ada yang terasa...
freelance
10 Apr 2007, 05:24 PM
sikit2 nak naik. gomen x fikiq ke org tua kat kg tu...mereka ni keje dah la petani, pendapatan bukanlah byk sgt..kais pagi mkn pagi...mereka bukan satu ari isap rokok dah berpuluh2 tahun mcm mane la mereka nak berhenti, ntah kite x wujud lg. dah menjadi amalan rutin meraka....kite kene kaji jgn dok sesuka ati nak naik...pahni ape lg yg nak naik...
mana der gomen nak naikkan harga rokok...dah kuar buletin 1.30 td :D
anbu-san
10 Apr 2007, 05:36 PM
org kg isap rokok daun la ehehe, taruk cengkih sket perh bleh lalok kejap ekeke...dulu aku sempat isap sebulan je pastu da x isap da hehee
vBulletin® v3.7.4, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.