PDA

View Full Version : mohon credit card

BizClub
15 Mar 2007, 10:57 AM
sape leh bg cadangan..
aku nk apply cc...

1. apa syarat dia?
2. bank mana yg ok?
3. byran dia cmana?

ahmad100
15 Mar 2007, 11:01 AM
sape leh bg cadangan..
aku nk apply cc...

1. apa syarat dia?
2. bank mana yg ok?
3. byran dia cmana?

1. gaji (gross) per annum RM18k
2. bank islam (senang utk OD - cash advance technique) atau ctbank
3. jgn byr minima tiap2 bulan, rugi!
4. takde masalah ccris :D

BizClub
15 Mar 2007, 11:15 AM
1. gaji (gross) per annum RM18k
--->gaji bersih ke?

2. bank islam (senang utk OD - cash advance technique) atau ctbank
---> xplain skit od ni..leh apply pkai cc ke?

3. jgn byr minima tiap2 bulan, rugi!
--->sbb pe?kalo kuar sibu..kena byr sibu gak bln dpn?

4. takde masalah ccris :D
---> ok.pas :D

ahmad100
15 Mar 2007, 11:22 AM
1. gaji (gross) per annum RM18k
--->gaji bersih ke? tu kan dah tulis, gross. ko ni mkn semut ekk :D

2. bank islam (senang utk OD - cash advance technique) atau ctbank
---> xplain skit od ni..leh apply pkai cc ke? sah2 mkn semut ni :D

3. jgn byr minima tiap2 bulan, rugi!
--->sbb pe?kalo kuar sibu..kena byr sibu gak bln dpn? ye :cool:

4. takde masalah ccris :D
---> ok.pas :D

bro, baca la di thread 'pengurusan kewangan yg betul'.. belajau kat situ pasal OD :)

BizClub
15 Mar 2007, 11:52 AM
kakahkah..
balang gula rmh aku masuk semut
tu la pasal.....:D

azmie007
15 Mar 2007, 11:55 AM
aku malas nak layan kad kredit nie walaupun income 1 tahun aku dlm 40 ribu ke atas. ada duit aku shopping tak ada duit buat diam2. yg pastinya dlm dompet aku banyak juga kad. kad atm maybank, cimb, bsn, kad mydin, kad bonus link, jaya jusco, bsn prundential insuran, kurnia insuran dan bla2...tapi credit card tak ada.

BizClub
15 Mar 2007, 11:59 AM
pakai kejap je..
hbs strategi buang balik kad tu kekeke...

ahmad100
15 Mar 2007, 12:35 PM
aku malas nak layan kad kredit nie walaupun income 1 tahun aku dlm 40 ribu ke atas. ada duit aku shopping tak ada duit buat diam2. yg pastinya dlm dompet aku banyak juga kad. kad atm maybank, cimb, bsn, kad mydin, kad bonus link, jaya jusco, bsn prundential insuran, kurnia insuran dan bla2...tapi credit card tak ada.

good for u
tapi bila bro study balik penggunaan cc ni di kahwinkan dgn OD..
bro akan nampak impak maksima yg dpt atas jalinan cc & OD yg seiring :D
know how to play by the right rules :cool:

stannero
15 Mar 2007, 12:41 PM
CC...

penyelesain smentara kepada kemelut loan... Tapi bila dah withdrawn.. bayaq ontime.. mcm buat loan and jgn guna dah..perlukan disiplin yg tinggi.

erzeugenly
15 Mar 2007, 08:11 PM
kad kredit ni seenarnya virus dalam kehidupan kita ni...tp kalo pandai menggunakannya bleh jd penawar kpd penyakit xder duit.

disc
15 Mar 2007, 09:19 PM
ko sebelah mana pian???

art
15 Mar 2007, 09:21 PM
good for u
tapi bila bro study balik penggunaan cc ni di kahwinkan dgn OD..
bro akan nampak impak maksima yg dpt atas jalinan cc & OD yg seiring :D
know how to play by the right rules :cool:

sokong beb..
memang paling bernas..cap rambutan....:D
tp apakan daya...

platform tak dpt lg..
CC pulak tak layak lg...:D

tp yg paling penting platform tu dulu...huhuhu...
btl tak bro...:cool:

erzeugenly
15 Mar 2007, 11:56 PM
aku dua2 belah...kekadang tu jg virus gak cam sekarang ni

