PDA

View Full Version : 25 Pesanan Luqmanul Hakim


tebu
28 Jul 2006, 12:04 PM
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin
selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg
bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada
ALLAH.
02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima
nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari! ALLAH. Orang yg
insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan
sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia
akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan
maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan
yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari b! erhutang, kerana sesungguhnya berhutang
itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu
malam.
06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar
benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat
berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya
kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya
akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd
memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat
batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua
itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah
saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan,
bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu
telah memberikan akibat yg berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang
mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang
mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang
kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada
kesenangan duniawi sahaja.
12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana
manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya
sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran
dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta
nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau
selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal
itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari ! kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu
menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka
ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah.
Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan
kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.
17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis
wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya
seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg
berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu
padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun
biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg
tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain
kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu
selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH
bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpe! daya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat
bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana
sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg
pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg pe! nyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg
pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan
sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan
menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pen! gemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya
janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana
sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka,
kelak akan membinasakan dirimu.
wallahu alam..........
Jazzak Allahu Khairan,
Wabillah hi taufik-wal-hidayah....Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

p/s:

Rasulullah s.a.w bersabda;

" Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah
menegah kemungkaran itu dengan tangannya (iaitu kuasanya). Jika tidak
mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu
juga, hendaklah ditegah dengan hatinya."

izwanbest
28 Jul 2006, 06:36 PM
sunnguh menginsafkan

jutawan.rock
28 Jul 2006, 09:11 PM
Pesanan yang amat berguna..

*Thanks tebu :) :)

Lukman79
28 Jul 2006, 11:29 PM
uik... pesanan lukman... huhu....

luqs_
29 Jul 2006, 12:17 AM
Luqmanul Hakim

Citra hidupmu begitu mempesona
Mutiara hikmah nasihatmu berharga
Pada kata yang tersurat
Ada maksud yang tersirat
Suri tauladan buat panduan umat

Kau tersendiri dalam menabur bakti
Punyai misi untuk dicontohi
Ketinggian budi dan keindahan pekerti
Mengangkat dirimu semulia para nabi

Peribadimu Luqmanul Hakim
Cermin suluh peribadi mukmin
Kerna kepintaran dan kecerdikan kau disegani
Jati dirimu Luqmanul Hakim
Menjadikan kau insan terpilih
Segalanya diharungi dengan gigih
Terkadang dirimu bagaikan tersisih
Di sisi Tuhan kau tak pernah terpinggir

Biarpun lelah mendera
Kau tidak pernah mengalah
Menempuh ranjau penuh tabah
Terpahat memoirmu
Di kanvas sejarah
Tercatat di Al-Quran dalam satu surah