PDA

View Full Version : Koleksi Citer Lawok - Add Kat Sini


syukur5669
07 Apr 2007, 12:57 AM
ALLO MY PREN... KALO KORANG ADA CITER LAWOK ADD LA KAT SINI...
BULEH PAKAT2 LEPAS TENSEN...
KITA BULEH KOMPOL KOLEKSI BANYAK2 KAT SINI OK...:D

syukur5669
07 Apr 2007, 01:07 AM
:D Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

syukur5669
07 Apr 2007, 01:10 AM
JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung' ADA BARAPA BANYAK TU:rolleyes: ...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!

NEMO
07 Apr 2007, 01:39 AM
JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung' ADA BARAPA BANYAK TU:rolleyes: ...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!


lawak ni dah expired...zaman aku belajo lagi

syukur5669
07 Apr 2007, 01:48 AM
lawak ni dah expired...zaman aku belajo lagi

tak kisah expired ke tak... janji tambah koleksi...
kalo ko ada add la...

razif1224
07 Apr 2007, 01:51 AM
Kuih yang semua orang makan di tepi je.. tengah orang x pernah makan..:)

Kuih....














































































DONUT.... :)

NEMO
07 Apr 2007, 02:04 AM
thread lawak dah ada nih http://nogold.com/forum/free-forum/7587-joke-kelakar-la.html

syukur5669
07 Apr 2007, 11:37 AM
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

syukur5669
07 Apr 2007, 11:41 AM
Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain........ :D

syukur5669
07 Apr 2007, 11:49 AM
Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar

syukur5669
07 Apr 2007, 11:52 AM
Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing):eek:

syukur5669
07 Apr 2007, 11:59 AM
Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama,...
dua didepan aku satu kat sebelah.
Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba.
Sebelah aku pulak orang Bangladesh.
Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...
borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi...
bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?".
Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing.
Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata American tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya.
Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak.
Masa dia tengah fikir.
Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....
belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

syukur5669
07 Apr 2007, 12:05 PM
Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek.

Si nenak memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata, "Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"

Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!. Salah naik bas."

bida
07 Apr 2007, 12:09 PM
Kuih yang semua orang makan di tepi je.. tengah orang x pernah makan..:)

Kuih....

Donut
http://img263.imageshack.us/img263/7671/donutsa5.jpg












































































DONUT.... :)

http://img263.imageshack.us/img263/7671/donutsa5.jpg

syukur5669
08 Apr 2007, 10:25 AM
along bukit beruntung (http://www.youtube.com/watch?v=GydooxplMNg)

syukur5669
08 Apr 2007, 10:29 AM
video...... budak zaman sekarana......



budak zaman sekarang (http://www.youtube.com/watch?v=qH9MghfhxUY&mode=related&search=)

syukur5669
08 Apr 2007, 10:37 AM
minah tudung


video tudung (http://www.youtube.com/watch?v=T0X_4WtAIss&mode=related&search=)

syukur5669
08 Apr 2007, 10:41 AM
salah url la...

ni baru betul


tudung (http://www.youtube.com/watch?v=5mjL-lzsU68)

syukur5669
09 Apr 2007, 01:43 PM
Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?".

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

syukur5669
09 Apr 2007, 01:45 PM
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!

syukur5669
09 Apr 2007, 01:47 PM
Seorang penjenayah tua yang menyorok di pinggir kampung sedang sakit tenat.

Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya.

Tiba-tiba kedengaran satu ketukan kuat di pintu rumahnya.

"Siapa di luar?" jerit orang tua itu dengan ketakutan.

"Saya Malaikat Maut!"

"Oh, syukurlah! Saya ingat anggota polis yang datang. Silalah masuk"

syukur5669
09 Apr 2007, 01:52 PM
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa.
Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.

Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka.
Maka seorang demi seorang dipanggil.

Junior orang pertama dipanggil.

Doktor itu memberi situasi.

"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"

Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..."

Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.

"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."

Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.

Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.

"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.

"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.

"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"

Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan.
Kemudian, Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.

Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.

"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.

"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.

"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."

Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.

