View Full Version : Cerita Seram Dan Pelik
jutawan.rock
24 Jul 2006, 11:21 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Sesambil kita berforum di nogold.com ni, apa kata kalau kita lupakan seketika pasal duit. Kita bercerita tentang kisah2 seram serta pelik yang pernah berlaku dalam hidup korang semua. Kalo x pun, kisah2 yg pernah korang dengar dpd rakan2, jiran2, sedara mara atau di dlm internet. Nak layan thread ni time siang x best sangat. Kalo nak thrill, time malam time semua dah tido, baru meremang bulu roma sikit.. ok geng... mari kita berkongsi cerita seram dan pelik korang di sini...
jutawan.rock
24 Jul 2006, 11:23 PM
Biar aku yg stat dulu. Ni aku amik dlm internet. Seram gak bila baca malam2
Dah penat ke, dah tahu?
Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang remaja melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. "Ahhh!! Barulah sejuk sedikit." kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan baju putihnya yang basah dengan peluh.
"Wah ramainya orang kali ini." kata yang seorang lagi.
"Mestilah. Inikan minggu peperiksaan. Semuanya hendak belajar saat-saat akhir. Tentulah sesak. Tak apalah. Kita pergi ke tingkat atas sekali. Di situ tidak ramai orang." kata pemuda pertama tadi.
Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga. Ternyata di tingkat teratas perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih sudut yang agak terlindung untuk belajar.
Masa terus berlalu. Beberapa jam kemudian.....
"Ahhh! Aku dah penatlah. Aku balik dahululah." kata seorang pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "Popular Science" dan "National Geographic" yang bersepah di atas meja yang diduduki mereka.
"Allah! engkau ni. Awal lagi ini. Baru pukul tujuh."
"Aku ada temujanji malam ini." kata pemuda itu sambil tersengih-sengih.
"Wah! padanlah." sahut kawannya.
"Engkau masih belum mahu balik lagike?" tanyanya.
"Aku hendak mengulangkaji sedikit lagi. Tak apalah, engkau baliklah dahulu." kata rakannya sambil tersenyum-senyum.
Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku. Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah kerajaan Sung - China. Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihatkan sekeliling. Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih mudah baginya untuk mengulangkaji.
Tiba-tiba dia berbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila menyedari dirinya direnung sebegitu.
"Hai! Buat apa tu." tegurnya.
Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis. "Boleh saya menumpang duduk di sini. Di sini sunyi, tidak ada orang, jadi saya duduk dekat awak." jawabnya dengan lembut.
Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati.
Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidak menolak. Mereka berdua mula bersembang panjang.
"Boleh saya pinjam pen awak sekejab?" tanya gadis itu.
"Boleh-boleh" dia menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu.
"Terima kasih. Saya pulangkan pen awak ini." suara lembut gadis itu menerpa cuping telinganya.
Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan oleh gadis itu.
Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis itu, tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik tangannya itu.
Dia agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu menggetuk meja dengan pen tetapi pennya itu pula yang terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi dia mengangkatkan kepalanya terlalu cepat sehinggakan berdetum kepalanya terhantukkan ke bawah meja itu.
Dia menyumpah-yumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa perlahan-lahan. Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya menegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau dan dia bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan -gosokkan kepalanya sambil melihat kearah gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambil menutup mulut dengan tangan.
Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat. Untuk menguatkan semangatnya dia berkata "Ahhh... dah penatlah. Nak baliklah."
Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah penat ke, dah tahu..."
Dia tidak bertangguh lagi terus lari lintang pukang menerpa ke tangga. Pandangannya melihatkan sepasang kaki yang tinggal rangka di hadapannya di bawah meja, sedangkan rupa seorang gadis cantik di sebelah atas yang bercakap- cakap dengannya cukup menyeramkannya.
Sepanjang jalan itu, suara gadis itu berulang-ulang kedengaran bertanyakan "Dah penat ke, dah tahu? "Dah penat ke, dah tahu?" disertai deraian ketawa mengelikik.
Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih laju, berlari balik, putih tapak kaki, tanpa menoleh kebelakang lagi.
ridd
25 Jul 2006, 12:32 AM
Biar aku yg stat dulu. Ni aku amik dlm internet. Seram gak bila baca malam2
Dah penat ke, dah tahu?
.
sepatutnye pemuda tu jawab..dah tahu?..tahuu..takpe...:D
ni cerita buatan/kelakar seram..ade tak cerita yg kisah benar/real punye..
badryl
25 Jul 2006, 12:46 AM
seram gak aku baca naik bulu roma
Sejutaria
25 Jul 2006, 01:00 AM
sepatutnye pemuda tu jawab..dah tahu?..tahuu..takpe...:D
ni cerita buatan/kelakar seram..ade tak cerita yg kisah benar/real punye..
aku nak citer pengalaman real aku... tapi aku sendrik seram aaaa... :D
abc123
25 Jul 2006, 01:30 AM
saya ada pengalaman pelik..
satu hari saya pinjam moto ayah saya. sampai di kedai saya beli barang2 dapur yg ibu saya pesan. Bila nak stat moto, saya perasan kunci moto hilang. puas saya cari keliling kedai sambil2 dibantu oleh pekerja kedai tu. akhirnya, saya mengalah. saya call ayah saya supaya dtg, bawa kunci spare. tp dia kata kunci spare x de pasal tu la satunya kunci yg ada. so, terpaksalah moto tu ditinggalkn kat dpn kedai sementara nak cari tukang kunci. on the way balik, saya kena bebel ngan ayah saya. tahan telinga je la. smpai di rumah, saya letak kunci rumah yg saya bawa dlm kotak kunci tepi pintu masuk. dng x semena2, mata saya terbeliak dan jantung saya berdebar2 dng tiba2. rasa cam nak jatuh jer jntung ni bila saya terlihat sesuatu betul2 di dpn mata. nak tau apa yg saya nmpak??? saya nmpak kunci yg hilang tu... elok tergantung kat tmpat biasa, seolah2 tiada sesiapa yg sentuh hari ru. time tu saya rasa nak demam, tp x jadi nak demam. berminggu2 saya pikirkan kejadian pelik tu. tp smpai skrg, saya x tahu jawapannya... family tuduh saya saja main2 dan buat cerita. ntahla... bila saya nmpak kunci moto tu skrg, saya rasa cam nak lari je dr rumah. bila fikir2 balik, buat apa takut. kita hanya perlu takut kpd tuhan sahaja. tp kadang2 bila ingat balik seram gak rasanya..
alfa
25 Jul 2006, 11:02 AM
pelik juga crita awak tu abc123. ntahler.. dunia ni ada mcm2 keanehan yg x dpt jawab oleh pemikiran manusia :)
bAbYfAcE
25 Jul 2006, 03:14 PM
ni yg aku fobia tngk kunci moto nih..:D
TAKUTNYERRRRRRRRRRRRRRRRRRRR !!!!!!!!!!!
Sejutaria
25 Jul 2006, 04:12 PM
yang nie aku pasti korang mesti seram punya.. kalo kena kat korang la
http://www.funlol.com/funpages/true-life-horror-movie.html
ridd
25 Jul 2006, 05:04 PM
aku nak citer pengalaman real aku... tapi aku sendrik seram aaaa... :D
ape lerr..belum cerita da seram..memang seram ler kisah ko tu..:D
p/s:ade sape2 pi tengok pameran hantu kat shah alam?seram tak?
jutawan.rock
25 Jul 2006, 05:07 PM
kalo nak seram, baca la malam2 time x der org...
kalo nak seram, baca la malam2 time x der org...
http://img8.picsplace.to/img8/18/pontianok.jpg
jutawan.rock
25 Jul 2006, 08:53 PM
kah..kah..kah...warghhh...warghhh...wargh.....:D :D :D :D
klakonyer banner crita seram nih....
mane ko dpt lee ?
jutawan.rock
26 Jul 2006, 01:51 AM
Arwah ibu lawat mayat anak
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
bAbYfAcE
26 Jul 2006, 01:28 PM
insaf aku baca kisah ni... tu pengajaran kpd semua.
hussein lempoyang
26 Jul 2006, 02:35 PM
aku punn... insaf dah...
Secret_weapon
26 Jul 2006, 04:36 PM
aku pung insaf gak...
jutawan.rock
26 Jul 2006, 05:15 PM
aku pung insaf gak...
alhamdulillah... kembali ke pangkal jln..
WI7VH
26 Jul 2006, 05:36 PM
satu kisah yg seram dan menaikkan bulu roma aku sendiri menceritakannya
----------
Dari KL ke Segamat,Johor... bertolak dari Kl kol 8 mlm, tp smp kol 4 pg tak smp2 lagik,w'pun kalo naik bas maybe dlm 3jam dah smp...
pelik gak aku tgk sbb abg aku drive pas balik keje trus ke rumah katanya..so kami sekluarga tunggu le dia smp, sbb kol 6 pagi dah kena tunggu kat masjid ada rombongan g Sarawak..
tunggu punya tunggu tak smp2 gak... dah kol 4 nak masuk 5 pg.. giler lama
then aku ngan ayah aku menyongsang le jalan,takut ape2 jadi kat abg aku..then tak smp suku jalan, smp area uitm segamat, aku agak2 ada sebijik kete bawak over 140kmj lalu bertentangan...aku budget tu abg aku.then patah balik..smp je kat umah dia cerita
---
dia kena kacau dari matrik tangkak smp ke uitm segamat tuh..3 kali..hehehe
pertama, lepas je kawasan matrik tangkak, kat area2 Tangkak yg baru nak bina tuh, dia kena kacau ngan benda yg kuarkan kepala je kat sblh luar tempat pemandu, (mcm citer shutter tuh dia jengukkan kepala kat sblh kiri pemandu-belah luar), benda tu follow smp ke sagil, berkain kapan,muka calar balar,abg aku kata rupa indon..cuak gak aku dgr..lama tak lama gak ler follow benda alah tuh kat tingkap sblh driver..huhuhu (over 20km kot )..puas baca2 tak ilang2 gak...
smp sagil benda alah tuh ilang sbb dah masuk pekan sagil, abg aku rest kat kedai makan yg still bukak, bebual ngan org tua kat ctu...lepak 1/2 jam bg reda sikit..dia tgk kete..mcm dah ok..
then dia truskan perjalanan..masuk area kawasan gunung ledang tuh, dia kena kacau lagik, perempuan melekat kat bonet depan tuh..tangan hujung kanan ke hujung kiri... melekap, tau tak? ngadap tmpt memandu...giler!!!!.... rambut panjang,tp tak nmpk muka,nmpk mulut sengih2 sikit.. huhuhu ( meremang nih ) abg aku mengempor bawak kete... yela dah kena halang, nmpk tak nmpk gak ler jalan tuh...benda tu melekat smp ke jementah, (over 15km) ...nak masuk area jementah benda alah tu ilang...abg aku lepak kat petronas jap...smyg katanya...(kalo aku dah gigil dah)..lepak kat petronas tuh jap 1/2jam gak ler...
then dia truskan jalan...tp tak rasa ape2 lagik...igt dah ok..tp tetiba je time dia bawak 100kmj, dia rasa mcm bawak 30kmj..huhuhu...slownya..benda tu melekat kat atas bumbung kot..( sbb tu rasa berat ) ..
tu pasal le time aku berselisah kete ngan dia, dia bawak over 140kmj...maik..lajunyal...
