PDA

View Full Version : Wang Lesap-Harian Metro apa komen anda?

PAKLEH
28 Aug 2006, 05:57 AM
Harian Metro Online (Malaysia) (http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Setempat/20060827123943/Article/indexm_html)

maaf kiranya kalau tersalah tempat...maybe boleh dibincangkan:D

Wang lesap
Oleh ABDULLAH WAHAB

Ramai mangsa hampir gila apabila duit pelaburan beribu-ribu ringgit hilang sekelip mata

KUALA LUMPUR: Beratus-ratus graduan dan remaja lepasan sekolah terpedaya dengan janji manis sebuah syarikat pelaburan komoditi milik seorang lelaki tempatan kononnya mereka akan mendapat keuntungan lumayan yang dibayar dalam mata wang Amerika apabila mereka menyertainya.

Lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan berjaya mengutip wang pelaburan kira-kira RM1 juta setiap bulan hasil penipuannya.

Difahamkan, lelaki itu menjawat jawatan pengarah syarikat beribu pejabat di Jalan Tun Razak. Tindakannya menyebabkan ramai mangsa hampir gila apabila wang dilaburkan hilang sekelip mata.

Seorang mangsa, Anong Eh Deng, 22, berkata dia kini tertekan berikutan duit pelaburan berjumlah RM83,000 yang diperoleh daripada bapanya lebur begitu saja selepas diserahkan kepada syarikat terbabit.

Mangsa mendakwa dia sebelum ini memohon kerja sebagai eksekutif pengurusan dengan syarikat terbabit menerusi iklan di sebuah akhbar, Mei lalu.

“Saya kemudian menghadiri sesi temu duga sebelum ditawarkan gaji RM900. Bagaimanapun, saya diminta mendapatkan seorang pelabur jika mahu mendapatkan komisyen gaji tambahan sehingga RM1,500.

“Kerana tertarik dengan keuntungan dijanjikan, saya memujuk ayah supaya melabur wang. Ayah setuju melabur RM40,000 selepas syarikat terbabit meyakinkan saya bahawa saya mampu mendapatkan pulangan keuntungan RM10,000 dalam tempoh kurang sebulan,” katanya yang ditemui di Biro Pengaduan MCA, kelmarin.

Anong berkata, syarikat itu bijak memancingnya apabila memberikan keuntungan RM1,000 hanya sehari selepas wang terbabit dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

“Bagaimanapun, semua keuntungan dinyatakan itu hanya dipaparkan melalui skrin komputer dan kami tidak pernah diberikan secara tunai.

“Saya menyatakan hasrat untuk mengeluarkan modal itu semula, namun pengurusan syarikat memberitahu berlaku kejatuhan saham digelar ‘margin call’ menyebabkan pelabur perlu menambah jumlah wang pelaburan,” katanya.

Berikutan itu, dia sekali lagi memujuk bapanya supaya menambah wang pelaburan sebanyak RM43,000.

Bagaimanapun, katanya, selepas wang pelaburan itu ditambah, syarikat terus berdolak dalih dan enggan menyerahkan keuntungan dijanjikan.

Berikutan itu, mangsa yang merasa tertipu membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, 10 Julai lalu.

Seorang lagi mangsa, Norfadzilah Harun, 23, mendakwa turut diperdaya apabila wang simpanan ibunya berjumlah RM40,000 turut dilaburkan ke dalam syarikat berkenaan.

Katanya, dia rasa bersalah terhadap ibunya selepas menjadi mangsa penipuan terancang syarikat berkenaan.

“Anehnya, syarikat itu terus mengambil pekerja baru hampir setiap hari dan kebanyakan mereka diumpan menggunakan taktik sama dengan gaji dan keuntungan lumayan,” katanya.

Norfadzilah berkata, walaupun kebanyakan mangsa membuat laporan polis serta kepada Bank Negara, syarikat itu masih beroperasi seperti biasa tanpa dikenakan tindakan.

Seorang lagi mangsa, Neetiyanathan, 19, berkata dia kerugian hampir RM100,000 selepas melaburkan wang milik pakciknya dan kawan ke dalam syarikat itu.

Dia yang berasal dari Puchong mendakwa bekerja hampir enam bulan di syarikat berkenaan yang menjalankan urusan pertukaran mata wang asing (forex).

Katanya, mangsa biasanya diminta menambah nilai wang pelaburan untuk mengaktifkan semula akaun selepas ditipu dengan istilah ‘margin call’.

“Saya kini tidak hanya menjadi sasaran kemarahan pelabur, malah syarikat komoditi itu seolah-olah mencabar kami untuk mengambil tindakan.