"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"

Veteran dengan penuh yakin menjawab,
"Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta.
Masuk angin sikit!"

bida
10 Apr 2007, 01:15 PM
ni macam citer orang gila dengan lampu suluh.:D

BizClub
11 Apr 2007, 03:08 AM
Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah
"bukan itu maksud saya"

Lalu di ajukan soalan yang lain..
"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri.
Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung
"maaf, bukan itu maksud saya"

Sekali lagi di cuba bertanya
"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"

Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi

"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,
siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain, maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari, menyesal tanya.

syukur5669
11 Apr 2007, 02:55 PM
"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,
siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain, maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari, menyesal tanya.



fuhh... nasib baik tak semua pompuan kat situ berdiri...

kalau tak kantoi pak cik tu...

cerner
11 Apr 2007, 03:51 PM
fuhh... nasib baik tak semua pompuan kat situ berdiri...

kalau tak kantoi pak cik tu...

hehe.. itu pun dah kantoi dah.. haha..

syukur5669
12 Apr 2007, 01:26 AM
kena hati-soalan camni...
jangan kantoi lak...

syukur5669
12 Apr 2007, 05:24 PM
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"

syukur5669
12 Apr 2007, 05:27 PM
Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.
Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.

"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...
"Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"

Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan
melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya,

"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"

Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.
Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..

"Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...
"Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"

syukur5669
12 Apr 2007, 05:29 PM
Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..

"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si penguamcara tadi dengan kuat..

"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"

syukur5669
12 Apr 2007, 05:31 PM
Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula.
" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "

syukur5669
12 Apr 2007, 05:34 PM
Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

bida
12 Apr 2007, 07:35 PM
endingnya memang kelakar..

yuni-chan
12 Apr 2007, 09:33 PM
APA ITU SEX?

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

bida
12 Apr 2007, 09:37 PM
lawak yg logik dan pintar kakakah!

yuni-chan
12 Apr 2007, 09:58 PM
Cewek Telanjang Naik Teksi

Cewek telanjang nekad naik taksi, pemandu teksi pun membebel. Si cewek pun marah-marah.
"Gak pernah liat orang telanjang apa!!!"

Pemandu teksi pun menjawab,
"Aku cuma bingung kamu nanti nak keluarkan duit dari mana!!!"

BizClub
14 Apr 2007, 05:31 PM
Sebagai seorang kakitangan kerajaan... bila hari jumaat aje aku suka balik umah.. pasal masa rehat dia panjang. Tapi hari Jemaat tu hujan dengan lebatnya... So? aku tumpang office mate aku sampai depan umah. Rumah aku ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak amik aku pukul 2.30 petang...

Hujan kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. aku mandi dan semayang.... lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang amik aku. Jam dah kul 2.35 aku dah risau.. mana akak ni.. tak sampai sampai lagi...office masuk kul 2.45 ptg.

Tunggu punyer tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! Keter proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah aku. Hujan punyerlah lebat... so aku amik surat kabo lipat tebal tebal takut tudung aku basah...lepas kunci pintu.. aku terus berlari turun... pasal rumah aku berbukit.. aku kene berlari hati hati..

Sampai aje kat keta... aku tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi kenapa akak tu tak jalan. Aku toleh kat sebelah... Ler... rupanya orang lain!!!! Aku tengok orang tu. orang tu tengok aku.... Mulut orang tu siap ternganga lagi... Ish... saper ni?! Camana aku boleh silap ni... abih tu.. kat luar ujan lebat.. takkan aku nak kuar.. aku dengan muka macam kerang busuk berkata, "Err. . bang boleh tulung hantar kat UTM tak?" Abang tu pun... tak jawap apa2 agaknya pasal masih tergamam lagi.. terus angguk.

Sepanjang perjalanan aku diam... abang tu pun diam... masing masing masih gabra lagi.. Aku lagi ler gabra. Entah keter sapa aje aku main redah. Aku malu.. bengang.. rasa muka aku dah di tepek-tepek ngan taik... Aku berdoa semoga aku pengsan masa tu.. tapi sayang.. aku tak pengsan pun.

