View Full Version : Winalite bersama Groupniaga.com
unik
15 Mar 2007, 06:13 PM
Salam untuk semua...
Mengumumkan Syarikat MLM yang pasti mampu membawa pendapatan yang
hebat.
Mengenengahkan Produk tuala Wanita Anion Love Moon yang pasti mampu menjamin repeat sale dan repeat use.
Membawa pelan pemasaran yang mudah dan lumayan - sekadar membina satu kaki sudahpun mencukupi untuk membawa pendapatan yang lumayan.
Layari ::. groupniaga.com .:: (http://groupniaga.com) untuk web promosi bisnes dan maklumat lanjut.
** tontoni video penerangan rasmi lovemoon dalam bahasa inggeris
** tontoni video demo produk "live" ketika penerangan kepada prospek
** tontoni video penerangan pelan pemasaran
semua ini didalam web groupniaga.
layari juga... ÉîÛÚÊÐÔÂÀʿƼ¼ÓÐÏÞ¹«Ë¾ (http://www.winalite.com/english/) untuk melihat web rasmi syarikat
layari 月朗國際電å*å•*å ™ 國際版 - YUELANG INTERNATIONAL (http://203.75.99.21/yl/user/) untuk member center dan user registration.
unik
16 Mar 2007, 11:27 PM
BROADCAST GROUPNIAGA 16 MAC 2007
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera
Hari ini kita berjumpa lagi dengan sedikit update berkenaan perjalanan projek kita.
Ini adalah apa yang telah di rancangkan akan berlaku dalam masa 2 bulan ini.
1. Roadshow penuh akan bermula pada bulan mei 2007. Buat masa ini, pihak groupniaga akan hanya mengadakan mini roadshow sahaja, iaitu untuk leaders-leaders di seluruh negara, Sekarang ini, kami akan membantu ahli-ahli groupniaga yang sudah menjadi VIP untuk membuka market dikawasan tempatan mereka. Setelah mereka berjaya mengadakan satu kumpulan kecil disana, maka kami akan datang kesana untuk membuat group support serta mengadakan biz opportunity meeting.
2. Sekarang ini kami sedang mencari wakil-wakil negeri. Semua wakil-wakil negeri yang terlantik akan diberikan senarai nama dan nombor telefon serta emel prospek2 groupniaga yang ada berdekatan dengan mereka. Prospek yang akan diberikan kepada mereka adalah prospek "yatim" - iaitu prospek-prospek yang mana upline mereka tidak upgrade kepada VIP dan menyertai winalite.
Apabila senarai nama ini diberikan kepada wakil-wakil negeri, mereka akan menghubungi prospek ini. Jika prospek itu bersetuju untuk menyertai winalite, maka mereka akan menjadi direct downline wakil negeri tersebut. Ini adalah kelebihan kepada ahli-ahli groupniaga yang mengambil peluang awal. Sekarang ini, pihak groupniaga mempunyai kira-kira 1500 orang prospek di seluruh negara, dan secara purata, kita mempunyai lebih kurang 100 orang prospek bagi setiap negeri. Atas dasar tersebut, maka kami membuka peluang kepada mungkin 3 atau 4 orang wakil bagi setiap negeri.
Buat masa ini, senarai wakil negeri adalah seperti berikut:
1. Johor - Wan Rosli Wan Sulaiman 012-7975200
2. Negeri Sembilan- En Farhan -17-6837107
3. Kelantan - En Aziz- 019-9232161
4. Selangor - En Nasir - 016 9481231
Bagi ahli-ahli VIP yang lain, saya dalam proses untuk menawarkan kepada tuan-tuan untuk menjadi wakil negeri. Saya akan hubungi tuan-tuan dalam masa yang terdekat ini.
Kami masih lagi mempunyai beberapa orang wakil (pioneer) di beberapa buah negeri, namun buat masa ini , saya masih belum mempunyai kesempatan untuk menghubungi mereka untuk memberikan tawaran sebagai wakil negeri kepada mereka, dan juga menanyakan kesanggupan mereka samada mereka mahu menerima senarai prospek untuk mereka hubungi. Apabila saya sudah berjaya menghubungi mereka, dan mereka menyatakan kesanggupan, maka saya akan maklumkan kepada anda semua.
Bagi negeri perak, saya akan membuka wakil negeri kepada sesiapa sahaja yang sanggup, kerana tugas saya ialah menyelaras pergerakan leader dan wakil negeri diseluruh negara. Tugas saya ni seumpama air traffic controller. Walaubagaimanapun, jika tiada leader dari perak, maka saya akan ambil tugas sebagai wakil negeri juga. Bukan susah pun, telefon, set apoimen dan beri penerangan serta demo produk. Habis cerita. Kalau dia masuk, dapatlah bonus.
Seterusnya,
Minggu depan saya akan siapkan satu klip video yang akan memberikan panduan pengembangan bisnes secara offline iaitu
1 - asas memprospek
2. menetapkan temujanji
3. mengadakan sesi penerangan - membuka minda, menghadapi cabaran, mengawal perbualan supaya tiada penolakan, melayan persoalan secara integriti
4. mengadakan demo produk - segmen-segmen dalam demo, perkara-perkara penting yang perlu di lakukan, perkataan-perkataan yang mesti disebut
5. menerangkan pelan pemasaran - bagaimana menunjukkan potensi, bagaimana membuka hati, bagaimana menawan komitmen
6. Closing - bagaimana nak buat supaya semua orang akan isi borang setiap kali selepas cakap tanpa mengira dia nak masuk atau tidak (95% success rate)
Bila saya siap video klip ni, saya akan combine semua dan muatkan dalam satu keping VCD dan beri pada semua orang yang dah daftar VIP. Minggu depan saya buat.
Sekarang ini, terlalu banyak peluang perniagaan didalam pasaran yang sekadar meletakkan produk sebagai boneka semata-mata, sedangkan mereka sebenarnya hanya mahu memanipulasikan pelan pemasaran sahaja. Mereka mahu kita beli lot banyak-banyak dan katanya kita pasti akan dapat duit dengan banyaknya. Jangan kita tertipu dengan skim sebegini. Skim sebegini akan hanya menguntungkan orang yang masuk awal, dan kita tidak mungkin akan jadi orang yang awal dalam syarikat sedemikian. Tak percaya? tunggu sahajalah setahun dua lagi. Plan seperti ini tidak pernah bertahan lama, dan lebih ramai orang yang kehilangan duit daripada mendapat keuntungan.
Bagi tuan-tuan yang belum upgrade VIP, ambillah peluang ini. Marilah kita bekerja dengan penuh integriti, dan memasarkan produk yang betul-betul berkualiti dan menawarkan nilai yang cukup tinggi kepada rakan-rakan kita. First Mover advantage ada bersama kita disini. Pelan pemasaran Winalite adalah merupakan satu pelan pemasaran yang adil dan akan membawa kejayaan kepada mereka yang bekerja dengan keras dan bersungguh-sungguh. Ini bukan plan yang hanya menguntungkan orang-orang awal sahaja.
Tidak sia-sia saya dan rakan-rakan mendengar berpuluh penerangan selama dua bulan untuk mencari satu bisnes yang kompetitf untuk tuan-tuan.
Kita akan berjaya!
dengan segala hormatnya
-ustaznik
admin groupniaga
Haram
17 Mar 2007, 02:51 AM
company ko ni ada lesen AJL ke? mcm hampeh je
unik
17 Mar 2007, 01:18 PM
AJL 931645
winalite membeli dan mengambil alih phydoly boiotechnology , dan tukar nama pada winalite global sdn bhd
Sekarang beroperasi dengan lesen AJL phydoly biotech
http://img339.imageshack.us/img339/4944/ajllesensmallri2.jpg
unik
22 Mar 2007, 06:04 PM
BROADCAST GROUPNIAGA 20 MAC 2007
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera
Groupniaga kini akan maju selangkah lagi.
Kita sudah mula mengorak langkah untuk menguasai keseluruhan market lovemoon
seluruh negara.
Strategi saya buat masa ini adalah mudah sahaja iaitu:
1. kita mahu bina group tempatan disebanyak tempat yang mungkin,kalau boleh
di semua daerah di malaysia
2. Kita bermula dengan melantik 3-5 orang wakil negeri bagi setiap negeri
supaya mereka boleh menghubungi prospek2 yang berada berdekatan dengan
mereka.