“Saya yakin syarikat ini kerap menukar nama dan masih menggunakan modus operandi sama untuk menipu orang ramai dan pekerjanya sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, penasihat undang-undang MCA, Datuk Tham Book, kesal kerana polis dan Bank Negara tidak bertindak terhadap syarikat terbabit.

“Apa dilakukan syarikat komoditi itu menyalahi undang-undang dan ini bukan laporan pertama yang saya terima sejak dua tahun lalu membabitkan syarikat sama,” katanya.

fazarudin
28 Aug 2006, 05:59 AM
emmm..pelaburan apakah itu ...takde ke ahli nogold yang tertipu ?..

juwaini
28 Aug 2006, 06:17 AM
emmm..pelaburan apakah itu ...takde ke ahli nogold yang tertipu ?..

bangsat2 macam ni la yang buat bapak aku tak percaya bila aku bagitau aku nak trade forex...
hidup la korang makan duit haram aniaya orang... :mad:

hasby
28 Aug 2006, 06:20 AM
Sikap tamak dan ingin cepat kaya.... Akhirnya memakan diri....
Ni kiranya nak kena belaja dan fahami sendiri perjalanan dan permainan FX.....
Baru boleh mula pelaburan ......

juwaini
28 Aug 2006, 06:25 AM
Sikap tamak dan ingin cepat kaya.... Akhirnya memakan diri....
Ni kiranya nak kena belaja dan fahami sendiri perjalanan dan permainan FX.....
Baru boleh mula pelaburan ......

yup...
tapi golongan manusia ni la yang buat orang hilang kepercayaan pada seluruh industri forex ni..
menggunakan nama 'margin call'
entah2 margin call pun syarikat tu tak tau apa dia...

PAKLEH
28 Aug 2006, 06:38 AM
yup...
tapi golongan manusia ni la yang buat orang hilang kepercayaan pada seluruh industri forex ni..
menggunakan nama 'margin call'
entah2 margin call pun syarikat tu tak tau apa dia...

YUP...betui tuh buat aku cuak je
dah laa aku ni mmg zero memorex nih...huhuhu
mintak tolong laa jangan buat camni
merosakkan nama baik industri FOREX je
'margin call' yang tak tahan tu............huhuhuhu:eek:

Fisher
28 Aug 2006, 06:49 AM
Di sekitar Bukit Bintang berlambak syarikat forex yang illegal. Mereka ni golongan Introducing Broker dan mengenakan pips spread hingga 20 pips. Tak gila ke? Pusat-pusat mereka: Wisma HLA, Imbi Plaza, Central Plaza dan Wisma MPL.

m4tju
28 Aug 2006, 07:07 AM
susah ini mcm
asik mc saja

masterminds
28 Aug 2006, 08:45 AM
huhuhu baik main sendiri... rugi pun puas hati... :D

flizzoe
28 Aug 2006, 08:54 AM
kadang-kadang salah investor jugak. should check the background of the company first. elok-elok dah simpan kat bank beribu-ribu, nampak je dapat untung besar semacam, terus dump banyak2.

cheman
28 Aug 2006, 09:34 AM
Dalam Forex aku syorkan korang belajar dan main sendiri...kerana untung rugi adalah tanggungan korang jer...jangan terpedaya ngan syraikat2 pelaburan kerana ini hanya akan menyebabkan korang ditipu..

ayne
28 Aug 2006, 09:40 AM
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama sikucing belang;
kenapa orang tipu orang,
sungguh jahat orang itu..

badryl
28 Aug 2006, 09:44 AM
sebab x pandai tu la serahkan kat syarikat.....kalo diorg pandai x kan serah wang camtu. aku pun x bape pandai....tp sejak berjinak2 ngan marketiva ni bole la ckit2. dulu aku ada keje jab kat comodity company...start pelaburan rm20k. x tau la skrg bape modal nak. huhu

haidah
28 Aug 2006, 09:58 AM
modus operandi sykt forex nie mmg sama...
memula dia bagi untung then dia suruh topup lagik pasal margin call..
just becareful ler ngan broker forex kat mesia nie... sumer illegal
bila illegal mcm2 boleh jadi.. margin call lah..kena raid lah...acc freeze lah
huh penipu besar..

pajey
28 Aug 2006, 10:15 AM
member aku rugi 40k kat sini...kesian tgk die siap pinjam bank lagi!!!
aku rase laman web utk trade tu die yg buat sendir...

flizzoe
28 Aug 2006, 10:18 AM
kalau malas belajar, simpan je kat bank tu lek lok. orang tamak slalu rugi.

just fikir logik la. before this, duit beribu2 simpan kat mana? mostly bank(s). memang la bank bagi faedah sket, at least duit tak hilang. biar la bank tu kena rompak ke, aper ker, at least ade insurans.

kalau dah tamak nak untung lebih, itu yang jadi mangsa tu:mad:

