PDA

View Full Version : Al-Kisah CCRIS - CTOS

Sony_Boy
04 Apr 2007, 02:46 PM
KUALA LUMPUR 3 April – Kerajaan mahu bank menghentikan tindakan mempromosi kad kredit secara agresif memandangkan pengeluarannya secara melampau tanpa kawalan boleh ‘menjahanamkan satu generasi’, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Tindakan mempromosi kad kredit secara agresif oleh pihak bank perlu dihentikan kerana ia menyumbang kepada pengeluarannya secara melampau yang boleh ‘menjahanamkan satu generasi’ jika tidak dikawal.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, untuk itu satu perbincangan akan diadakan dengan institusi perbankan dalam tempoh terdekat bagi mencari pendekatan terbaik mengawal dan menangani masalah berkenaan.

Katanya, langkah kawalan penggunaan kad kredit itu turut mengambil kira faktor kemudahan pemberian kad kredit kepada golongan muda.

‘‘Kad kredit boleh menjahanamkan satu generasi jika tak dikawal. Ia ada ‘godaan’. Saya berjanji akan berbuat demikian (ada- kan kawalan),” katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya terhadap usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) telah meminta pandangan menteri itu mengenai promosi kad kredit yang berleluasa dan melampau oleh pihak bank termasuk di pusat-pusat beli-belah untuk menarik rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

Bagi membendung perkara itu, Nor Mohamed berkata, kementeriannya juga telah berbincang dengan Bank Negara bagi mencari kaedah terbaik untuk mengetatkan kriteria yang melayakkan seseorang memohon kad kredit.

“Secara keseluruhan 48 peratus permohonan diterima oleh bank, iaitu daripada dua yang memohon hanya seorang sahaja diluluskan,” katanya.

Secara keseluruhan, Nor Mohamed berkata, tahap hutang pengguna kad kredit di negara ini tidak membimbangkan iaitu Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) telah menurun kepada 3.7 peratus berbanding 16.1 peratus semasa krisis ekonomi satu ketika dahulu.

Menurutnya, 60 peratus daripada pengguna menggunakan kad kredit bagi memudahkan urusan pembayaran tanpa perlu membawa wang tunai, manakala 40 peratus lagi membayar pada jumlah yang kecil setiap bulan.

Bagaimanapun, jelasnya, masih ada segelintir yang menyalahgunakan kemudahan itu sehingga nama mereka disenaraihitamkan oleh bank selepas gagal membayar hutang masing-masing.

Mengenai sistem rekod CTOS, Nor Mohamed berkata, kementerian akan mengambil tindakan ke atas bank yang didapati menggunakan sistem itu sebagai rujukan utama dalam proses kelulusan pinjaman.

Beliau menjelaskan, CTOS bukan rujukan utama yang membolehkan bank menyenaraihitamkan peminjam.

‘‘Sekiranya (pemohon) ada bukti bank gunakan CTOS sebagai rujukan pinjaman, maklumkan pada kita, kita akan ambil tindakan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh).

Kalau aper2 bank application kena reject, camner nak ader bukti bank pakai CTOS ek?

stannero
05 Apr 2007, 01:34 PM

ako xpaham la yg nie.. bukan ako rasa sumer bank check CTOS nie erk ?

Sony_Boy
05 Apr 2007, 01:59 PM
ako xpaham la yg nie.. bukan ako rasa sumer bank check CTOS nie erk ?

Tu la pasal.. Kadang2 ader jugak dengar citer orang apply loan, CCRIS tarak hal tapi tak approve.. Bank kalau tak approve pun bukannya bagitau reason kat kiter..

stannero
05 Apr 2007, 02:28 PM
maksudnya org blacklisted boleh pinjam la..mcm tue ?

awang
05 Apr 2007, 02:44 PM
‘‘Sekiranya (pemohon) ada bukti bank gunakan CTOS sebagai rujukan pinjaman, maklumkan pada kita, kita akan ambil tindakan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh).[/B]

Kalau aper2 bank application kena reject, camner nak ader bukti bank pakai CTOS ek?

political talkk!! kencingg punya..

shahmizan
05 Apr 2007, 02:52 PM
Nasib baik aku tak guna kad kredit,
kalau kad debit tu biasalah, tak payah risau paperpun...boleh digunakan sampai baki habis... hu,hu,hu
cukup bulan dia auto topup.. he,he gaji masuk aa tu. pastu leh guna balik.

stannero
05 Apr 2007, 03:04 PM
political talkk!! kencingg punya..

boleh jadik gak benda nie

Sony_Boy
05 Apr 2007, 03:20 PM
political talkk!! kencingg punya..

ke ke ke.. bawak bertenang.. minum Lasinda Cafe.. - Kuatlah pulok!..

anne_81
05 Apr 2007, 03:50 PM
Geli aku nengok org tua miang tu..:D
Apa yg kecoh sgt, bukan ke diorang nengok kat ctos slama nie..

herizx
05 Apr 2007, 04:14 PM
Cuba korang terangkan kat aku..CTOS tu dari apa dan CCRIS tu dari apa??

herizx
05 Apr 2007, 04:17 PM
Aih..tkleh edit la pulak posting ni...haa lagi satu...keratan ni dapat dari mana??
suratkhabar mana??