3. Prospek2 tersebut perlulah merupakan prospek yang tidak mempunyai upline,
atau dengan kata lain, upline mereka tidak upgrade vip dan tidak menyertai
kita untuk mempromosi bisnes lovemoon. Prospek2 tersebut juga adalah
merupakan prospek2 yang merupakan direct referral saya dan referral admin.
4. Jika wakil-wakil negeri ini dapat menghubungi mereka, dan hasilnya mereka
menyertai kita, maka orang ini akan menjadi downline mereka. Manfaat pertama
ialah mereka akan menerima sebanyak RM40 jika orang itu join dengan pakej
silver. Jika orang itu join dengan pakej gold, maka beliau akan menerima
RM200 hasil dari penajaan tersebut. Berbaloilah dengan usaha mereka untuk
menghubungi, memberi penerangan dan membuat demo kepada prospek tersebut.
5. Jika anda sudah upgrade VIP, dan anda ada prospek sendiri yang terhasil
dari promosi anda dalam internet, maka jangan risau, kerana saya tidak akan
memberikan nama ini kepada wakil negeri untuk didekati. Sebaliknya, adalah
menjadi tanggungjawab tuan-tuan untuk buat follow up terhadap semua prospek
tuan-tuan. Call, sms, email dan sebagainya supaya mereka terbuka hati untuk
menyertai kita. Tugas saya akan saya jalankan. Saya akan hantar broadcast
4-5 hari sekali sebagai satu penghubung komunikasi. Tuan-tuan pula
bertanggungjawab untuk menjadi rakan kepada prospek2 tuan-tuan. Tawarkan
idea, kongsikan ilmu - sembang sahaja. itu sahaja. Kalau mereka upgrade, itu
sudah jadi tugas saya untuk menyelesaikan urusan tersebut.
6. Tugas dan tanggungjawab wakil negeri.
i. wakil negeri akan terima 5 prospek seminggu - dan perlu menghantar
laporan status ringkas kepada saya supaya satu tahu kedudukan prospek
tersebut. contohnya, tuliskan komen ringkas seperti "no telefon tak wujud",
"tidak berminat" ; "akan berjumpa 30 mac" ; "mahu join, tapi tunggu gaji -
perlu follow up"
ii. Bagi prospek negeri yang jauh dari daerah tuan-tuan, tak payahlah
tuan-tuan pergi jumpa mereka, kerana minyak kereta sekarang ni mahal.
maklumkan pada saya bahawa mereka itu jauh, dan kita akan kiv nama mereka
untuk wakil negeri yang lain yang berada lebih dekat dengan mereka.
Sekurang-kurangnya kita tak akan guna duit yang terlalu banyak ketika kita
baru nak bina biz ni.
iii. Selesai kerja dengan 5 orang tu, maklumkan pada saya, dan saya akan
bagi fresh prospek untuk dihubungi. Kalau 5 orang tu selesai dalam masa 2
hari, pun maklumkan pada saya jugak. Saya akan compilekan senarai prospek
yang dekat dengan tempat tuan-tuan untuk tuan-tuan hubungi.
Senang sahaja kerja kita.
Bulan 5 ni, roadshow kita akan bermula. Pada masa itu, tuan-tuan sudah ada
local group sendiri, maka kita akan lebih mudah untuk mengembangkan bisnes
kita.
Berita baik kedua. - perintis groupniaga iaitu en mazlan baru sahaja
menerima cahaya mata yang ke 4 kira-kira 2 hari lepas. Sekarang ini, baby
masih berada di hospital kerana ada kuning sikit. Selepas selesai semua
urusan kekeluargaan beliau, maka beliau akan mulakan roadshow untuk
groupniaga. Jika anda ingin menghantar sms tahniah, beliau boleh dihubungi
di talian 019-5700872
berikut adalah senarai wakil negeri yang terkini seperti yang terdapat dalam
website.
Hubungi Wakil-wakil kami yang berdekatan
untuk melihat demo produk dan penerangan bisnes
Kuala Lumpur
Lum Chee Seng 019-3809338
Pn Lynda Mazlan (Diamond Director) 012-362 9669(sunflower4gold@yahoo.com.my)
Selangor
Azamuddin Mohd Maarof 019-2792670 / azamuddin_fitec@yahoo.com
Mohd Nasir Bin Mohd Noor 0133703565/nasirsnaco@yahoo.com.my
Berman bin Zainuddin 012-6525679 / bez6065@yahoo.com
Negeri Sembilan
Muhammad Farhan B. Che Hassan 017-6837107 / bloodaxe_spawn@hotmail.com
Perak
Nik Ahmad Kamal 016-5210755 / ustaznik@gmail.com
Mohd Amin bin Lebai Bilal 019-5561460
Johor
Wan Rosli Wan Sulaiman 012-7975200 / r-wan@fkkksa.utm.my
Pahang
CHE NUDDIN BIN CHE ISMAIL 013-9372298 / cnuddin@yahoo.com
Kelantan
Aziz bin Husin 013-9232161 / azh_4212@yahoo.com
Kedah
Mazlan bin Manshor 019-5700872
Ahmad Hisham bin Masri 0194773464
Pulau Pinang
Ahmad Shubkie bin Romli 012-5899503
Kamarudin bin Man 0194716434
Sabah
Mohammad Hanafi Semion
012-8325997 / mhanafisemion@gmail.com
Esok, saya akan mula menghantar emel yang mengandungi senarai nama prospek
kepada wakil-wakil negeri.
kita jumpa lagi.
dengan segala hormatnya,
-ustaznik
admin groupniaga
unik
26 Mar 2007, 10:00 PM
BROADCAST GROUPNIAGA 26 MAC 2007
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
rakaniaga yang dihormati.
Hari ini kita berjumpa lagi. Hati saya merasa sungguh riang kerana prospek bisnes yang dibina secara beretika, tanpa memerlukan janji-janji yang melampau, tanpa memerlukan paksaan atau janji-janji menggunung yang memerlukan seseorang mengeluarkan beribu-ribu ringgit supaya mereka dapat pendapatan yang dijamin.
Multi Level Marketing ialah satu bisnes yang sepatutnya dimulakan dengan modal RM yang kecil. Paling besar pun 2-3 ribu sahaja. Modal yang paling besar dalam MLM ialah keringat dan juga air liur, serta masa. itu sahaja. Jika ada orang datang pada anda pada satu hari nanti membawakan satu bisnes yang memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar, sehingga ada pihak yang akan menguruskan pinjaman peribadi, .. dan anda dijanjikan jaminan pendapatan dan keuntungan... percayalah bahawasanya anda akan terkena.
Anda akan kerugian.
Kita mesti ubah cara berniaga. Kita mesti berniaga dengan beretika. Jangan kita menjanjikan sesuatu yang melampau-lampau dan bermain dengan impian serta harapan orang. Apa yang pasti, untuk membina bisnes ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sebab itu saya tidak pernah percaya dengan satu bisnes MLM yang mewar-warkan tanpa perlu menaja, tanpa perlu membeli dan tanpa perlu buat apa-apa. Hanya sekadar bayar keahlian dan duduk diam sahaja.
Bangunlah wahai rakaniaga sekelian. Jangan kita jadi orang yang malas dan mencari bisnes yang mempunyai plan sedemikian.. kerana kita pasti akan kerugian. Yang untung hanyalah segelintir kecil sahaja. Dan yang lain akan kerugian.
Hari ini, saya sudah cek bonus saya dalam winalite. Saya sudah dapat bonus pertama saya RM453.96 - ok lah tu untuk bulan pertama saya. Saya yakin selepas saya selesai key in group dari kelantan dan selepas saya selesai membantu wakil-wakil negeri untuk membina group kecil mereka sebelum kedatangan leader untuk roadshow nanti, income saya akan lebih cantik untuk dilihat.
Bila tengok income yang kecil ini, baru terasa betapa nikmatnya berpeluh ditengah panas ditempat parking kereta ketika membuat demo. Baru terasa nikmatnya sakit betis kerana buat kerja dari 8 pagi sehingga ke 2 pagi. Baru terasa betapa nikmatnya duduk depan komputer setelah penat seharian bekerja di sekolah, menyampaikan maklumat-maklumat kepada rakaniaga sekelian.
Seterusnya, back to business
Sekarang ini, saya sedang mengusahakan untuk menawan sebanyak mungkin daerah-daerah dalam malaysia ni. Apa yang saya sedang cari ialah orang biasa. Bukan leader hebat, tapi orang biasa yang berkemahuan dan berkeinginan dan sanggup berkorban sedikit untuk membina satu pendapatan yang baik melalui lovemoon.