BERLAKU MALAM JUMAAT ...huhuhu... kisah yg berlaku kat abg aku...sbb nya, tak tau..abg aku kata dia ok jer, takde buat ape2 pun,smyg ok,mandi dah.. tak tau ler....
the_vangardx
26 Jul 2006, 05:45 PM
tapikan kurang perasan tak masa kecik2 mak bapak kita slalu suruh tidur awal pada malam jumaat kononnya ada bnyk hantu time tu? bila dah besar..aku rasa konon2 je la :p
WI7VH
26 Jul 2006, 05:50 PM
tapikan kurang perasan tak masa kecik2 mak bapak kita slalu suruh tidur awal pada malam jumaat kononnya ada bnyk hantu time tu? bila dah besar..aku rasa konon2 je la :p
kenapa hari jumaat je dia kuar? huhuhu..pelik tak? hari2 lain ada gak... tp abg aku kena hari jumaat, nmpk sgt hari Jumaat ni byk keistimewaannya...penghulu segala hari...
the_vangardx
26 Jul 2006, 08:28 PM
maksud aku malam jumaat..sebab org berkawin dapat bunuh setan :D
jutawan.rock
26 Jul 2006, 09:27 PM
maksud aku malam jumaat..sebab org berkawin dapat bunuh setan :D
hmm.. org kawin time mlm jumaat dpt bunuh setan ? menarik tuh.. mlm jumaat juga elok kita mengaji dan baca surah yasin kat mesjid spt amalan masyarakat melayu kita. actually lg afdal kita buat tiap2 hari.
mcm2 kita dngr mlm jumaat dikaitkn dngn crita2 menyeramkan. sama ada secara kebetulan ataupun betul, wallahhualambisawaf...
the_vangardx
26 Jul 2006, 09:49 PM
bagi pendapat aku..
mak bapak suruh anak2 mereka tidur awal pada malam jumaat dgn alasan ada hantu adalah rekaan semata2..tujuan utama tak lain tak bukan nak kasi line clear kot? erm betul ke?
badryl
26 Jul 2006, 09:51 PM
jgn nak percaya tahyul lak mlm jumaat antu kuar, hari2 setan berkeliaran. cuma ari jumaat tu penghulu segala ari tentu ada kelebihannya. jd bykkan amalan pada ari tu, kalo nak wat la.
jutawan.rock
26 Jul 2006, 09:52 PM
bagi pendapat aku..
mak bapak suruh anak2 mereka tidur awal pada malam jumaat dgn alasan ada hantu adalah rekaan semata2..tujuan utama tak lain tak bukan nak kasi line clear kot? erm betul ke?
agak logik juger pendapat ko. btullah tu kot :D
tpkan mlm jumaat slalu dikaitkan ngan crita hantu... agak2 kat negeri omputih sana tu sama tak ?
fayeez
26 Jul 2006, 09:55 PM
hmmmm..kadang tu orang cakap kalau kita cari , dia tak muncul , tapi bila tak dicari , time tu la dia nak muncul ...alhamdulillah aku tak penah lagi "jumpa diaorg" ...walaupun dulu aku sebok carik diaorg....in other words...ghost hunting... gi situ la sini la ..tapi takde pape...tapi tu dulu la masa jiwa masih muda..darah muda...eheheh....satu keje bodoh tapi syukur la takde kena rasuk tak pun ikut balik...
the_vangardx
26 Jul 2006, 10:01 PM
tak kira tak kira..malam jumaat malam yg paling afdal utk buat projek :p
jutawan.rock
26 Jul 2006, 10:02 PM
hmmmm..kadang tu orang cakap kalau kita cari , dia tak muncul , tapi bila tak dicari , time tu la dia nak muncul ...alhamdulillah aku tak penah lagi "jumpa diaorg" ...walaupun dulu aku sebok carik diaorg....in other words...ghost hunting... gi situ la sini la ..tapi takde pape...tapi tu dulu la masa jiwa masih muda..darah muda...eheheh....satu keje bodoh tapi syukur la takde kena rasuk tak pun ikut balik...
ooo... mcm seekers la ni yer ??? aku pun dulu masa muda2 dulu (mcm la skrg dah tua :D ) saja cari penyakit. masa aku join camping pengakap kat skolah dulu, time aku stay up jg khemah.. aku round 1 sekolh time 1,2 pagi. pas tu lepak hisap rokok kat bawah pokok besar (kononnya ada penunggu). time tu rasa nak terkencing, apalagi... basah la pangkal pokok tu akhirnya. aku ke khemah balik pasal duty aku dah habis. sok aku bangun alamdulillah ok smpai sekarang.
the_vangardx
26 Jul 2006, 10:03 PM
korand dah penah try team seekeers?
jutawan.rock
26 Jul 2006, 10:03 PM
tak kira tak kira..malam jumaat malam yg paling afdal utk buat projek :p
ko ni x habis2 projek.. aku dah la x der projek skrg. ko kasik aku 1 projek amacam ?? :D
jutawan.rock
26 Jul 2006, 10:04 PM
korand dah penah try team seekeers?
blum, tp ada la tngk kat tv..
fayeez
26 Jul 2006, 10:07 PM
seekers? bukan seekers tu apa nama mamat tu...cikgu?..kena malukan dengan dr fadilah kamsah dalam satu program dalam astro ke...malu kaw kaw nye..padan muka dia nak berlagak lagi ngan dr fadilah tu ...
aku takde la cam seekers ...cuma darah muda..saje cari pasal ...salah satu tempat aku gi highland towers ...pergi bangunan sebelah dia yang tak runtuh tu...seram gak la ..bila time turun tu cam susah nak sampai bawah...huhuhu..dah taubat tak nak cari pasal pastu ...nasib "dia" tak muncul
jutawan.rock
26 Jul 2006, 10:17 PM
bukan cikgu, tp 'uncle'. memang padan muka dia. percaya kat hantu sngt. actually, hantu tidak wujud. cuma rekaan org2 terdahulu bertujuan utk menakut2kan org terutama sekali budak. aku ada gak lalu highland tower, tp x smpai atas la.. apa ko buat kat sana?
the_vangardx
26 Jul 2006, 10:46 PM
ko ni x habis2 projek.. aku dah la x der projek skrg. ko kasik aku 1 projek amacam ?? :D
apsal membujang?
jutawan.rock
26 Jul 2006, 10:54 PM
apsal membujang?
bkn membujang.. company aku kurang projek la..
jutawan.rock
26 Jul 2006, 11:50 PM
satu kisah yg seram dan menaikkan bulu roma aku sendiri menceritakannya
----------
Dari KL ke Segamat,Johor... bertolak dari Kl kol 8 mlm, tp smp kol 4 pg tak smp2 lagik,w'pun kalo naik bas maybe dlm 3jam dah smp...
pelik gak aku tgk sbb abg aku drive pas balik keje trus ke rumah katanya..so kami sekluarga tunggu le dia smp, sbb kol 6 pagi dah kena tunggu kat masjid ada rombongan g Sarawak..
tunggu punya tunggu tak smp2 gak... dah kol 4 nak masuk 5 pg.. giler lama
then aku ngan ayah aku menyongsang le jalan,takut ape2 jadi kat abg aku..then tak smp suku jalan, smp area uitm segamat, aku agak2 ada sebijik kete bawak over 140kmj lalu bertentangan...aku budget tu abg aku.then patah balik..smp je kat umah dia cerita
---
dia kena kacau dari matrik tangkak smp ke uitm segamat tuh..3 kali..hehehe
pertama, lepas je kawasan matrik tangkak, kat area2 Tangkak yg baru nak bina tuh, dia kena kacau ngan benda yg kuarkan kepala je kat sblh luar tempat pemandu, (mcm citer shutter tuh dia jengukkan kepala kat sblh kiri pemandu-belah luar), benda tu follow smp ke sagil, berkain kapan,muka calar balar,abg aku kata rupa indon..cuak gak aku dgr..lama tak lama gak ler follow benda alah tuh kat tingkap sblh driver..huhuhu (over 20km kot )..puas baca2 tak ilang2 gak...
smp sagil benda alah tuh ilang sbb dah masuk pekan sagil, abg aku rest kat kedai makan yg still bukak, bebual ngan org tua kat ctu...lepak 1/2 jam bg reda sikit..dia tgk kete..mcm dah ok..
then dia truskan perjalanan..masuk area kawasan gunung ledang tuh, dia kena kacau lagik, perempuan melekat kat bonet depan tuh..tangan hujung kanan ke hujung kiri... melekap, tau tak? ngadap tmpt memandu...giler!!!!.... rambut panjang,tp tak nmpk muka,nmpk mulut sengih2 sikit.. huhuhu ( meremang nih ) abg aku mengempor bawak kete... yela dah kena halang, nmpk tak nmpk gak ler jalan tuh...benda tu melekat smp ke jementah, (over 15km) ...nak masuk area jementah benda alah tu ilang...abg aku lepak kat petronas jap...smyg katanya...(kalo aku dah gigil dah)..lepak kat petronas tuh jap 1/2jam gak ler...
then dia truskan jalan...tp tak rasa ape2 lagik...igt dah ok..tp tetiba je time dia bawak 100kmj, dia rasa mcm bawak 30kmj..huhuhu...slownya..benda tu melekat kat atas bumbung kot..( sbb tu rasa berat ) ..
tu pasal le time aku berselisah kete ngan dia, dia bawak over 140kmj...maik..lajunyal...
BERLAKU MALAM JUMAAT ...huhuhu... kisah yg berlaku kat abg aku...sbb nya, tak tau..abg aku kata dia ok jer, takde buat ape2 pun,smyg ok,mandi dah.. tak tau ler....
abg ko ni jenis pemberani. mybe dia ada blajar serba sedikit cara nak handle gangguan syaitan. kat highway, mcm2 crita pelik kita dengar. aku pernah dngr pasal kereta w.wagen kuning yg slalu cucuk2 kreta org time tngh malam.
aku x pasti h.way mana tapi bila time t. mlm, time kreta x bnyk, w.wagen misteri ni slalu muncul. member aku punya member pernah kena skali. mlm tu, dia drive sorang2. dia pandang side mirror, dia nmpak w.wagen kuning dekat sngt ngan kreta dia. so, dia masuk lane paling kiri, nak kasi kreta tu potong. tp x pulak potong, still w.wagen kuning tu follow rapat giler. member tu bengang la... dia tekan minyak nak kasik tinggal itu w.wagen. memang berdesup member tu bawak, mybe 140 kot. dlm 20min dia drive, dia pintas kereta w.wagen kuning tu... pehhh, berderau darah dia time tuh. bila masa lak w'wagen tu potong dia ? padahal dah jauh kena tinggal. pastu selang beberapa puluh minit kemudia adegan memintas w.wagen kuning berlaku berulang2 kali sehingga dia smpai ke destinasi. dia kata dia x nmpak siapa yg drive pasal cermin tinted. tp yg nyatanya no plat memang sama setiap kali dia memintas. takkan mlm sebegitu ramai yg drive w'wagen kaler kuning... ntahla... wallahualam
the_vangardx
27 Jul 2006, 12:18 AM
camana leh kurang?
ade masalah ke?
mzpah
27 Jul 2006, 12:29 AM
ni macam cerita dalam cd aku tengok jer. volwagen kuning. kat highway nak ke pantai timur. ye tak?
the_vangardx
27 Jul 2006, 12:50 AM
ni macam cerita dalam cd aku tengok jer. volwagen kuning. kat highway nak ke pantai timur. ye tak?
hm...citer ape tu?
jutawan.rock
27 Jul 2006, 01:19 AM
ni macam cerita dalam cd aku tengok jer. volwagen kuning. kat highway nak ke pantai timur. ye tak?
ntahlar... member aku yg crita kat aku. apa nama cd ko tuh ??
jutawan.rock
27 Jul 2006, 01:21 AM
camana leh kurang?
ade masalah ke?
biasalah... kontraktor kecik. masalah tu x der la. cuma nak carik idea besaukan bisness
the_vangardx
27 Jul 2006, 01:27 AM
biasalah... kontraktor kecik. masalah tu x der la. cuma nak carik idea besaukan bisness
oh..memang bnyk golongan kontraktor terhimpit..akibat kenaikan harga minyak :D bnyk kos nak kena tanggung tu
jutawan.rock
27 Jul 2006, 01:32 AM
oh..memang bnyk golongan kontraktor terhimpit..akibat kenaikan harga minyak :D bnyk kos nak kena tanggung tu
harga besi, wire, pasir dan segala barang naik. but aku boleh maintain lg. tp yg x bestnya aku dah kena cross ngan kroni.. sabau jer la.. :)
the_vangardx
27 Jul 2006, 01:33 AM
kroni ni kat mana2 ade..even pd peringkat skolah dah diajar kroni2 nie
jutawan.rock
27 Jul 2006, 01:37 AM
kroni ni kat mana2 ade..even pd peringkat skolah dah diajar kroni2 nie
hmm, nak buat camno ?? tp jng brgantung sngt pd kroni. kalau kroni x der, nak makan apa. so, selain berkroni.. cuba berdikari.
the_vangardx
27 Jul 2006, 01:38 AM
hmm, nak buat camno ?? tp jng brgantung sngt pd kroni. kalau kroni x der, nak makan apa. so, selain berkroni.. cuba berdikari.
itula..budaya kat sesetengah organisasi..
anda tidak perlu bijak..anda perlu dikenali oleh org atasan..
jutawan.rock
27 Jul 2006, 01:41 AM
itula..budaya kat sesetengah organisasi..
anda tidak perlu bijak..anda perlu dikenali oleh org atasan..
kalau org atasan x der atau meninggal, maka x siapa yg mengenali anda..
hmm.. mcm2 donia sekarang nih:D
the_vangardx
27 Jul 2006, 01:44 AM
itu pasal kena pasang backup..biarla talam dua muka pun :D
jutawan.rock
27 Jul 2006, 01:47 AM
itu pasal kena pasang backup..biarla talam dua muka pun :D
politik ma... di mana2 pun mesti ada.
jutawan.rock
27 Jul 2006, 01:53 AM
saya ada pengalaman pelik..
satu hari saya pinjam moto ayah saya. sampai di kedai saya beli barang2 dapur yg ibu saya pesan. Bila nak stat moto, saya perasan kunci moto hilang. puas saya cari keliling kedai sambil2 dibantu oleh pekerja kedai tu. akhirnya, saya mengalah. saya call ayah saya supaya dtg, bawa kunci spare. tp dia kata kunci spare x de pasal tu la satunya kunci yg ada. so, terpaksalah moto tu ditinggalkn kat dpn kedai sementara nak cari tukang kunci. on the way balik, saya kena bebel ngan ayah saya. tahan telinga je la. smpai di rumah, saya letak kunci rumah yg saya bawa dlm kotak kunci tepi pintu masuk. dng x semena2, mata saya terbeliak dan jantung saya berdebar2 dng tiba2. rasa cam nak jatuh jer jntung ni bila saya terlihat sesuatu betul2 di dpn mata. nak tau apa yg saya nmpak??? saya nmpak kunci yg hilang tu... elok tergantung kat tmpat biasa, seolah2 tiada sesiapa yg sentuh hari ru. time tu saya rasa nak demam, tp x jadi nak demam. berminggu2 saya pikirkan kejadian pelik tu. tp smpai skrg, saya x tahu jawapannya... family tuduh saya saja main2 dan buat cerita. ntahla... bila saya nmpak kunci moto tu skrg, saya rasa cam nak lari je dr rumah. bila fikir2 balik, buat apa takut. kita hanya perlu takut kpd tuhan sahaja. tp kadang2 bila ingat balik seram gak rasanya..
pelik kisah kunci moto awak nih :confused:
jutawan.rock
27 Jul 2006, 02:35 AM
kalo sesiapa yg ada pengalaman atau crita seram atau pelik, kongsilah kat sini.