syaq
05 Apr 2007, 07:46 PM
ade gak terbaca dalam paper semalam...tak berita harian mungkin utusan malaysia kot...elok gak tu...lepas ni harap2 senang la kalau nak buat loan kat bank...:D

edry79
05 Apr 2007, 08:46 PM
harap2 sesapa yg tahu camana kita leh dpt gelaran ctos n ccris nie bolehlah kongsi info .aku pon nak tau jgk...TQ.

nicobizz
05 Apr 2007, 09:11 PM
dri apa yg aku paham,CTOS tu kategori org2 yg di istiharkan bankrup oleh bank negara manakala CCRIS tu kategori org2 tidak dpt menjelaskan sejumlah kecil hutang ngn pihak bank/institusi kewangan....
biasenyer kalo kita nk wat loan ngn bank,dorang akan cek smua ni ar,smua ni online...

kalo aku silap tlg betulkann,k...

baik korang join ut2u ni,ada kad debit,xperlu hutang2 lagi....
papehal bole email iceman_finn@yahoo.com
or cal/sms ; 0129807555..

bono79
08 Apr 2007, 10:32 AM
harap2 sesapa yg tahu camana kita leh dpt gelaran ctos n ccris nie bolehlah kongsi info .aku pon nak tau jgk...TQ.sonang yo bro...cubo kau amalkan swipe CC ari2...pehtu kau bayar kurang dr minimum payment required...insyaAllah x lamo pehtu, selamat lah...:D

bykkan buek loan...biar sampai lobam...huhu

Sony_Boy
11 May 2007, 08:54 PM
nama aku dalam CCRIS, rasa2nyer boleh ke gi Singapore?..

aunpower
12 May 2007, 10:29 AM
dri apa yg aku paham,CTOS tu kategori org2 yg di istiharkan bankrup oleh bank negara manakala CCRIS tu kategori org2 tidak dpt menjelaskan sejumlah kecil hutang ngn pihak bank/institusi kewangan....
biasenyer kalo kita nk wat loan ngn bank,dorang akan cek smua ni ar,smua ni online...

kalo aku silap tlg betulkann,k...

baik korang join ut2u ni,ada kad debit,xperlu hutang2 lagi....
papehal bole email iceman_finn@yahoo.com
or cal/sms ; 0129807555..

aku rase ade silap sikit penerangan ni bro..... semua orang yang pernah membuat pinjaman di bawah institusi kewangan yang bernaung di bawah bank negara name mereka semua automatik ade dalam senarao CCRIS... CCRIS ni sebenarnye personal kredit report.... kalau korang pegi bank negara korag leh mintak laporan CCRIS korang.... dalam laporan tu akan keluar senarai seluruh utang korang yang dah bayar or dalam proses pembayaran.... dalam laporan tu die ade pattern pembayaran korang.... kalau korang bayo cantek... cantek le pattern korang... kalau ade yang tertunggak..... tak cun le jadik die.... bank2 banyak tgk pattern ni le.... kalau dieorang tgk korang memang jenis peminjam yang baguss... senang le korang apply ape2 loan... tu jek... kat sini salah tanggapan kitre smua.... kalau name ada dalam CCRIS dah problem...

kalau ade mase korang p lah bank negara sembang2 ngan orang kat kaunter tu.. (kalau dieorang free lah).. macam2 mende korang boleh tau...

aunpower
12 May 2007, 10:32 AM
nama aku dalam CCRIS, rasa2nyer boleh ke gi Singapore?..

CCRIS CTOS takde kene mengene ngan passport bro....

rimau
12 May 2007, 06:57 PM
CCRIS CTOS takde kene mengene ngan passport bro....

jgn sampai muflis sudah..mmg takleh g mana mana:rolleyes:

jeb
12 May 2007, 07:30 PM
mana ade bank yg x jadikan ctos sebagai rujukan.sume yg aku tau bayaran lewat 2 bulan pun ccris dah 2 failed.

Sony_Boy
13 May 2007, 05:54 AM
tq yang bagi info.. last year, aku ader baca dlm paper maner ntah, minah nih nak gi luar negara, passport kena tahan.. pastu dapat tau, keta tak bayar 5 bulan..

randomduit
14 May 2007, 02:20 PM
Ctos tu credit tip off servicess sdn bhd, betul tak?otai2 tolong betul kan...nak tgk kita ada ctos or tdk bayar dalam rm30 macam tu la kat ctos company atau agen2 yg dilantik.ctos ni just senarai hitam la bagi pembayar tegar kebiasaan atas 6bulan hingga setahun keatas, kalau rumah kena tarik, kereta kena tarik tu semua masuk ctos la.ctos bukan bankrup, kalau bankrup nama kita ada di jabatan insolvensi if kita berhutang melebihi rm30,000 (fakta setakat 2006)kat mana2 syarikat kewangan.Kena saman la kiranya, turun naik mahkamah baru la diishtiharkan bankrup.Masa ni la passport semua kena tarik dan tak boleh buat passport, transaction bank dibeku, dan apa juga berkaitan dengan nama kita semua dibekukan termasuk kwsp.

Pada yang ada info lagi mendalam boleh betulkan apa yang aku tulis kalau salah..plsss:)

stannero
14 May 2007, 02:28 PM

xbayaq PTPN pun passport kena tarik..kejammm

bl4ck
14 May 2007, 02:31 PM
saper tau addres ctos nih? ip dier? nk soh kwn haku test boleh godam ker tidak. :p