PDA

View Full Version : Nogold Update - PLEASE READ (Link Issue)

yuyuaaron
19 Jun 2006, 10:51 AM
khas bagi yang selalu rajin nak cari downline dan referal program.

hari ni ada section khas untuk korang rujuk

http://nogold.com/forum/forumdisplay.php?f=38

dengan ni maka mulai saat ni beberapa rules baru akan di implementkan.
walaupun bunyinya ada berbau seperti MMG rules, tapi copy untuk memperkemaskan rules sedia ada di NG perlu dilakukan seiring dengan masa. Bagi yang masih tidak tahu mengenai rules-rules tersebut, sini sipnosis secara ringkas

Referal link

Cuma thread starter yang boleh meletakkan referal link. so tiada lagi wujud post post seperti "ok join aku plak disini", "aku bagi ko 500%, join aku plak".

sebab-sebab rules ini diimplement kerana tidak mewujudkan thread yang cuma dipenuhi dengan cash back yang tidak akan habis-habis. ini kerana apa bila seorang member A offer cashback, dan B melakukan perkara sama, C taknak ketinggalan, dan berlanjutan sampai Z contohnya. dan apa jadi dengan A tadi? dia akan ulang untuk update link dia tersebut. dan ini tidak akan berakhir sampai program ni bengrapsi atau collape.

kalau kita rujuk balik di thread ST dan 12dp sebelum ni lebih kurang 35% daripadanya semua cuma bercakap tentang cashback offer. apabila seorang member baru masuk dan ingin mengikuti perkembangan apa yang dia baca ialah semua tentang cashback link yang berulang-ulang. sedangkan sebaiknya thread tersebut membincangkan perkembangan, masalah, dan segala macam pandangan lain yang senang diikuti oleh member-member yang masuk.

Hijacking

Salah satu bentuk hijacking di sini ialah apabila seorang member tidak secara terus meletakkan link di thread tapi dengan berkata macam ni

"korang klick lah signature aku dibawah"
"rujuk thread cashback aku"
""nampak signature aku?"
"click jek lah di bawah"

Dengan ni semoga sebarang bentuk referal back offer dan sebagainya disusun di satu tempat. korang boleh start thread dengan contoh

My Cashback Offer List (Membername)
Join Under Me If you want 50% com back!
sipolan referal page

kalau ada lebih daripada 1 program yang kamu nak offer, sila kumpul di satu thread dan list kan semuanya sekali. jangan spam dengan berlainan-lainan program. contohnya korang join 10 program, setiap satu program satu thread. NO. kumpulkan satu thread dan letak membername di thread tu agar semua org tahu siapakah yang membuat tawaran menarik ni.

rasanya penjelasan tentang ni dah cukup. segala pertanyaan boleh rujuk terus dari sini.

sNarFy
19 Jun 2006, 11:00 AM
hmmm buat tawaran punya thread la.. itu macam... :D

disc
19 Jun 2006, 11:02 AM
so yuyu...nak tanya skit...so lepas nie sign takleh ader ref lagi ker atau sign masih boleh dipakai lagi...??

sNarFy
19 Jun 2006, 11:03 AM
so yuyu...nak tanya skit...so lepas nie sign takleh ader ref lagi ker atau sign masih boleh dipakai lagi...??

saya jawab jugak ... sign boleh... tapi dlm posting takleh... no more links in the psoting.. except for the first post in the thread..

yuyuaaron
19 Jun 2006, 11:05 AM
so yuyu...nak tanya skit...so lepas nie sign takleh ader ref lagi ker atau sign masih boleh dipakai lagi...??

oh signature boleh pakai. tak perlu ubah. cuma jangan dengan sengajanya meminta org sign up under sign korang di thread yang tidak tepat. contohnya ko sedang berada di thread 12dp, then ko suddenly cakap "korang test klick sign aku tenguk apa terjadi!"

sebarang bentuk offer atau nak org sign up semua dilakukan di ruangan yang baru tu.

