View Full Version : Cerita Lawak : Kisah 3 kura-kura
syukur5669
04 Apr 2007, 01:17 PM
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah
bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa
minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.
Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya,
sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul
perbualan di antara mereka.
Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk
amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai
sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II
menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu.
Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II
sudah tidak dapat menahan lapar.
Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."
Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik
aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan
ni kan? kan?!!!"
hafizzo
04 Apr 2007, 01:35 PM
fuh dasyat kekura tu bleh tahan sampai begitu lamanya...
bida
04 Apr 2007, 01:39 PM
An Arab National Interviewed At The Us Embassy.
Consul: Your Name Please?
Arab: Abdul Aziz
Consul: Sex?
Arab: 6 Times A Week
Consul: I Mean, Male Or Female?
Arab: Both Male & Female And Sometimes Even Camels
Consul: Holy Cow!!!
Arab: Yes, Cows & Dogs Too!!
Consult: Man, Isn't That Hostile?
Arab: Horse Style, Dog Style, Any Style....
Consult: Oh Dear!!!
Arab: Deer? No Deer, They Run Too Fast!!!
anne_81
04 Apr 2007, 01:39 PM
Hampeh punya kura-kura III tu, selama 2 minggu tu dia ada dok menyorok kat semak tu rupanya..
anne_81
04 Apr 2007, 01:42 PM
Yg Bida punyer cerita Arab tu kelakarlah..korang ni bab-bab tu ada aje ceritanya..:D
suntzu
04 Apr 2007, 01:48 PM
ahahaha..kura2 bodoh.baek tunggu hujan berenti jek..hampeh!
zenbaya
04 Apr 2007, 02:06 PM
gila! dua2 cita funny!!:D..pape pun komen aku untk cita kura2 tue..MANGKOK AYUN NYERR KEKURA!:D
erzeugenly
04 Apr 2007, 02:51 PM
bengong betul...
cerner
04 Apr 2007, 11:31 PM
haha.. jeng..
zureyna
05 Apr 2007, 01:02 AM
ades....sakit jiwa btol ngan kura2 sekor tu... :D
NEMO
05 Apr 2007, 01:05 AM
An Arab National Interviewed At The Us Embassy.
Consul: Your Name Please?
Arab: Abdul Aziz
Consul: Sex?
Arab: 6 Times A Week
Consul: I Mean, Male Or Female?
Arab: Both Male & Female And Sometimes Even Camels
Consul: Holy Cow!!!
Arab: Yes, Cows & Dogs Too!!
Consult: Man, Isn't That Hostile?
Arab: Horse Style, Dog Style, Any Style....
Consult: Oh Dear!!!
Arab: Deer? No Deer, They Run Too Fast!!!
kalu aku jadi konsul tu, aku dah kasi pelempang dah kat mamat arab nih
realmxme
05 Apr 2007, 01:08 AM
lawak tul lah.. dah2 cepatlah post lagi..
saidi
05 Apr 2007, 01:13 AM
Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke
rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada
malam itu.
Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang
sunyi itu.
Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal
bersendirian.
Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya.
Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang
besar.
Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.
" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang
manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati
yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula.
" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di
sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara... .. "
Kah kah kah kah ..... hampeh ..... :D
saidi
05 Apr 2007, 01:18 AM
Lawak MALU ALAH
Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru...
al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business... tak tahu lah business apa... nanti aku tanya..!!
Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya... ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya..stationerynya la... tong
sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially
talipon... !!
Dia ni boss kat pejabat tu... selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu... ye laaa... boss lah katakan?!!
Mula lah berangan tu... ... berangan ni... !! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar... ah!!... mesti pelanggan datang ni... lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar - juta2x... pura pura kat depan orang yang datang tadi... orang yang datang tadi hanya uduk diam tak kata apa apa...
Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu... lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi... errr!... maaflah... sibuk sikit... maklumlah projek tu... projek ni... .tak boleh nak biar... kena arrange appointment dengan client... so... boleh saya bantu??
Dengan selamba pelanggan itu kata... "Err... encik... saya ni dari
Syarikat Telekom... datang nak sambung talian talipon... !!"
:p
NEMO
05 Apr 2007, 01:18 AM
aduh....kalu aku mesti dah ckp....saya nak balik dulu...ni bukan rumah saya...:D
zureyna
05 Apr 2007, 01:24 AM
kalau zu... cover..cakap... "eh tak silakan..saya guna Henpon ni... product baru syarikat kami... tak pe..teruskan keje..tak ganggu keje saya...".. kuikuikui
realmxme
05 Apr 2007, 01:26 AM
hahaha lawak lawak... cepat letak lagi... tgh bosan ni..
saidi
05 Apr 2007, 01:29 AM
nemo, lawak dalam laut takdak ka?
realmxme
05 Apr 2007, 01:32 AM
nemo, lawak dalam laut takdak ka?
ntah nemo ni... wei nemo.. kasi put joke story lah here... :p I boring ni u.. :D
saidi
05 Apr 2007, 01:32 AM
ni lawak last malam ni..
MANGGA MANIS TAK MANIS
Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan
seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"
Dah la tu oi.. tido la pulak.. :p
NEMO
05 Apr 2007, 01:36 AM
hahaha lawak lawak... cepat letak lagi... tgh bosan ni..
wah ko...macam nak request lagu kat radio je...:D
saidi
06 Apr 2007, 07:14 PM
SUDU DAN BENANG
Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding
boleh membawa perubahan yang besar terhadap
mana-mana syarikat.
Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu
restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami
meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak
pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan
utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya.
Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan
restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka.
Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku
bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"
"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas
mengupah juruperunding ABC untuk merombak
perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji,
mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu
terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja
sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka
kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja
pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang
setiap syif".
Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan
pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di
poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa
saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak
habiskan masa sekarang".
Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip
seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum
pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di
zip seluar kamu?"
"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan
suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."
"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami
boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan
mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh
menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami,
dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum
keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa
sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas
awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan
ia bal ik kedalam seluar?"
"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang
lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya
tadi."
freez
04 Sep 2008, 03:43 PM
:113:kahkahkahakah.. lawak gler cter ni. cayala..
formattedsolution
04 Sep 2008, 04:00 PM
An Arab National Interviewed At The Us Embassy.
Consul: Your Name Please?
Arab: Abdul Aziz
Consul: Sex?
Arab: 6 Times A Week
Consul: I Mean, Male Or Female?
Arab: Both Male & Female And Sometimes Even Camels
Consul: Holy Cow!!!
Arab: Yes, Cows & Dogs Too!!
Consult: Man, Isn't That Hostile?
Arab: Horse Style, Dog Style, Any Style....
Consult: Oh Dear!!!
Arab: Deer? No Deer, They Run Too Fast!!!
:24::24::24::24: pecah perut aku!!! :24::24::24::24:
saidi
04 Sep 2008, 06:14 PM
Sambil korang melayan ngantuk tu.... ni ada satu cerita. Bolehlah
dijadikan iktibar.
Ceritanya berkenaan seorang pemuda yang lurus. Jiman namanya. Rasanya takde kene mengena dengan yang hidup atau yang mati. Jiman ni tinggal di sebuah kampung di negeri Pahang. Bila tiba bulan puasa, Jiman jadi sibuk. Tarawih, tadarus dah jadi wajib. Biasanya Jiman solat asar di Masjid. Lepas asar, Jiman tolong Tok Siak masak bubur lambuk untuk berbuka. Siak memang perlu pembantu.
Adanya Jiman buat dia mudah bekerja. Jiman pun kira cepat belajar. Kalau kebetulan Siak lambat ari tu, Jiman dah start siapkan pekakas. Daun bawang, daun sup, bunga lawang,kulit kayu manis, jintan putih, jintan manis, buah pelaga,pucuk paku, semua Jiman dan siapkan. Tulang rusuk lembu pun kalau ada orang sedekah, Jiman dah siap potong. Kira ok lah.... Tapi tak konfiden kalau harap dia buat sendiri. Siap masak, Jiman balik kerumah jinjing plastik bubur untuk adik beradik dan mak ayah bebuka dirumah. Selalunya sebelum bebuka Jiman dah ada balik kat masjid, balik rumah tu kira nak mandi je. Dia yg tukang hidang. Lepas berbuka dan solat Maghrib, Jiman kutip pulak semua pinggan cawan kotor dan letak kat dapur masjid. Nanti ada bebudak akan datang basuh. Diorg ni dapat upah dari Siak. Jiman kena bentang sejadah pulak... untuk solat isya' dan tarawih. Solat tarawih, Jiman pilih tempat duduk sebelah bilal. Ada sebabnya... harapan Jiman, suaranya menjawab selawat nanti akan masuk kedalam mikrofon bilal tu. Jadi speaker atas menara masjid akan bawak suara tu ke seluruh kampung.
Dah biasa bagi orang kampung tu dengar suara Jiman bulan puasa. Setiap
kali Jiman jawap selawat "Sallallohhhh... salamualaikkkkkkkkk....."
sambil badannya senget kearah kiri yang ada Tok Bilal, macam nak tekeluar anak tekak Jiman, sampai bergegar masjid. Yang di sebelah kanan Jiman mesti tutup telinga, bingit. Tapi suara Jiman tu lah yang memeriahkan lagi tarawih di masjid tu.
Lepas tarawih, sambung pulak tadarus. Memang Jiman antara yang
pandai mengaji di kampung tu. Imam yang selalu jadi tekung tadarus
tu pun suka Jiman baca dengan tajwid dan lagu yang above average.
Kalau takde Jiman, tadarus jadi sikit muram. Lebih kurang pukul dua
belas,baru Jiman balik kerumah. Itu pun kalau takde kawan ajak tidor
masjid. Kalau 10 malam terakhir, memang jarang Jiman balik rumah. Pukul 4 pagi, Jiman dah mula ketuk buluh keketuk keliling kampung
kejutkan orang bersahur dengan 4 ~ 5 orang member sebaya. Pukul 5
Jiman balik rumah bersahur... Pastu solat Subuh... pastu baru boleh tidor lama sikit,kalau takde keje. Bayangkanlah betapa packnya program Jiman bila tiba bulan puasa.... tapi pasal seronok, Jiman tak pernah rasa letih. Mungkin Jiman ni jenis yang Rasullullah kata golongan yang seronok dengan Ramadhan dan diorang ni tak dimakan api neraka. InsyaAllah.Walaubagaimanapun, letih tu tetap ada... walau ditahan kekadang tu mata tu terlelap juga. Kekadang kalau terlelap waktu tarawih, akan ada kawan yang cokek rusuk Jiman untuk memastikan selawat tetap berjawap. Itu dah tugas Jiman. Nak jadi cerita, satu hari Jumaat sedang Tok Khatib baca khutbah, Jiman tertidor dengan nyenyaknya. Sekali sekala tersentak dek airlior
Yang mula nak keluar, dan untuk kontrol macho, Jiman akan berlagak seolah-olah sedang kusyuk menghayati khutbah.Dah letih sangat agaknya, Jiman kalah dengan matanya sendiri. Di Pahang, ketika imam duduk antara dua khutbah, selawat akan dibaca sebagai permulaan doa. Kebetulan, masa bilal baca selawat, Jiman terjaga....apa lagi.... Jiman pun jawap selawat "Sallallohhhh... salamualaikkkkkkkkk....." sambil badannya senget kearah kiri yang
tak ada Tok Bilal, macam nak terkeluar anak tekak Jiman, sampai
bergegar masjid. Makmum di sebelah kiri Jiman yang sama tertidur, terkejut beruk, bingit. Terus spontan menyergah Jiman. Terkejut beruk Jiman kena sergah. Suara Jiman kali ni tak pulak memeriahkan masjid, tapi membuat semua terkejut. Bukan setakat makmum lain yang kebanyakannya juga terlelap,malah Khatib atas mimbar pun terkejut... panik macam ada bom meletup... selepas seminit, baru Jiman perasan yang disebelah kiri dia bukan tok bilal... yang dijawab bukan selawat terawih.. yang hari bukan malam... dan solat tu bukan solat tarawih tetapi solat Jumaat. Terus Jiman mintak maaf pada semua jemaah.
Yang cepat sedar apa sebenarnya berlaku, mula tak tahan gelak. Bukan
setakat makmum aje yang tergelak, malah Khatib atas mimbar pun
bekerut muka tahan gelak. :19:
formattedsolution
04 Sep 2008, 06:21 PM
:24::24::24: thanks for the lawak bro.. :24::24::24:.. belum abis baca aku dah start gelak!! :19:
duke_leto
04 Sep 2008, 10:51 PM
:24::24::24: cam haram...mmg lawak:24::24::24: sib baik aku baca lepas buka pose....kalo baca sblm buka tadi, mau terbatal pose aku:24::24::24:
saidi
05 Sep 2008, 12:41 PM
:24::24::24: cam haram...mmg lawak:24::24::24: sib baik aku baca lepas buka pose....kalo baca sblm buka tadi, mau terbatal pose aku:24::24::24:
jangan tak pegi solat terawih pulak tuan.. :4:
powells
05 Sep 2008, 04:14 PM
bida punya citer pun klaka gak. hehehe.. kura2 pun klaka. 2-2 klaka. klaka, klaka.. harharhar..
saidi
09 Sep 2008, 01:22 PM
kisah benar....
kisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian.
Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Kerana kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada
seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga dari keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh
berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.
Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya menamatkan pengajian, pernikahan keduanya pun diadakan dengan meriah.
Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi pernikahan tersebut. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya..
Bahagiakah perkahwinan Ayu dengan Jamil ?
Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri.
Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Adeh !!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,
"BERAT BERSIH 25 KG".
Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.
Serius nampak baca yek......??? !!!
hahahahah... . ha... ha... ha....!! :19:
duke_leto
12 Sep 2008, 05:46 PM
Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya Abah.
"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.
vBulletin® v3.7.4, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.