Sejutaria
27 Jul 2006, 10:08 AM
itula..budaya kat sesetengah organisasi..
anda tidak perlu bijak..anda perlu dikenali oleh org atasan..
ada pepatah direka : We don't care who u are, we care who u know
fayeez
27 Jul 2006, 10:24 AM
bukan cikgu, tp 'uncle'. memang padan muka dia. percaya kat hantu sngt. actually, hantu tidak wujud. cuma rekaan org2 terdahulu bertujuan utk menakut2kan org terutama sekali budak. aku ada gak lalu highland tower, tp x smpai atas la.. apa ko buat kat sana?
haaaa uncle...mamat tu berlagak pandai...
apa aku buat kat sana?eheheh saje cari pasal ..memang tak pikir la time tu tapi nasib baik tak kena apa2...syukur gak la bila pikir2 balik betapa "kurang pandai" nya aku time tu...kalau kena , tah dia akan muncul ke , ikut balik ke ..tak pun rasuk ke..eee..takmo aku dah ...huhuhuhu
jutawan.rock
27 Jul 2006, 10:51 AM

ko nak jd seekers la ye time tu. sekadar nak memenuhi semangat ingin mencuba something diffrent...
izwanbest
27 Jul 2006, 11:12 AM
ni citer kawan aku nama dia ajis, seram giler siot dia kena kacau.
Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.
Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.
tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.
Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.
hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.
Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..
jutawan.rock
27 Jul 2006, 11:20 AM
kekehhhhkeeehhhh.......:D
Apa punya cerita seram daaa..... bikin suspen org jer. seram juga time part tengkuk rasa berat dan part dengar suara orang gelak smpai batuk2 tuh. yg klako, pk imam pun join skali...
fayeez
27 Jul 2006, 12:17 PM
Penah tak korang kena hempap...? rasa macam di antara mimpi dengan realiti..kita takleh gerak... kalau nak cari penjelasan utk ni ada macam2...tapi aku ada dengar 2 version..version orang tua ngan psychology explanation dprd orang pakar psikologi...
teori pertama kita kena hempap ngan tah makhluk ke jin ke antu ke ..tapi orang tua2 cakap sbb kita kacau tempat tidur dia dan sebagainya...
teori kedua yang agak menarik .... teori scientific...diaorg cakap masa benda tu jadik...kita punya mind yang awake tapi badan tidur...kita cam sedar tapi takleh gerak badan ........and diaorg tambah lagi , kalau kena benda tu kita just tidur balik jangan lawan jangan apa... aku selalu gak kena bila ..tapi jangan panic..tidur balik je ..
tapi aku tak tau la betul ke tak diaorg cakap ni...
alfa
27 Jul 2006, 01:25 PM
pasal kena himpit, aku slalu kena dulu. biasanya bila aku tido lepas waktu asar. time tu rasa kepala berat dan badan tak boleh nak gerak. kalau usaha bersungguh2 pun jari jer yg boleh grak. aku kalau kena, aku kapitkan ibu jari kaki ngan jari sebelahnya. pastu baca selawat dlm hati. insyaallah boleh pulih segera.
criter pasal badan x leh gerak teringat aku crita anakonda 2 yg pasal bunga orkid merah tu. bukan nak story pasal anakonda, tp pasal ada 1 specis labah2 batu yg kalau kita disengat, kita x boleh bergerak selama 2 hari.. mcm mana la agaknya keadaan kita sementara nak tunggu 2 hari tu yer ??? jd mcm org kena stroke
actually, aku ada nak story pengalaman pelik aku kat sini. tp mood nak bercerita tu x der la skrg. mybe mlm2 sikit kot. nak kasik feel sikit. baru mandrem skit
ladoe
27 Jul 2006, 08:35 PM
aku plak kena himpit kalau paksa diri nk tido..masa kejadian aku terfikir malaikat maut nak cabut nyawa aku ke?? skrg dh jarang kene..alhamdulillah
the_vangardx
27 Jul 2006, 10:20 PM
aku plak kena himpit kalau paksa diri nk tido..masa kejadian aku terfikir malaikat maut nak cabut nyawa aku ke?? skrg dh jarang kene..alhamdulillah
org cakap kalau kena tindih just gerakkan lidah betul ker?
fayeez
27 Jul 2006, 11:10 PM
org cakap kalau kena tindih just gerakkan lidah betul ker?
aku penah kena cam 4-5 straight...but setiap kali jadik aku tido balik...utk aku cara paling baik..tido..huhuhhu...
azjuan
27 Jul 2006, 11:19 PM
aku penah kena cam 4-5 straight...but setiap kali jadik aku tido balik...utk aku cara paling baik..tido..huhuhhu...
aku dulu penah kene gak..skrg dah lama tak kene impit mengimpit nih...tapi kalau boleh tak nak kene...panik siottt...mata boleh on tapi badan off pulak...eeiii tak paham,..
tapi kalau ade org kt sblh dia patut kejutkan kite..kalau dia tau laa..
the_vangardx
27 Jul 2006, 11:21 PM
hm..kadang2 aku rasa benda tu just perasaan je :D
anbu-san
27 Jul 2006, 11:25 PM
klu korang x moh kene himpit silangkan kaki masa tdo, tu sunnah nabi tu insyaAllah x kene dah, aku pernah kene sekali siap masa mende tu tekan perut aku ada bunyik cam kucing gaduh dem...baca ayat pape pun x jalan (x jalan sbb baca kalang kabut mane mende tu takut ekek) last2 menyanyi la aku di dalam hati meringankan sakit perut kene tenyeh mende tuh....kali kedua kat kat kg aku, masa die dah blah aku p pasang kipas sekali bleh x dek angin lak kipas tu ahaha aku wat dek je la.....kwn aku lai best kul 1 pg borak berdua tetiba die senyap, tgk2 mata terbeliak eheh kwn aku langsung x tolong semua buat dek muahaha jahat2
jutawan.rock
28 Jul 2006, 12:39 AM
aku kena himpit tu jarang. tapi badan mati mata terkebil2 tu slalu la kena seblum ni. aku layan tido balik, tp x leh nak tido. so, buat dek je la.. smpai boleh gerak balik.
jutawan.rock
28 Jul 2006, 02:06 AM
Mayat Berasap
C erita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun . peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya Tapi bukan sahaja makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa yang dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang pada waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang dilaknati telah Allah S.W.T.
Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah Tok Cik , guru yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu akulah pelajarnya yang terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku terpaksa kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain telah lama meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Tok Cik ,aku pun berjalan pulang. Malam makin gelap perasan takut mula menyelubungi diriku. Kini aku mula merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar gemburkan oleh penduduk kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula berkocak dan mula berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering diceritakan oleh penduduk kampung.
Tiba-tiba satu kubur mula berasap, aku mula berpeluh. Aku melihat satu mayat berasap keluar dari kubur tersebut .AARRRGGGGHHH!!!!!!. Aku mula kaget dan menjerit ketakutan. Fikiran aku makin bercelaru, puaka itu semakin mara kepadaku. Ingin aku meninggalkan tempat itu, tetapi aku tak dapat menggerakkan anggota tubuhku, Tubuhku seperti terpaku di bumi di mana tempat aku berpijak. Mayat berasap itu mula mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Heeeee….Heeeee…Heeeee…. Suaranya sungguh nyaring dan menyeramkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dalam keadaan samar-samar itu aku dapat melihat wajah puaka tersebut. Wajahnya sungguh menyeramkan dengan anggota tubuhnya dibaluti kain kafan dan wajahnya yang menyeringai memandang tepat ke mukaku.
Dengan melihat puaka itu mula mendekatiku, aku mula mengumpulkan seluruh tenaga untuk berlari meninggalkan kawasan berpuaka itu. Aku seperti mendapat semangat yang baru, sejurus itu aku mula berlari untuk meninggalkan kawasan tersebut. Dari kejauhan itu aku masih lagi mendengar hilai ketawa mayat tersebut. Aku berlari sehinggalah aku kepenatan. Aku pun berhenti di bawah perdu sepohon pokok Pulai. Tanpa menyedari keadaan sekeliling aku pun melepaskan lelah di bawah pokok tersebut. Semasa aku berehat di bawah perdu pokok itu, aku merasa ada sesuatu cecair pekat menitik jatuh dan terkena pada baju melayuku. Tikk…Tikk…Tikkk… Setitik demi setitik jatuh mengena pada bajuku. Aku dapat mengecam cecair yang terkena pada bajuku itu, tak lain dan tak bukan iaitu DARAH. Aku mula melihat kekiri dan kekananku tapi tiada bukti darah itu datang dari sana. Dalam keadaan ketakutan aku memberanikan diriku melihat ke atas pokok tersebut. Memang tidak salah dugaanku, mayat berasap tersebut masih lagi ingin menggangguku. Dalam kegelapan malam itu aku dapat melihat dua biji mata merah memandang tepat kepadaku. Tangan mayat itu mula mahu memegang leherku, yang pasti akan meragut nyawaku pada malam itu. Sejurus sahaja kejadian itu berlaku aku terus menjerit ketakutan dan tanpa mengingati apa yang telah terjadi pada diriku pada malam yang menyeramkan itu.
Pada suatu ketika aku mula membuka mata, aku menyedari kini aku berada di rumah Tok Cik. Aku bertanya kepada Tok Cik kenapa aku berada di sini dan apa yang telah berlaku kepadaku?. Dan Tok Cik hanya menjawab, “mengucap dan bertenang Pak Kadim itu tak akan menggangumu lagi anakku”. Tetapi bagiku pernyataan Tok Cik itu masih lagi membawa seribu pertanyaan kepadaku dan menjadi misteri kepada diriku. Di dalam benakku masih tertanya-tanya siapakah Pak Kadim itu?. Apakah hubungan Tok Cik dengan Pak Kadim dan mengapakah aku yang menjadi mangsa gangguan Pak Kadim itu?. Kini peristiwa tersebut telah lama berakhir dan Tok Cik guru agamaku juga telah lama kembali ke Alam Baqa. Tetapi, aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang menakutkan ini dan ia masih lagi menghantui diriku serta seterusnya ia telah menjadi satu pengalaman yang ngeri dalam hidupku sehinggalah ke hari ini.
the_vangardx
28 Jul 2006, 08:19 AM
aku kena himpit tu jarang. tapi badan mati mata terkebil2 tu slalu la kena seblum ni. aku layan tido balik, tp x leh nak tido. so, buat dek je la.. smpai boleh gerak balik.
menda nie mmg bnyk kali berlaku..kalau dari segi sains nyer aku rasa..badan tu takleh gerak sebab darah tak jalan..yela masa korang tidur mana korang sedar mana bahagian yg terkepit betul tak?
jutawan.rock
28 Jul 2006, 02:25 PM
menda nie mmg bnyk kali berlaku..kalau dari segi sains nyer aku rasa..badan tu takleh gerak sebab darah tak jalan..yela masa korang tidur mana korang sedar mana bahagian yg terkepit betul tak?
aku punyer teori, badan x bleh grak pasal otak yg mengawal seluruh badan belum bersedia utk bekerja 100%. thats y kita just boleh gerakkan beberapa anggota badan saja. lama kelamaan, bila otak kita dah 'terjaga' barulah kita akan pulih sepenuhnya.
hijau lumut
28 Jul 2006, 02:32 PM
baca ayat kursi je b4 tido..tp mmg betul ah ah..ayat kursi nih plg bgs klu trase kena tindih,baca berkali2..ikut pengalaman ku..:)
anbu-san
28 Jul 2006, 02:39 PM
baca ayat kursi je b4 tido..tp mmg betul ah ah..ayat kursi nih plg bgs klu trase kena tindih,baca berkali2..ikut pengalaman ku..:)
sebenarnye bila ko dah kene tindih tu ko jadi cemas pastu baca ayat kursi tajuid berterabur pastu tah papa...dalam hati ckp nak naca ayat kursi sekali terbaca doa makan ehehe...sbb tu ko baca banyak kali pun die x blah2, jadi pada aku baca bio betol, klu betul sekali ko baca pun die dah belah,
abc123
29 Jul 2006, 01:58 AM
dah pernah baca citer ni?.. baca lagi sekali..
Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya dia akan bertemu dengan
Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc (chatting). Itulah kawan baiknya
sejak dia mengenali dunia chatting di irc. Pada mulanya dia memang
kurang mempercayai pengunjung pengunjung IRC kerana mereka boleh
menyamar bila bila masa tetapi Hazlan lain pula. Dia memang jujur
dan berterus terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah
bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak
berpeluang bertemu di IRC. Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak
muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah
pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut
tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu
bertemu dengannya di IRC. Shahirah meninggalkan kafe siber itu
dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali
mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana
sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali
memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.
Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada
mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka
mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC. Apabila hampir jam
12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul. Shahirah tanpa
membuang masa terus menegur Hazlan.
Nurheart : Lan ...
Hensemboy : Ira ... maaf saya tak dapat masuk malam itu.
Nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
Hensemboy : Maaf ... saya tak sempat menghubungi awak. Maaf ...
Nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?
Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab
pertanyaannya dan tiba tiba senyap. Shahirah menungqu dengan sabar
namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah.
Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan
perasaan hampa.
"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu
Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. "Aku tak faham
betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan
terhadap dia? "Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu.
Mereka boleh menyamar bila bila masa saja. Aku dah kata jangan
terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah. "Aku berbual dengan
dia malam ini tapi dia tiba tiba hilang. Aku risaulah dengan dia,
Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan
diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon
rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah
kerana sikap pelik Hazlan. Shahirah bersetuju dengan pendapat
Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari
kelas malam.
Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah
ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya
dia masuk IRC malam ini. Sekurang kurangnya dia dapat bertemu dengan
Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah
tercapai apabila Hazlan masuk IRC. Shahirah tersenyum gembira
apabila Hazlan telah menegurnya.
Hensemboy : Ira ... awak marah saya ke?
Nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam
mahu tidak mahu berbual dengan saya?
hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya
masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual
lagi seperti dulu.
Nurheart : Kenapa?
Hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu
bertemu dengan awak, ingat?
Nurheart : Awak teruk ke?
Hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai .... saya hilang
darah yang banyak ... saya tercampak di dalam semak dan saya cuba
cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya
tertinggal di tepi semak batu 6.
Nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
Hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini ... menanti orang
membantu saya.
Nurheart : Maksud awak?
Hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat
saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.
Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa
takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon
berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang
suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan
Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya.
Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan
dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Haz1an. Tiba tiba
suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak
pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum
ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak
Hazlan sdpaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu
lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah curah
bercampur sedih dan takut.
Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat
seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6
dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya
tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar
lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan
mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang
menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu
berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih
bahawa dia sudah tiada lagi.
p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih
lagi simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita
doakan agar ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman..AMIN.
aku dulu penah kene gak..skrg dah lama tak kene impit mengimpit nih...tapi kalau boleh tak nak kene...panik siottt...mata boleh on tapi badan off pulak...eeiii tak paham,..
tapi kalau ade org kt sblh dia patut kejutkan kite..kalau dia tau laa..
aku pun penah, mata on tapi badan & suara off .... nafas tersekat2 mcm kena cekik
org cakap kalau kena tindih just gerakkan lidah betul ker?
saya pula silangkan ibu jari kaki time tu, terlepas gak :D
deicide
29 Jul 2006, 02:59 AM
1 cara nak elak kena tindih,silang kan kaki, dan satulg tido tu kena bersentuhan sikit,maknanya kena kaki kawan sebelah dll...mmg aku pon penah kena masa duk umah sewa dulu,bila tersentuh je kaki org sebelah,terus ilang himpitan tu:cool:
the_vangardx
29 Jul 2006, 08:03 AM
benda nie sangap laki kot:p
BlackPearl
29 Jul 2006, 05:42 PM
to abc123:-
Uiks..!! pelik nyer citer ko..
musykil abis aku.. mcm mana simati tu bleh chating..
hish.. pelik la.. :confused: :confused:
badryl
29 Jul 2006, 06:06 PM
x de yg peliknya....tu roh org dah meninggal bgtau tempat dia meninggal
BlackPearl
29 Jul 2006, 06:09 PM
x de yg peliknya....tu roh org dah meninggal bgtau tempat dia meninggal
Tau la.. tp yg aku musykil tu..
cr dia sampaikan tu (b'chatting)..
badryl
29 Jul 2006, 07:19 PM
hantu bole wat mcm2..benda2 pelik ni mcm2
BlackPearl
29 Jul 2006, 07:34 PM
hantu bole wat mcm2..benda2 pelik ni mcm2
Mak aih..!! hantu pun bleh b'chatting gak ker..??
jgn dia post kt dlm NG ni dah la.. :cool:
takde true story yg best2 lagik ? cerita mayat muka hitam ngan hantu chatting aku letak rating 8/10 best.....malam keliwon rocksss
izwanbest
30 Jul 2006, 01:50 AM
citer hantu chatiing ni dah lama erk, tak silap aku dlm sekitar tahun2000-2001 dulu lah heboh, dgr2 org kata cerita btol ta[i tak tahula wallahualam.
Ridzuan
30 Jul 2006, 02:35 PM
aku rasa cite tipu jer ni...
sbb kalau tak silap aku ader dengar citer something like this....
zaman aku sekolah semengah dulu... lebih 10 tahun sudah
tapi bukan ler chatting... zaman tu lom famous lagi chatting
hantu tu guna telefon :rolleyes:
so biler chatting famous... keluar laa variation chatting :D
lepas ni mesti keluar variation pakai 3G lak.... :p

kalau keluar variation 3G, aku bagi rating 1/10
karom
30 Jul 2006, 02:48 PM
hantu berchatting? bahaya ni. hantu betul ker hantu org?
jutawan.rock
30 Jul 2006, 09:22 PM
hantu berchatting? bahaya ni. hantu betul ker hantu org?
ntah ler ?? aku tanya abc123, dia kata dia dpt criter tu kat dlm e mail dia. dia ckp lepas baca, dia terbayang2 smpai x bleh nak tdo pasal rasa seram sejuk... tu pasallah dia cut and paste crita tu kat sini... nak kasi kita baca skali. nak kata crita tipu, boleh jadi juga. nak kata crita betul, pun boleh jadi juga. semua ni kuasa tuhan. wallahualam...
anbu-san
30 Jul 2006, 09:36 PM
huhu teringat aku masa zaman aku kat kolej setiap malam jumaat atau 2 mggu sekali malam jumaat musti pegi carik hantu ehehe, paling syok kat hospital cheras la ehehe pegi masuk situ tetiba pulak ada katil bergerak sendiri ahaha x sampai 2 menet dah blah....kedua kat taman rekreasi kat n9 mmg tempat tu dah ditutup untuk umum sbb keras tahap gaban, tempat pembunuhan...malam tu pegi 16 org baru sampai dah terasa memacam ehehe, pastu jalan ke tempat budak tu kene bunuk kwn2 aku semua kene tepuk kat bahu pastu 2 org nampak minah tu lepak kat toilat (aku x nampak kurang bernasib baik ehehe) pastu dah rase takut sket balik ke tempat kete lepak kat luar kete...belakang tu ada astaka ramai kwn aku nampak ada 3 bende besar tgh lepak kat setiap tiang huhu pastu dah nak balik lepak dalam kete kat tepi toilet tu sekali lagi kene kacau....kete kwn aku kene gegar ehehe...tu la pengalaman masa kat kolej dulu mmg syok laa.
ahmad81
30 Jul 2006, 10:11 PM
tu la pengalaman masa kat kolej dulu mmg syok laa.
pergg.. pengalaman mcm ni ko kat a syokk.. heheh...
aku rs kwn ko tu msti boleh nmpk bende alah ni bila2 ms...
xnk lah aku... seram jer..
ada ms kt bleh control prasaan, ade ms kantoiii :D
izwanbest
30 Jul 2006, 11:03 PM
apa biler ada kaum yg berani menceritakan pasal kisah silam korang, aku pun nak citer gak kat sini, aku dulu memang giler suka carik nahas, dlm hati nak sgt tgk hantu tapi aku ni penakut hehehe, nak di jadikan citer satu hari tu masa kat Kolej Baitulmal kat Kg pandan kitorang citer pasal hantu, masa tu tak silap aku tghari lepas makan tghari, pastu ada plak mamat sorang ni menyemak cakap ajak pergi highland tower malam tu, so oleh kerana sumer bajet kering kitorang pun bertolak lah malam tu ke sana, aku pergi adalah lebey kurang 20 org gak lah 4 keta sendiri bley bygkan kan, sampai jer kat sana ada member aku kata dia tak bley masuk, aku cakap ar giler apa duduk kat luar ni sorang2 tak takut ker, hahaha, oleh kerana masing2 dah tak sabar selamba jer lah kitorang masuk ke kawasan tu, sampai jer lebey kurang 10 minit kat dlm tetiba jer dgr bunyi macam benda jatuh berkali2 memang kuat lah bunyi macam org jatuh kot, apalagi sumer yg kering2 tetiba menjadi basah berlari ke kereta masing2 dan pecut ke mapley yg berdekatan, sampai jer kat mapley tu member aku yg tak masuk ni bercerita yg dia ada nampak satu lembaga ni yg melambai2 ajak kitorang sumer masuk tu yg dia tak masuk tu, cela*ka nyer member kalau dah tahu kasi lah tahu awal2 memang komp;om aku tak masuk, tu lah sedikit sebanyak citer aku hehe:eek:
ni kisah aku pulak...aku dah pindah rumah 2 kali lepas ni pindah lagi hehehe. Time tu aku masih budak belasan tahun main internet sampai pagi ( tak silap aku game Red Alert, addict aku time tu ) tiba2 rasa nak ke tandas....jeng jeng, time keluar pintu tandas nampak pula benda bulat yg berapi sedang mengintip bilik adik pompuan aku.....terperanjat aku sampai mulut aku secara otomatik tertegur benda tu ......hoittt pastu hilang daa...awal pagi aku cerita balik kat adik2 aku yg tiga2 nya pompuan, kecut diorang:D . Kes 2 jalan cerita sama main game sampai pagi trus ke tandas tapi ending lain...time kencing aku di pertengahan jalan tiba2 dengar bunyi seruling .... nada muzik kalau masuk carta muzik gerenti no.1 memang best time tu rasa takut tidak ada la tapi time tu air mata otomatik keluar, kencing pun rasa mcm lama sangat tak habis2.....yg tak best pula kaki aku kaku ...ahhh dengar ja sampai habis ... lepas lagu tu habis baru kaki aku dapat gerak ... kencing aku dah habis cesss . Ada lagi kes2 kat rumah tu tapi semua kira kes remeh jadi boring nak cerita...kalau ikut cerita org2 lama kat area tu ...tempat tu ada penghuni elf :rolleyes: rumah tu takde lagi skrng dah jadi surau...kami pindah pun atas sebab arahan pihak kerajaan heheh - Rumah aku time tu rumah kayu bertiang simen
Ini kes rumah aku skrng la (time cerita ni di post) kalau ikut org2 lama...area yg kami tinggal tu bekas perang komunis @ jepang tak pasti la tapi kalau nak tau tempat tu keras kalau kontraktor cina la, diorang mesti pasang tu Rumah Kecil Warna Merah ( harap2 kawan2 yg chinese kat NG jgn tersinggung pulak )