MoneyFinder
19 Jun 2006, 11:09 AM
hehehe ok la tu.....ade section sendiri tuk promote...so kat sini semua program leh kita promote.....aku nak jadi org pertama laa

meh meh join aku...klik jer bawah tu yer....best ooo!!! :D

obito
19 Jun 2006, 11:16 AM
Dengan ni semoga sebarang bentuk referal back offer dan sebagainya disusun di satu tempat. korang boleh start thread dengan contoh

My Cashback Offer List (Membername)
Join Under Me If you want 50% com back!
sipolan referal page

kalau ada lebih daripada 1 program yang kamu nak offer, sila kumpul di satu thread dan list kan semuanya sekali. jangan spam dengan berlainan-lainan program. contohnya korang join 10 program, setiap satu program satu thread. NO. kumpulkan satu thread dan letak membername di thread tu agar semua org tahu siapakah yang membuat tawaran menarik ni.

rasanya penjelasan tentang ni dah cukup. segala pertanyaan boleh rujuk terus dari sini.

section cmne lak yuyu...klau diorg join byk program contoh..MLM,HYIP,AUTOSURF...

takut ada yg buka satu thread utk semua prog yg dia join tadi.....

yuyuaaron
19 Jun 2006, 11:27 AM
section cmne lak yuyu...klau diorg join byk program contoh..MLM,HYIP,AUTOSURF...

takut ada yg buka satu thread utk semua prog yg dia join tadi.....

kalao banyak program kena kumpulkan dalam satu thread yg milik pembuka thread tu. list kan semua referal back offer dia nak bagi sana

tokmat
19 Jun 2006, 11:42 AM
Seperti yg pernah aku buat dahulu sempena post aku yg ke 1,000
aku ada buat satu thread khusus kat Offer Tok Mat....
so far thread tu masih ada dan akan aku update tak lama lagi....

Nice job Yuyu....

deale30
19 Jun 2006, 11:46 AM
yuyu,

kalo aku post cam ni bole ke...?
---------------------------

klik "link cashbackoffer" tuk offer dari aku??

shahrul
19 Jun 2006, 12:37 PM
dah boleh mula post kan?
aku dh post satu nih :D

momok
19 Jun 2006, 12:48 PM
Seperti yg pernah aku buat dahulu sempena post aku yg ke 1,000
aku ada buat satu thread khusus kat Offer Tok Mat....
so far thread tu masih ada dan akan aku update tak lama lagi....

Nice job Yuyu....

hehhee aku ingat hari tersebut...:D
kalau mcm sig aku ni leh x..:p

disc
19 Jun 2006, 12:56 PM
ok ok paham dah....

antudegil
19 Jun 2006, 01:01 PM
yehaa!~ bagusnye ade rules mcm ni. terasa xde la yang thread asyek banyak offer je. tapi kalau nk ade system mcm ni, mmg letih la mod sume nk pi selak satu2 thread. lagi satu, bila dh ade system mcm ni, kena pulak ade system warning. harap system mcm ni akan wujud la. syioknyee.. kehkeh.. nogold maju kehadapan lagi :)

obito
19 Jun 2006, 02:13 PM
dah boleh mula post kan?
aku dh post satu nih :D

rul..ko post kt ner? nk tgk....:D

realmxme
19 Jun 2006, 02:24 PM
yuyu,

kalo aku post cam ni bole ke...?
---------------------------

klik "link cashbackoffer" tuk offer dari aku??

Boleh tapi kat thread offer cashback ler

ableze_joepardy
19 Jun 2006, 02:28 PM
erm.. so lastly rules ni dah dijalankan di NG.. syabas to administration team.. but.. since its still new.. and not many users alert with this one.. so ni nak sajes some idea yg leh mempertingkatkan lagi kejayaan rules ni..

1) Buat popup banner kat main board.. wat kaler yg terang2 gtu.. kaler merah ke.. notify pasal mende ni..
2) Mods kene rajin sket buat mase ni utk delete post2 yg tidak dibenarkan + send warning PM to posters.. (but since NG xde PM notifier xtau a bkesan x)
3) detect any links format in post so bile someone post link.. link tuh xkuar.. cth.. cam LYN nyer forum.. kalo letak ref link kat siggy die akan tuka ?ref=user kpd ?donkeytothemoon=user ke ape..

deale30
19 Jun 2006, 02:52 PM
tp kang berebut org nak bump topik dia naik atas...
skang members NG ada dlm 7k.. baknye sorang 1 bukak thread masing2...
jenuh jugak..

Ridzuan
19 Jun 2006, 03:28 PM
Cuma thread starter yang boleh meletakkan referal link.

lepas ni penat laaa, Mod/Admin kena edit thread.
Harap2 lepas ni ader laaa warning system tu..... baru laa kurang sikit kerja Mod/Admin.....