Saya memerlukan seseorang yang mampu berdikari, dan menaja rakan-rakan terdekat dan mampu membina satu group kecil yang terdiri dari 6-10 orang. Masuk website groupniaga baca maklumat kat situ, dan tengok video produk demo, dan tengok penerangan plan dan pergi keluar menaja rakan-rakan terdekat. Sesiapa yang paling awal dapat bina satu group kecil tempatan, akan saya hantar leader untuk berkampung selama sehari atau dua hari untuk memberi bimbingan dan juga berjumpa dengan prospek-prospek.
jika anda mampu belajar sendiri dari segala makluamt yang ada
jika anda mampu keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan rapat anda
jika anda mampu buat demo produk.
jika anda mampu bina group kecil sendiri.
maka anda akan kami bantu sungguh-sungguh. Kami akan hantar leader untuk bantu anda disana. Supaya tuan-tuan ada income. Tak banyak pun takpe, asalkan ada income untk menampung kos kehidupan seharian. Pelan lovemoon adalah sangat mudah. Jika anda berjaya menaja 10 orang, anda sudahpun ada income RM400;
Jika anda rasa anda sesuai untuk tugas tersebut, hubungi saya. Saya akan guide melalui telefon. Saya akan membelanjakan RM600 untuk bil telefon sahaja pada bulan ini, semata-mata untuk setup puluhan group kecil di pelbagai tempat.
Masa awal ini adalah masa untuk mecari leader yang mampu berdikari dan buat groundwork sendiri sementara menunggu kehadiran orang-orang hebat ditempat anda. Isu samada anda mampu atau tidak - itu hanya anda seorang sahaja yang menentukannya. Jika anda mahu mencuba, maka anda sudah mendekati kejayaan. Jika anda kekal dengan jiwa kecil dan yakin bahawa anda tidak akan mampu membina satu group tempatan kecil, maka kejayaan anda masih jauh. Hanya satu cara sahaja anda akan mampu menggapai kejayaan dengan lebih cepat, iaitu dengn mempunyai jiwa yang lebih besar!
Kita berjumpa lagi dalam masa beberapa hari lagi.
dengan segala hormatnya,
ustaznik
admin groupniaga
unik
30 Mar 2007, 04:08 PM
BROADCAST GROUPNIAGA 30 MAC 2007
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kadang-kadang terasa gatal jari-jari untuk menaip broadcast degan lebih kerap, tetapi kalau terlalu banyak maklumat yang sampai , maka kemungkinan besar orang tak akan larat nak baca. Jadi, paling baik, saya rasa satu broadcast setiap lima hari atau setiap satu minggu adalah memadai, kerana dari feedback yang saya terima, ramai yang tak sempat baca walaupun ia hanya hadir seminggu sekali.
Hari ini saya ada sedikit update sahaja.
Sekejap lagi, kira-kira pukul 5.30 petang, saya akan memulakan perjalanan ke kuala lumpur sebab saya akan menghadiri "World Congress" Winalite di hotel sunway. Kos tiket adalah RM268 dan ia akan diadakan pada 31 Mac 2007 pada jam 4.00 petang. Kalau ikutkan, saya pasti tidak akan pergi ke world congress ini kerana harga tiketnya sangat tinggi dan juga ia diadakan di kuala lumpur. Lagipun, saya hanyalah merupakan cikgu cabuk kampung sahaja dan saya tidak mempunyai pakaian yang bersesuaian untuk ke hotel. Seingat saya, sepanjang penglibatan saya dalam MLM selama beberapa tahun ini, saya tak pernah lagi menghadiri mana-mana majlis di hotel.
Jadi, sehari dua ni, saya sibuk bertanya kesana dan kesini untuk meminjam sehelai baju blazer untuk dipakai ke hotel tersebut. Akhirnya saya dapat juga sehelai, sudah berabuk kerana tuannya pun sudah beberapa lama tidak memakainya. Berus sikit-sikit lebih kurang, maka siaplah baju blazer itu untuk saya pakai ke hotel nanti.
Tuan-tuan yang saya muliakan,
Sememangnya ramai diantara kita adalah golongan-golongan yang terkadang tidak boleh membayangkan yang kita boleh berjaya.
Terkadang kita merasa sayu kerana kita lihat rakan-rakan kita buat kerja sikit sahaja pun sudah boleh berjaya.
Tuan-tuan, kita mesti percaya dengan kemampuan diri kita. Biarlah sekarang ini kita tidak mempunyai sebarang testimonial kejayaan pun, kerana apa yang penting ialah kemahuan hati kita. Kita mesti jadi seorang yang akan terus berjalan walau berdarah lutut, walau berhujan mahupun berpanas dan kita mestilah menjadi seseorang yang tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke destinasi kita. Sehingga sampai.
Better to die trying than not to try at all.
You ingat u boleh berjaya? Hanya u sorang saja tahu jawapannya.
Baiklah, seterusnya.
Isnin atau selasa ini, saya akan publish gambar-gambar di world congress itu nanti untuk tatapan anda. Dan anda akan tengok sendiri betapa besarnya SLEEPING GIANT ini. Winalite adalah satu sleeping giant. Cumanya anda tidak tahu sahaja.
Pada minggu lepas, saya sudahpun mula membahagikan nama-nama prospek kepada wakil-wakil negeri untuk dihubungi. Secara dasarnya, seramai 50 prospek groupniaga diagihkan kepada wakil-wakil negeri. Tugas mereka hanyalah menghubungi prospek-prospek tersebut dan memastikan samada orang itu masih wujud ataupun tidak. Samada mereka berminat ataupun tidak.
Samada mereka berminat ataupun tidak, itu tidak menjadi masalah. Mereka hanya akan menulis komen didalam ruangan yang telah saya sediakan sahaja.
Jika mereka berminat - mungkin wakil negeri boleh set apoinment untuk berjumpa dan tunjuk demo.
jika mereka berminat - saya juga akan call mereka dan sembang dengan mereka
jika mereka sign up - maka mereka akan jadi downline wakil negeri tersebut.
Jika mereka tidak berminat? saya masih ada 1500 prospek untuk dihubungi, dan untuk diagih-agihkan.
Kenapa saya buat macam ni? Kerana ramai diantara kita yang mahu membina bisnes, tetapi kadang-kadang mereka merasa seperti sudah kekeringan prospek. Mereka sudah rasa malu untuk berjumpa dengan rakan-rakan mereka lagi. Mereka sudah malu untuk bercerita kepada adik beradik mereka lagi. Saya sentiasa menyatakan kepada mereka bahawa mereka harus buang malu dan berjumpa kembali degan rakan-rakan mereka, kerana kejayaan yang bakal dicapai pasti akan dapat menebus rasa malu kita yang menebalkan muka berjumpa dengan orang yang sudah kita kecewakan dahulu.
Seandainya kita berjaya, maka kita pasti akan dapat balik muka kita. Sekarnag ini, di sekeliling kita, kita dikerumuni oleh orang-orang yang sentiasa menggelakkan kita. Kenapa saya berkata begini? Kerana ... Jika mereka sentiasa menggelakkan orang lain semasa bersama kita, maka mereka pun menggelakkan kita ketika mereka bersama rakan-rakan kita.
Saya degil dan buat juga biz ini kerana saya mahu dapatkan kembali muka saya. Muka saya dikalangan rakan-rakan kita dan muka saya dikalangan keluaraga dan sanak saudara saya. Saya tak tahu situasi anda, tapi setiap orang yang saya kenal, merasakan mereka berada dalam situasi ini sedikit sebanyak.
Kita mesti mendapatkan kembali muka kita.
Baiklah, seterusnya....
Apa yang saya mahu capai dalam masa 3 bulan ini ialah mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil dimerata-rata tempat sebagai persediaan kepada leader-leader kita. Kerana mereka ini akan berjalan dan membuat roadshow. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan semampu mungkin akan pastikan yang rakan-rakan kita yang sama-sama menyahut cabaran ini akan berjaya. 5 angka pendapatan dalam masa 2 tahun lagi, ataupun sekurang-kurangnya 5-6 ribu sebulan dalam 2 tahun lagi. Jika mereka berjaya bina group kecil di tempat mereka, maka mereka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk berjaya, kerana pada masa itu, leader-leader kita akan mampu membantu mereka.