Bila sampai kat destinasi... aku pun turun... lepas ucap tima kasih. Sampai kat opis aku tunggu kakak yang sepatutnya amik aku. Bila kakak tu sampai dia tanya aku, "Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?"

Maka aku citalah peristiwa yang sadis tu.... Ya Allah.. kakak tu punyerlah gelak gila kat aku... Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi itu cerita 3 tahun lepas... skang ni... Abang yang aku tumpang tu.. dah jadi suami aku He..he..he..

Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami aku pun kata masa tu dia ingat aku nak rompak dia.... he..he.he.he. Aku pun tanya kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah aku... Then.. dia kata dia nak amik beg duit kat seat belakang tu pasal dia berenti. Tapi tau tau aku pulak yang masuk..... He..he..he.. sampai skang ni.. dia masih ejek aku lagi pasal perisitwa kureng tu...

Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe aku tak jumpa lagi suami aku yang sowang nih? ihiks!!

bida
14 Apr 2007, 05:44 PM
memang lawak...kalo bleh, try dptkan lawak yg pendek sket.:D

syukur5669
16 Apr 2007, 01:12 AM
pada satu hari 3 orang lelaki telah sesat kedalam hitan....
mereka telah ditangkap oleh satu puak orang asli....

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

syukur5669
16 Apr 2007, 01:17 AM
Side A, Side B


Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"

Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

erzua_anna
16 Apr 2007, 01:21 AM
pada satu hari 3 orang lelaki telah sesat kedalam hitan....
mereka telah ditangkap oleh satu puak orang asli....

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"


nak mati kot org tu..huhauha...:D :D

syukur5669
16 Apr 2007, 01:35 PM
Malam Pertama Malam Terindah


Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku istrinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang.

Dengan jengkel suaminya berkata...
"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang istri,
"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi."

mafioso
16 Apr 2007, 02:04 PM
Malam Pertama Malam Terindah


Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku istrinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang.

Dengan jengkel suaminya berkata...
"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang istri,
"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi."

uuuuuuu nangis aku kalau jadi laki dia ni...

anne_81
16 Apr 2007, 02:07 PM
uuuuuuu nangis aku kalau jadi laki dia ni...

Lurus bendul la pompuan ni..:rolleyes:

syukur5669
16 Apr 2007, 02:10 PM
kalau cam tu kawin nanti aku nak lock la semua tingkap.... kalau tak melepas...

syukur5669
18 Apr 2007, 01:30 AM
Curang


Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"

cerner
18 Apr 2007, 02:10 AM
haha.. hampas nyer citer.. gelak sorang2 aku..
adeh.. adeh..

mimnl
18 Apr 2007, 02:40 AM
:D
baru betul
curang ngan curang

cerner
18 Apr 2007, 03:07 AM
:D
baru betul
curang ngan curang

hehe..
silap tu..
baru padan.. curang ngan curang..

tp x btul.. dua2 x btul.. haha..
hampes..
skadar melawak xper..
kalo btul.. tikam jer..

oghe-klate
02 May 2007, 04:49 AM
Why Did the Chicken Cross the Road? What they have to say.

Kindergarden teacher:
Because it wanted to look for food on the other side.

BUT

Samy Vellu:
Kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk melintasi itu jalan. Lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, bagitau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll... itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup... kita boleh survey mana ada rosak.

Karam Singh Walia (TV3):
Seperti saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling dasyat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan. Seperti pepatah melayu berkata.. ayam di jalan di lintaskan; ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin (Edisi Siasat NTV7):
Apa kejadahnya ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saja. Ayam semua dah besar kepala...dan dah tak nak duduk reban... dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Arifin Ismail (Misteri Nusantara TV3):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampong ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampong ini. Apakah maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi... MISTERI"

Zainal Alam Kadir (Wayang Kita Astro):
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita"

Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yang melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL!

Md. Said Yusof (BN Jasin):
Apa salahnya... biarkan mereka melintas...tutup sebelah mata ajelah... ayam-ayam terlebih besar sikit sahaja. Lagi pun semuanya itu ayam saya.

