PDA

View Full Version : Koleksi Lawak Sepanjang Zaman Vol. 1


moneymax
14 Mar 2007, 12:57 AM
SUAMI KELUAR MASUK DISKO
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, 'Aku terpaksa minta cerai
dari suamiku.'
'Kenapa..?' tanya temannya kehairanan.
'Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko,' jawab si ibu
muda.
'OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?' tanya temannya lagi.
'Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !' jawab si ibu muda.

BINI DAPAT TAHU
Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
'Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada
wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang'
'Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?' tanya si
teman penuh simpati.
'Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau....'

TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN
Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk
kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan
kampung Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di
situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.
Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.
En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok...?
Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin
seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik
Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masalahnya
untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini.
En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang
untuk mengubatinya?
Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..
En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung
serta buta dan memerlukan biaya perubatan?
Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan
menambah)
En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia
meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?
Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).
En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan.
Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

SAKSI SERBA TAHU
Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang
saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya
beberapa soalan kepada saksi.
Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?
Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi.
Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga
tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat
kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama
sekali tidak berasas dan benar.
Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang
diterima.Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,. .
Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?
Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering
meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan
kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan
hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..
Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan
peguambela untuk menghampirinya. ..
'Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu
berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah..., '
kata hakim.

'INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?'
Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang
malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya
'Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di
rumah!'
Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di
sana, si suami memesan minuman keras seperti biasa dan memesankan satu
gelas untuk isterinya. Ketika si isteri cuba meminumnya, dia terus
memuntahkannya kembali.
'Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung...! ' rengus si isteri.
'Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini...'

HUKUMAN MATI
Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan
menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba
sebentar nanti.
'Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi
dalam masa yang sangat singkat,' warden berkata
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar
biasa kuatnya dan perpanjangan.
'Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat,' katanya.
Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata,
'Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang
elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu
sajaaaaa...'

MENANG LOTERI RM3 JUTA
Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya
secara tiba-tiba.
Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke mana?
Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi. Yang
penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!

'SINI TAK BOLEH BERENANG'
Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu
sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk
terjun.
Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat
persembunyiannya, 'Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di
dalam kolam ini!'
Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. 'Kenapa tak melarang
saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?' soal wanita tersebut.

'Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang
untuk menanggalkan pakaian,' jawab pemilik dusun dengan selamba.

TIDAK SUKA PERANG
Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu mengajar mengenai
peperangan berlaku. Guru tersebut bertanyakan kepada para pelajarnya sama
ada mereka menggemari peperangan atau mahukan keamanan.
Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan.
'Ada sesiapa diantara kamu yang bole memberikan sebab kenapa kamu bencikan
peperangan?' tanya guru tersebut.
Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun. Guru itu memandang
pelajarnya dengan penuh minat untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut.
'Saya bencikan perang, sebab peperangan akan membentuk sejarah. Sedangkan
saya tidak sukakan mata pelajaran sejarah' jawab pelajar itu.

MAKCIK DARI KAMPUNG
Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali
pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan
orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut
membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in'
di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang
pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.
Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan
ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling.
Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
'Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk
di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil,
tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada.
Hei jangan nak tipu orang la,' Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut
kononnya untuk menutup malu pada Bibah.
Lalu pelayan itu pun menjawab, 'Sabar makcik, ini baru lif..'

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
'Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?' seorang pemuda di hujung talian
bertanya.
'Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di
tengah malam buta ni?' tanya pustakawan tadi.
'Tak boleh buka awal lagi ke?' pemuda itu bertanya lagi dengan nada
kecewa.
'Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!' pustakawan itu
menjawab dengan nada yang tinggi. 'Penting sangat ke sampai encik tidak
boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?'
'Siapa kata saya mahu masuk?' kata pemuda itu kesal, 'SAYA MAU KELUAR!'

moneymax
14 Mar 2007, 12:58 AM
UBAT SAKIT KEPALA

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja
memerhati keadaannya, lalu bertanya, 'Kenapa bos? Nampak macam sakit
sahaja?'
'Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!' kata bos.
'Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri
saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan.
Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun
patut buat macam tu juga,' terang Semaun.
'Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!'

PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan
menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong
getah.
'Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!' pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di
kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar
tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan
kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, 'Kenapa
Bang?'
Pak Pandir pun menjawab, 'Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong
getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu
papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'.'

DAGING YANG BOLEH TERBANG DAN BERENANG SAHAJA

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia
berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan
daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor: 'Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran
dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang'
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim
agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan
kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya.
Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya
mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan
kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di
mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada
di dalam air melatih kambing berenang!!!