Bagi, tuan-tuan yang baru mendaftar, anda mungkin merasa pening, dan mungkin tertunggu-tunggu bilakah akan ada orang yang akan menghubungi anda. Buat masa ini, kemungkina besar belum ada sesiapa yang menghubungi anda lagi. Ini kerana kita masih tidak mempunyai ramai wakil negeri. Jika kita ada lebih ramai wakil negeri, maka kita akan mampu menghubungi lebih ramai prospek dalam masa yang lebih singkat dan mampu membina membership drive dengan lebih baik. Apa-apa hal pun, sesiapa sahaja yang merebut peluang awal pasti akan mendapat kelebihan. Dan kita berada disitu sekarang ini. Kita berada di peringkat awal, di ketika tiada orang bercerita mengenai lovemoon lagi.
Atas dasar itulah, jika anda ada sekelumit minat didalam hati dengan bisnes ini, dan mempunyai impian serta jiwa yang besar, maka jangan bertangguh dan jangan tunggu orang call anda. Call atau sms saya pun takpe ( ustaznik 016 5210755 ). Kerana jika anda awal, maka anda akan mempunyai kelebihan. anda juga akan dilantik menjadi wakil negeri. Anda juga akan menerima prospek. Anda juga akan saya latih jadi leader. Anda juga akan berpeluang untuk berlatih menghubungi prospek2 yang saya sediakan dan membina kemahiran MLM supaya anda satu hari nanti menjadi otai!!
Bila satu hari nanti anda jadi otai, anda sudah pasti akan mampu membina bisnes dengan mudah.
Saya sudah mahu bersiap untuk ke kl. Kita berjumpa lagi dalam beberapa hari lagi.
dengan segala hormatnya
-ustaznik
admin groupniaga.
|ove|ess
01 Apr 2007, 04:45 PM
salam semua...saya pon dah join bisnes ni..mmg cpt berkembang..skrg groupniaga.com mencari mereka yg berminat utk dilantik menjadi leader/wakil negeri utk mengembangkan rangkaian..1500 prospek menanti utk kite semua...
unik
01 Apr 2007, 10:08 PM
31 Mac 2007
- saya pergi menghadiri world congress 2007 - juga merupakan tarikh rasmi winalite dilancarkan secara rasmi di malaysia.
- Bermula kira-kira 3 bulan lepas dari China dengan jualan RMB80,000 sahaja, kini sudah dilancarkan di 8 negara dengan jualan sehingga RMB100,000,000 - berdasarkan dari ucapan presiden winalite.
- Jualan bulan pertama di Malaysia ialah RM5,000,000
- Majlis dihadiri oleh 1600 peserta termasuk dari Taiwan, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, dan beberapa negara lagi (saya tak ingat)
- diadakan majlis penganugerahan untuk leader-leader utama 8 buah negara
- 3 bulan lepas, mereka hanya sekadar membeli syarikat phydoly dan segala kemudahannya untuk memulakan bisnes
- sekarang - mereka sudah bina center di 8 negara - dalam masa hanya 3 bulan.
- GRAND!!
kat sini saya letak sedikit foto untuk tatapan rakan-rakan ketika masjlis diadakan di Grand Ballroom Hotel Sunway. Gambar-gambar lain akan menyusul kemudian.
http://img128.imageshack.us/img128/1331/1002095bg5.jpg
http://img74.imageshack.us/img74/5756/1002098mi1.jpg
http://img456.imageshack.us/img456/5205/1002100bs5.jpg
http://img130.imageshack.us/img130/5755/1002102au4.jpg
http://img175.imageshack.us/img175/7663/1002111kr4.jpg
http://img372.imageshack.us/img372/5972/1002116vy0.jpg
ketika disana, terdapat hanya 5 orang melayu sahaja, yang lain semua dari bangsa cina ( no offense) - saya dan 2 orang downline saya serta lagi 2 orang melayu yang saya nampak dari jauh.
-Leader 001 telahpun menerima RM500,000 dalam bulan pertama
- Leader Mr Yap menerima RM30,000 dalam bulan pertama
Syarikat baru sahaja acquire 120hektar tanah di China untuk mendirikan kilang kedua sebagai menghadapi expansion
Syarikat dalam proses untuk membina satu kilang di Semenanjung Malaysia untuk cater production bagi pasaran asia tenggara.
Produk yang merupakan keperluan universal, produk yang unik dan produk yang berpaten. Setiap pek produk disertakan dengan alat menguji jangkitan pembengkakan vagina yang bernilai RM6.00 setiap satu. Terdapat 19 pek dalam satu kotak.
- Pelan pemasaran yang mampu menjana pendapatan yang tinggi - but sorry, BUKAN pelan Duduk Diam Dapat Duit.
- Payout melebihi 50%!! dari total sales.
- payout 10% untuk level 1, 2 dan 3 dalam pelan leadership bonus - satu kaki pun sudah cukup untuk buat duit.
GROUPNIAGA MEMERLUKAN WAKIL2 NEGERI UNTUK MENGHUBUNGI 1500 PROSPEK DISELURUH NEGARA - jika mereka berminat, maka mereka akan di follow up
jika mereka ditaja, maka mereka akan jadi downline anda
sanggupkah anda melabur sedikit masa dan sedikit wang untuk bil telefon untuk menghubungi dan menaja prospek yang sudah sedia menanti?
WINALITE PASTI AKAN MENGGEGAR! SOALANNYA, ADAKAH IA AKAN MENGGEGAR MELALUI KITA ATAU DI AMBIL OLEH ORANG LAIN SEKALI LAGI?
company masih lagi belum mengadakan B.O.M. untuk orang melayu! Market melayu masih lagi belum dibuka... kita sebagai pemula!
IT'S NOW OR NEVER!!
-ustaznik
admin groupniaga
unik
02 Apr 2007, 10:43 PM
BROADCAST GROUPNIAGA 2 APRIL 2007
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
pada 31 hb mac yang lepas, saya baru sahaja menghadiri world congress winalite. Tiada kata dapat saya luahkan disini atas "keterpegunan" saya
Apa yang membuatkan saya terpegun ialah kejayaan winalite dan pengurusannya membuka market DUNIA...
Semuanya bermula 3 bulan lalu....
dalam 3 bulan...
-winalite sudah dibuka di 8 negara
-jualan sudah mencecah 100 juta
-keahlian di malaysia sudah mencecah 6000 ahli
- satu lagi kilang baru sedang dibina di China- diatas tanah 120 hektar
- kilang di malaysia dalam proses mengenal pasti lokasi untuk menangani market asia tenggara
Dulu masa saya mula-mula join winalite, saya hanya sekadar terpegun dengan produknya,
saya nampak kekuatan produk dan kekebalan produk dari saingan
saya nampak kelebihan produk yang memang tidak tercabar oleh lain-lain produk tuala wanita yang lain
saya nampak produk ini pasti akan membawa repeat sale dan repeat sale dan repeat sale .. dan ini akan menjamin income
saya nampak nilai produk yang mempunyai harga yang setanding dengan produk tuala wanita biasa di pasaran
Dan saya kat pada diri saya, inilah dia produk yang saya cari-cari
satu produk yang cukup kuat yang tidak memerlukan seseorang itu pandai bercakap,
kerana demo produk pasti akan mengejutkan sesiapa yang mendengar dan melihat dengan mata kepala sendiri
kerana demo produk pasti akan menyebabkan si pendengar menjerit kerana terkejut ( tak percaya tengok sendiri video demo yang saya buat ketika dihadapan prospek)
kerana demo produk pasti akan membawa sale.
Sehinggakan ketika malam tersebut, satu stokis di filipina berjaya menjana jualan sehingga 2700 kotak dalam masa hanya sebulan setengah!
Produk ini memang produk yang lain macam
Bisnes ini memang bukan bisnes yang nak main duit dengan bertopengkan produk yang entah apa-apa...
Cuma yang tinggal kini hanyala plan pemasarannya...
dan lagi sekali saya terkejut dengan betapa lumayannya pelan pemasarannya
betapa mudahnya ia dapat dibina dan dimantain
betapa ia menyediakan pakej bagi kesemua big player dan small player tanpa perlu membuka multiple accounts
betapa kita main besar ataupun main kecik, mantain tetap hanya sekadar untuk kegunaan sendiri - dan tiada pangkat serta side mantain yang akan membunuh ahli-ahlinya
Dan sememangnya pelan pemasarannya telah membuktikan bahawa ia mampu membawa pulangan yang besar dalam masa yang singkat...