Walaupun section/folder aku mesti takde org nak letak ref link lagi :p

ableze_joepardy
19 Jun 2006, 03:31 PM
tp kang berebut org nak bump topik dia naik atas...
skang members NG ada dlm 7k.. baknye sorang 1 bukak thread masing2...
jenuh jugak..
xpe la kalo nak lenjan kat situ.. asal jgn kaco topic n thread len..

yuyuaaron
19 Jun 2006, 08:30 PM
yuyu,

kalo aku post cam ni bole ke...?
---------------------------

klik "link cashbackoffer" tuk offer dari aku??

dah kena jawab di atas kan :cool:

ok cam ni. ada ruangan report kan? kalo ada mana2 member yg langgar rules ni member lain boleh report thread tu dan mana2 mod/admin online bleh tenguk2kan apa yg dia post. kalo dah warning ban 24 hour skali dua pun kepala batu jugak.... hm tau tau lah

yuyuaaron
19 Jun 2006, 08:41 PM
tp kang berebut org nak bump topik dia naik atas...
skang members NG ada dlm 7k.. baknye sorang 1 bukak thread masing2...
jenuh jugak..

kan lebih teruk kalao setiap 7k dari member ni hentam dan hijack thread2 sedia ada? tu lagi masalah.

sNarFy
19 Jun 2006, 08:44 PM
senang citer hapus kan sahaja promote cashback kat sini.. nak cash back.. tanya org privately..abis citer...

Tujuan utama berforum cari kawan... :D dan berdiskusi...

antudegil
19 Jun 2006, 11:52 PM
sebenarnye bg aku la, nk letak reff comm tu ok. maksud aku biar la dekat signature je. no hijacking. btul kata encik sape tu (lupe lak nama nk belek balik malas - type dekat quick reply je ni).. kalau dah 7K buat thread sendri utk reff comm tu.. lambakan la dlm database tu. mcm byk space je pakai. hermp2...

realmxme
20 Jun 2006, 12:03 AM
kan lebih teruk kalao setiap 7k dari member ni hentam dan hijack thread2 sedia ada? tu lagi masalah.
tp aku rasa takde kot.. sbb tak semua user nogold nie active... byk lg jutawan senyap nie... silent millionaire.. kiki:)

Okey yuyu kita guna system bad post... memandangkan system warning tu takde lg dekat nogold nie...
So harap2 lepas nie no hijacking yer... so brapa kali bad post nie yuyu... br kasi ketuk pale dia sebab tak dengar cakap??:p

fazarudin
20 Jun 2006, 08:08 AM
Itu yang nak kasi cashback RM20 , USD 5 , 80% , NEGO ... kalau yg xnak kasi apa2 tu .... camne plak ?... apsal x buat section REFFERAL MAKER ?...

yuyuaaron
20 Jun 2006, 08:14 AM
Itu yang nak kasi cashback RM20 , USD 5 , 80% , NEGO ... kalau yg xnak kasi apa2 tu .... camne plak ?... apsal x buat section REFFERAL MAKER ?...

kalu yg taknak kasi pun tidak apa, antara dia nak buka post biasa saja atau diam2 dan waiting org click signature dia :D

cashback offer tidak semestinya nak bagi komisen semula, boleh juga bagi referal link sahaja

fazarudin
20 Jun 2006, 09:27 AM
orait ...

saje je tanya .. mewakili beberapa org yg x paham ...
section tu mcm x mendapat sambutan jee... maybe jap lagi , penuh le tu ...

Sejutaria
20 Jun 2006, 09:56 AM
kalu yg taknak kasi pun tidak apa, antara dia nak buka post biasa saja atau diam2 dan waiting org click signature dia :D

cashback offer tidak semestinya nak bagi komisen semula, boleh juga bagi referal link sahaja

bro yuyu..apa kata bahagian tu dinamakan REFERAL / CASHBACK OFFER aja...
walau apapun..aku lebih suka referal atau cashback offer tu pada signature aja.
Setkan setiap orang boleh buat dua baris aja..
Font tak leh tukar ganti (standard size yg ditentukan oleh Admin)
Banner dilarang sama sekali

Aku rasa la.. dalam ramai2 ahli no gold nie (dalam 7K) kalau dibuat pemutihan la.. maknanya..buang mana2 ahli yang dah tak aktif sama sekali (ahli dah mati atau mandon) mau gak tinggal dalam 4K ke 5K aja. Mati maksud aku disini ialah yang totally dah tak buat business secara online dah atau yang seumpamanya dan sewaktu dengan nya.. atau memang dah mati betul..

yuyuaaron
20 Jun 2006, 10:25 AM

ok will see what we can do about it. kalau program pemutihan dijalankan mau tinggal half mungkin member ng ni. banyak yg buat multiple id untuk spam kan hehehe

sNarFy
20 Jun 2006, 10:29 AM
Kumpulkan referal cashback offer kat satu thread..buat index.. pastuh pepandai laa mereka pilih... baru tak semak..