Vip3R
28 Aug 2006, 10:24 AM
alahai...kalau sy nak invest byk tu d mana2 pun mesti pikir tak terbilang kali...ye la..kalau hilang mana nak cari...apa2 pun seperti kata cheman, baik belajar sendiri...at least kita nmpk proses untung rugi dia. margin call?? dari alasan yg diberi oleh syarikat ternyata dua2 investor ngan syarikat tu sendiri tak tahu maksud perkataan tu...huhuhu.

tima kasi kpd yg post...info ini.. :)

goldendream
28 Aug 2006, 10:26 AM
adehhh. tu laaa diorang ni..malas nak blajar sendiri...tapi cepat nak kaya... senang jer aku cakap..padan muka. :(

ammar5
28 Aug 2006, 10:52 AM
nie la dikatakan blind investor.......................:cool:

angelus
28 Aug 2006, 11:01 AM
hahaha... <--- ni la gelak owner company tu, dewasa ini chewahhh ramai sungguh yg pandai menipu dan ramai sungguh yg kene tipu.

dimane2 saje, kat online biz toksah ckp la lagik byk...

conclusion, manusia memang tamak.

artoo
28 Aug 2006, 11:28 AM
Aduss...... kena lagi....orang kita lagi

Well, it takes TWO to TANGO

1) Syarikat/Investment Co > kerjanya nak DAPAT WANG DGN MUDAH. Bukan dia peduli bawah sana dia di soal-jawap nanti, yg pasti dia nak hidup glamer kat dunia ni.

2) INVESTORS > Ini lah angkara 1) MALAS , malas nak BERLAJAR meMOREX, 2) NAK FAST MONEY.

Jgn SEGAN SILU kalau tak tau memorex tu, .. mintalah tunjuk ajar members NG yg dah pandai memorex tu,belanjalah kawan tu teh tarik ke, kopi tarik ke, janji kita buat sendiri dulu, or UNDERSTAND/FAHAMI selok belok memorex. Merangkak rangkak dahulu... lama kelamaan PECUT... hehehehe. Memorex in mmg interesting,bila dah lambak profits tu... boleh lah minta orang lain buat on behalf.

Tolonglah kawan2... sebar kat kawan2 lain terutamanya yg students tu... jgn terjun, tutup mata ke dalam dunia INVESTMENT ... be it ONLINE or OFFLINE.

Just my 2cents opinion..

Hati-hati DI JALAN RAYA

Good Luck.

jutawan.rock
28 Aug 2006, 11:28 AM
maklumlah bebudak fresh lg. aku pernah masuk kompany komoditi, tp x terjebak, alhamdulillah. ini cerita bertahun2 lepas. sama la kes cam bebudak dlm berita metro tu. masa tu aku baca kat iklan kat paper pastu trus g sana. pengalaman mereka tak perlukan, income boleh dpt rm2k atau lebih seminggu. mereka kata janji tahu basic maths sudah cukup. aku diinterview secara ringkas dan terus diterima, tp kena blajar cara nak trading dulu. mereka akan ajarkan dlm 2,3 sesi kelas secara percuma. time tu ada banyak saham kita boleh main. contohnya kopi, pork (yek...),metal, emas, cotton dan mcm2 lg... kita just duk dpn pc, tengok graf / poin. masa training tu, aku dpt profit 14k dlm masa 3 jam online. dia org kata poin dlm pc tu ikut current value. dlm hati aku gumbira x terkata... maklumlah dlm 1st trainning pun aku dah boleh buat profit bnyk (walaupun just olok2 jer).

pas semua member2 dlm kelas tu dah mahir, diaorg nak panggil interview sekali lg. pd hari yg dijanjikan, aku dtg jumpa manager. chinese guy, but still young. mybe umo dlm awal 20an. aku agak manager mesti umo 30 thn ke atas. pasal lebih kurang sebaya, dia layan aku cam kawan dan aku pun layan dia cam kawan gak. dlm sesi interview tu dia kata kat usa tengah winter. so, harga kopi melonjak naik. kalo aku boleh buat trading 14k hari tu, x mustahil, jumlah itu akan bertambah sehingga hujung winter. dan aku boleh makan comisyen tinggi. aku punyalah xciting dan dia ckp lg, nak buat trade kat rumah pun boleh, jnji pc ada connection ngan server mereka. lglah berbunga hati aku bila mengenangkan begitu senang buat duit melalui komoditi nih.

untuk join sykt dia, setiap org kena laburkan duit dlm tu. dia x cakap pakai duit sendiri, sebaliknya suruh dptkan modal dr parents atau sesiapa yg difikirkan sesuai. ishh... kalo sikit x per la jugak. tp melibatkan rm 15k ke atas. nak dipendekkan cerita (pasal kalo aku cerita lg jd panjang plak), aku x join pun that company. ntah apa yg dah jd kat dia org dan mereke2 yg dan join pun aku x tau.