Upline saya , en yap... RM30,000 dalam bulan pertama sahaja.....
001 malaysia.... RM500,000 dalam bulan pertama
Tuan-tuan yang mulia,
pada malam itu, hanya ada 5 orang melayu sahaja. Saya tiada kawan nak berbuat kerana semua orang bertutur dalam bahasa cina
kita berada pada satu pintu peluang yang besar
Terlalu terbukanya market melayu kita sehinggakan pihak syarikat pun belum pernah lagi buat B.O.M. dalam bahasa melayu
Malahan syarikat pun masih belum mempunyai speaker melayu untuk market melayu......
kita jumpa lagi beberapa hari lagi...
ustaznik
-admin groupniaga
NarutoKun
02 Apr 2007, 11:02 PM
plan marketing die n bonus die mcm mane?? leh terangkan??
unik
03 Apr 2007, 04:55 PM
Bonus ada saya ceritakan dalam website. Tapi kat sini saya pastekan sikit untuk tatapan. ( SORI KALAU TAK LARAT BACA - saya akan letak video penerangan dalam posting selepas posting ini)
http://img166.imageshack.us/img166/1974/scan0001qa6.jpg
Ada empat cara untuk menyertai Winalite. Secara pakej silver executive, Gold Executive, Platinum Director ataupun secara Diamond Director.
* Mantain bulan ketiga dan seterusnya RM228.00
* Multiplier bonus dihadkan kepada USD6250 untuk setiap kumpulan (kaki) seminggu
Diamond Director
* membeli tiga puluh (30) dynamic set
* RM8040 - keahlian percuma
* Mantain bulan kedua = RM0.00
* Mantain bulan ketiga dan seterusnya RM228.00
* Multiplier bonus dihadkan kepada USD10,000 untuk setiap kumpulan (kaki) seminggu
http://img363.imageshack.us/img363/3628/capture5uh1.jpg
Multiplier Bonus merupakan bayaran bonus yang diberikan berdasarkan kepada prestasi jualan kumpulan anda. Anda hanya dibenarkan membuka lima kumpulan sahaja - rujuk gambarajah. Jika anda buka lebih, maka ia akan secara otomatik turun kebawah secara autofill / autocomplete.
Multiplier bonus juga menggunakan pendekatan "Anchor Leg" - iaitu kaki atau kumpulan yang paling besar akan menjadi kelayakan untuk kaki-kaki lain untuk menerima bonus. Jualan pada kaki ini akan digunakan sebagai asas untuk mengira bonus yang akan dibayar pada kaki-kaki lain.
Bonus multiplier akan membayar 10% daripada jumlah jualan anda didalam kumpulan tersebut, dan pengiraan adalah sehingga infiniti. Tidak ada level yang akan keluar dari "pay range" anda.
Untuk memudahkan penjelasan, sila teliti simulasi di bawah.
Seorang pengedar menyertai winalite dengan pakej Silver, membeli satu dynamic set dan membayar RM268. Keahlian adalah percuma. Dan satu kotak dynamic set akan menjana 50PV.
Personal PV = 50PV
Anchor Leg - kaki paling besar - akan merupakan asas untuk pengiraan bonus bagi kaki-kaki yang lain.
Katakan, jualan yang terbit dari kaki 1 ( yang paling besar) ialah 101 kotak pada minggu tersebut.
maka,
101 X 50PV = 5050PV
kaki ini adalah untuk kelayakan- maka tiada bonus yang boleh dibayar pada masa ini. Ia akan diguna untuk mengira matching dengan kaki-kaki yang lain.
katakan jualan yang terbit dari kaki 2 ialah 100 kotak pada minggu tersebut.
maka,
100 X 50PV = 5000PV ( maka matching dengan kaki 1 ialah 5000PV)
bonus 10% = 5000PV X 10 % = 500usd
Seterusnya - kaki 3, 4, 5
jika setiap kaki 3,4 dan 5 menjana jualan seperti kaki 2, maka setiap kaki 3,4 dan 5 juga akan menjana 500usd pada minggu tersebut pada minggu tersebut.
jika jualan melebihi 5000pv, maka jualan yang lebih akan di flush, kerana maksima bonus multiplier bagi pakej silver ialah 500usd seminggu bagi setiap kumpulan.
jika anda menyertai winalite dengan pakej gold, maka maksima bonus multiplier anda bagi setiap kumpulan adalah usd1500.00
Bagi membolehkan pengedar-pengedar winalite mendapat bantuan pembiayaan untuk menjalankan bisnes (untuk menampung kos petrol, atau teh tarik) maka anda juga akan menerima RM40.00 bagi setiap dynamic set yang anda berjaya jual ; atau bagi setiap silver executive yang berjaya anda taja . (sesiapa beli 1 kotak akan jadi silver executive)
Biasanya, bagi setiap 10 orang yang anda tunjukkan demo, 8 akan membeli satu kotak (jadi silver executive)
Jika anda berjaya menunjukkan demo produk kepada kepada 25 orang sanak saudara, atau rakan taulan, dan 20 dari mereka menyertai winalite ataupun membeli satu kotak, maka anda akan menerima 20 X RM40 = RM800.00 pada bulan tersebut.
Ini untuk membantu anda menampung kos untuk membina bisnes.
Pembelian mereka juga akan menyumbang usd5.00 bagi setiap kotak didalam bonus multiplier. Ini bermakna, anda menerima lebihkurang RM50.00 bagi setiap kotak yang terjual.
Jika anda berjaya menaja seorang gold executive (beli 5 kotak) maka anda akan menerima 5 X RM40 = RM200
Jika anda berjaya menaja seorang platinum director (beli 12 kotak) maka anda akan menerima 12 X RM40 = RM480
Jika anda berjaya menaja seorang diamond director (beli 30 kotak) maka anda akan menerima 30 X RM40 = RM1200
Jika seseorang itu merupakan seorang leader,biasanya dia akan menyertai winalite sebagai gold executive kerana dia mahu buat rolling produk supaya dia senang menaja.
-BERSAMBUNG -
unik
03 Apr 2007, 04:56 PM
-SAMBUNGAN-
http://img171.imageshack.us/img171/5766/capture6au0.jpg
Penerangan Leadership Bonus
Leadership bonus adalah berdasarkan kepada plan unilevel.
Ini bermakna setiap orang yang anda taja secara terus merupakan level pertama anda.
Jika anda taja Ali, Abu dan Ahmad. Maka Ali, Abu dan Ahmad akan berada didalam level satu anda untuk leadership bonus.
Setiap orang yang ditaja terus oleh Ali, Abu atau Ahmad akan berada pada level dua anda.
Dan tajaan mereka yang menaja selepas itu akan berada pada level tiga anda.
Untuk leadership bonus, winalite akan membayar 10% untuk level 1, 2 dan 3.
10% ini adalah didasarkan kepada apa yang mereka terima didalam multiplier bonus mereka.
Ini bermakna:
jika Ali menerima RM2000 seminggu dalam multiplier bonus beliau
Dan Abu menerima RM1500 seminggu dalam multiplier bonus beliau
Dan Ahmad menerima RM3000 seminggu dalam multiplier bonus beliau
maka anda akan menerima 10% dari apa yang mereka terima dalam multiplier untuk leadership bonus anda
Ini bermakna, didalam level satu anda, keseluruhan jumlah multiplier bonus yang dicapai adalah RM6500 (RM2000 + Rm1500 + RM3000)
maka anda menerima 10% daripada itu iaitu RM650.00
Jika Ali, Abu dan Ahmad menaja dengan baik, dan level 2 anda terisi sehingga 100 orang, maka anda juga akan menerima 10% dari jumlah multiplier yang tercapai dalam level 2 anda itu. Jika secara purata 100 orang dalam level 2 anda menerima RM500 seminggu dari multilier; jumlah keseluruhan ialah RM500 X 100 orang = RM50,000.
Anda akan terima RM5000 untuk leadership bonus anda pada bulan tersebut.
Jika level 3 anda bercambah sehingga 1000 orang, dan mereka secara purata mendapat pendapatan hanya RM100 sebulan sahaja.
berapakah anda boleh dapat dari level 3 anda?