2bz4money
16 Mar 2007, 12:15 AM
- sebole nya pakai CC yg mempunyai internet banking, sonang nak byr dan x perlu tunggu bil, bole browse kat web je. Jimat kos pos, cek etc.
- pakai cc yg ada free annual fees for the whole life spt Cimb, Direct Access, B.Islam, Ambank. So, x perlu risau kena caj ni..
- kalu ada late payment kena finance chrges; rajin2lah tepon minta waive, diorg kasi punya. termasuklah existing cc yg annual fees pun bole minta waive. e.g. Citibank, HSBC, StanChart..
- kalu kaki shopping/ guna byk petrol; signup CC yg ada Rewards atau point yg bole convert dgn goodies etc. e.g. Mbf-Bonuslink, Ambank-RealRewads, Citibank - points etc
- kalu suka masuk contest - ada cc yg byk luckydraw sampai bole dpt hpone free, melancong, brg2 elektrik etc. e.g. Mbf, Citibank, Cimb..

ikutlah selera masing2,
bagi aku cc ni byk kelebihannya bagi easy life when due to paid..
tapi keburukannya, kalu ko berhutang dgn tebiat byr minimum - ini menunjukkan sikap 'suka berhutang' dan 'mungkir janji' (x byr ontime), seterusnya menjurus kepada keadaan Credit Balance tfr ke cc lain. dan semakin parah terpaksa restructure financing dgn amik loan peribadi; dan semakin tenat kalu x mampu membayar sehingga $50k, disytiharkan Bankrup, papa kedana, merempat, merempit...

p/s: food of thought...

ave_dzan
16 Mar 2007, 12:25 AM
sesapa yg nak apply credit card, can sms or gimme a call @ 0168000224...
ym id : ave_dzan

requirement : basic salary = RM1,500 per month...

document yg diperlukan :
1. photocopy of ic, both side...
2. 3 mths payslips and epf or bank statement
3. 1 mths payslip (for public listed n government staff)
4. photocopy of credit card more than 1 yr (for existing card holder)

sesapa yg dah pernah guna credit card, boleh buat balance transfer n enjoy lower interest rate from 7.2% p.a (normal interest rate is 18% p.a)

- approval within 14 working days...
- international bank credit card
- free travel insurance and purchase protection plan

thanks

7aragon
16 Mar 2007, 08:21 AM
ave_dzan.... katalah aku ader 3 CC berlainan bank dan berlainan limit ..boleh ker combinekan semua tu jadi satu....hehehehee

nazira
16 Mar 2007, 08:39 AM
ave_dzan

ni CC bank mana ek?

BizClub
16 Mar 2007, 10:18 AM
huhuh basic 1500 ka??
aku gj kasar baru 15++ bro..tolak2 tgl la 13++ camtu..:o
x layak lah ni..

stannero
16 Mar 2007, 11:29 AM
huhuh basic 1500 ka??
aku gj kasar baru 15++ bro..tolak2 tgl la 13++ camtu..:o
x layak lah ni..

ako rasa dia silap tu.. sumer bank sama.. bukan basic 1500...

tapi beb .. buat ngan dia nie gerenti dapat ka ? tu yg mau.. if cara biasa baik p bank jaa.. :D

art
16 Mar 2007, 07:13 PM
wei...aku baru dpt CC..
tp..cmne nk tau due date n statement date?

sbb kat surat aku tu ada tulis "CARD STATEMENT BILLING DAY = 25"

minta petunjuk...

2bz4money
16 Mar 2007, 08:29 PM
Hutang kad kredit RM20b -- Rakyat bayar kadar minimum punca tunggakan meningkat tahun lalu

Oleh: YULPISMAN ASLI

KUALA LUMPUR 15 Mac – Tunggakan pinjaman kad kredit rakyat Malaysia sehingga Disember 2006 kini berjumlah hampir RM20 bilion ekoran gaya hidup mereka yang gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohamed Akwal Sultan memberitahu, perangkaan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan terdapat peningkatan hutang tertunggak kad kredit sebanyak RM1.3 bilion dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu.

Laporan sebelum ini menyebut kira-kira 40 peratus daripada lima juta pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman mencecah RM18.6 bilion sehingga Oktober lalu.

“Peningkatan itu antara lain disebabkan oleh gaya hidup rakyat Malaysia. Mereka hendak membeli barang tetapi tidak mampu dan tiada wang tunai, jadi mereka gunakan kad kredit.

“Bila bil datang, baru mereka sedar jumlah yang perlu dibayar di luar kemampuan. Akhirnya mereka hanya membayar pada kadar minimum,” kata Mohamed Akwal kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.

AKPK ditubuhkan oleh BNM bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, kaunseling kredit dan pendidikan kewangan serta penstrukturan semula pinjaman individu.

Menurut Mohamed Akwal, daripada keseluruhan jumlah pinjaman tertunggak kad kredit itu, sebanyak RM700 juta dikategorikan sebagai pinjaman tidak berbayar (NPL).

Jumlah NPL itu, jelas beliau, bertambah sebanyak RM60 juta dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu berbanding NPL sehingga September yang berjumlah RM640 juta.

“Kadar NPL itu, bagaimanapun, belum membimbangkan dan masih pada tahap boleh diurus,” katanya.

Mohamed Akwal menegaskan, penggunaan kad kredit seharusnya dikawal bagi mengelakkan risiko kewangan, termasuk pemegang kad kredit dikenakan tindakan muflis.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 13,596 pemegang kad kredit yang terdiri daripada individu dan pengarah syarikat telah dikenakan tindakan muflis.

Bilangan itu menurun berbanding statistik 2005 iaitu seramai 15,868 orang yang dikenakan tindakan serupa.

Menurut beliau, lebih 40 peratus kes pengurusan kredit yang dikendalikan oleh AKPK sekarang melibatkan penggunaan kad kredit.

“Secara keseluruhan, pada tahun lalu AKPK mengendalikan 1,977 kes di bawah pengurusan kredit,” katanya.

Program pengurusan kredit AKPK merupakan program pembayaran balik hutang yang dirangka khas oleh BNM untuk memberi penyelesaian masalah kewangan kepada individu.

Program itu juga menyediakan kaunseling dan pendidikan yang berterusan kepada orang ramai berkaitan isu-isu pengurusan kredit.

Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan AKPK boleh mengunjungi mana-mana cawangan agensi itu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

Mereka juga boleh menghubungi AKPK menerusi talian bebas tol 1-800-88-2575 atau laman web Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Website (http://www.akpk.org.my).

stannero
16 Mar 2007, 08:36 PM
sapa yg ada Cc..kena set mcm personal loan..bayaq lebih..huhuh

300 sebulan ka.. adoii la.. sedey la CC ako rosak.. ako cukup jaga.. tapi gara terdesak nak carik upfront loan.. huhu..withdrawn sampai habis

arghh mula idup baru..

BizClub
17 Mar 2007, 10:40 AM
wei...aku baru dpt CC..
tp..cmne nk tau due date n statement date?

sbb kat surat aku tu ada tulis "CARD STATEMENT BILLING DAY = 25"

minta petunjuk...

aku rasa dlm tmph 25 hari tu ko kena setle hutang tu...
xtau la aku pun xpnh pkai...

art
17 Mar 2007, 03:59 PM
aku rasa dlm tmph 25 hari tu ko kena setle hutang tu...
xtau la aku pun xpnh pkai...

oo..yeke..
aku pun tak tau..heheh..
tp klu ada sesape yg tau..bole la bgtau kat sini..

stannero
17 Mar 2007, 04:04 PM
oo..yeke..
aku pun tak tau..heheh..
tp klu ada sesape yg tau..bole la bgtau kat sini..

xyah pening2.. dapat statement nanti ko settle dlm masa 20 hari ataupun sebelum due date untuk elak dikenakan charge interest.. Jgn bayaq minimum.. xyah pening..

tgk due date bila..bayaq sebelum tu.. if lewat bunga naik.. kena finance charge :D

art
17 Mar 2007, 04:27 PM

tp aku nk tau..tarikh due date ngan statement date..
sbb nk elakkan dr interest...maksud aku, masa nk pakai CC tu..ada period yg ko tak patut pakai CC...
klu ko bc thread OD tu..ada bgtau..:D

stannero
17 Mar 2007, 05:51 PM
adoi xda lubang loan CC ka.. huhuhuh

sapa ada gitau la...