Sejutaria
20 Jun 2006, 10:53 AM
ok will see what we can do about it. kalau program pemutihan dijalankan mau tinggal half mungkin member ng ni. banyak yg buat multiple id untuk spam kan hehehe

Sekiranya program PEMUTIHAN itu yang terbaik dilaksanakan, lakukan saja. Majoriti ahli nogold rasanya hendak kan semua ahlinya beretika, baik gitu2, tak spam, tak scam dan sebagainya. Aku nak mencadangkan pada Admin agar satu poll dibuat untuk kerja2 pemutihan nie, setuju ke tak setuju (mungkin tak perlu sebab nie semua atas kuasa Admin) serta pendaftaran semula setiap ahli nogold dengan ciri2/ identiti tertentu dan dengan syarat tambahan mana2 ahli yang tak aktif dalam tempoh jangka masa tertentu (yang ditetapkan oleh Admin) secara otomatis keahliannya terbatal dan dikeluarkan dari senarai ahli. Apa macam Admin..??? Mohon mencadangkan...

kalo dah ada cadangan yang seumpamanya dalam thread yang dolu2...sila abaikan sahaja... :)

yuyuaaron
20 Jun 2006, 11:04 AM

takde masalah, buat jek poll. tapi yg spammer tu aku sure memang vote for no hehhehehe :D

tokera
20 Jun 2006, 12:27 PM
Yuyu.....Ada cadangan sikit:

Dalam thread Cashback Offer tambah sikit perkataan Refferal Maker.

CashBack Offer/Refferal Maker.

1-Dalam Cashback Offer ni sahaja member2 boleh hijack/menghijack untuk dapatkan referral/downline memasing.

Contoh:
Saper join under aku komisen referral 100% plus FREE usd1.
Sila klik link di bawah ini:
Cepat2 dan Rebutla Peluang Keemasan ini.

http://www.blablabla.com/?=alimxx
http://www.blablabla.com/?=alimxx
http://www.blablabla.com/?=alimxx

2-Hanya satu thread sahaja dibukak untuk satu program...

3-Better kasik nama khusus/nama site sahaja untuk satu2 thread dalam thread ini untuk kekemasan dan susunan Topik.

Contoh:
www.profitswinger.com Refferal and CashbackOffer

4-Semua perkara hanya berkaitan dengan promosi PS sahaja yang boleh diletakkan di dalam thread ini dan semua member boleh mempromote site PS ini untuk mendapatkan downline dan membuat tawaran Komisen sesuka hati mereka...

5-Mana2 ahli Yg cuba spam other program untuk promote dalam thread PS ini kasik delete and warning ..nak sedap lagi kasik banned terus.. :D

6- Sebarang thread dan tajuk yang sama untuk kali ke-2 dan seterusnya akan didelete tanpa prejudis supaya tidak berlaku double post thread dan sampah-sampah untuk memastikan susunan thread berjalan lancar.

7- Kalau nak buat by individu/person aku rasa2 kurang sesuai la...katakan ada 2500 ahli mau create topik cashback memasing... paling sikit la..mau berjela-jela thread Cashback nih. Kalo 4k ahli ....Hihihi...Dasyat tuh.

ok..itu je.

kasha
20 Jun 2006, 12:35 PM
ok will see what we can do about it. kalau program pemutihan dijalankan mau tinggal half mungkin member ng ni. banyak yg buat multiple id untuk spam kan hehehe

yup--this is a good suggestion..wat la pemutihan..
esp yg gataii wat multiple nick tu..banned kan aje..hehe

orait ...

saje je tanya .. mewakili beberapa org yg x paham ...
section tu mcm x mendapat sambutan jee... maybe jap lagi , penuh le tu ...

klu tgk kat forum lain pun,mmg thread referral jrg org letak sgt..hehe..posting pd program + signature lagi powerful impak dia.

lagi2cikfen
20 Jun 2006, 12:39 PM
Tolong bagi satu contoh yang jelas boleh tak yuyu...