RM100 X 1000 orang = RM100,000
anda terima 10% = RM10,000.00
Bonus dalam winalite adalah lumayan dan sangat mudah untuk difahami, dan ia terbit dari produk yang pasti akan menjamin jualan. Apakah prospek perniagaan anda?
unik
03 Apr 2007, 05:01 PM
VIDEO
camana nak taruk video ye? ini direct link dia...
Part 1
plan_part1.MPG - Google Video (http://video.google.com/videoplay?docid=-8396950679131428422)
<embed style="width:400px; height:326px;" id="VideoPlayback" type="application/x-shockwave-flash" src="http://video.google.com/googleplayer.swf?docId=-8396950679131428422&hl=en" flashvars=""> </embed>
Part 2
plan_part2.MPG - Google Video (http://video.google.com/videoplay?docid=2877572686683297271)
<embed style="width:400px; height:326px;" id="VideoPlayback" type="application/x-shockwave-flash" src="http://video.google.com/googleplayer.swf?docId=2877572686683297271&hl=en" flashvars=""> </embed>
enjoy
-ustaznik
admin groupniaga
payjam
03 Apr 2007, 05:17 PM
askum,hari saya dah join winalite..insyaallah bisnes ni bleh pergi jauh..marilah sertai winalite yang bleh menambah income kite...market melayu masih fresh lagi,ader lebih kurang 1500 prospek yg menunggu untuk join...produk yang bermutu tinggi... jom kite wat real bisnes...kalo nak join bleh pm saya...
atau pun bleh masuk ke
::. groupniaga.com .:: (http://groupniaga.com/?x=usahawanmuda)
semoga berjaya..:D
unik
03 Apr 2007, 09:50 PM
selamat datang en payjam....
saya sudah siap key in maklumat pendaftaran tuan. InsyaAllah produk akan sampai tidak lama lagi.
tips:
1. baca buku penerangan produk berulang kali
2. tengok video demo produk saya dalam web groupniaga
3. tengok video penerangan plan dalam web groupniaga
4. jumpa prospek2 dan buat demo serta beri penerangan
5. jumpa juga prospek2 yang saya akan beri dari database groupniaga.
6. Kita menghampiri kejayaan ... bina part time bisnes, satu jam sehari...... setiap hari setiap hari setiap hari.... dan bina pendapatan 5 angka....
ustaznik
admin groupniaga
payjam
03 Apr 2007, 11:34 PM
insyaallah ustaz nik,saya akan usha untuk dpat income bnyak..tp nanti kalo nak tambah kaki bnyak2 kena beli pakej baru ke?maklum la..ader benda yang samar lagi...saper2 yg nak join biz ni.jgn malu2 tanye k..
jumpa di puncak kejayaan..:D
unik
04 Apr 2007, 12:13 AM
ini biz yang tak perlu bukak akaun banyak2. bukan binary bang. plan tradisional. kalau nak income tinggi boleh pilih pakej yang menawarkan income lebih tinggi dengan usaha yang sama.
insyaAllah saya pasti akan bantu.
sekarang ni tengah compile hantaran senarai nama prospek batch kedua. Bru ni kita dah hantar batch pertama. saya akan siap consolidate data untuk batch kedua esok hari ataupun lusa
-nik
zacksys
04 Apr 2007, 01:03 AM
ini biz yang tak perlu bukak akaun banyak2. bukan binary bang. plan tradisional. kalau nak income tinggi boleh pilih pakej yang menawarkan income lebih tinggi dengan usaha yang sama.
insyaAllah saya pasti akan bantu.
sekarang ni tengah compile hantaran senarai nama prospek batch kedua. Bru ni kita dah hantar batch pertama. saya akan siap consolidate data untuk batch kedua esok hari ataupun lusa
-nik
Salam ustaz, kata datang KL nak pi minum2 sibuk bebenor ker sampai lupa sungguh2 . . .tak ngajak kekawan pun
payjam
04 Apr 2007, 03:45 AM
salam ustaz,
mcmni soalan saya,sbgai cntoh skng saya amik pakej silver yg bleh bg 500usd seminggukan untk satu kaki,untuk mendapatkan 1500usd semingu untk satu kaki adakah saya perlu beli pakej baru atau ader cara lain?mugkin upgrade je akaun lama ke..atau mcmne?
harap bantu...maklumla,budak baru...huhuhuhu:D
unik
04 Apr 2007, 03:59 PM
Salam ustaz, kata datang KL nak pi minum2 sibuk bebenor ker sampai lupa sungguh2 . . .tak ngajak kekawan pun
ehehehehe... sori le bang. orang rumah teman pun muncung aritu sebab ngan dia pun tak sempat nak sembang sangat.
dah tau orang pi kl tu, tepon aje le... orang dah sound kat dalam broadcast pun dah...
mcmni soalan saya,sbgai cntoh skng saya amik pakej silver yg bleh bg 500usd seminggukan untk satu kaki,untuk mendapatkan 1500usd semingu untk satu kaki adakah saya perlu beli pakej baru atau ader cara lain?mugkin upgrade je akaun lama ke..atau mcmne?
ada caranya...
secara asas...
pakej silver usd500 seminggu setiap kaki max (pmbelian pertama 1 kotak)
pakej gold usd1500 seminggu setiap kaki max (pembelian pertama 5 kotak)
pakej platinum usd6250 seminggu setiap kaki max (pembelian pertama 12 kotak)
pakej diamond usd10000 seminggu setiap kaki max (pembelian pertama 30 kotak)
jika seseorang masuk pakej silver dan terasa "menyesal"...
dalam masa 14 hari selepas mendaftar, dia boleh upgrade kepada mana-mana pakej yang dia mahu dengan sekadar membuat bayaran upgrade
contoh .. silver upgrade ke gold - tambah 4 kotak (=rm268 X4 = RM1072)
silver upgrade ke platinum - tambah 11 kotak (=rm268 X 11 =RM2960)
silver upgrade ke diamond - tambah 29 kotak (=rm268 X 29 = RM7772)
14 hari selepas tarikh mendaftar ( dari hari ke 15 sehingga hari ke 28 sahaja), dan baru terasa menyesal - maka boleh upgrade satu level sahaja. Caranya sama - tambah bilangan kotak yang dibeli
silver boleh upgrade sehingga ke gold sahaja
gold boleh upgrade sehingga ke platinum sahaja
platinum boleh upgrade ke diamond
(promosi sehingga 30 april - join sebagai platinum atau upgrade kepada platinum dan mendapat free upgrade ke pakej diamond.)
pakej diamond ada insentif kereta BMW yang akan diberi secara percuma (company beli cash dan bagi hadiah) jika berjaya mencapai kelayakan.
jumpa lagi
-ustaznik
admin groupniaga
unik
07 Apr 2007, 11:36 PM
SIJIL HALAL
http://img441.imageshack.us/img441/6967/halallovemoonbb3.jpg
unik
10 Apr 2007, 11:31 PM
Lagi gambar ketika di world congress. 1600 orang hadir, hanya setelah 3 bulan winalite mula bergerak.
http://img140.imageshack.us/img140/701/dsc00651bb9.jpg
http://img140.imageshack.us/img140/5647/dsc00663gr7.jpg
http://img409.imageshack.us/img409/9361/dsc00667hw5.jpg
http://img66.imageshack.us/img66/5477/dsc00669mn2.jpg
http://img265.imageshack.us/img265/3999/dsc00684ac7.jpg
bangchik
12 Apr 2007, 11:53 AM
Bngchik dah go tru all the pages thread winalite ni.Blum lg bngchik jumpa nik go into details ttng kehebatan tuala wanita ni dan kesan2 buruk berkaitan penggunaan tuala wanita yg banyak berada di pasaran.Apa kata we start off educating the people and indirectly create the demand for the products?Maybe with a little promotion strategy akan meningkatkan jualan and later on sponsoring?Bangchik dah nengok demo produk by nik,memang first class!Maybe about time nik transfer the actions demo into writing??Hidup nik,hidup winalite!!
unik
12 Apr 2007, 10:07 PM
Bngchik dah go tru all the pages thread winalite ni.Blum lg bngchik jumpa nik go into details ttng kehebatan tuala wanita ni dan kesan2 buruk berkaitan penggunaan tuala wanita yg banyak berada di pasaran.Apa kata we start off educating the people and indirectly create the demand for the products?Maybe with a little promotion strategy akan meningkatkan jualan and later on sponsoring?Bangchik dah nengok demo produk by nik,memang first class!Maybe about time nik transfer the actions demo into writing??Hidup nik,hidup winalite!!
heeheheh....
tq bangchik.
betul jugak cakap bangchik. At least ceritakanlah tentang produk dan plan kat sini untuk rakan-rakan.
hari tu saya taruk video utk diorang tengok.
pastu dalam web groupniaga memang ada diceritakan tentang demo dan produk.
sebab tu saya tak cerita sangat pasal demo.
tapi sekarang ni, saya akan cerita pasal produk tu... step by step. One small info at a time.
bangchik.. bagi le testimonial kat sini.. apa kata isteri dan anak perempuan bangchik lepas guna produk ni...