Selepas rumah baru tu siap, adik2 4 orang aku yg dulu rasmi rumah tu....bapa ngan emak masih kat rumah lama....aku pula kat luar negeri study kat kolej kui kui kui . Time tu 2 adik pompuan sakit ...dengar2 cerita dari mulut diorang la ...yg pertama tu adik aku nampak budak belari depan pintu kaca, time tu kain belum pasang jadi semua kira mesra alam la bole nampak kat luar (yg pernah tinggal kat banglo atau rumah2 batu mesti ada pintu kaca besar kat ruang tamu...yg tak paham tu sori la aku pun ntah mcm mana mau panggil benda tu tapi time perayaan tetamu senang masuk hehehe) di pendek kan cerita adik aku tegur benda kecik yg belari tu ...esoknya sakit...jadi aku suspek benda tu musti tuyul (dengar2 cerita dari member kalau nak pasang kain perhiasan kat pintu kaca jgn sampai jejak lantai tuyul suka maaa - jgn ambil kisah sgt benda ni hanya untuk sekadar bacaan jaaa)...adik aku yg no 2 tu pula terlanggar Rumah Kecik Warna Merah tu ...trus sakit, yg magicnya time Rumah Kecik tu kena baiki ok pulak ... itu cerita dari mulut kedua-dua adik pompuan aku, adik pompuan yg bungsu takde cerita mungkin berahsia kot....yg ini pula cerita adik lelaki aku(yg ini memang otai lepak sampai 3 pagi bunyi hantu pun masih tak gerak2). Time tu adik aku ngan member2 nya melepak sampai pagi......time tu diorang ternampak la benda bulat berbara api sedang berpusing2 sekitar bumbung rumah jiran, member adik aku tegur pastu benda tu jatuh (heheh biasa la musti ada sedikit info....benda sebenarnya ada 2 Version kalau kita tegur, pastu jatuh ....itu sebenarnya ilmu yg disebarkan atas dasar dengki ... yg menegur tu pula baru saja menyelamatkan nyawa seseorang, vers.2 pula kalau kita tegur benda tu masih ada ....memang benda tu real la - ini semua cerita dari org yg mempunyai ilmu yg fantastik mistiknya mcm jiran aku ....bole tahan kalau nak minta berubat atau berurut cara tradisional)....yg ni kes time adik aku nak tido memang best kalu aku sendiri yg kena tak tau macam mana sensivity aku time tu ...time adik aku nak tido tiba2 ada suara pompuan minta tolong...tolong...tolong kalau korang tak sedap hati ...saya ubah version tulun...tulun..tulun biar kita relek skit baca post ok kan....okay sambung balik masa adik aku menghayati ayat tolongggg ada sms pula ...dari member dia bertanya kat adik aku samada adik aku pun dengar suara tu....sampai skrng suara tu masih ada tapi ikut time la bukan selalu, aku tak pernah dengar pun tapi minta2 jgn dengar. Ok yg ini cerita dari bapa aku kepada mak aku....time tu bapa aku nak turun minum (biasa la rumah 2 tingkat, jadi menjadi kebiasaan keluarga kami area bawah suma kena tutup lampu) jadi time bapa aku turun ke dapur...baru nak buka lampu dapur kat jendela kaca satu benda sedang face 2 face .....si botak kerdil lagi...tapi benda tu hilang lepas bapa saya melawan tenungan tuuu...emak saya pula tak penah nampak tapi sepa2 org baru nak tumpang tido gerenti tak sedap hati ...dah berapa org yg tumpang tido mempunyai cerita2 version berlainan tapi apa pun benda tu bukan nak bunuh org mungkin benda tu musykil kat kita kot ....:D . Okay yg ini version saya pula kat rumah tu....saya kena sekali ja pastu sampai skrng tak pernah nampak dan dengar lagi tak tau kenapa....cerita aku sama gak semuanya bermula dari komputer main sampai pagi kali ni addict game Championship Manager 3 ngan Zeus ...apa lagi time tu cuti ...assignment semua trus lupa .....hari brtukar hari ...itu je rutin saya game..game..game....pendek kan cerita malam tu main main sampai pagi...tiba2 rasa tak sedap hati ...masa tu naluri saya nak tengok luar melalui jendela...tapi kena safety dulu takut sakit jantung...masa tu bulu tengkuk memang dah berdiri ditambahkan lagi kedinginan kipas siling tahap 5...off semua karan komputer trus naik atas bilik ...time aku nak intai luar tu, aku dgn tidak sengaja membuka kain jendela seluas-luasnya ...kalau ikut kan hati nak tengok melalui celahan kain jendela....sekali bukak ada benda lebih kurang 10m(mengikut anggaran aku) dari atas rumah sampai kat bawah tanah la... nampak mcm binatang tapi kalau ikut tafsiran dari mata badan mcm anjing...kepala ayam terangguk2 sambil badannya dipusingkan menghadap aku...yg mengejutkan aku mata yg berwarna hijau menyinar tu yg paling saya kaget...pa lagi trus tutup kain jendela. tapi saya tak puas hati pasal benda tu...saya gosok mata tengok lagi kali ni lain position sebelah jendela plak tengok ...kali ni kecik skit ...yg heran benda tu masih ada dan tau tau pula saya kat mana ....yg tak best dia alih kan badan dia pastu angguk2 lagi kepala binatang tu ces btol dia ni.....malas nak pikir banyak2 tidor...pagi cerita ngan family semua gelak ...lepas tu sampai skrang dah tak nampak lagi benda2 yg mistik & musykil tu. Lepas ni pindah lagi kat Apartment pasal bapa aku kena transfer, setiap kali pindah saya memang survey dulu ....yg tak bestnya area baru ada benda tu lagi ....adehhhh
*Cerita2 saya ini berdasarkan atas pengalaman saya sendiri, bukan betujuan untuk menyebarkan cerita2 tahyul tapi sekadar bahan bacaan kalau korang dah boring egold kena scam :D .
P/S korang pernah tak dengar salah sorang family korang panggil nama kite ...tapi bila tanya balik ...takde sorang pun panggil kite...musykil tu
- kalau saya jadi outstation kat hutan belantara indon, saya ceritakan variation kat indon pulak(yg pernah tinggal kat hutan tentu paham ye)
GreatAura
31 Jul 2006, 02:55 AM
Umang aihhh, seram aku baca true story ko tuh. Apalah menatang yg tinggi 10meter tuh hah ??? Berani plak ko tengok kat tingkap lain.. kalo aku, tobat aku x nak tngok lg. Tq, pasal ko sudi crita pngalamn menyeramkn tu kat ng. Bnyk crita & setiap kali ko pindah umah ada jer perkara2 pelik tjadi. ko & family dah biasa hadapi situasi camtu, kiranya dah lali. Kalo semangat x kuat, x taulah... aku ada crita seram yg aku nak kongsi ngan korang semua, tp aku x boleh nak crita details pasal ingat2 lupa. actually, bukan aku yg alami peristiwa ni, tp dngr dari mulut ke mulut sahaja. nak kata crita tipu, x kot pasal heboh 1 tempat aku dah kena dulu.
Time aku sekolah rendah dulu kat Port Klang sekitar tahun 1980an, cerita pompuan bawak baby time mlm selalu kedengaran dan seingat aku berkait rapat ngan sebuah rumah banglow x berpenghuni. Rumah tu dekat ngan sekolah MGS dan balai bomba. Aku kadang2 lintas dpn rumah tu time petang, pasal nak g pasaraya ZuSheng main game atari (kalo siapa zaman kanak2 tahun 80an mesti tau game ni, alaa. lebih kurang cam ps, tp pakai kaset sbg memori game). Member2 aku selalu crita dekat kaw port klang selalu time tngh malam ada seorang prempuan mengendong 1 bungkusan kain akan ketuk rumah orang untuk minta susu utk diberikan kpd anaknya yg dia bawa tu. Ada beberapa org bersimpati (walaupun agak curiga dan takut) telah memberikn susu spt yg diminta oleh prempuan tu. Bila diaorg cuba melihat baby prempuan tu, ternyata bukanlah baby yg prempuan tu kendong, tetapi sebuah batu nisan. siapa yg brani nak tunggu, terus la tutup pintu.
pasal crita ni dah tersebar, x siapa yg berani nak buka pintu kalo ada org ketuk pintu time tngh malam kecuali kalo yg dikenali. pernah rumah member aku kena ketuk oleh prempuan tu, tp dia x diendahkan (mybe 1 family dah tido ataupun sedang ketakutan..). memula perlahan jer ketukan tu, lama2 semakin kuat dan kedengaran seolah2 ada sesuatu yg mencakar2 pintu dr luar. begitu rakus dan ganas bunyinya.. (bayangkan kalo korang bela kuku panjang dan cakar2 kat pintu.. camna bunyinyer ??) kalo sekejap x per, tp lama, mybe 1 jam.
apa kaitan prempuan tu ngan rumah banglow yg kosong tu ?? ada beberapa org pernah nmpak, sorang prempuan bawa baby masuk ke dlm rumah tu time mlm. siapa yg berani masuk ? prempuan bawa baby pulak tu.. sah bukan manusia. aku ingat2 lupa lokasi banglow tu. mybe berhadapan persiaran tengku kelana (kot..?) mengahadap sekolah keb raja mahadi, kalo x silap aku ler.. pasal ramai yg komplen smpai masuk surat kabar, maka rumah banglow tu dirobohkan oleh MPK. yg aku dengar sejarahnya, ada sorang prempuan bunuh diri kat rumah tu pasal termengandung. so, dia malu dan takut utk berdepan ngan keluarga dan masyarakat, dia telah membunuh diri dengan menggantungkan lehernya kat siling rumah tu. ish... sadis dan menyayat hati... seram2 ni pun aku rasa sedih dan bersimpati... yg lelaki yg x bertanggungjawab tu, x taulah apa critanya ? ntah hidup lg atau x...? slepas tu, x ada lg kejadia prempuan ketuk pintu mlm2.
kalo sesiapa yg pernah tinggal kat port klang, sila betulkan cerita aku nih kalo korang tau crita sebenarnya. actually, aku ingat2 lupa.. maklumlah dah lama crita nih..
*td aku seram, skrg dah x seram lg... sendri crita, sendri seram... heheheee
:confused: ehhh silap pulak....bukan tinggi binatang tu, lebih kurang saiz ayam jantan dewasa....maksud aku jauh 10m dari tingkap aku....kalau ko sepak mungkin mati kot :D
GreatAura
31 Jul 2006, 09:42 AM
:confused: ehhh silap pulak....bukan tinggi binatang tu, lebih kurang saiz ayam jantan dewasa....maksud aku jauh 10m dari tingkap aku....kalau ko sepak mungkin mati kot :D
ooo. yer ker. mybe aku salah baca kot. maklumlah mlm2 buta. heheheee.... seram dan menyeramkan. skrg ada lg kejadian pelik2 kat rmh ko tuh ??
fazarudin
31 Jul 2006, 09:54 AM
dekat Padang Jawa, Klang .. ada kejadian hantu pompuan bawak anak minta susu ... dgr org citer...entah betol entah tidak....
GreatAura
31 Jul 2006, 10:04 AM
dekat Padang Jawa, Klang .. ada kejadian hantu pompuan bawak anak minta susu ... dgr org citer...entah betol entah tidak....
bila ko dngr crita tu ??
yuyuaaron
31 Jul 2006, 10:45 AM
dekat Padang Jawa, Klang .. ada kejadian hantu pompuan bawak anak minta susu ... dgr org citer...entah betol entah tidak....
oit!! jan memain! betul ke? aku tinggal dekat2 area sini ni hehehhe
izwanbest
31 Jul 2006, 11:03 AM
:confused: bai cerita pasal hantu susu ni memang kecoh ar aku rasa masa aku sekolah rendah dulu la,masa tu aku duduk kat BTR(bandar Tun Razak), masa tu kecik lagi tak tahu plak aku kat Klang pun kena macam tu, tapi sebijik lah cam kau citer tu, dia ketuk umah org mintak susu konon nak kasi kat anak yg dia kendong tu, tapi sebenarnya anak nyer tu batu nisan, nak kata tipu pun tak leh gak pasal dah ada org mati tu, citer camni kat flat aku , masa tu x silap aku tahun 89 kot dah lupa lak aku,satu pagi tetiba kecoh kata ada org mati kena kacau ngan hantu susu, apa lagi aku pun bertanya lah ngan org sekeliling, kata diorang yg brother tu terkejut nampak hantu susu sampai terjatuh dari tangga sampai meninggal kat situ, tu lah sebab ramai org cakap camtu, btol ker idak aku tak tahu lah, tapi memang kecoh ar kat tempat aku masa tu, sampai aku yg kaki melepak masa tu duduk rumah malam2 dah tak brani kuar dah, hehehe takut jer kalau2 rumah aku yg kena.
Sejutaria
31 Jul 2006, 11:05 AM
oit!! jan memain! betul ke? aku tinggal dekat2 area sini ni hehehhe
nie citer lama la bro yuyu..sama gak macam aku masa kecik2 dulu... citer pasal hantu kopek laa.., serigala jadian laa.., kereta proton yang berhantu laa.., hantu wanita mintak susu untuk baby dia laa..., hantu punjut dan berbagai2 lagi cerita.. masa nak buat jambatan nak kan kepala manusia laa tanam kat tiang2 jambatan tu.. dan blaaa...blaaa...blaaaa... dan yang paling kelakar aku dengar ialah hantu kasik sabun basuh Breeze soh basuh kesan darah pada baju.. wakakaka :D
alfa
31 Jul 2006, 11:41 AM
crita pasal pompuan kendong baby mintak susu dr rumah ke rumah memang hot kat area port klang pd tahun 80an dulu. yg pasal rumah bunglow berhantu tu pun sama, siap kluar kat paper utusan malaysia lg. siapa yg dah alami sure tahu betapa takutnya time tu. x nak percaya pun x bleh pasal dah banyak aduan telah dibuat. tp kita kena paham, semua yg berlaku di atas kekuasa-Nya. kalo jumpa benda2 seram camtu, buat x tau jer (kalo mampu la..) pasal syaitan, iblis dan jin tu semua hanyalah makhluk sama juga mcm kita. lg kita takut, lg suka dia org kacau...
ooo. yer ker. mybe aku salah baca kot. maklumlah mlm2 buta. heheheee.... seram dan menyeramkan. skrg ada lg kejadian pelik2 kat rmh ko tuh ??
ada yg ringan2 je ....yg bole diketegorikan mainan perasaan :D
sangsuria
31 Jul 2006, 01:56 PM
ape lerr..belum cerita da seram..memang seram ler kisah ko tu..:D
p/s:ade sape2 pi tengok pameran hantu kat shah alam?seram tak?
kalau takut cite jangan dok mula no...:D :mad:
jutawan.rock
31 Jul 2006, 02:21 PM
ada yg ringan2 je ....yg bole diketegorikan mainan perasaan :D
aku baca crita ko siang2 buta ni pun naik seram gaks...
keras btul semua rumah yg pernah ko tinggal tuh. actually, ko tinggal kat kawasn hutan ker ?
fazarudin
31 Jul 2006, 02:29 PM
oit!! jan memain! betul ke? aku tinggal dekat2 area sini ni hehehhe
Tau takut ... aku dgr citer tahun lepas ... masa lepak kat umah sewa member aku area padang jawa tuuu....ada sorang pakcik citer .. pakai baju kelubung hitam .. bau busuk .. biasa muncul time maghrib ... ada sorang makcik tuu pengsan lagi ....dia gi layan hantu tuu.. ishhh!!! aku kalau lalu area tu..musti pdg side miror ..takut ada yg menumpang ... gheeee!!!
jutawan.rock
31 Jul 2006, 03:45 PM

aku blum dengar lg crita tu kat pdg jawa. tp aku slalula g pasar mlm sana.. mcm tapak ladam... pasar malam yg berbentuk u turn... happening... :D
anbu-san
31 Jul 2006, 04:05 PM
masa aku tingkatan 4 (8 tahun lepas) kat kawasan kg aku ni ada org mati, sekali masa tanam encik pengali kubur merangkap yang p masukkan mayat dalam kubur ni lupe nak buke semua ikatan kat badan...start malam tu mende tu merayau (jd pocong) mintak tolong bukakkan, last sekali p rumah imam eheh pak imam ni berani tolong bukakkan, dalam berani2 tu seminggu juge demam ehehe.
klu nak ikut dalam rumah aku ni pun ada mendealah tuh (sorang akak aku kerap nampak, maybe mata die sensitip) klu die lepak sorang2 tgk tv musti die nampak kelibat org jalan keluar masuk antara bilik aku gan akak aku (dua bilik ni selalu kosong sbb akak aku dah kawin, aku lak masa tu blaja) jadi mmg selalu la akak aku ni terserempak, yang bestnye akak aku ni mmg mudah nampak...bayangkan baru kul 9 mlm die nak p keje die nampak kak long kat pokok pisang heheh ampes sungguh, pastu ada sekali siap mende tu melekat kat bas kilang yg die naik sbb die tgk mende tu melayang sebanyak 2 kali..mende tu ikut sampai rumah huhu.
tp pada aku ada org yang x kan nampak langsung mende ni seumur hidup, kedua ada yang nampak hanya sekali dan satu lai mmg akan sentiasa nampak ehehe
jutawan.rock
31 Jul 2006, 04:24 PM
akak ko duk ghumah sensorang ker ? kalo ada parents x la takut sngt kot.
hussein lempoyang
31 Jul 2006, 04:49 PM
part mender tu melekat kat bas tu suspen habih. ni yg aku maleh nak naik bas time mlm nih...
hussein lempoyang
31 Jul 2006, 05:09 PM
layan baca mlm2 best gak.. fear factor nih...:eek:
khairulkaya
31 Jul 2006, 05:38 PM
layan baca mlm2 best gak.. fear factor nih...:eek:
semalam aku try nak baca thread nih dlm pukul 3 pagi... pastu aku baru baca jer mukadimah citer si Ley tuh... terus aku close... muahahahha... penakut ker aku? penakut ker...? muahahahaha... :D
aku baca crita ko siang2 buta ni pun naik seram gaks...
keras btul semua rumah yg pernah ko tinggal tuh. actually, ko tinggal kat kawasn hutan ker ?
memang kawasan hutan time tuh tapi skrng dah byk pembangunan....bagi aku area yg aku tinggal tuh tak la keras sangat...kalu keras memang dah panggil bomoh, lagi pun dia show dari jauh tak kacau kite pun(semua kejadian berada di luar rumah, takde pun dalam rumah...kalu ada memang nak kena benda tuh).
jutawan.rock
31 Jul 2006, 09:04 PM

tu yang x best kalo tinggal kat area hutan. tp yg bestnya x der pencemaran, jln jem, jerebu... udara nyaman. :D
yuyuaaron
31 Jul 2006, 09:10 PM
nie citer lama la bro yuyu..sama gak macam aku masa kecik2 dulu... citer pasal hantu kopek laa.., serigala jadian laa.., kereta proton yang berhantu laa.., hantu wanita mintak susu untuk baby dia laa..., hantu punjut dan berbagai2 lagi cerita.. masa nak buat jambatan nak kan kepala manusia laa tanam kat tiang2 jambatan tu.. dan blaaa...blaaa...blaaaa... dan yang paling kelakar aku dengar ialah hantu kasik sabun basuh Breeze soh basuh kesan darah pada baju.. wakakaka :D
actually benda ni di sabah lagi aku memang penah dengar. teringat kartun GILA GILA lukisan cabai dulu, somewhere around 1990 - 89 tidak silap aku. memang lawak lah kartun tu. si JAI ketakutan sampai dia pi report polis, sekali tengok dia punya ipar sendiri yg dia tidak kenal daaaa hahahah! sia sia kena tangkap dek polis
okeyhh1
31 Jul 2006, 09:35 PM
apa aku nak criter ? crita seram vcd tu ader la.... :D
okaca_69
31 Jul 2006, 09:37 PM
satu kisah yg seram dan menaikkan bulu roma aku sendiri menceritakannya
----------
Dari KL ke Segamat,Johor... bertolak dari Kl kol 8 mlm, tp smp kol 4 pg tak smp2 lagik,w'pun kalo naik bas maybe dlm 3jam dah smp...
pelik gak aku tgk sbb abg aku drive pas balik keje trus ke rumah katanya..so kami sekluarga tunggu le dia smp, sbb kol 6 pagi dah kena tunggu kat masjid ada rombongan g Sarawak..
tunggu punya tunggu tak smp2 gak... dah kol 4 nak masuk 5 pg.. giler lama
then aku ngan ayah aku menyongsang le jalan,takut ape2 jadi kat abg aku..then tak smp suku jalan, smp area uitm segamat, aku agak2 ada sebijik kete bawak over 140kmj lalu bertentangan...aku budget tu abg aku.then patah balik..smp je kat umah dia cerita
---
dia kena kacau dari matrik tangkak smp ke uitm segamat tuh..3 kali..hehehe
pertama, lepas je kawasan matrik tangkak, kat area2 Tangkak yg baru nak bina tuh, dia kena kacau ngan benda yg kuarkan kepala je kat sblh luar tempat pemandu, (mcm citer shutter tuh dia jengukkan kepala kat sblh kiri pemandu-belah luar), benda tu follow smp ke sagil, berkain kapan,muka calar balar,abg aku kata rupa indon..cuak gak aku dgr..lama tak lama gak ler follow benda alah tuh kat tingkap sblh driver..huhuhu (over 20km kot )..puas baca2 tak ilang2 gak...
smp sagil benda alah tuh ilang sbb dah masuk pekan sagil, abg aku rest kat kedai makan yg still bukak, bebual ngan org tua kat ctu...lepak 1/2 jam bg reda sikit..dia tgk kete..mcm dah ok..
then dia truskan perjalanan..masuk area kawasan gunung ledang tuh, dia kena kacau lagik, perempuan melekat kat bonet depan tuh..tangan hujung kanan ke hujung kiri... melekap, tau tak? ngadap tmpt memandu...giler!!!!.... rambut panjang,tp tak nmpk muka,nmpk mulut sengih2 sikit.. huhuhu ( meremang nih ) abg aku mengempor bawak kete... yela dah kena halang, nmpk tak nmpk gak ler jalan tuh...benda tu melekat smp ke jementah, (over 15km) ...nak masuk area jementah benda alah tu ilang...abg aku lepak kat petronas jap...smyg katanya...(kalo aku dah gigil dah)..lepak kat petronas tuh jap 1/2jam gak ler...
then dia truskan jalan...tp tak rasa ape2 lagik...igt dah ok..tp tetiba je time dia bawak 100kmj, dia rasa mcm bawak 30kmj..huhuhu...slownya..benda tu melekat kat atas bumbung kot..( sbb tu rasa berat ) ..
tu pasal le time aku berselisah kete ngan dia, dia bawak over 140kmj...maik..lajunyal...
BERLAKU MALAM JUMAAT ...huhuhu... kisah yg berlaku kat abg aku...sbb nya, tak tau..abg aku kata dia ok jer, takde buat ape2 pun,smyg ok,mandi dah.. tak tau ler....
pehhh gilerrr...,yg nie memang meremang smua bulu aku
okeyhh1
31 Jul 2006, 09:39 PM
pehhh gilerrr...,yg nie memang meremang smua bulu aku
baca la kul 12 t.mlm krg.. baca semua crita kat sini. jngkan bulu.. rambut pun akan meremang sekali
aku rasa thread ni seswai ngan cite aku..
mufti perak dah keluarkan kenyataan.. orang ramai berhati2 makan kat luar.. dipercayai 10 orang penuntut sihir menyebarkan santau.. target setiap sorang ialah 20 lelaki melayu.. memang dah ader orang mati.. 2 kali aku dengar cite.. skali masa abg ipar aku outstation kat saner, 4 orang mati.. lagi sekali maser ayah aku wat shooting kat saner.. 4 orang mati gak..semua dalam bulan ni.. masa dieorg tgh makan tiba2 badan dieorg lebam... walaupun kejadian ni kat perak.. berhati2 la..
anbu-san
31 Jul 2006, 09:51 PM

belah2 sana mmg kuat la santau menyantau ni, klu benti makan kat kedai tu berhati2 la ehehe...aku lupe la baca pe pastu letak ibu jari kat lelangit pastu celuh kat dalam air minum...klu gelas pecah ada la tuh
khairulkaya
31 Jul 2006, 09:52 PM

ler... takde ilmu lain ker diorang nak tuntut??? ilmu yg menyusahkan orang pulak diorang gi belajo... bangang betul!!!
khairulkaya
31 Jul 2006, 09:53 PM
belah2 sana mmg kuat la santau menyantau ni, klu benti makan kat kedai tu berhati2 la ehehe...aku lupe la baca pe pastu letak ibu jari kat lelangit pastu celuh kat dalam air minum...klu gelas pecah ada la tuh
aku rasa cukup dengan baca bismillah jer... tapi kene "ikhlas" ler bacaan tuh...
ada satu cara lagi untuk air panas je.. air sejuk tak tau.. hehe
pegang cawan rasa bawah cawan tu.. kalo sejuk tu ada yang tak kena..:)
badryl
31 Jul 2006, 11:01 PM
satu lg petua...kalo ujung lidah geletek kat lelangit tp x rasa geli ada yg x kena gak
anbu-san
31 Jul 2006, 11:07 PM
dulu ada kwn aku ni cite la, kwn die tu ada lah pengalaman sket pasal nak ubat2 ni...masa p perak lepak kat satu kedai nak ngeteh, pastu dah order die dapat rase yg minuman die ni ditaruk santau pastu die buat la camtu, baru pegang gelas dah pacah berderai...pastu die p usha sorang pelanggan ni lepak kat satu meja x order pape pastu dah pecah kwn kepada kwn aku ni tgk die (kira kwn kepada kwn aku dah tau org tu yg buat) pastu org tu blah sambil kecewa ehehe, kwn kpd kwn aku ni ckp ada 2 cara...sama ada nak elak kene santau (cara letak lelangit tu) atau satu lai (aku x ingat cara die) nak pulang balik santau tu kat rog yg dengki td, klu pulang mampu kat situ la mamat td
pajey
01 Aug 2006, 12:02 AM
bace bismilah sebelum minum ....hehehe...
okaca_69
01 Aug 2006, 12:33 AM
bace bismilah sebelum minum ....hehehe...
yang nie sebaik2 nya
jutawan.rock
01 Aug 2006, 02:50 AM
Selain tu, kita juga boleh bawa bekal dr rumah atau makan saja kat rumah....:D
abc123
01 Aug 2006, 09:59 AM
ada satu cara lagi untuk air panas je.. air sejuk tak tau.. hehe
pegang cawan rasa bawah cawan tu.. kalo sejuk tu ada yang tak kena..:)
petua yg tu saya slalu dengar, sama gak yang rasa lelangit dng lidah.. sesiapa yg mengamalkan santau, dia takkan selamat dunia dan akhirat.
badryl
01 Aug 2006, 10:14 AM
kalo korg tau bismillah 6 amalkanlah...bagus tu
the_vangardx
01 Aug 2006, 10:32 AM
hm..memang naya la kalau terkena kan? ish ish ish
jutawan.rock
03 Aug 2006, 01:16 AM
Lorong itu sememangnya menjadi laluan aku setiap kali pulang dari tempat kerja. Bermacam macam aku mendengar cerita tentang lorong sunri ini. Ada yang kata jumpa pontianak lah, jumpa hantu raya lah, dan macam macam lagi lah. Namun sudah hampir 10 tahun aku menggunakan laluan tersebut belum pernah pun aku berhadapan dengan benda benda seram. Ramai yang sudah terkena menasihati aku untuk tidak lagi menggunakan jalan tersebut, tetapi oleh kerana aku yakin tidak apa apa yang berlaku aku mesih menggunakan jalan tersebut setiap kali pulang dari kerja.
Aku berkerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang dan waktu berkerja aku sememangnya telah ditetapkan bermula dari pukul 4.00 petang dan pulang pada pukul 1.00 pagi. Laluan itu pada mulanya banyak juga kereta yang lalu lalang, tetapi makin hari makin sikit kerana cerita cerita yang disebarkan. Namun aku tetap akan menggunakan laluan tersebut lenih dekat dengan rumahku. Ramai yang kata aku berlagak kerana masih berdegil menggunakan jalan tersebut. Sebernya aku tiada pilihan lain kerana jalan kerumahku selain daripada jalan tersebut sangat jauh.
Pada suatu malam selepas habis kerja aku seperti biasa menggunakan lorong tersebut. Namun sebelum sampai disitu aku seperti merasakan sesuatu yang tidak kena. Hatiku berdebar dan rasa tidak menentu. Pun begiru aku tabahkan hati. Sampai dilorong tersebut kelihatan seorang wanita ditepi jalan seperti menanti kenderaan untuk menumpang. Timbul keinginanku untuk menolong. Namun aku tidak terus berhenti sebaliknya memperlahankan kereta untuk mencari kepastian. Tiba di depan wanita itu, dia hanya diam dan tidak menahan kereta untuk menumpang. Melihat wajahnya seperti ada satu keganjilan. Fikiran ku mula menerawang, manusiakah atau hantu wanita didepanku ini. Seperti memahami apa yang aku fikirkan, wanita itu melemparkan senyuman menyeramkan kearahku. Apalagi kereta terus kupecut tanpa berani menoleh lagi. Tetapi semakin aku berusaha memecut laju terasa semakin perlahan keretaku bergerak dan tanpa semena mena didepanku melintas seorang kanak kanak. Ini mebuatkan aku terpaksa menekan brek secara mengejut.
Keadan brek yang kuat itu sedikit pun tidak mengejutkan kanak kanak itu sebaliknya dia semakin seronok bermain lalu lintas dihadapan keretaku yang sudah berhenti itu. Dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku. Untuk mengugurangkan rasa takut itu, aku berusaha membaca ayat ayat suci Al-Quran mana yang tahu. Dalam pada mulutku terkumat kamit itu, tiba tiba kanak kanak tersebut menekap wajahnya wajahku didepan cermin keretaku. Wajahku begitu hodoh dan begitu sukar umtuk dibayangkan. Tubuhku terasa longlai namun semangatku masih bersisa. Dengan sisa semangat itulah aku berusaha menghidupkan semula enjin kereta, agar aku boleh segera sampai kerumah yang tak sampai beberapa meter sahaja lagi dari lorong itu.
Puas menghidupkan enjin tetapi kereta tetap tidak mahu bergerak. Aku melihat semakin banyak kelibat makhluk makhluk halus disekitar lorong dan tempat keretaku berhenti. Kerana tidak mahu terus menerus dalam keadaan seperti itu, aku nekad turun dari kereta dan membuka tempat enjin. Aku mencuba cuba apa yang tahu dan kembali ke kereta. Kali ini apabila enjin dihidupkan kereta boleh bergerak semula. Tanpa menoleh lagi dan dengan laungan Allahuakhbar aku meninggalkan lorong itu.
Sebelum masuk ke perkarangan rumahku, tiba tiba aku melihat susuk tubuh wanita dilorong tadi sedang mendukung kanak kanak yang melintas didepanku itu. Aku benar benar panik. Mengekori akukah mereka? Dan tanpa aku sedari aku membunyikan hon kereta sekuat hati sehingga rumahku terang benderang keraba semua penghuni rumah terjaga dan bangun untuk melihat apa yang berlaku.
Ketika ayah menghampiriku, aku benar benar sudah tidak bersemangat lagi. Aku dibawa naik kerumah dan tubuh tiba tiba menjadi panas. Aku demam selama tiga hari dan menurut ibu setiap kali tertidur aku meracau racau. Ayah memanggil seorang uztaz untuk memeulihkan kembali semangatku. Kejadia itu benar benar memberi kesan kepada rakan rakan yang datang melawatku dirumah semuanya aku ceritakan mengenai pengalaman ngeri itu. Dan itulah kali terakhir aku melaui lorong misteri itu.
GreatAura
03 Aug 2006, 02:01 AM
umangaihh... soram gilo !! dah la aku sengsorang kat bilik nih. takoootnyerrr
alfa
03 Aug 2006, 03:08 AM
buleh tahan la.. seram2 ayam jer.
p/s : control hensem :cool:
rmart
06 Aug 2006, 11:12 AM
Amalkan doa ayatul kursi.... jika ternampak maka tunjukkan makhluk Allah tiu sambil membaca "Syaitan Laknaktullah" Insyallah ia akan rebah menyembah bumi...
Banyak lagi tips jika bertemu dengan mereka.. Percaya Pada Diri/ Mental harus kuat. PErlu berfikir yg kita lebih sempurna dari mereka... dan juga diingatkan yg mereka juga makhluk Allah seperti kita....
P/S aku pernah mengalami nya dan Alhamdullillah berjaya mengatasi ujian Allah. Sesiapa yg dapat melihat makhluk Allah maka bagi aku itu adalah rezeki Allah kerna membuka mata batin kerna bukan semua diberi anugerah itu...
Wallahualam...
RMaRT @ Putera Bongsu Kasih
Kraton Mahligai Jawa
badryl
06 Aug 2006, 11:49 AM
wah tinggi gak ilmu ko sampai bole tgk....ilmu aku ciput lg.
khairulkaya
07 Aug 2006, 08:32 AM
wah tinggi gak ilmu ko sampai bole tgk....ilmu aku ciput lg.
tgk ler avatar encik rmart tuh camaner... hehehehehe... :D
alfa
07 Aug 2006, 09:25 AM
tgk ler avatar encik rmart tuh camaner... hehehehehe... :D
otai tuh...
masterminds
07 Aug 2006, 10:11 AM
Assalamualaikum geng...
best plak rasenyer baca thread nie... terpanggil aku nak ceritakan pengalaman2 aku psal bende2 ghaib nie... bnyk kali jgak aku dpt pengalaman dr bende2 ghaib nie tp citer sket2 jerk..
Cerita nie berlaku masa aku form 5 kat sekolah asrama penuh di negeri johor. Tak taula kesahihannyer.. wallahualam. Ok cerita bermula begini... pada waktu tu, kitaorg (aku ngan memember) suka dengar satu siaran radio inggeris (tak ingat station aper) yg buat satu topik pengalaman2 ngeri yg disiarkan setiap mlm jumaat pd kul 11 mlm.. (kalau x silap aku la)..
So mlm tu seperti biasa aku ngan memember on la radio sambil masing2 kat atas katil mendengar topic mlm tuh... semasa rancangan tu tgh on air ader satu pemanggil (perempuan) buat panggilan (nie aku translate dlm bahasa melayu)... dia ckp dia xder cerita seram nak dikongsikan tp cerita sedih yg nak diceritakan.. DJ tu pun ok so si pemanggil tu pun mulala bercerita...
pemanggil : peristiwa berlaku 2 minggu yg lalu semasa kami sekeluarga dlm
perjalanan dr selatan ke utara. Kami 6 sekeluarga ingin bercuti ke
sebuah pusat peranginan diutara malaysia. Semasa dlm perjalanan
kereta kami terlibat dlm sebuah kemalangan ngeri melibatkan
sebuah trailer... (diam seketika)
DJ : ooo.. so apa terjadi pada kamu semua...?
pemanggil : (dgn nada sedih) bapa saya meninggal di tempat kejadian...
begitu juga dgn ibu saya.... sedihnyer saya melihat mayat mereka
ditempat kejadian...
DJ : Sabarla... bagaimana pula dgn yang lain...?
pemanggil : (sambil menangis) 2 org abang saya juga mati ditempat kejadian..
malah adik saya juga mati ditempat yg sama... (suasana mmg
sedih masa nie)
DJ : Takziah kpd awak... saya harap awak bnykkan bersabar dan
tabah menempuh kehidupan yg mendatang.. so dalam kejadian tu,
kamu sajalah yg selamat...?
pemanggil : (dgn suara menangis teresak2..) tak.. saya juga sebenarnyer mati
dlm kejadian itu... .....
terus suara menangis tu bertukar mengilai2..... lepas pada tu terus siaran radio tu tergendala (putus).... yg aku ngan memember pun sama dah kecut perut... siot btul.... apa yg pasti selepas dr peristiwa tu rancangan tu dah xder lg... wallahualam...
ballerzindabiz
07 Aug 2006, 10:13 AM
Amalkan doa ayatul kursi.... jika ternampak maka tunjukkan makhluk Allah tiu sambil membaca "Syaitan Laknaktullah" Insyallah ia akan rebah menyembah bumi...
Banyak lagi tips jika bertemu dengan mereka.. Percaya Pada Diri/ Mental harus kuat. PErlu berfikir yg kita lebih sempurna dari mereka... dan juga diingatkan yg mereka juga makhluk Allah seperti kita....
P/S aku pernah mengalami nya dan Alhamdullillah berjaya mengatasi ujian Allah. Sesiapa yg dapat melihat makhluk Allah maka bagi aku itu adalah rezeki Allah kerna membuka mata batin kerna bukan semua diberi anugerah itu...
Wallahualam...
RMaRT @ Putera Bongsu Kasih
Kraton Mahligai Jawa
tunjuk pakai jari telunjuk keee ataupun pakai ibu jari?!
jutawan.rock
07 Aug 2006, 11:58 PM
macam pernah aku dengo jer crita ko tu masterminds... mybe dlm criter twillight zone, tp dia mati dng cara lain bukan xcident. pengalaman ko tu memang seram dan tragis...
sNarFy
08 Aug 2006, 12:03 AM
masterminds... betol ke ape yg ko ceritakan itu? sebab member aku pon pernah citer pasal benda sama... memula aku ingat dia tipu... sekali engkau pon citer benda sama... pening dah nih...
jutawan.rock
08 Aug 2006, 12:12 AM
masterminds... betol ke ape yg ko ceritakan itu? sebab member aku pon pernah citer pasal benda sama... memula aku ingat dia tipu... sekali engkau pon citer benda sama... pening dah nih...
criter ni cam crite sis abc123 post kat sini dulu. tp org dah mati kasi ym kat awek dia nak beritahu lokasi mayat dia.
http://nogold.com/forum/showpost.php?p=257271&postcount=73
alfa
08 Aug 2006, 03:08 AM
agak2 ada ker org dah mati boleh berhubung ngan manusia yg masih hidup ?? :rolleyes:
fazarudin
08 Aug 2006, 03:30 AM
ada satu cara lagi untuk air panas je.. air sejuk tak tau.. hehe
pegang cawan rasa bawah cawan tu.. kalo sejuk tu ada yang tak kena..:)
kalau sejuk tu tandanya ada org kasi santau
fazarudin
08 Aug 2006, 03:39 AM
nih citer seram la jugak nih..
Pada malam tu aku ngan kawan aku je kat rumah ... mael namanya..Yang lain-lain tu takde kat rumah... ade yang keje malam,balik kampung dan outstation..Lebih kurang pukul 2 pagi aku tersedar dari tidur sebab panas sangat.....So aku pun keluar dari bilik dan tidur kat ruang tamu....Aku nampak lee 'member' aku dok berselubung kat ruang tamu tu ... Apa lagi aku pasang kipas dan aku landing sebelah 'member' aku nih...
Esoknya aku bangun dari tido dan tengok si mael nih tengah masak nasi goreng ....'mael...ape la hang nih malam tadi aku tengok hang dok berselubung ... tak panas ke ? aku pasang le kipas tu kuat-kuat ... Hang nih memang tido mati le mael ...
'Eh! apekal ko nih .... mana ada aku tido kat bawah !!! aku dok syok tido kat bilik aku .... '
Mael berkeras cakap yang dia memang tak tido kat sebelah aku so sape yang tido sebelah aku malam tadi ?....... Tambahan pulak 3 geng aku memang takde kat rumah ....