Sori sebab lambat paham...:confused:

kasha
20 Jun 2006, 12:45 PM
Tolong bagi satu contoh yang jelas boleh tak yuyu...

Sori sebab lambat paham...:confused:

apa yg tak jelas?
klu psl cara2 nak open topik, leh refer kat thread "Cashback Offer" tu je..

tgk camner cara masing2 open topik masing2..

tokera.tp,mcm hyip pun byk gak..klu setiap satu nak dicreate utk members,cam byk gak tu..tu blom campur MLM/AS dll..

rasanya ikut individu ok kot.sbb xramai sgt rasanya nak open topik,hehehe..

tokmat
20 Jun 2006, 02:11 PM
Tolong bagi satu contoh yang jelas boleh tak yuyu...

Sori sebab lambat paham...:confused:

Tak lama lagi thread aku yg khusus akan dimurnikan....
Buat masa ni, signature yg ada, terpaksalah diguna pakai lagi....
Kalau thread aku dah siap...
Signature aku akan berubah keseluruhannya....

bellizexs
20 Jun 2006, 07:43 PM
huhu..baru nak blaja..byk woo rules nak kene ikutn nak kene tau kalo tak huhu tak blh laa kan

yuyuaaron
22 Jun 2006, 10:22 AM
Yuyu.....Ada cadangan sikit:

Dalam thread Cashback Offer tambah sikit perkataan Refferal Maker.

CashBack Offer/Refferal Maker.

ok..itu je.

ok as you wish, granted! :D

obito
22 Jun 2006, 10:30 AM
ok as you wish, granted! :D

yuyu...klau diorg tak wat cashback offer...tp promote reff diorg termasuk kt sini gak ke? aduuh...fenin..fenin...

yuyuaaron
22 Jun 2006, 10:38 AM
yuyu...klau diorg tak wat cashback offer...tp promote reff diorg termasuk kt sini gak ke? aduuh...fenin..fenin...

yup. asalkan tdk hijack mana2 site org lain skrang. memang awal2 akan nampak serabut sikit forum sebab banyak buat cashback offer, bagi link. tapi untuk longterm ada kegunaan at least takde org flood thread yg tidak berkaitan lagik. dan senang nak detect spammer lepas ni.

obito
22 Jun 2006, 10:49 AM

ok2...thanks....;)

lagi2cikfen
22 Jun 2006, 05:17 PM
Ok.. aku cuba buat yang terbaik untuk follow the rules.... biler nak main bowling lagik nik???:)

yuyuaaron
22 Jun 2006, 08:15 PM
Ok.. aku cuba buat yang terbaik untuk follow the rules.... biler nak main bowling lagik nik???:)

hehhehee bulih jua kalo ada tournement hehehhe

yuyuaaron
02 Jul 2006, 11:14 AM
1st user kena ban

http://nogold.com/forum/showthread.php?p=235089&posted=1#post235089

formattedsolution
02 Jul 2006, 02:44 PM
1st user kena ban

http://nogold.com/forum/showthread.php?p=235089&posted=1#post235089

good job mr. admin..

zuhan
02 Jul 2006, 07:54 PM
1st user kena ban

http://nogold.com/forum/showthread.php?p=235089&posted=1#post235089

yuyu, kalau user baru tak tahu policy nogold tetiba hijak je tread org ko maafkan kee? ;)

yuyuaaron
02 Jul 2006, 08:01 PM
yuyu, kalau user baru tak tahu policy nogold tetiba hijak je tread org ko maafkan kee? ;)

susah nak tau dia ni user baru ke tidak, sebab kalo nak berlembut banyak org ambik kesempatan reg nikname kedian spam sana sini. pendek kata upline2 kalao ada kawan nak masuk tu guide sikit dan baca update2 yg ada.

crazyfinger
04 Jul 2006, 06:12 PM
emm..1st user kena ban..menarik bila direnungkan..haha..bravo to Yuyu..it have to be done jg kalau tak memang betui susah nak ditegah n musnahkan benda seperti ni..so..I'm on your side yuyu eventhough I've been gone for quite long period..with better judgement and better implementation..i'm sure new or senior member will be more aware of this tiny matter as many believed it was..we all should be grateful to have someone like yuyu to work something for others who came with heart n peace..peace be with you all.....