Shahrir Abdil Samad (ex Pengerusi BBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan.
Kalau beginilah, maka ianya bertentangan dengan prinsip saya, maka saya RESIGN!!!

Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2006, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS.

Dr M:
You know, I am tired of all this....'apa nama' chicken-chicken bisnes...you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits.... So why are we Chicken out??

Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja... jangan percaya khabar-khabar angin ini semua... biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah
belahkan perpaduan ayam-ayam semua... Jangan percaya... We've decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people... nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their
opinion... ini biasalah.

Anda pula bagaimana? ;) :D

oghe-klate
02 May 2007, 04:55 AM
Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap. :eek:

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan
mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor. :)

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri. :confused:

"Sumaat" :D

JiraiyaSama
07 May 2007, 01:25 PM
zaman jepun


Pada zaman pemerintahan Jepun, tiga
orang cina, Ah Meng, Ah Seng dan Ah
Beng telah ditangkap sebab menyeludup.
Diorang bertiga nie akan dihukum bunuh
oleh skuad penembak. Jadi malam tu
diorang pun buat rancangan untuk
melarikan diri. Ah Meng kata yang
tentera Jepun takut akan bencana alam.
Jadi diorang kena buat tentera Jepun tu
panik supaya diorang boleh lepas.

Keesokkannya, Ah Meng menjalankan
hukuman bunuh. Skuad penembak berbaris
kat depan. Baru jer kapten Jepun tu
kata "Ready... aim", Ah Meng terus
jerit "Gempa bumi gempa bumi". Tentera
Jepun lari bertempiaran dan Ah Meng pun
terlepas.

Lepas tu tiba giliran Ah Seng. Bila jer
kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Seng
terus menjerit "Banjir banjir". Tentera
Jepun lari bertempiaran dan Ah Seng pun
terlepas.

Bila tiba giliran Ah Beng, dia pun
berfikir, "Hmm, kena sebut pada masa
yang sesuai balu(baru) itu askal(askar)
lali(lari). Wakaka, manyak bodoh punya
askal Jepun." Bila jer kapten tu
sebut "Ready... aim", Ah Beng pun terus
jerit "Fire fire".

Apalagi, terus tamat ler riwayat Ah
Beng.

JiraiyaSama
07 May 2007, 01:26 PM
doa anak


Pada suatu malam, seorang ayah
mendengar anaknya berdoa. "Ya,
tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek.
Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah kurang pasti akan maksud doa
tersebut, tetapi keesokan harinya si
datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar
anaknya berdoa lagi. "Ya,
tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah.
Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan
paginya, si nenek pula ditemui
mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar
anaknya berdoa lagi malam
itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak.
Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia
berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi
lagi sudah pergi bertemu dengan doktor
untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya
menunggu di depan pintu. "Bang, abang
pergi mana, kalau abang ada pagi tadi
boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi
tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang
terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih)
menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat
mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??

Kwang Kwang Kwang ...


p/s: anak saper sebenarnya budak nih?

amirsiti
10 May 2007, 04:12 PM
My First Time

The sky was dark
The moon was high
All alone
Just her and I
Her hair so soft
Her eyes so blue
I knew just what
She wanted to do
Her skin so soft
Her legs so fine
I ran my fingers
Down her spine
I didn't know how
But I tried my best
To place my hand
On her breasts
I remember my fear
My fast beating heart
But slowly she spread
Her legs apart
And when she did it
I felt no shame
All at once
The white stuff came
At last it's finished
It's all over now
My first time
Milking a cow
My First Time

The sky was dark
The moon was high
All alone
Just her and I
Her hair so soft
Her eyes so blue
I knew just what
She wanted to do
Her skin so soft
Her legs so fine
I ran my fingers
Down her spine
I didn't know how
But I tried my best
To place my hand
On her breasts
I remember my fear
My fast beating heart
But slowly she spread
Her legs apart
And when she did it
I felt no shame
All at once
The white stuff came
At last it's finished
It's all over now
My first time
Milking a cow


- Ikhlas4u.com .. Kewangan dan Perlindungan (http://www.ikhlas4u.com) -
web paling friendly mesti clik

anne_81
10 May 2007, 04:14 PM
MMmm..perah susu lembu rupanya...misleading memanjang...:D

savviator
11 May 2007, 11:07 AM
Juliana : "Abang Mie... Jom la datang
rumah... saya rindu
la.. lagipun suami saya pergi oversea
tadi.."