masa mula2 aku masuk opis sana, memang grand... bilik seminar yang lengkap, siap mgadap klcc lg tuh. aweks2 kat sana... seksi meksi. dan aku percaya, kenapa kes kena tipu ni kerap terjadi, xspecially kat bebudah fresh graduate. semua yg terpampang kat dpn mata amat2 meyakinkan dan mereka telah terpedaya dng janji2 manis hotai2 sana yg mengatakan cukup mudah nak buat duit... tetapi semua itu tidaklah semudah yg disangka...

tp aku percaya komoditi boleh buat duit. tp kalo dah kita sendiri kena carik duit, pastu laburkan kat sana... lebih baik x payah. lg bagus laburkan sahaja kat asb atau unit trust. lebih terjamin. atau bukak bisnes sendiri secara kecil2lan... sikit2 lama2 jd bukit. ye tak :)

zuhan
28 Aug 2006, 11:52 AM
cerita nih semalam punya kan...nak post karang ada yang marah..hehehe..pajey..camner member ko tu...ok lagi tak dia?? tengok berita macam2 cakap hehehe :D

neo_laguna
28 Aug 2006, 04:25 PM
ekekeke...agaknye ni syarikat kwn kite yg bukak thread tu kot...ala yg invest min RM60k tuh...hehehe...ape kejadahnye....yg investor pon bodoh....mane ade leh kaye sekelip mate beb...aku dah kate dah...JGN KENE KENCING LA NGAN ORG CENGGINI....makan duit haram...anak sial....BA**tutttt.......memule sunatkan...pastu tembak kat pusat die....wakakaka...ish sorri beb kasar bahase...aku mmg takleh dgr cite cenggini...

l3b4h
28 Aug 2006, 04:33 PM
alahai...belajar forex ler dan main sendiri..cikgu juwaini pun ada tue..:)

alfa
28 Aug 2006, 04:55 PM
hmm... berhati2lah selalu

goldvalley
28 Aug 2006, 05:04 PM
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama sikucing belang;
kenapa orang tipu orang,
sungguh jahat orang itu..

kuang kuang kuang..
teringat aku masa time form 5 pkhemahan dulu..
ni la pantun mamat tu buat..
sejibi mcm ko buat pantun ni..

haidah
28 Aug 2006, 05:17 PM
maklumlah bebudak fresh lg. aku pernah masuk kompany komoditi, tp x terjebak, alhamdulillah. ini cerita bertahun2 lepas. sama la kes cam bebudak dlm berita metro tu. masa tu aku baca kat iklan kat paper pastu trus g sana. pengalaman mereka tak perlukan, income boleh dpt rm2k atau lebih seminggu. mereka kata janji tahu basic maths sudah cukup. aku diinterview secara ringkas dan terus diterima, tp kena blajar cara nak trading dulu. mereka akan ajarkan dlm 2,3 sesi kelas secara percuma. time tu ada banyak saham kita boleh main. contohnya kopi, pork (yek...),metal, emas, cotton dan mcm2 lg... kita just duk dpn pc, tengok graf / poin. masa training tu, aku dpt profit 14k dlm masa 3 jam online. dia org kata poin dlm pc tu ikut current value. dlm hati aku gumbira x terkata... maklumlah dlm 1st trainning pun aku dah boleh buat profit bnyk (walaupun just olok2 jer).

pas semua member2 dlm kelas tu dah mahir, diaorg nak panggil interview sekali lg. pd hari yg dijanjikan, aku dtg jumpa manager. chinese guy, but still young. mybe umo dlm awal 20an. aku agak manager mesti umo 30 thn ke atas. pasal lebih kurang sebaya, dia layan aku cam kawan dan aku pun layan dia cam kawan gak. dlm sesi interview tu dia kata kat usa tengah winter. so, harga kopi melonjak naik. kalo aku boleh buat trading 14k hari tu, x mustahil, jumlah itu akan bertambah sehingga hujung winter. dan aku boleh makan comisyen tinggi. aku punyalah xciting dan dia ckp lg, nak buat trade kat rumah pun boleh, jnji pc ada connection ngan server mereka. lglah berbunga hati aku bila mengenangkan begitu senang buat duit melalui komoditi nih.

untuk join sykt dia, setiap org kena laburkan duit dlm tu. dia x cakap pakai duit sendiri, sebaliknya suruh dptkan modal dr parents atau sesiapa yg difikirkan sesuai. ishh... kalo sikit x per la jugak. tp melibatkan rm 15k ke atas. nak dipendekkan cerita (pasal kalo aku cerita lg jd panjang plak), aku x join pun that company. ntah apa yg dah jd kat dia org dan mereke2 yg dan join pun aku x tau.