-nik
unik
12 Apr 2007, 10:22 PM
Tuala Wanita Anion Love Moon
Kitaran Haid adalah satu proses yang kompleks dan berlaku disebabkan oleh perubahan fisiologi badan wanita yang dikawal oleh sistem hormon reproduktif dan adalah satu cara badan membersihkan rahim daripada sperma dan bakteria, yang juga penting untuk meneruskan keturunan.
Kitaran haid yang tetap dan teratur adalah juga satu tanda kesihatan serta kesuburan yang baik dan menunjukkan kebolehan tubuh wanita untuk melahirkan zuriat, satu fenomena semulajadi yang mengagumkan sejak azali serta merupakan teras kepada kewujudan kita.
"Justeru itu, kitaran haid wanita adalah
satu proses / perkara yang amat murni dan mengagumkan"
Simptom biasa infeksi bakteria ketika haid
* demam
* Jangkitan pada Bahagian Luar Faraj
* Masalah kulit
* Jangkitan faraj
* Keradangan Serviks
* Keradangan Endometrium
* Leucorrhea / lelehan putih
* Panas badan atau sakit bahagian bawah abdomen
Demam, mual, kerap ingin kencing, sakit bila kencing, kekejangan serta kesakitan pada bahagian abdomen dan lesu juga merupakan simptom infeksi bakteria ketika haid yang boleh mendatangkan penyakit ginekologi yang lebih mengancam
Mengapa Wanita Lebih Mudah Dijangkiti Bakteria ketika kedatangan Haid?
http://img182.imageshack.us/img182/1511/capture3asb4.jpg
Ini adalah kerana hampir 107 bakteria boleh hidup atas satu milimiter persegi permukaan tuala wanita biasa, satu persekitaran yang meransang pertumbuhan bakteria dan virus bahaya selepas penggunaan 2 jam terus menerus
Kesilapan Umum Semasa Penggunaan Tuala Wanita
* Tangan tidak dicuci semasa memegangnya
* Menyimpan tuala wanita ditempat yang lembab seperti bilik mandi
* Mengguna tuala wanita yang telah tamat tempoh
* memilih tuala wanita tanpa penekanan terhadap kualitinya
* mengguna tuala wanita yang berubat atau mempunyai deodoran
* tidak menukar sekerap mungkin tuala wanita yang digunakan
Adakah anda tahu?
* Risiko wanita yang berumur dijangkiti penyakit faraj adalah setinggi 83%
* Dimana 62% daripadanya adalah disebabkan penggunaan tuala wanita berkualiti rendah
* Secara purata, seorang wanita memerlukan 3 hingga 6 hari sebulan bagi merawat jangkitan faraj
* Jika seorang wanita mula mendapat jangkitan faraj pada usia 20 tahun, dia akan menghabiskan masa mendapat rawatan sebanyak 6 tahun dalam hidupnya.
Apakah antara risiko-risiko kepada kesihatan anda jika anda menggunakan tuala wanita biasa?
Tuala wanita yang diklasifikasikan sebagai "Fast Moving Consumer Goods" (FMCG) adalah dibuang serta merta selepas penggunaan
Justeru itu, ada sesetengah pengilang yang mengumpul kertas yang telah digunakan dan kitar semula sebagai bahan mentah bagi mengurangkan kos pengeluaran
http://img405.imageshack.us/img405/8018/capture4yk1.jpg
Agen / bahan kimia diperlukan dalam kuantiti yang banyak didalam proses kitar semula kertas tersebut bagi meluntur, pensterilan dan menghapuskan bau.
Bahan penyerap yang digunakan dalam pembuatan btuala wanita adalah selalunya agen kimia yang digunakan untuk tujuan industri-industri dimana ia akan memberi kesan buruk kepada organ pembiakan wanita.
http://img295.imageshack.us/img295/2199/capture2ae4.jpg
Selepas proses pelunturan kimia, kertas-kertas yang dikitar semula tadi akan dibungkus secara halus sebagai tuala wanita dan diedar dalam pasaran, akhirnya kepada konsumer-konsumer. Pernahkan anda cuba menggelupas tuala wanita dan mengkaji bahan kandungannya?
PERHATIAN!
Bahan penyerap dalam tuala wanita "Love Moon"
adalah diperbuat daripada Kolagen. Selamat dan semulajadi.
http://img405.imageshack.us/img405/826/capture5ti6.jpg
-BERSAMBUNG-
unik
13 Apr 2007, 11:12 PM
assalamualaikum....
rakan2 sekelian, kita dah ada flyer jika anda mahu untuk stat bina biz.
saya copy paste dari forum saya kat carigold
lyer - sudah siap. group saya kat kelantan dah buat. Saya akan order dan buat pdf file supaya semua orang boleh print dan edar.
biz card - sudah siap. Design unique utk groupniaga. boleh order dengan harga yang sangat berpatutan.
apa lagi? PULUN KITEE!!
-nik
p/s: ada satu lagi flyer sudah siap dari leader kita kat negeri sembilan - en farhan.
bole tengok kat sini.... http://i112.photobucket.com/albums/n...iap_resize.jpg
biz kad pun dah siap en farhan kita buatkan...
bole tengok sini... http://i112.photobucket.com/albums/n...ard-sample.jpg
kalu nak order nanti saya tanya en farhan camana caranya
unik
14 Apr 2007, 12:38 AM
BROADCAST GROUPNIAGA 14 APRIL 2007
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Sekarang ini nampaknya groupniaga dapat berkembang secara beransur-ansur dan
saya yakin tak lama lai bisnes winalite yang dibawa oleh kita bakal meletup
di negara kita ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan seperjuangan, kita sudah
mula ada mini meeting yang dijalankan di beberapa tempat terutamanya oleh
group di kelantan.
Saya difahamkan bahawa mereka sudah mula mempunyai wakil-wakil di semua
daerah di negeri kelantan, yang terdiri dari individu-individu beraspirasi
tinggi. Sememangnya ramai diantara kita adalah golongan yang tidak pernah
mengecap kejayaan yang bermakna lagi sebelum, ada juga beberapa orang yang
saya kenal pernah merupakan seorang yang berjaya dalam MLM tetapi sudah
jatuh. Mereka berehat selama beberapa tahun, sementara menunggu luka lama
sembuh.
Kini mereka mula membina keyakinan kembali, dan mereka mula mengorak langkah
untuk membina kembali cebisan-cebisan perjuangan yang berderai bersama
dengan kejatuhan bisnes mereka dahulu. Kita sama-samalah doakan agar kita
akhirnya dapat mencapai kejayaan. Saya yakin, dengan izin Allah Taala, dan
dengan usaha yang berterusan, ktia akan sampai jua ke destinasi kita iaitu
kejayaan.
Tidakkah tuan berasa begitu dahaga akan kejayaan? tidakkah tuan
tertanya-tanya bilakah pula giliran aku untuk merasa senang setelah melihat
seorang demi seorang mencapai kejayaan dan kemajuan dalam hidup mereka?
Mari sertai kami disini.
Cabaran tuan yang pertama bukanlah besar, hanya bina satu group kecil
ditempat tuan sahaja, yang terdiri dari kira-kira enam hingga 10 orang. Join
kami dan taja mereka. Bila tuan sudah ada group yang kecil, bolehlah
leader-leader datang membantu tuan. Marilah kita sama-sama bangun dari
kerusi empuk dan keyboard komputer kita dan keluar menjalin silaturrahim
perniagaan bersama rakan-rakan kita. Jika tuan-tuan mengharapkan untuk bina
bisnes MLM ini secara online semata-mata- maka tuan tuan akan kecewa.. walau
hebat macamana pun dia punya produk ataupun plan.
mari kita lepasi cabaran pertama ini bersama-sama. Saya di ipoh dan
tuan-tuan ditempat tuan-tuan. Dan bila kita lepasi cabaran pertama, maka
berduyunlah tok-tok guru akan datang untuk menolong tuan - supaya kita dapat
sama-sama berjaya. Kita go step by step ye... kami akan tolong anda sedaya
yang kami mampu... dengan segala kepakaran yang ada. kami akan bantu. Jika
tuan berlari selangkah kearah kami, kami akan berlari 10 langkah untuk
menyambut tuan supaya tuan tidak akan jatuh sekali lagi dan berdarah
lututnya.