Helmi
: "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la
abang tipu isteri abang
tu.."

Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok..
abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki
yg
baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit..
isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah
plak"

Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa
saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya
pasal.. apa saja abang
sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak
keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia
pulang
lewat malam
ini
kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi
telah mencukur misainya sampai
licin..

Jam
4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya...isterinya sudah
tidur...
Dengan perlahan Helmi salin baju dan
naik ke tempat
tidur...tiba-tiba isterinya tersedar
lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan
berkata... "Kenapa kau tak balik lagi Jalil...kejap lagi suami akak
balik...!!"

ishk..ishk..

Dark_fx
14 May 2007, 04:06 PM
hahhaaha
Subject: Fw: Kisah Usop Jendul


Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!

Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...

P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.

Yang Menyayangimu,

Usop Jendul

Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat. Kengkawan Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia Bertemu Kekasih Barunya Mek Ayu Tu...!!

azmimazda
15 May 2007, 11:23 AM
mampus ekekekeke.. ades sakit perutku..

syukur5669
15 May 2007, 02:05 PM
Ujian Darah


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

xref
15 May 2007, 02:18 PM
Sketsa POLITIK


Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja.

Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?".

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.

Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'membelasah' si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu.

Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam celik

xref
15 May 2007, 02:22 PM
Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu.

Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya
mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana
Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia
yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa
Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada
10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu
berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna
hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan
kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur
adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya
tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti
yang di
karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti
bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

elmyda
19 May 2007, 08:40 PM
hahahahahaa.. lawak lawak.. :D :p :cool:

JiraiyaSama
19 May 2007, 10:27 PM
Artis

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
Abang Haji........ .KUMPULAN BAJI

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan
ayat... TITEK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand...
HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing
KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
O.A.G (Orang Asli Gombak)

7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..
SCOIN (pakai syiling jer)

8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa
AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
MAY (Bau Sabun)

10) Kumpulan Rock Paling Bahaya
AMUK

11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional
MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi
GIEGIEL

13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain
HEADWIND

14) Kumpulan yang mudah berpecah
KRISTAL

15) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri
LEFTHANDED

16) Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)

17) Kumpulan yang terdiri dari pesawah
PADI

18) Kumpulan yang paling popular di pagi raya
TOO PHAT

19) Penyanyi kesukaan David Beckam
SITI SARAH

20) Penyanyi yang sentiasa tua
TO'KI

21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh...
PRETTY UGLY

22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe
METALASIA

23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang
4U2C

24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp..
MELLY GOESLOW

25) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'
TEACHERS PET

26) Kumpulan yang susah nak sakit
MEDICINE

27) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur..
DR. KRONIK

28) Kumpulan yang buat show kat everest
IKLIM

29) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh
BLACK DOG BONE

30) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya
PAK PANDER

31) Kumpulan yang paling di hormati
KUMPULAN DEWA

32) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley
NEW BOYZ

33) Kumpulan yang menggunakan paling popular di jalanraya
KUMPULAN NASYID HIJJAZ ( Honda Jazz tuh...)

34) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9..
SWEET SEPTEMBER

35) Kumpulan berani mati..
KAMIKAZE

36) Kumpulan yang selalu gi konvoi..
XPDC

elmyda
20 May 2007, 02:13 AM
hehehehee yg nih best

"16) Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)"

azmimazda
20 May 2007, 03:44 PM
rasanya dh jadi 2 thread citer lawak hehehe.. itupun lawak gak kan??

elmyda
20 May 2007, 09:44 PM
biar je la diaorg... janji ada tempat aku nak berhibur..