masa mula2 aku masuk opis sana, memang grand... bilik seminar yang lengkap, siap mgadap klcc lg tuh. aweks2 kat sana... seksi meksi. dan aku percaya, kenapa kes kena tipu ni kerap terjadi, xspecially kat bebudah fresh graduate. semua yg terpampang kat dpn mata amat2 meyakinkan dan mereka telah terpedaya dng janji2 manis hotai2 sana yg mengatakan cukup mudah nak buat duit... tetapi semua itu tidaklah semudah yg disangka...

tp aku percaya komoditi boleh buat duit. tp kalo dah kita sendiri kena carik duit, pastu laburkan kat sana... lebih baik x payah. lg bagus laburkan sahaja kat asb atau unit trust. lebih terjamin. atau bukak bisnes sendiri secara kecil2lan... sikit2 lama2 jd bukit. ye tak :)

mmg modus operandi dia mmg same..hehe
2 kali aku interview com. mcm nie... fisrt forex pastu index...
dia punya ayat sama jer walapun company lain2... hehe
yg index tu aku layan 1 hari jek... tue pun pasal aku punya team leader awek cun...:p
2 bulan lepas tu aku gi tgk balik opis tu dah bungkus....huhuhu

goldvalley
28 Aug 2006, 05:19 PM
time final year kat U aku ada pi kursus seminggu
kat sykt mcm ni...aku pun x ingt komoditi or ape..
tp yg aku ingt dia ajar trade kat index hang seng...
memula mmg xcited sgt sbb senang2 jer dpt untung ribu2..
guna acc sykt time training...dia kata xper sykt byk duit..
rupa2nya skang baru aku tau time tu main acc virtual jer...ceh...
sib baik aku x cari investor...

alfa
28 Aug 2006, 05:23 PM
mmg modus operandi dia mmg same..hehe
2 kali aku interview com. mcm nie... fisrt forex pastu index...
dia punya ayat sama jer walapun company lain2... hehe
yg index tu aku layan 1 hari jek... tue pun pasal aku punya team leader awek cun...:p
2 bulan lepas tu aku gi tgk balik opis tu dah bungkus....huhuhu
aku ada gak baca dlm paper iklan kerja kosong yg menawarkan gaji 4,5 angka seminggu. perghh... memang menarik. aku agak tu iklan dr com yg seangkatan dngnya la... kalo dah kelabu mata, bebudak yg baru nak kenal alam pekerjaan akan terpedaya dng janji2 manis staff com tu. tu yg sanggup pujuk org tua labur smpai berpuluh2 ribu tu..

goldendream
28 Aug 2006, 05:24 PM
dah nama budak U takkan masih tak leh pikir lagi kot... kalo org kampung tu logik laa sket..sebab banyak dah kes..tapi ni student...mmm.. sah ni student segera ni... hanya tau duduk rumah study buku... tak try study camana hidup kat luar..liku liku hidup tak menarik... ni yg kena tipu ni..mmm... blajar laa forex..susah sangat..meh aku ajar..ajar buat karipap..leh jual...

alfa
28 Aug 2006, 05:27 PM
maklumlah bebudak fresh lg. aku pernah masuk kompany komoditi, tp x terjebak, alhamdulillah. ini cerita bertahun2 lepas. sama la kes cam bebudak dlm berita metro tu. masa tu aku baca kat iklan kat paper pastu trus g sana. pengalaman mereka tak perlukan, income boleh dpt rm2k atau lebih seminggu. mereka kata janji tahu basic maths sudah cukup. aku diinterview secara ringkas dan terus diterima, tp kena blajar cara nak trading dulu. mereka akan ajarkan dlm 2,3 sesi kelas secara percuma. time tu ada banyak saham kita boleh main. contohnya kopi, pork (yek...),metal, emas, cotton dan mcm2 lg... kita just duk dpn pc, tengok graf / poin. masa training tu, aku dpt profit 14k dlm masa 3 jam online. dia org kata poin dlm pc tu ikut current value. dlm hati aku gumbira x terkata... maklumlah dlm 1st trainning pun aku dah boleh buat profit bnyk (walaupun just olok2 jer).

pas semua member2 dlm kelas tu dah mahir, diaorg nak panggil interview sekali lg. pd hari yg dijanjikan, aku dtg jumpa manager. chinese guy, but still young. mybe umo dlm awal 20an. aku agak manager mesti umo 30 thn ke atas. pasal lebih kurang sebaya, dia layan aku cam kawan dan aku pun layan dia cam kawan gak. dlm sesi interview tu dia kata kat usa tengah winter. so, harga kopi melonjak naik. kalo aku boleh buat trading 14k hari tu, x mustahil, jumlah itu akan bertambah sehingga hujung winter. dan aku boleh makan comisyen tinggi. aku punyalah xciting dan dia ckp lg, nak buat trade kat rumah pun boleh, jnji pc ada connection ngan server mereka. lglah berbunga hati aku bila mengenangkan begitu senang buat duit melalui komoditi nih.