yuyuaaron
04 Jul 2006, 08:22 PM

uit thanks for your testi CF.

mana ko pigi selama ni? frust sebab 12dp kah hehehe. kawan ko tu panggil lah dia balik kita reunited balik hehehe. add me in your pm

yuyuaaron
10 Jul 2006, 01:01 AM
ok memandangkan banyak org buat2 tidak tahu rules yg ada/ malas baca, semua topik yg tidak mengikut rules sedia ada akan di lock dan user yg terbabit akan di ban (mengikut pertimbangan). user yang spam akan di ban manakala thread starter yang tidak faham rules akan di lock (kali pertama) dan kalau buka balik tanpa kebenaran akan di suspend.

yuyuaaron
13 Jul 2006, 10:36 AM
senarai yg di ban atas kesalahan abuse/hijacking akan dikeluarkan di list sini tidak lama lagi, mengikut member yang pertama di ban sejak post aku yg ni

member2 yang ingin report spam/hijack/abuse boleh post link thread tersebut di sini.

yuyuaaron
13 Jul 2006, 10:54 AM
3rd user banned

mymoney 07-13-2006 Permanent

semoga dengan terpostnya user2 yang kena ban ni user lain yg nak spam tak tentu hala tu berhati2 sikit.

shahrul
13 Jul 2006, 06:39 PM
hehehe..permanent tuh :D

macam aku kena kat MOG je..
tapi atas sbb xmunasabah :mad:
nk makan duit org je kejenya MOG ni

sori..off topic :p

realmxme
13 Jul 2006, 09:06 PM
hehehe..permanent tuh :D

macam aku kena kat MOG je..
tapi atas sbb xmunasabah :mad:
nk makan duit org je kejenya MOG ni

sori..off topic :p

Mmm kau bleh masuk MOG... ke aku dah kene suspend nie...

shahrul
14 Jul 2006, 11:29 AM
off topic lagi ni...

aku dh 2 kali kena ban kat MOG
kali ke 3 ni aku nk buat lagi satu acc e-gold baru
kalo kena ban gak, mmg sah MOG ni nk makan duit je :mad:

sekali lagi sori admin
pasal lari tajuk ;)

ijamcc
18 Jul 2006, 11:07 AM
oh signature boleh pakai. tak perlu ubah. cuma jangan dengan sengajanya meminta org sign up under sign korang di thread yang tidak tepat. contohnya ko sedang berada di thread 12dp, then ko suddenly cakap "korang test klick sign aku tenguk apa terjadi!"

sebarang bentuk offer atau nak org sign up semua dilakukan di ruangan yang baru tu.

oo..dah faham.. barule clear sikit tk pasal2 kena banned nnti..
maknanya kalo kt signature lehle offer..
t.q....

yuyuaaron
18 Jul 2006, 08:53 PM
4th ban sikhpra
5th ban GENXXX3

galacticos2u
20 Jul 2006, 08:09 PM
4th ban sikhpra
5th ban GENXXX3

Bagus, tegas sikit!

p/s: kalau pembunuh kita panggil killer, kalau asyik spam, kita panggil spammer, kalau pem "ban", kita panggil banner le yer?

lagi2cikfen
21 Jul 2006, 12:22 AM
4th ban sikhpra
5th ban GENXXX3

Belasah jer diorang nie yuyu.. tak tahu nak hormat orang rumah langsung..

To all newbiessssss....... bagi salam dulu.. jangan sesedap rasa nak cari referal jer.. ingat awak tu masuk rumah orang...:(

obito
21 Jul 2006, 12:43 AM
5th ban GENXXX3

mamat ni bdk lamer kt NG aku rase..sebelum aku join die dah ade dh...leh kata dh masak rules NG...tp ari tu ade duk wat spam...lpas sound die mtk maaf balik..n tak cepat melatah...ni wat lak....nasib la ko mamat.....

yuyuaaron
21 Jul 2006, 08:09 PM
Masih ada pulak yg buat buat tidak tau dengan rules yg sudah implemented sebulan lebih. so this is the latest ban list

GENXXX3 yuyuaaron 07-18-2006 31 Days 08-18-2006, ~08:00 PM 28 Days, 0 hours [Lift Ban] read update, ban temporarily

apiltzs yuyuaaron 07-21-2006 31 Days 08-21-2006, ~08:00 PM 31 Days, 0 hours [Lift Ban] http://nogold.com/forum/showthread.php?t=11659

is150 yuyuaaron 07-21-2006 31 Days 08-21-2006, ~08:00 PM 31 Days, 0 hours [Lift Ban] http://nogold.com/forum/showthread.php?t=11659

noriday yuyuaaron 07-21-2006 31 Days 08-21-2006, ~08:00 PM 31 Days, 0 hours [Lift Ban] http://nogold.com/forum/showthread.php?t=11659

virus8781 yuyuaaron 07-21-2006 31 Days 08-21-2006, ~08:00 PM 31 Days, 0
hours [Lift Ban] http://nogold.com/forum/showthread.php?t=11659

yuyuaaron
23 Oct 2006, 12:39 PM
lama aku tidak update bahagian ni sejak AWS diadakan. bagi yang mungkin masih tidak tahu rules sedia ada, sila rujuk balik bahagian ni. Direct ban mungkin tidak diperlukan lagi so harap dengan adanya AWS (advance warning system) maka member2 akan lebih berhati2 bila post referal link.

lagi2cikfen
24 Oct 2006, 02:13 AM
When you enter other people house... make sure you obey the rules.. Masuk kandang kambing mengembek.... Masuk kandang harimau???? Me........:confused:

zackzaheila
28 Dec 2006, 03:14 AM
When you enter other people house... make sure you obey the rules.. Masuk kandang kambing mengembek.... Masuk kandang harimau???? Me........:confused:

actually aku mmg newbie kat cnie....
mmg aku xphm gak kdg2 istilah2 korang nie...
aku cm org kampung masok bandar la gak kan....
so sila la maafkan apa2 kesalahan daku ni...
aku pon mintak tolong ajar drp korang...
memang nak menuntut ilmu gak kat cni

lagi2cikfen
28 Dec 2006, 01:09 PM
sama2 cari makan kat sini.. nak bantu kewangan keluarga.

elmyda
26 Mar 2007, 08:08 PM
You have received an infraction at Nogold.com
07:48 PM yuyuaaron

Dear elmyda,

You have received an infraction at Nogold.com.

http://nogold.com/forum/showthread.php?p=520803

Reason: Thread Hijacking
-------
http://nogold.com/forum/updates-supp...ink-issue.html
-------

This infraction is worth 3 point(s) and may result in restricted access until it expires. Serious infractions will never expire.

All the best,
Nogold.com

------------------

aku tak paham la knp aku kena ni..

bole explain sket tk? :confused: :confused: :confused:

elmyda
26 Mar 2007, 08:10 PM
neverendinghate..
41,800 New Iraqi Dinar Collector's Set only at RM 340
SwissCash (Swiss Mutual Fund) http://www.swisscash.net/mymoh8607101
AMF Brokerage Limited Investment (contact for more info) AMF BROKERAGE LIMITED (http://www.amf1989.com)
SNG Private Investment Club (PM for invitation link) SNG Private Investment Club - Welcome (http://snginvest.com/)

---------

tu signatures aku. bole tau apa masalahnya?

sori la saya budak baru belajar.. :o

yuyuaaron
26 Mar 2007, 09:18 PM

post ko tu aku sudah edit. post di AMF brokerage time "sapa2 mau join please ym aku" (bunyi yang lebih kurang cenggitu)

then diusuli pula dengan beberapa post yang seperti aku cakap dalam thread pertama ni, ada orang yang tidak mau kalah dalah mengrefer, muncul post lagi "pun boleh contact ym aku" , "join ngan aku".

apa2 post mengenai ref maker, sila buka thread baru dalam thread yang sudah dikhaskan. tq!

Datuk A
26 Mar 2007, 10:25 PM
paham dah akuuu....hmn..cenggitu...baguih2...xder ar semak sgt...:D
tetamu datang nanti tgk umah bersih jer...

aril110
27 Mar 2007, 12:19 PM
OK..saya paham...baru dapat status senior member...tak nak kena band...Tak nak ..tak nak....

NEMO
27 Mar 2007, 05:59 PM
biasala kekadang xsedar kalu dah sronok

Al99
28 Mar 2007, 09:20 PM
biasala kekadang xsedar kalu dah sronokaku pun baru sedar nie..hehehehehe:D :D