Seramnya!!!!
jutawan.rock
08 Aug 2006, 03:44 AM
bantal peluk member ko tercicir kat ruang tamu kot ?? tp kalo 'benda' tu bukan bantal peluk, mybe 'momok'... heheheheheheeeeee
seramnyer......
fazarudin
08 Aug 2006, 03:50 AM
bantal peluk member ko tercicir kat ruang tamu kot ?? tp kalo 'benda' tu bukan bantal peluk, mybe 'momok'... heheheheheheeeeee
seramnyer......
tu masa aku memula pindah .. seram sioott!!! lepas aku citer kat member aku ..seminggu tu sumer tido ruang tamu ..tak berani tido dlm bilik ... rumah sewa aku time tu buruk sioott..skang sudah bercat .. wahaha!!
jutawan.rock
08 Aug 2006, 03:58 AM

ramai2 pun x der brani ker?? dah nama rumah sewa, mana ada jager. aku dulu duk menyewa pun sama. tuan ghumah tau nak kutip sewa jer. tp, dia baik hati pasal sedekah sebuah tv 15'' yg kaler cuma hitam dan putih jer. layan jer la.. janji ader :p
jutawan.rock
08 Aug 2006, 03:59 AM
dah ngantuk... bye
fazarudin
08 Aug 2006, 04:00 AM
ramai2 pun x der brani ker?? dah nama rumah sewa, mana ada jager. aku dulu duk menyewa pun sama. tuan ghumah tau nak kutip sewa jer. tp, dia baik hati pasal sedekah sebuah tv 15'' yg kaler cuma hitam dan putih jer. layan jer la.. janji ader :p
Rumah aku ni dulu ada kes org mati kene bunuh lah!!!
sNarFy
08 Aug 2006, 07:32 AM
bwahahahha slambak jer ko duduk kat situ din... :D mati kena bunuh pon kena bunuh laa.. sewa mesti murah? bwhahahahaa
masterminds
08 Aug 2006, 08:22 AM
masterminds... betol ke ape yg ko ceritakan itu? sebab member aku pon pernah citer pasal benda sama... memula aku ingat dia tipu... sekali engkau pon citer benda sama... pening dah nih...
pengalaman aku dgn memember se"dorm" masa sekolah dulu.... dia punyer hilaian tu aku masih ingat sampai sekarang... kekekkeke...
p/s - kat sekolah dulu ader member aku jumpa penumbuk buku lima besar pintu bilik air... mula2 aku ingat dia tipu tp memandangkan dia lari ke bilik prep dlm keadaan bogel dan cuak.. so aku percaya la jgak... :D
badryl
08 Aug 2006, 08:27 AM
rumah kalo ada bekas org mati bunuh diri memang keras sebab rohnya x dpt pergi ke langit. org bunuh diri roh tersangkut antara langit dan bumi
rmart
08 Aug 2006, 05:58 PM
tunjuk pakai jari telunjuk keee ataupun pakai ibu jari?!
pakai telunjuk jari... Insyallah..
Polong
------
Hantaran telur untuk mengenakan orang jarak jauh(ilmu hitam)
Jika ternampak polong sedang dalam perjalanan maka tunjuk dgn jari telunjuk sambil membaca "Allahuakbar" nescaya telur itu akan pecah.
hHisteria/Kesurupan
------------------
Seperti dirasuk jin. Keadaan pesakit seolah2 lupa diri dan menjerit.
Membaca ayatul kursi di atas ubun2 dan meniupnya dgn satu nafas..
Nafas memainkan peranan penting dalam ilmu perubatan kerna ia dapat menolah energi untuk dihantar
GreatAura
08 Aug 2006, 08:55 PM
dah malam nie, best gak layan crita2 kat sini. aku ada nak criter, tp x der mood lg la skrg. malam2 sikit kot baru ader...:D
alfa
09 Aug 2006, 03:51 PM
dah malam nie, best gak layan crita2 kat sini. aku ada nak criter, tp x der mood lg la skrg. malam2 sikit kot baru ader...:D
Mana ko punyer criter ??
BlackPearl
09 Aug 2006, 03:53 PM
Ntah.. yer2 jer,punye lah aku tunggu2...
bulan x muncul2.. eheh :)
alfa
09 Aug 2006, 04:05 PM
kena sorok ngan hantu kopek kot ??? :D
jutawan.rock
09 Aug 2006, 09:58 PM
pengalaman aku dgn memember se"dorm" masa sekolah dulu.... dia punyer hilaian tu aku masih ingat sampai sekarang... kekekkeke...
p/s - kat sekolah dulu ader member aku jumpa penumbuk buku lima besar pintu bilik air... mula2 aku ingat dia tipu tp memandangkan dia lari ke bilik prep dlm keadaan bogel dan cuak.. so aku percaya la jgak... :D
makhluk halus ni suka kacau bebudak yg lemah semangat. pernah dulu member aku (kategori sotong) kena histeria kat dlm surau. 5 org pegang pun buleh meronta2 lg. tak tau la makhluk halus pangkat apa... kena time azan maghrib tu...
dah jadi macam wabak pulak. setiap hari ada jer bebudak, baik lelaki dan pompuan akan kena. last2 ayahanda yang ajar silat kat skolah pasang 'pagar' baru. katanya pagar yg lama dah 'roboh'. aku tengok dia pasak 4 penjuru sekolah. pastu gangguan semakin kurang. tp still ada lg, mybe tension pasal exam spm nak dekat. bila ingat balik gelagat member2 yg kena histeria, nak tergelak pun ada...
neo_laguna
09 Aug 2006, 10:09 PM
ko cube latak pagar karen....plak.......high voltage punyo....hehehe...sure toyol tu rentung nyer....
jutawan.rock
09 Aug 2006, 10:12 PM
ko cube latak pagar karen....plak.......high voltage punyo....hehehe...sure toyol tu rentung nyer....
bukan toyol yg rentung.. bebudak fly malam yg rentung... termasuk aku skali. heheheheee :D :D
BlackPearl
09 Aug 2006, 10:29 PM
xder citer best2 ker mlm ni..
k gak baca citer2 seram dulu sblom tido nih.. ehehe :)
jutawan.rock
10 Aug 2006, 12:41 AM
xder citer best2 ker mlm ni..
k gak baca citer2 seram dulu sblom tido nih.. ehehe :)
mybe ko dah tido.. aku ada criter nih :D
jutawan.rock
10 Aug 2006, 12:44 AM
Toyol
Kisah ini dipetik dari majalah Alim
APABILA bercakap mengenai toyol, ramai yang akan mengatakan mereka pernah mendenarnya, malah ada yang mengalaminya sendiri. Tidak kurang juga yang mengatakan ianya hanyalah satu cerita karut atau tahyul.
Biasanya toyol akan dikaitkan dengan kecurian duit. Jarang sekali atau tidak pernah langsung mengenai toyol yang membuat jenayah lain. Contohnya merogol atau lebih-lebih lagi membunuh.
Kalau adapun kes yang terdengar hanyalah toyol mencederakan orang. Itupun bukan orang lain, tuan punya toyol itu sendiri.Maklumlah, toyol yang 'dibela' akan menghisap darah dari tuannya atau isteri tuannya. Ada yang mengatakan ini adalah sebagai makanannya dan ada yang mengatakan ia adalah sebahagian dari syarat perjanjian jika mahu 'membelanya'.
Biasanya toyol akan menghisap darah dari ibu jari kaki tuannya (atau iterinya). Ia dilakukan sebulan sekali atau yang jenis bekerja kuat akan melakukannya seminggu sekali. Ada juga orang mengatakan bahawa sesetengah toyol akan menghisap tetek atau menetek dari isteri tuannya.
Apabila mencuri pula, toyol selalunya hanya akan mencuri sebahagian dari duit orang tersebut.Ia tidak akan mencuri semuanya. Kalau diikutkan, toyol lebih berhati perut dari manusia, tidak seperti perompak yang biasanya akan 'sapu bersih' semuanya.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa toyol juga ada banyak jenis atau golongan. Ada jenis yang biasa, hasil kerjanya amat sedikit, ada jenis yang standart, hasil curiannya memang besar. Ini bergantung kepada perjanjian asal semasa hendak 'mendapatkannya'.
Seorang pengamal perubatan tradisional pernah mengatakan bahawa toyol akan mencuri mengikut pendapatan tuannya pada hari tersebut. Kalau tuannya bekerja dan mendapat RM50.00 sehari, maka toyol juga akan mencuri sebanyak itu.Kalau tuannya berniaga dan pendapatan (jualan) pada hari itu adalah RM2,000.00, maka toyol itu pun akan mencuri sebanyak itu.
Sebab itu jika ada di kalangan peniaga pasar malam yang membawa toyolnya sekali, alamat akan kerugianlah peniaga-peniaga lain. Kecuali orang yang tahu untuk mengelakkan gangguan toyol ini.
Kata orang, cara yang paling mudah ialah dengan meletakkann tulan khinzir (dibungkus) di dalam tempat menyimpan wang. Walaupun mereka tahu bahawa cara ini adalah salah di dalam syariat.Tetapi telah banyak terbukti bahawa cara ini adalah berkesan.
Di kalangan toyol juga, ada yang jahat. Mereka dari golongan yang agak pemalas tetapi pintar. Toyol ini adalah toyol bermata satu.Ia dikatakan sebagai 'gangster' di kalanga toyol. Cara kerjanya juga agak berbeza dari toyol-toyol yang biasa.
Toyol bermata satu jarang mencuri dari manusia. Dia lebih suka menyamun dari toyol yang lain, yang sedang dalam perjalanan pulang dari mencuri. Oleh kerana ia tahu laluan dan masa toyol-toyol biasa ini balik, senanglah ia menungggunya. Biasanya toyol-toyol lain tidak dapat melarikan diri darinya.
Perkara ini menyusahkan toyol-toyol biasa. Ini adalah kerana apabila duit yang dicuri tadi disamun oleh toyol mata satu,mereka terpaksa pergi mencuti lagi. Kalau tidak, mereka akan tentu 'dimarahi' oleh tuan mereka jika hasil tidak mencukupi. Dan yang paling ditakuti, tidak dapat menghisap darah.
Toyol mata satu ini memang ganas. Matanya yang hanya ditengah dahi di atas hidung, cepat berwarna merah. Toyol biasa amat takut kepadanya.
Toyol mata satu juga amat susah untuk dihapuskan. Kalau toyol biasa, ia mudah diperdaya dengan kacang hijau, ketam hidup dan lain-lain. Apabila toyol-toyol ini sedang leka, senanglah untuk ditangkap (oleh orang yang mempunyai ilmu tersebut).
Menurut Pak Ariffin, seorang pengamal perubatan tradisional, hanya orang yang alim sahaja yang mampu untuk menghapuskan toyol mana satu. Kerana ia agak cerdik dari toyol biasa. Ia tidak mudah tertipu dengan teknik yang biasa digunakan untuk menangkap toyol.
Oleh itu, untuk menyelamatkan diri dan orang ramai dari diganggu oleh toyol jenis ini, cara yang paling mudah ialah memagar kawasan satu kampung berkenaan. Tetapi yang agak tidak seronok ialah orang di tempat lain pula akan menjadi mangsa.
Pak Ariffin sendiri pernah bersemuka dengan toyol mata satu ini. Waktu itu dia hendak menemui seorang rakannya yang mengadu duit simpanan dari perniagaannya selalu hilang. Kalau sekali atau dua kali mungkin perbuatan manusia, tetapi ini sudah berpuluh kali.
Kadang-kadang dalam satu hari dia kehilangan duit sehingga lima enam kali. Pernah satu hari, selepas habis berniaga dia mengira duitnya, ada sebanyak RM2,500.00. Apabila dia mengira sekali lagi, sudah tinggal RM2,000.000, sedangkan baru beberapa minit berlalu. Pening juga dia memikirkannya kerana waktu itu dia sedang bersendirian, tidak ada orang lain.
Akhirnya dia terus bergegas ke bank untuk menyimpan duitnya. Sampai di luar bank dia mengira semula duitnya, hanya tinggal RM1,000.00. Dia pun segera masuk ke dalam bank, fikirannya semakin bingung. Semasa menulis borang simpanan masuk duit, dia pun mengira semula untuk memastikan memastikan jumlah yang tepat. Dia semakin tidak faham kerana duit yang ada di dalam tangannya itu tinggal tinggal RM1,000.00.
Peristiwa itu berlaku sekitar jam 9.00 malam, selepas sembahyang isyak. Seperti biasa Pak Ariffin menunggang motosikal buruknya menuju ke rumah rakannya itu. Dalam perjalanan kira-kira seratus meter dari rumah rakannya, lampu motosikalnya menyuluh sesuatu yang agak ganjil.
Pada sangkaan Pak Ariffin, dia tersuluh 'budak' yang sedang berjalan kaki. Tetapi yang menghairankan, mengapa ' budak' itu berani berjalan seorang diri dalam kawasan gelap. Kerana sudah terasa ada sesuatu yang tidak kena, dia pun bersedia.
Apabila sudah semakin hampir, 'budak' itu menoleh ke arah Pak Ariffin. Walaupun terkejut, Pak Ariffin terpaksa mengawal dirinya. Kerana kalau tersilap langkah dia sendiri akan binasa. 'Budak' yang bertelanjang bulat itu sebenarnya toyol. Dan yang lebih menghairankan, toyol itu bermata satu.
Peringkat awalnya toyol itu cuba untuk membuat sesuatu kepada Pak Ariffin. Wajahnya yang bengis, merenung tajam ke arah Pak Ariffin. Pak Ariffin pun terus tenang dan mula membaca beberapa ayat al-Quran. Lama-kelamaan toyol itu 'tidak tahan' dan terus melarikan diri. Toyol itu berpaling dan menyeberangi parit dengan berlari di atas air.
Pak Ariffin bersyukur kerana tidak ada kejadian yang tidak diingini yang berlaku. Dia juga agak terkilan kerana tidak sempat untuk 'menangkap' toyol itu.
Sampai di rumah rakannya itu, dia terus melakukan tugasnya. Rumah rakannya 'dipagar', beberapa potong ayat al-Quran diberikan untuk diamalkan.
Semenjak itu tidak ada lagi berita te