untuk join sykt dia, setiap org kena laburkan duit dlm tu. dia x cakap pakai duit sendiri, sebaliknya suruh dptkan modal dr parents atau sesiapa yg difikirkan sesuai. ishh... kalo sikit x per la jugak. tp melibatkan rm 15k ke atas. nak dipendekkan cerita (pasal kalo aku cerita lg jd panjang plak), aku x join pun that company. ntah apa yg dah jd kat dia org dan mereke2 yg dan join pun aku x tau.

masa mula2 aku masuk opis sana, memang grand... bilik seminar yang lengkap, siap mgadap klcc lg tuh. aweks2 kat sana... seksi meksi. dan aku percaya, kenapa kes kena tipu ni kerap terjadi, xspecially kat bebudah fresh graduate. semua yg terpampang kat dpn mata amat2 meyakinkan dan mereka telah terpedaya dng janji2 manis hotai2 sana yg mengatakan cukup mudah nak buat duit... tetapi semua itu tidaklah semudah yg disangka...

tp aku percaya komoditi boleh buat duit. tp kalo dah kita sendiri kena carik duit, pastu laburkan kat sana... lebih baik x payah. lg bagus laburkan sahaja kat asb atau unit trust. lebih terjamin. atau bukak bisnes sendiri secara kecil2lan... sikit2 lama2 jd bukit. ye tak :)
aku baca pun dah nak terpengaruh... inikan kalo g sendiri kat opis sana tuh...
nak buat duit cam senang jer. tp bila dah labur, 98% mungkin lebur. kesian kat bebudak yg dah kena. kalo x kuat iman boleh jd mereng wooo... aku kalo hilang 100rm pun dah hangin 1 badan. inikan yg hilang berpuluh2 ribu. memang x selamat dunia akhirat saper2 yg terlibat dng sindiket tipu duit org nih...

iwanqf
30 Aug 2006, 01:11 PM
teruk betul yer....dah ler untung atas angin (trade duit orang) plus menipu lagik....mmg tak selamat duina akhirat.

the_vangardx
30 Aug 2006, 01:22 PM
pastu rilek je cari org lain..yg terkena tu..tak leh lawan kot..sebab dia dah sain kontrak dan kira agree TOS :D

alfa
30 Aug 2006, 01:23 PM
donia ni mcm2 muslihat... harap kita semua dijauhkan dr perkara2 sebegitu...

neo_laguna
30 Aug 2006, 02:49 PM
teruk betul yer....dah ler untung atas angin (trade duit orang) plus menipu lagik....mmg tak selamat duina akhirat.

takdo mano nye de...diorg trade tuh...sesilap diorg tunjuk acc untung pon acc demo jek...hehe...mmg bangsat tul kaum nih...ni mesti kompeni ca ya nun alip...go to hell....patut la kaye asik nipu org jek....:mad:

l3b4h
30 Aug 2006, 05:39 PM
Terkena dan tertipu sbb kita tak der ilmu FOREX....kalau dulu heboh tentang MLM hanya bermodalkan air liur dpt berjuta..diaorang ada ilmu sbb tu dpt tarik wang dari poket kita...

Edisi KL: Cikgu Din ghaib wang RM3 juta

KUALA LUMPUR: Dengan hanya bermodal `air liur’, seorang lelaki yang terkenal dengan panggilan `Cikgu Din’ berjaya memperdaya orang ramai melabur dalam skim labur wang ghaib internet berjumlah lebih RM3 juta.

Hasil `kebijaksanaannya’ lelaki berusia 40-an itu yang didakwa seorang kakitangan sekolah mampu memiliki lima kereta mewah termasuk banglo bernilai jutaan ringgit.

Kegiatan `Cikgu Din’ bagaimanapun terbongkar selepas ratusan mangsa yang sudah melabur dan gagal memperoleh keuntungan berganda dijanjikan membuat aduan polis.

Difahamkan mangsa tidak hanya membabitkan penghuni sekitar Kelantan, malah Terengganu, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang.

Seorang mangsa, LB Lee, 43, berkata, dia mula terjerat dengan skim cepat kaya internet ala piramid itu selepas `terpesona’ dengan gaya hidup mewah Cikgu Din yang mampu memiliki wang dan harta peribadi jutaan ringgit dalam tempoh singkat.