Leader-leader yang bakal saya bawakan kepada anda sekelian bukanlah
calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kepakaran yang tinggi dalam MLM.
Buat MLM 2 tahun, sudah ada income 5 angka dari pelbagai punca. Simpanan
dapat dibina sehingga ratusan ribu dalam masa hanya beberapa tahun. Semua
ini atas kemurahan rezeki Allah Taala melalui usaha dalam MLM.
Jikat tuan tidak dapat membayangkan yang tuan-tuan akan mampu menjana 5
angka, maka jangan bayangkan. Set target yang kecil dahulu. Bina bisnes
secara kecil dahulu. Letakkan target mencapai pendapatan bulanan RM1000
sebulan dahulupun cukuplah. Sebagai pemula bicara dalam pelayaran kita. Itu
sahaja. Kita bina secara istiqamah, setiap hari, setiap hari dan setiap
hari... insyaAllah, kita akan berjaya jua akhirnya.
Baiklah, sedikit maklumat penting.
Syarikat winalite akan buat opp meeting kat ibupejabat di KL. Tapi semua
dalam bahasa kantonese atau mandarin. 3 kali diorang akan buat. Bagi
orang-orang melayu seperti kebanyakan ahli groupniaga, terpaksa menelan air
liur sahaja kerana kalau kita pergi pun kita tak faham. Jadi kita lihat
banyak masalahnya kat situ.
tapi orang yang pasti gagal akan hanya nampak masalah.
orang yang pasti jaya, akan perasan satu benda. Market melayu ( 9 juta)
masih belum di sentuh oleh syarikat ini. Saya dan rakan-rakan nampak peluang
ini. Anda macamana?
Jadi, ada satu group kat Kulim yang juga nampak benda yang sama. Dan atas
dasar itu, mereka juga akan buat opp meeting kat kulim. Tapi bukan kat rumah
kedai...
Rabu - 18 April 2007
8.00 malam
Hotel Sri Malaysia
KULIM KEDAH
mari kita beramai-ramai pergi. dijangkakan 100 orang akan hadir. Saya juga
akan hadir dari ipoh, saya akan pergi untuk bersama-sama membantu disana.
Ini kerana sebahagian dari group ini juga adalah group saya. InsyaAllah,
kita akan berjaya.
bagi yang berada di Pulau Pinang, atau Perak atau kedah atau perlis ...
datanglah dan tengok, dan dengar dan lepas tu balik untuk buat keputusan.
Kalau nak masuk, join cepat. Lepas ni dah takde promosi, jangan
bising-bising kat itu ini. Kerana selepas ini, pasti market melayu akan
meletup. Kalau masa tu baru nak yakin, anda akan terlepas satu lagi peluang
keemasan, sepertimiana anda telah terlepas pelbagai peluang keemasan sebelum
ini.
Saya suka mendengar kata-kata Anthony Robbins dalam program "Get the Edge"
dan "Personal Power"
Talk is cheap.
If u envision it, it becomes exciting
If you plan it, it becomes possibe
If you schedule it, it becomes real
Kata beliau, (maknanya)
Sembang semata-mata ni takde gunanya,
tapi bila kita mula membayangkannya dan mula mewawasankan ia, maka ia mula
jadi menyeronokkan dan mengujakan.
Jika kita rancang ia, maka ia mula nampak tidak mustahi.
Tapi bila kita jadualkan ia, dan kita jalankan ia.. maka ia akan jadi
kenyataan.
Tuan-tuan yang saya hormati....
Bangunlah dari tidur tuan-tuan jika tuan-tuan belum sedar akan kehebatan biz
ini
Perkasakanlah hati tuan-tuan jika tuan-tuan tidak dapat nampak yang
tuan-tuan akan menghabiskan riwayat tuan sebagai orang yang berjaya
Yakinlah bahawasanya manusia ialah sebaik-baik kejadian dan dengan itu
manusia ini di hidupkan semata-mata untuk membawa kegemilangan.
Tiada guna kita dihidupkan jika kita semata-mata tidur, bangun, makan dan
tidur balik tanpa meninggalkan sebarang warisan kegemilangan .....
Saya ada disini jika tuan-tuan memerlukan saya... hanya satu emel, hanya
satu panggilan, hanya satu sms untuk menjemput saya berada disisi tuan-tuan
untuk membantu
dengan segala hormatnya
-ustaznik
admin groupniaga
unik
15 Apr 2007, 10:16 PM
-SAMBUNGAN PENERANGAN PRODUK WINALITE -
Bahan penyerap yang digunakan dalam pembuatan btuala wanita adalah selalunya agen kimia yang digunakan untuk tujuan industri-industri dimana ia akan memberi kesan buruk kepada organ pembiakan wanita.
http://img76.imageshack.us/img76/1543/capture6kw5.jpg
Selepas proses pelunturan kimia, kertas-kertas yang dikitar semula tadi akan dibungkus secara halus sebagai tuala wanita dan diedar dalam pasaran, akhirnya kepada konsumer-konsumer. Pernahkan anda cuba menggelupas tuala wanita dan mengkaji bahan kandungannya?
Pendedahan Abad Ini
Peralatan Kebersihan Yang Pertama Dipatenkan di dunia iaitu
Tuala Wanita Anion
"Love Moon"
http://img76.imageshack.us/img76/7685/capture7bj5.jpg
KEAJAIBAN ANIONN
Setiap sentimeter padu pad anion didalam tuala wanita "Love Moon" mampu mengeluarkan 5,800 anion. Keamatan anion ini boleh menyekat pertumbuhan bakteria dan virus pada tuala wanita tersebut.
Pad anion juga boleh membebaskan oksigen yang banyak, mempunyai pH yang seimbang dan menggalakkan metabolisme yang memberi kesan seperti membaiki rembesan, memperkuat keimunan, mengurangkan tekanan, menghapuskan bakteria, merawat jangkitan, membasmi bau busuk, menyingkirkan kelesuan dan sebagainya.
http://img76.imageshack.us/img76/5852/capture8yy7.jpg
MANFAAT ANION KEPADA KESIHATAN
Jika udara mengandungi kepekatan anion yang rendah, simptom-simptom seperti letih, pening, migrain, murung dan sesak nafas akan muncul.
Menurut piawaian yang ditetapkan oleh World Health Organization, kepekatan anion-anion di udara segar tidak harus kurang daripada 1000 anion setiap sentimeter padu. Bila kepekatan anion-anion mencapai tahap tertentu, bilangan bakteria akan dikurangkan kepada kosong- bakteria akan dimusnahkan.
PENGHAPUSAN BAKTERIA SECARA SEMULAJADI
Anion-anion yang ada diudara mempunyai elektrod-elektrod yang memudahkan mereka melekat pada permukaan bakteria atau virus. Proses ini akan menghasilkan arus elektrik rendah yang berupaya menghapuskan bakteria dan virus tersebut, menghalang mereka darpada mengganda dan dengan itu menyingkirkan bakteria dan menghasilkan sterilisasi.
http://img223.imageshack.us/img223/2032/capture9ip5.jpg
-BERSAMBUNG-
unik
02 May 2007, 09:30 PM
Salam hormat,
Bermulanya Satu Revolusi Perniagaan
Leadership (B.O.M) Winalite / Lovemoon
Safira Club
Seberang Jaya
Pulau Pinang
8.00 malam
Ahad 5 Mei 2007
Dibawakan kepada anda secara ekslusif oleh
Groupniaga.com
"Mengakar kegigihan; Merimbun Kecemerlangan"
unik
03 May 2007, 11:35 PM
Sedikit pembetulan maklumat. Tersilap tarikh.
Leadership (B.O.M) Winalite / Lovemoon
Safira Club
Seberang Jaya
Pulau Pinang
8.00 malam
Ahad 6 Mei 2007
Dibawakan kepada anda secara ekslusif oleh
Groupniaga.com
vBulletin® v3.7.4, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.