to art>. oo ako xtau plak .. x amik pusing pun..yg tau dapat bill dlm masa 20 hari kena setel untuk elak interest

amaar
17 Mar 2007, 05:59 PM
kalau tak nak berhutang dgn kad kredit.. tapi nak gunakan sama macam kad kredit pohonlah debit kad public bank atau prepaid ambank... tak pening kepala... jangan ingat kita rasa kita boleh berdisiplin menggunakan kad kredit akhirnya akan menjerat diri kita... baca lah surat khabar kelmarin berapa billion rakyat malasia tak boleh bayar kad kredit

BizClub
17 Mar 2007, 06:25 PM

debit kad tu bukan ke kena ada duit dulu dlm tu ke??

amaar
17 Mar 2007, 06:38 PM
debit kad tu bukan ke kena ada duit dulu dlm tu ke??

laa memang lah... kau nak hutang ke nak guna kredit kad tu... kalau kau nak hutang guna kad kredit alamak susah lah nanti...

joelabu
17 Mar 2007, 06:46 PM
tapi guna CC banyak kelebihan dia...kalau na bayar minyak..ha swipe jerk..xyah g atm..atm skag pun boleh kuar 4kali jer..lepas tu dia charge rm1 utk setiap keluaran seterus nya...kata laa na bawak duit berkepuk2 dalam dompet..kang kalau kena ragut..xpasal2 rugi besar...+ xyah lah na tgu panjang2 kt shopping complex na tgu kat atm tu...dan saper yg travel tu...lagi senang...xyah na g kuar kn duit byk2...CC boleh diterima worldwide..kalau guna CC ada diskaun ouh...tapi keburukkan dia..hutang laa..semua ngko hutang...tu sbb nama nyer CREDIT card...asal kn ngko dpt bayar statement balance tiap2 bulan dah ok...pasal annual fee lak...skag nie byk CC yg offer 2year free annual fees..lepas cukup2tahun tuka jer laa CC dah dpt free lagi.. :cool:

p/s: penggunaan cc tidak digalakkn kalau anda xreti manage duit betul2...

art
17 Mar 2007, 06:50 PM

haha..sokong bro..
aku apply ada sebab...:D
sbb aku kdg2 outstation, nk duk hotel bukan seringgit dua.....ratusan..
tak yah la bawa uit byk2..bahaya..

lg satu yg paling penting..mmg kena pandai manage..
klu swipeeeee je:eek: ..hmm..paham2 jela kan...

BizClub
17 Mar 2007, 06:54 PM
laa memang lah... kau nak hutang ke nak guna kredit kad tu... kalau kau nak hutang guna kad kredit alamak susah lah nanti...

nk buat backup bila terdesak...
time poket tgh kering cam skrg ni
huhuhuu..:D

tu psl perlukn kredit kad bila aku pkir masak2.
kalo saja2 aku pun xnak..kad bank dh lambak dh :D

ave_dzan
18 Mar 2007, 03:28 AM
if u knoe how to manage ur cc..
i dont c any prob of applying cc...
just guna utk emergency, beli minyak or watsoever...
mesti disiplin la...

regarding the salary requirement...
actually memang 18k per annum..
tapi kalo basic rm1.5, approval lebih senang...
memang takda yg senang approved or not...
the bank akan check ur credit history...
ur commitment and so on...
apply with me and the bank process nya sama...
all is subject to the bank approval...
but i can assure process yg cepat...
it takes 14 working days only...

thanks...

art
18 Mar 2007, 11:41 AM

bro agent ke..?
CC mana le apply...

BizClub
18 Mar 2007, 02:52 PM
aku nk dr bank islam dgn ambank al-taslif...sape leh tolng??

stannero
18 Mar 2007, 02:53 PM
aku nk dr bank islam dgn ambank al-taslif...sape leh tolng??

emm bab nak tolong tu yg payah..ako pun xjumpa lagi.. dapat CC dua tu best woo

erzeugenly
18 Mar 2007, 06:08 PM
mohon bank cad la senang....nati tiap2 bulan aku isi duit.nak??

stannero
18 Mar 2007, 08:34 PM
mohon bank cad la senang....nati tiap2 bulan aku isi duit.nak??

oke gak..nak no bank ka :D