Menurutnya, dia cuba menjadikan Cikgu Din sebagai mentor bagi membolehkannya mempelajari ilmu perniagaan termasuk kaedah jualan langsung daripada lelaki itu.

“Pada masa sama Cikgu Din memberikan idea kepada saya untuk menyertai satu bentuk jualan langsung berbentuk skim piramid yang diperkenalkan sebuah syarikat baru.

“Untuk menarik perhatian saya, lelaki itu menawarkan tiga lot percuma bernilai RM111 setiap satu bagi memulakan skim terbabit,” katanya.

Menurutnya, dia hanya diminta mencari `down line’ (individu bawahan) bagi mengembangkan skim piramid itu yang disebar melalui internet.

“Bagi membolehkan saya memperoleh pendapatan RM999 sehari, saya perlu mendapatkan lebih banyak individu bawahan dengan mengisi carta piramid itu di dalam internet,” katanya.

Menurutnya, keinginan untuk mendapatkan keuntungan cepat menyebabkan dia sanggup mengeluarkan modal RM17,400 untuk menaja individu yang tidak wujud.

“Malah saya sanggup memujuk rakan baik serta mencari individu bawahan hingga ke Pahang dan utara untuk menyertai skim itu atas nasihat diberikan Cikgu Din.

“Semua duit yang dilaburkan melalui skim internet itu akan dimasukkan ke dalam akaun khas milik syarikat terbabit yang turut diuruskan isteri Cikgu Din,” katanya.

Dia berkata, syarikat itu yang mula disertainya pada Oktober tahun lalu tiba-tiba menamatkan operasi serta-merta baru-baru ini tanpa diketahui punca.

“Saya ke banglo Cikgu Din bagi mendapatkan penjelasan namun dia memberitahu tidak bertanggungjawab atas perkara itu dengan alasan tiada kena mengena dengan aktiviti syarikat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati sebuah lagi syarikat lain dengan modus operandi sama dibuka di Kota Bharu, Kelantan.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Choong, menegaskan penganjur skim cepat kaya boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 kerana mengutip deposit daripada orang ramai tanpa lesen.

Menurutnya, penganjur boleh dikenakan hukuman maksimum RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 6 (4) akta itu.

goldendream
30 Aug 2006, 05:44 PM
adedede... skim piramid lagi... kalo dah kaya..takyah laa nk ajak org..tu semua ada muslihat tu...hehehe... dunia oh dunia....

felixtimber
30 Aug 2006, 05:58 PM
waah..
sungguh bahaye nih..camne la orang camni boleh hidup kat dunie nih..
kan bagus kene sambar petir aje..

ainaa0303
31 Aug 2006, 03:01 AM
ya aku setuju tu belajar forex sendiri lagi bagus dari asyik kena tipu org malas je yg buat perangai nak cepat kaya dengan cara senang

azraneus
31 Aug 2006, 07:11 AM
Padan muka cikgu din....Tu la...berlagak sangat dulu......since Biospray.....

picozoo
02 Sep 2006, 10:38 PM
cikgu din..... cam kenal jer.... ermmmm...

l3b4h
03 Sep 2006, 08:14 PM
cikgu din..... cam kenal jer.... ermmmm...
cam kenal ke atau cam dah kena..kalau bukan ngan dia mungkin ngan geng2 dia kot :cool:

mareno77
03 Sep 2006, 10:46 PM
kalau malas belajar, simpan je kat bank tu lek lok. orang tamak slalu rugi.

just fikir logik la. before this, duit beribu2 simpan kat mana? mostly bank(s). memang la bank bagi faedah sket, at least duit tak hilang. biar la bank tu kena rompak ke, aper ker, at least ade insurans.

kalau dah tamak nak untung lebih, itu yang jadi mangsa tu:mad:

tamak tu subjektif... keinginan mencari rezeki dan buat duit lebih cam ne yg boleh dilabelkan tamak? kalau nak ikut, orang tamak jugak yang membangunkan ekonomi negara... kalau takdak orang tamak dan semua orang nak simpan duit kat bank aja sapa yg nak buat bisnes, dah tu menyediakan peluang pekerjaan...

so bergantung la tamak tahap mana....

mareno77
03 Sep 2006, 10:56 PM
Padan muka cikgu din....Tu la...berlagak sangat dulu......since Biospray.....

Fuhh... biospray... tak sanggup aku nak ingat zaman tu... banyak gila duit keluar terkejar sana sini... kononnya fomula baik punya utk buat duit... tapi aku bukan under group cikgu din la...

WRM786
04 Sep 2006, 01:12 AM
Fuhh... biospray... tak sanggup aku nak ingat zaman tu... banyak gila duit keluar terkejar sana sini... kononnya fomula baik punya utk buat duit... tapi aku bukan under group cikgu din la...