PENUMPANG DEGIL YANG BODOH

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di
kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang
pramugari menghampirinya, lalu menyapa, 'Cik, tiket cik untuk kelas
ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana.'
Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya
tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??' herdik
gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
'Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk
penumpang lain,' pujuk ketua pramugari.
'Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!'
katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian
membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian,
gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
'Apa kapten bisikkan pada gadis itu?' tanya pramugari hairan bagaimana
begitu mudah masalah dapat diselesaikan.
'Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan,' jawab kapten.

KENCING MASAM LEBIH TERUK

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia
lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya
duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa, 'Pok cik ni sakit gapo?'
'Kecing manih. Lamo doh.'
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang
pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda
di sebelahnya,
'Tu bakpo pulok?'
'Kecemase'
'Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih.'

TUNGGU SAMPAI KERETA LALU
Razi dan Khairul, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat
rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Sedang seronok berborak
tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis
di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak
tadi.
'Fasal apa adik menangis', tanya Razi.
'Bagitaulah kalau-kalau abang boleh tolong,' pujuk Khairul pula.
Sambil teresak-esak budak tu berkata, 'Tadi sebelum saya keluar mak dah
pesan. Kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari
tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada
laa.'
Mendengar penjelasan budak tadi, Razi dan Khairul hanya menggelengkan
kepala. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan.

UFO MENDARAT DI BUMI
Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke bumi.
'Kau dah siap barang-barang untuk kita pergi ke bumi?' tanya
komander pada rakannya.
'Sudah tuan. Semua sudah siap. Tunggu mendarat sahaja,' jawab seorang
lagi.
'Ok bagus. Cuma tinggal satu lagi yang kita perlu bereskan sebelum
mendarat,' balas komander makhluk asing itu.
'Apa dia tuan?'
'Kita kena turun menyerupai makhluk bumi. Takkan kita nak turun dengan
rupa kita yang sebegini. Nanti makhluk bumi itu mesti tangkap dan bunuh
kita,' jawab komander itu.
'Tapi tuan, macam mana kita nak menyerupai diaorang padahal kita tak
pernah nampak diaorang?' tanya sorang tu lagi.
'Ah, yang tu kau jangan bimbang. Kita mendarat secara senyap, kemudian
kita sembunyi di satu sudut. Kita tunggu makhluk diaorang keluar dan
menukar rupa menyerupai dioranglah' jelas komander.
'Wah, bagus cadangan tuan, amat bernas sekali usul itu.'
Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi. Dengan
senyap-senyap, mereka keluar dari kapal angkasa dan sembunyi di belakang
semak. Tidak lama kemudian, mereka pun ternampak dua makhluk bumi di
hujung sawah. Dengan menggunakan teknologi terkini, mereka pun menyerupai
dua makhluk bumi. Mereka keluar dari tempat persembunyian dan berjalan ke
arah dua penduduk bumi yang sedang bekerja. Kerana bentuk tubuh badan
mereka yang sama, penduduk bumi itu tidak sedikitpun merasa hairan dengan
kehadiran mereka Mereka bersuara kononnya bertanya arah jalan, tetapi
tidak dilayan. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi riuh di belakang. Mereka
pun toleh dan nampak sekumpulan makhluk bumi yang lain sedang berlari ke
arah mereka. Sementara itu, makhluk bumi yang dua tadi terus menghilangkan
diri.
'Cepat! Cepat! Jangan bagi dia lari!!!' seorang daripada makhluk bumi itu
berteriak pada rakan-rakannya. Kedua-dua makhluk asing ini tercegat.
Mereka tidak tahu apa yang telah terjadi.
'Haa, dapat juga! Kalau kamu suma nak tahu, inilah dua ekor kerbau liar
yang selalu makan padi aku. Ok, kita bawa ke kampung. Kita sembelih dua
ekor kerbau ini,' Pak Salleh memberitahu orang-orang kampung sambil
mengikat leher kedua dua makhluk asing yang sedang kebingungan itu.

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau
malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu
jiran tetangga.
'Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku
untuk keluar mencekik engkau,' terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang
mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana
diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari.
Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian
suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat
kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan
suaminya dahulu.
'Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?' tanya jirannya.
'Tidak!' jawab Minah.
'Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!'

sEnYuMaN iTu sATu sEdEkAH..
sEnTiAsA TErsEnYUm..iTu bERmAsaaLaH. ..