A'kum

Aku pun dulu pernah hampir tekena. Time tu Hot pasal Index Hang Seng.
Nasib baik tak burn duit aku.
Terima kasih pada orang yang membawa ku....ke alam lebih bahagia.:) :) :)

gundam98
15 Oct 2006, 12:35 PM
Biospray sudah tak dengar-dengar la... masih aktif ke?? Dia orang suka sangat main spray, entah mengapa nie? ?

roziex
24 Dec 2008, 08:28 PM
kesian, yang kene org melayu jugak,
aduh bangsaku

yazryyahya
24 Dec 2008, 08:32 PM
da 2 tahun thread ni berlalu, tp bangsaku masih xbelajar...:14:

wanlan
24 Dec 2008, 11:02 PM
cikgu din..... cam kenal jer.... ermmmm...

ade friendster cikgu din x?ke cikgu dindang :24: nak belajau forex ngan dia la...juta juta juta kelabu mate dibuatnye :21:

syabel
24 Dec 2008, 11:20 PM
member aku penah kena 25k..tak sampai beberapa bulan..alasan MC..tak ker B**i tu...senang jek duit macam tu hilang..apa yg dia org buat..aku ingat dia org tipu ler...!setiap kali tread amik 20 pip..giler ker...!!! kalau mcm tu baik aku main sendiri...!! Company mcm nilah yang buat kita sensara..kang lepas ni BNM cakp tutup sume terminal..hah..nk cari makan mcm mana..!! Melabur sampai 100k bagi aku meniaga pun bagus..:21:

roziex
25 Dec 2008, 03:26 AM

25k hilang tak smpi beberapa bulan mc dah ker???
ade satu company kat yayasan selangor bukit bintang,
GU punyer spread 10pips,
lepas kene ambik sekurang2 20pips,
10pips company punyer
10pips customer punyer
rm50 trader tuh punyer tak ker hampeh mcm tuh:21:

flizzoe
25 Dec 2008, 08:45 AM
da 2 tahun thread ni berlalu, tp bangsaku masih xbelajar...:14:

nak buat macam mana..
memang ada sesetengah tu malas nak belajar.. malas nak usaha..
sumer nak senang..

akay
25 Dec 2008, 10:20 AM
da 2 tahun thread ni berlalu, tp bangsaku masih xbelajar...:14:

selagi duit yang dikejar selagi tu ade je mangsa yang terkena

yazryyahya
25 Dec 2008, 11:33 AM
nak buat macam mana..
memang ada sesetengah tu malas nak belajar.. malas nak usaha..
sumer nak senang..

rasa nk tendang je org bodoh2 ni...

akay
25 Dec 2008, 11:44 AM
rasa nk tendang je org bodoh2 ni...

da tau xpandai cari2 lak maklumat kan sebelum terjun nak melabur..
da kena tipu baru nak kecoh

amnan
25 Dec 2008, 11:58 AM
huhu..
kesiannya..
sebaiknya kita siasat terlebih dahulu latar belakang syarikat tu..
sama ada wujud or x..
tanya pendapat org lain dulu..

roziex
25 Dec 2008, 02:49 PM
kebanyakkan iklan nie sume ade kat metro jawatan kosong,
ape lg report la BNM:24:
biar diorg rase

akay
25 Dec 2008, 02:58 PM
salah satu sebab x minat beli harian metro iklan cari duit ni banyak sngt :102:

hisyam06
03 Jan 2009, 09:28 AM
salah satu sebab x minat beli harian metro iklan cari duit ni banyak sngt :102:

x pyh tgok iklan tu..baca je cerita2 panas:4:

yazryyahya
03 Jan 2009, 10:52 AM
x pyh tgok iklan tu..baca je cerita2 panas:4:

klu bole baca free je kt library, rugi beli...:4:

ngfx
07 Jan 2009, 04:42 PM
salah satu sebab x minat beli harian metro iklan cari duit ni banyak sngt :102:

Headline Metro slalu hot sbb tu org suka beli. Aku pun sama. Tapi mmg aku tak tgk pun iklan2 cari duit ni. Buang masa je. Selagi tak ilang mentaliti "nak cepat kaya" ni selagi tu la akan ada scammer2 dan org2 utk di"scam".

http://www.fxgator.info/blank_v.jpghttp://www.fxgator.info/blank_o.jpghttp://www.fxgator.info/blank_c.jpg http://www.fxgator.info/blank_m.jpghttp://www.fxgator.info/blank_f.jpghttp://www.fxgator.info/blank_y.jpg
http://www.fxgator.info/blank_p.jpg

akay
07 Jan 2009, 04:52 PM
x pyh tgok iklan tu..baca je cerita2 panas:4:

h.metro brita panas dia page depan je pon..
yg dlm2 brita sejuk gak :21: